Tuesday, 26 January 2016

Weekend - Tunang Luqman & Denggi..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Fuhhh tinggal beberapa hari je lagi nak majlis..
Aku ada la sikit-sikit jd Bridezilla..haha..
Kadang-kadang kita cuba berbaik-baik dengan orang..
Layan orang baik-baik..
Tapi ada orang sengaja uji kesabaran kita..
Bila deal dengan orang antara benda paling penting ialah respect dan professional..
Ok ni nanti kita cerita kemudian..

Berbalik kepada tajuk..
Weekend lepas ni antara weekend yang memenatkan pada aku..
Dekat en.bf jugak..

Jumaat malam tu balik keje..
Dah lepak-lepak kejap..
Aku start mengemas..
Kemas dekat dapur, lepas tu sambung kemas dekat bilik..
Tengah berkemas bole pulak period..
Lagi la sakit badan..
Dah siap-siap kemas aku pun tido..

Sabtu tu plan nak gerak awal sebenarnya..
Pukul 830 dah gerak..
Tapi aku sedar-sedar dah terang..
Tengok jam dah pukul 830..huhu..
Cepat-cepat kol en.bf..
Nasib baik la 930 macam tu dah sampai Beryl's..
Nasib baik la pagi tak banyak kereta sangat..
Pukul 10 dah gerak pegi Seremban..
Dengan lapar tak makan nya..

Sampai Seremban dalam pukul 10 lebih 11..
Terus pegi rumah P.long..
Ingatkan nak gerak pukul 11..
Rupenya 1130..
So pegi rumah P.long dulu..
Sampai tu tengok adik aku yang nak tunang tu melepet giler..
Siap ada baldi die nak muntah..
Kitaorang nak gerak tu pun die siap baring dekat sofa sebab tak larat..
Sebelum tu adik aku ada wasap bagi tau..

Alhamdulillah majlis berjalan ok je..
Tak lama sangat pun..
Adik aku ni punya semangat gagahkan jugak diri datang nak amik gambar..
Tapi siap kene pegang lagi sebab tak berapa larat..
Tangan dengan bibir pun sejuk..
Lepas tu die terus balik nak pegi hospital nak amik darah..

Aku pulak lepas tu pegi Jakel..
Ada nak ambil langsir..
Lepas tu pegi Jusco kejap beli stamp pad..
Beli sekali refill ink die..
Ni nanti aku share dekat entri yang sepatutnya..
Lepas tu terus balik kampung..
Masing-masing mata layu je..
Jumaat en.bf pegi site..
Aku sibuk mengemas..
Memang lemau..

Sampai rumah tu mula-mula aku ni excited la nak buat apa yang patut..
Nak gantung langsir baru, tengok box dengan test cop..
Luqman pulak dekat bilik die tak berapa larat..
Ada la makan-makan sikit lepas tu bangun pegi toilet..
Lepas tu die ada panggil aku kata nak pegi hospital lagi..
Sekali die kata nak pegi hospital lagi sebab tak larat sangat..

So aku pun kejutkan la Jo dengan Dik Ta ajak pegi sekali..
Bawak lelaki senang nak tolong pegang kan ke apa..
Masa ni tangan die kebas tak bole genggam..
On the way tu siap pasang lampu hazard lagi..
Masa dalam kereta muka die kebas, sakit perut..
Mata pun merah..

Sampai hospital memang aku mintak kerusi roda dekat guard..
Terus pegi kaunter..
Die check denyutan nadi, pernafasan semua..
Lepas tu terus tolak masuk dekat dalam kecemasan..
Aku tengok dieorang dah cucuk jarum nak masukkan air..
Bagi pakai alat bantuan pernafasan..
Lepas tu intervew sambil monitor die..

Tak lama lepas tu ada yang panggil aku..
Bagi tau yang die positif denggi..
So kene admit..
 Discuss then Dik Ta akan tinggal untuk jaga die..
Aku dengan Jo balik untuk ambil barang..

Balik tu Jo kemas-kemas kan barang dieorang..
Lepas tu ada pulak orang datang..
Die datang sebab tak dapat datang majlis aku nanti..
Bawak sekotak cream puff then bagi hadiah..
Yeay 1st hadiah dapat..hehe..

Sempat gantung langsir kejap dengan Jo..
Malam tu hantar barang lambat sikit..
Dapat la aku dengan Jie masuk..
Sambil-sambil tu sempat la aku cop cop apa yang patut..
Habis 300pcs jugak la..

Ahad tu P.long datang..
Sementara Zack cuti memang die je masak dekat rumah..
Aku ni pulak tolong apa yang patut..
Mop rumah segala..
Tengah hari tu pegi melawat Luqman..
Malam pulak layan AJL sambil cop cop dan settle kan benda-benda lain..
 
 Isnin pagi-pagi lagi P.long dah sampai tolong kemas halaman..
Mula-mula aku dekat dapur je..
Sempat la masak cekodok pisang..
Sedap jugak la walaupun 1st try..hehe..

Lepas tu aku dengan Dik Ta buat keje luar..
Ni memang keje angkat kayu, botol kaca segala..huhu..
Memang menguji fizikal..haha..
Tapi tak pe..
Aktiviti baik untuk bakar lemak..

Lepas makan tu sempat tido kejap..
Petang tu janji nak jumpa sepupu kejap..
Ajak die datang rumah nak discuss pasal bilik dengan pelamin..
Masa ni mak dengan ayah pegi rumah en.bf..
Ada nak bincang apa entah..
Aku tak ikut pun..

Mak dengan ayah balik je en.bf datang amik aku..
Nak pegi tengok Luqman..
Ye lah malam tu aku dah nak balik KL kan..
Tapi die macam tu lagi..
Dalam badan panas, so rimas, sakit kepala..
Nak makan tak bole muntah-muntah..
Nasib baik la dekat hospital ada masuk air kan..

Malam tu balik KL memang masing-masing lemau je..
Sampai rumah aku memang kemas-kemas, tukar baju..
Letak kepala atas bantal terus lena..

Ada certain benda tak berapa settle lagi..
Die part dekat orang..
Tu pasal aku terpaksa mengamuk sikit..
Harap semuanya ok la..
Aku memang nak settle kan banyak benda cepat-cepat..
Hujung-hujung nanti tak payah nak semak-semak..
Tapi ada orang ni tak fikir orang kadang-kdang..
Fikir die je lepas tu tak communicate..
Nak orang faham die je..
Pada aku tak professional lansung..

Respect each other and be professional la..
Buat part masing-masing..
Bila orang baik, ambil kesempatan..
Nak tunggu kene maki baru bertindak..
Benda da jadi tak best la..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...