Monday, 15 February 2016

1st Entry After Wedding..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Hari ni hari kedua dekat ofis lepas cuti 2 minggu untuk kahwin..
Seminggu sebelum kahwin..
Seminggu selepas kahwin..
Seminggu sebelum kahwin sibuk dengan persiapan..
Alhamdulillah majlis nikah dan risepsi berlansung dengan baik..
Silap sana sini tu biasa la..

Dua hari sebelum balik kampung sibuk kesana kemari dekat KL ni..
Pegi collect baju, collect baju je dekat 3 tempat..
Lepas tu tempah door gift..
Balik pulak sibuk buat keje dekat rumah..
Nasib baik la ramai ada dekat rumah..
Adik Ta baru lepas SPM, Zack dengan Wafi tengah cuti sem..
Lepas tu kawan Adik Ta pun ada datang duduk seminggu dekat rumah..
Bole la tolong apa yang patut..
Saudara mara pun ada la datang tolong sikit-sikit..

Selepas kahwin pulak pon busy..
Busy kesana sini..
Disebabkan rumah kitaorang ni dekat je..
So kejap dekat rumah aku, kejap dekat rumah en.suami..
In between tu kene pegi pejabat agama submit dokumen nak dapatkan sijil nikah dengan kad..
Pegi bank untuk urusan kewangan, pegi dobi untuk hantar dan collect baju..
Ada 2 hari aku bawak en.suami pegi ziarah rumah sedara mara aku..
Sambil tu nak sesuaikan diri dengan kehidupan baru..

Sabtu kami dah balik KL..
Amik barang dari rumah lama lepas tu terus pindah rumah sekarang..
Ahad kami keluar pegi beli barang rumah..
Pegi Mr.DIY dan Aeon Big..
Beli barang pekaskas rumah dan makanan basah dan kering..
Alhamdulillah semalam dan hari ni dapat la prepare breakfast untuk en.suami sebelum pegi keje..
Malam aku masak untuk dinner..

Ok untuk kenangan, sejak duduk sama..
Orang pertama yang masak adalah en.suami..hihi..
Ahad malam die masak maggi, aku goreng nugget..
1st menu aku masak pulak ialah untuk dinner malam tadi..
Nasi, kari ayam campur kentang dengan kobis goreng..
Sekarang semangat beli barang dapur..
Harap aku rajin la untuk selalu masak..

Sekarang dekat rumah tak de internet lagi..
Tu yang susah sikit nak update..
Insyaallah kalau rajin aku akan review apa yang patut untuk wedding aku..
Cuma lambat sikit la..
Sekarang ni memang dalam fasa nak sesuaikan diri dengan hidup baru..
Harap semua nya baik-baik je..Insyallah..Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...