Wednesday, 17 February 2016

Skinny Jeans - Cara Pakai Skinny Jeans

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Break kejap dari cerita kahwin-kahwin..
Cerita pasal benda lain pulak kejap..
Siapa peminat skinny jeans aka Seluar jean ketat?..
Yeah aku salah seorang peminat skinny jeans..:)

Sebenarnya sejarahnya dulu aku memang tak suka skinny jeans..
Sebab bila pakai tu Nampak pelik je..
More to straight cut..
Sebab bila pakai straight cut nanti naturally nampak ada cutting..
Tapi entah macam mana sejak berat badan semakin berkurang..
Aku ada beli skinny jeans..
Memang peminat skinny jeans la lepas tu..
Dan die memang ikut bentuk kaki elok je..
Tak payah pening fikir pasal cutting seluar..
Cuma kaki kene maintain la..
Haaa motivasi sangat kene kurus kan..hehe..

So sejak tu memang aku prefer skinny jeans..
Even pegi keje pun aku suka pakai skinny..
Bukan setakat untuk keluar santai-santai je..
Lagi satu aku selesa pakai sebab kain die stretchable..
Tak de la keras je, ketat dan menyakitkan..:)

Seluar jean ketat mungkin kurang sesuai untuk orang yang sudah berusia lagi-lagi untuk yang berhijab.
Tapi macam aku cakap sebelum ni koleksi seluar jean ketat atau skinny jeans ini memang selesa je pakai.
So kepada yang suka dan bercadang nak pakai..
Ni ada tips untuk menggayakan skinny jeans..:).


First of all, ALWAYS padankan koleksi seluar skinny anda dengan baju yang lebih labuh dan loose.
Contohnya, boleh pakai oversized shirt atau loose sweatshirt yang labuh dan tutupi bahagian punggung.

Kedua pulak, bole gayakan jean ni dengan t-shirt yang korang suka lepas tu pakai outerwear macam long cardigans dekat bahagian luar..
Atau boleh jugak pakai jacket untuk ganti cardigan.
Outerwear ini jugak berfungsi sebagai ‘pelindung’ bahagian pinggul dan peha.

Dan untuk anda yang daring sikit, bole cuba pakai seluar skinny korang dengan midi dress atau midi skirts dekat bahagian luar.
So, skinny jeans ini boleh berfungsi sebagai inner untuk tutup bahagian kaki yang terdedah.
Macam pakai tight la..

So macam-macam gaya yang korang bole cuba kan..
Kalau pakai dress labuh muslimah dengan skinny jeans pun ok..
Untuk rasa konfiden dan kepuasan sendiri..
Kalau aku memang suka pakai dengan t-shirt dan blouse loose la..
Skinny jeans memang bagi efek kurus dan tinggi dekat aku..hehe..


OOTD untuk pegi ofis hr ni..
Sempat lagi kan..hehe..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...