Wednesday, 6 January 2016

Wedding Review: Kad Kahwin - Kadlawo..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Aku cuba la merajinkan diri untuk tulis pasal kad jemputan kahwin kitaorang..
Slow-slow tulis nanti siap jugak kan..

Untuk kad jemputan kahwin kitaorang ada 2 design..
2 design dari 2 vendor yang berbeza..

Kad pertama kitaorang buat dekat Kadlawo, Shah Alam..
Macam biasa awal-awal lagi memang kitaorang dah survey slow-slow..
Tak ingat dah survey sebelum bertunang ke selepas bertunang..
Tak ingat da macam mana boleh tersangkut dekat Kadlawo ni..

Mula-mula survey tak silap kitaorang kad untuk 500pcs je..
Masa 1st survey ni saje nak tengok design yang ada..
Nak survey harga dan cara pembayaran (payment method)..
Nak dapatkan nasihat bila waktu yang sesuai untuk tempah dan tempoh proses macam tu..
Dapatkan la se detail yang mungkin..
Benda-benda ni penting untuk senang kitaorang nak budget harga dan time line setiap item untuk majlis kitaorang..

Lepas survey dekat sini..
Lepas survey dekat sini kitaorang survey tak banyak sangat pun..
Ada jumpa vendor lain dekat Pameran Pengantin je..
2 kali kitaorang pegi Pameran Pengantin..
Satu dekat Ampang Point, satu lagi dekat SACC Mall..
Tapi en.bf prefer dekat Kadlawo..
Sebab harga ok, design ok
Aku ada je ajak en.bf pegi survey kedai lain..
Tapi die macam malas nak survey banyak-banyak..huh..

So pilihan vendor untuk buat kad ialah Kadlawo..


Pegi kali kedua dah confirmkan style, confimkan harga balik..
Masa ni kitaorang plan nak amik kad sekeping je dengan harga loose untuk 750pcs..
Lepas tu terus bayar deposit..
Masa ni awal jugak..
Tapi memang kebanyakkan kitaorang saje bayar deposit awal-awal..
Sebab malas nak pegang duit dekat tangan..
Takut terguna peruntukan yang sepatutnya..
Dalam bulan 11 tak silap kitaorang datang balik..
Masa ni memang dah nak confirmkan design, detail semua..
Tapi masa ni bole pulak style yang kitaorang pilih dulu dah tak de lagi..
Die dah tukar size style..
 Kitaorang tak suka sangat size sekeping..
So kitaorang pilih style yang baru, harga pun lain la..huhu..
Kualiti kad pun lain, makin baik kualiti kad.
Akhirnya pilih style 6..
Bagi semua detail untuk letak dalam kad..
Masa buat map ni lawak giler..
Sketch map dekat atas note pad kecik ke..
Sabar je la budak tu dengan kitaorang..
Yang best dekat Kadlawo ni ialah kad die custom made..
Korang bole buat design sendiri..
Tak pun bole mix and match design yang dieorang sedia ada..
Tak de hal..
Dalam seminggu je kot, pertengahan bulan 11 dah dapat 1st draft..
Bahagian detail memang senang je..
Sebab kitaorang memang nak kad yang simple - ringkas dan padat..
Malas nak ayat berbunga-bunga sangat ni..
Yang problem die pasal map..huhu..

Masa dekat kedai kitaorang pilih style 6 untuk 1000pcs..
Sebab kalau harga loose untuk 750 lagi mahal..
Untuk harga bole refer dekat bawah..
Tapi masa on the balik fikir balik dengan en.bf..
1000pcs kad adalah banyak..
Dan lebih dari budget masa pegi 1st time dengan 2nd time..
Kene ada plan B ni..

Cukup 3 draft dalam seminggu..
Budak ni ajak jumpa edit depan-depan je senang..
Sebab communicate guna email ni susah sikit..
Unless kalau korang memang confident dengan detail korang tu..

Dekat Kadlawo Shah Alam ni ada 2 orang budak yang buat design, Esan dengan Epy namanya..
Sape yang in charge korang dari awal, die la yang akan buat sampai settle..
Dieorang ni korang bole je deal kalau nak jumpa malam..
Kalau ikut kan masa untuk print lepas confirm design adalah 20 hari bekerja..
Unless kalau korang bole kawtim dengan dieorang nak cepat ke apa..
Untuk design memang bole buat dekat mana-mana cawangan..
Tapi untuk print adalah dekat HQ, dekat Kuantan..

So lepas keje kitaorang datang la nak bincang..
Sebab nak kejar masa..
Buat map sama-sama, edit depan-depan..
Kejap je dah siap..
Lepas tu nanti dieorang akan inform la bila dah siap..
Dan bole la collect nanti..
 Meh belanja sikit kad jemputan kitaorang..:)

Cover

Dalam

Lokasi Majlis..

Masa kitaorang amik kad ni ada la sikit defect..

Contohnya cover tu patutnya tulisan Walimatulurus tu sepatutnya bukan warna putih..
Sama warna purple dengan tulisan lain..
Check dekat draft pun sama..
Tak tau la sape yang pegi tukar..

Lagi satu dekat bahagian dalam ada tulisan & warna putih sesat..
Nasib baik la background die macam tu..
So tak perasan sangat kecuali kalau tengok betul-betul..
Masa check balik draft tengok dengan naked eye memang tak nampak..
Sebab tu la masa edit malam tu tak nampak..
Kene zoom 10x baru nampak ada & dekat draft tu..

Dieorang offer nak print balik.
Tapi kitaorang malas pulak nak tunggu..
Kitaorang pun tak de la fussy sangat..
Guna je la kad ni..
Kalau print balik dapat lagi 500 kad dah bazir je yang ni..
Masa ambil kad ni bayar balance harga kad..

Balik tu terus bagi mak..
Orang dekat rumah pun tak bising..
Bole je baca..

Lagi satu kitaorang ada problem dengan envelope..


Envelope die bole pulak gam die melekat-lekat..
Bila nak bukak memang hancur la..

Lepas tu kitaorang dapat dalam 50-70 kad extra..
Tapi ada tak cukup envelope..
Masa pegi Mr.DIY ternampak pulak envelope mura..
rm1.50 ada 25pcs..
 Bole refer dekat SINI..
Aku rasa bole je kalau nak complain lepas tu dieorang ganti envelope lain..
Sekali lagi..
Aku malas nak tunggu dan pegi jemput..
Semua tu makan masa dan duit..
Ni harga paling latest yang aku ada setakat masa ni..




Untuk tau harga terkini better contact dieorang terus atau terus pegi gallery..
Biasanya aku suka call dulu sebelum pegi..
Sebab selalu pegi masa weekend atau public holiday..

Untuk tengok design kad dan produk lain dieorang bole usha dekat sini..
Dieorang ada macam-macam produk..
IG - https://www.instagram.com/kadlawo/

Dieorang ada banyak cawangan..
Bole la pegi dekat cawangan terdekat korang..
Kalau tak pun tak silap kawan aku pernah je tempah thru email dengan phone call je..
Kesimpulan die kitaorang puas hati dengan servis dan kualiti hasil kad ni..
 Walaupun ada silap sana sini sikit..
Silap yang bole je korang nak claim balik untuk dapat yang perfect..
Tapi kitaorang ok je..
Ramai jugak yang dapat dan tengok kata kad ni cantik..:)
Terima kasih team Kadlawo untuk kad jemputan kahwin kitaorang ni..
Highly recommended..
Tak semestinya untuk kad kahwin..
Mungkin untuk kad jemputan majlis lain..
Dieorang pun ada macam-macam produk lain..
Credit untuk Esan dan Epy..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...