Thursday, 13 October 2016

Wedding Review: Langsir..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Meh la sambung cerita pasal wedding..
Ada je dalam draf tapi tulis separuh lepas tu tak habis..
Meh la habiskan..
Nanti bole cerita pasal benda lain..

Cerita pasal langsir pulak..
Aku buat langsir untuk hall dan bilik pengantin je..
Bilik lain tu tak payah usik..
Langsir mengikut tema bilik masing-masing..hehe..

Untuk Hall ada tingkap 3 panel 2 set dan tingkap 2 panel 1 set..
Untuk bilik pulak ada satu set tingkap 3 panel dan 1 set tingkap 2 panel..

Aku buat dekat Jakel..
Masa cuti Hari Buruh tahun lepas aku dah survey siap-siap..
Awal kan..
Sebab senang nak budget duit..
Duit tak berapa banyak macam ni la..:)

Aku ada survey kedai kain satu Malaysia, MK Curtain dengan Jakel masa ni..
Tapi Jakel paling ok..
Dan dalam budget..

Lagi satu aku prefer dieorang sebab dieorang yang datang ukur dan pasang..
Jahit dan kayu pun aku amik dekat dieorang..
Senang pilih kain lepas tu langsir terus tergantung je..
Kalau kala beli kain sendiri, salah ukur ke apa malas aku..
Salah pasang ke apa..
Ni biar die buat semua..
Kalau salah bole mintak buat sampai betul..:)

Aku usha kain dan confirmkan tempahan bayar deposit hari Khamis..
Aku amik body langsir je dulu..
Tak de budget untuk day curtain lagi..
SA tu pun advice ok je amik body dulu..
Ada budget nanti buat day curtain pulak..
Insyaallah nanti ada rezeki buat day curtain pulak..

Sebelum pegi aku mintak adik aku ukur tinggi dulu..
Sebab syiling dekat rumah aku tinggi..
Tau banyak pakai kain..
Nak estimate harga nanti senang sikit..
Tak la jauh sangat..

Masa dekat kedai mula-mula aku tengok-tengok kain dulu..
Lepas tu bagi tau SA tu estimate tinggi dengan berapa panel..
Nak jahit dan rod kayu sekali..
Bagi tau budget..
So baru bole agak harga kain semeter berapa..
Dah tau anggaran harga kain semeter baru la pilih kain.. 

Untuk hall aku amik warna lain..
Untuk bilik aku amik warna lain..
Untuk bilik aku cuba match dengan cadar..
Entah match ke tak..haha..
Tengok je la hasil die nanti..

Kain untuk hall tu tak banyak sangat tinggal..
Untuk bilik banyak..
Dah la dekat hall pakai lagi banyak dari dekat bilik..

Hari Ahad orang Jakel dah datang ukur tingkap..
Masa dieorang datang ukur aku tanya nak confirmkan harga macam mana..
Sebab aku jumpa dekat kedai orang lain..
Yang datang ukur orang lain..
Yang datang ukur ni bagi tau mungkin hari tu jugak dapat quotation..
SA akan deal dengan orang yang amik deposit aku tu..
Tunggu-tunggu hari Selasa baru dapat..
Yelah lagi lama, lagi lambat siap kan..

Hari Selasa pagi SA tu sms aku quotation..
Mula-mula die bagi quotation untuk hall tu 2 set 3 panel dengan bilik je..
Sebab dekat hall ada tingkap 2 panel ni lain sikit..
Tapi masa orang datang ukur aku mintak je die ukur sekali yang 2 panel dekat hall ni tapi letak dalam KIV..
In case nak buat jugak..
Aku pulak tak nak amik risiko ukur sendiri..

Mula-mula die bagi quotation untuk 3 set 3 panel + 1 set 2 panel..
Lepas tu bincang dengan en.suami mintak quotation untuk 3 set 3 panel + 2 set 2 panel..
Mana tau ok pulak..
Tanya je tak salah..
Sekali harga ok jugak..
Sebab kitaorang saje buffer besar sikit quotation dengan actual budget..
Kalau fit fit sangat nanti mesti terlebih budget..huhu..

Cuma sebab kain untuk dekat hall tu hari tu dah tak banyak..
Makanya kain nya tak cukup..
Tapi SA tu carikan kain lain yang warna sama..
Cuma corak je lain sikit..
Lepas tu die wasap dekat aku corak kain..
Nampak ok, tanya en.suami pun ok..
Confirmkan harga..
So proceed la tempahan..

Tunggu la dalam 2 minggu nanti siap..


Langsir untuk hall..
Untuk dekat hall aku pilih warna purple..
Sesuai dengan perabot yang ada..
Dekat hall aku banyak perabot kayu..




Staff Jakel masa keje pemasangan..




Masa keje-keje permasangan..
Aku tak de masa ni..
Adik aku hantar gambar..




Ni untuk dalam bilik pulak..
Aku pilih warna sedondon dengan cadar katil kitaorang..

Selain langsir aku amik jugak rod kayu tu sekali..
Sekali senang je..

Untuk dua-dua langsir ni corak die dekat sulam je..
Aku kan suka yang simple-simple ni..
Kos untuk langsir dengan rod RM9++.++ tak silap..
Dah lama sangat lupa da..hukhuk..
Tak termasuk day curtain ye..

So far aku puas hati dengan langsir ni..
Kain on, pasang pun ok..

Kesimpulan nya kos untuk langsir adalah mahal..
Ni baru buat untuk hall dengan bilik je dah dekat seribu..
Kalau campur day curtain memang lebih seribu..
Kalau satu rumah tak tau la berapa ribu..
Lagi pun ni pun amik kain yang biasa-biasa je..

2 comments:

  1. waahhhh...hmpir 1 k jugak tu..
    mmg mahal la sekarang tempah lgsir ni...
    lya tempah tailor kampung je..cari kain sendiri..
    boleh save budget sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..
      Kalau utk satu rumah entah berapa ribu la..huhu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...