Saturday, 9 January 2016

Wedding Review - Kad Kahwin - Kadkahwinku.com..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ok meh kita sambung cerita pasal kad..
Bole cepat-cepat habis..

Sebabkan pasal budget dan bilangan kad..
Kitaorang cari option kedua untuk control budget..
Sebab kalau bole tak nak lebih dari budget awal..
Penting untuk control budget walaupun jumlah die sikit..
Penting untuk kawal diri dan tegas dengan diri sendiri..
Walaupun jumlah ni puluh atau ratus ringgit..
Unless kalau korang memang banyak duit lebih..:)

Maka vendor hunting untuk kad pun bermula..
Masa ni aku lebih cari dekat online je..
Cari dekat IG, FB atau website untuk kad yang mura..
 Bilangan pun tak banyak..
Jadi susah sikit nak dapat harga yang kitaorang nak..

Calculation kitaorang..

Harga style 6 KadLawo untuk 1000pcs - rm980..
Kalau kitaorang ambil 500pcs style 6 Kadlawo - rm650..
Kitaorang nak lagi 300pcs kad - mesti la total die lagi kurang rm980..
Kalau ambil 300pcs tu lebih kurang rm980 je baik la kitaorang ambil dengan Kadlawo je untuk 1000pcs..

Tanya sana sini..
Sekali aku terjumpa Kadkahwin yang selalu buat promotion hari Jumaat dekat IG..
So memang aku follow IG dieorang..
Tengok harga masa promosi ok..
Hari Jumaat dah standby siap-siap dari pagi usha IG dieorang..hehe..
Lepas tu jumpa kad dan harga yang sesuai masa promosi Jumaat..
Aku whatapp tanya, lepas tu terus confirmkan..
Masa aku beli term die adalah kene bayar total harga kad dalam 24 jam..

Disebab kan order Jumaat..
So masa weekend tu aku dengan en.bf pegi Kajang untuk pegi Gallery dieorang..
Carik-carik dah petang tapi sempat la jumpa..
Ramai jugak orang masa ni..
So sempat la kitaorang tengok-tengok kad yang ada..

Sebab sebelum ni tengok gambar je..
Susah nak agak fizikal kad sebebnar..
Sekali aku rasa macam kad yang aku tempah masa whatapp tu macam tak ok..
 Nasib baik la bole tukar dengan kad lain yang ada promosi jugak masa hari Jumaat tu..

Dieorang ni ada system online..
So sign up semua settlekan masa ni..
Setiap customer ada akaun dekat website dieorang..
Lepas tu untuk details dan map communicate guna email je..
Lagi cepat dieorang dapat detail, lagi cepat confirmkan detail dan map..
Lagi cepat la dieorang bole print..

Isnin tu dieorang dah email untuk dapatkan detail..
Untuk kad ni senang je..
Sebab die ada template..
Detail ikut template die je..
Tak bole nak demand nak ubah itu ini ye..heheh..
Fill in macam borang online lepas tu mungkin die generate dari situ je..
Untuk map pulak aku just email je dari kad sebelum ni..
Sonang cerita..

Kitaorang dapat kad ni lagi awal dari tarikh yang die estimate siap..
Masa collect kad kawan en.bf yang tolong collect kad..


Promosi Friday Special..
Riben tu tak termasuk ye..
Kalau nak order lain..


Ini la kad pilihan..
Mula-mula tu kad apa entah..
Tak ingat dah..


Kad kitaorang..:)
Simple dan paling penting maklumat sampai..
Dapat extra kad dalam 1+ pcs..
Alhamdulillah envelope semua ok..

Berdasarkan pengalaman kitaorang..
IG diuruskan oleh bos dieorang..
Die yang buat promosi, harga, term and condition semua..
Yang handle whatapp pulak orang lain..
Masa aku datang gallery orang lain pulak yang handle..
So masing-masing blur blur sikit..
Sebab dieorang tak tau pun harga promosi..

Jadi baik la screen short detail promo siap-siap..
Kalau pegi gallery tunjuk detail tu..
Sebab untuk promosi tu kadang-kadang ada term macam minimum bilangan order..
Terhad untuk warna apa..
Kertas pun kadang-kadang lain..
Jadi untuk dieorang perlukan detail untuk key in dalam akaun nanti..
Tak nak la salah order kan..

Untuk kad ni kitaorang dapat 300pcs - rm10+.++..
Memang sangat berbaloi..
So total harga kad bawah rm800..

Untuk tengok design dan lagi banyak info bole la usha..

Website - http://www.kadkahwinku.com/store/
FB - https://www.facebook.com/kadkahwinkudotcom/?fref=ts&ref=br_tf
IG - https://www.instagram.com/kadkahwinkudotcom/

Paling senang contact atau pegi je gallery dieorang..
Tak silap dieorang dah bukak gallery sampai malam sekarang..
So lagi flexible..
Lebih lagi kalau yang berkerja..
Lagi la senang korang nak terjah..

Ok settle pasal kad..

2 comments:

  1. mahalnya hrga skarang..klo dulu perabis utk kad kawin dlm rm300 tu dh cun sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa bole buat lya..
      Layankan je la..
      Sekarang semua benda makin mahal kn..:(

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...