Thursday, 21 January 2016

Last Weekend - Perfect Skin Wellness Centre, Subang Jaya & Ampang..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Hohoho bole pulak nak update cerita last weekend kan..
Esok dah Jumaat dah nak weekend balik dah pun..
Tapi tak pelah..
Layankan je..
Kenang-kenangan untuk diri sendiri nanti..:)

Sabtu lepas memang penat giler..
Penuh dengan aktiviti..

Sabtu tu aktiviti kitaorang start dari pukul 1230..
Mula-mula sekali kitaorang pegi buat treatment (bole la guna perkataan ni kot)..
Macam aku pernah cerita dekat entri sebelum ni..
Bole baca dekat SINI..
Aku buat sauna dengan full body massage..
En.bf buat facial..
Pukul 3 lebih baru settle..

Tak sempat nak makan..
Bergegas pegi tengok rumah dekat Subang Jaya..
Buat masa ni sewa studio je dulu..
Sementara tunggu rumah siap..
Dan sementara kalau ada rezeki lain nak beli..
Aku memang prefer duduk studio berbanding sewa rumah, fully furnished dengan facilities tempat tu bila dah kawin atas sebab faktor bersama..

Tengok unit ok..
Owner pun ok..
Tapi ada orang sebelum kitaorang yang dah tengok..
Dan ada candidate lagi untuk die consider..
Malam tu nanti die baru bagi keputusan..

Settle tu kitaorang pegi makan..
Ajak Hadi sekali sebab nak pass kad..
Melepak makan lepas tu makan durian..
Tu pun 730 macam tu kene cut off..
Sebab ada nak jumpa orang dekat Ampang Point pulak..
Kalau tak mau lama lagi melepak..

Pukul 8 nak jumpa orang dekat restoran belakang Ampang Point..
Orang yang handle Pelamin dan PA System untuk majlis kitaorang nanti..
On the way nak pegi sana jam sikit dekat Jalan Tun Razak..
Text orang tu then jumpa pukul 8 lebih..
Dekat sini bole pulak berbual lama giler sampai pukul 12 lebih..
Pukul 1 pagi baru on the way balik..

Tengah discussion ni aku tanya owner status unit yang view petang tu..
Die setuju nak sewakan dekat kitaorang..

Hari ni macam fully utilised betul..
Memang penat otak dengan kepala..

Balik tu rasa lapar pulak..
Ajak en.bf singgah makan kejap dekat Kayu Nasi Kandar..


Order maggi goreng share 2 orang..
Sedap gak maggi goreng dekat sini..

Esok tu memang bangun lambat la..
Ahad tu pun dah bayar duit booked..
Bayar sewa sebulan untuk confirmkan sewa..
Deposit semua bayar masa amik kunci nanti..

Ok jugak dapat unit ni sebab deal direct dengan owner terus..
Tak de la through agent yang ada macam-macam hal..
Ada tu kene bayar agreement fee la on top of deposit dengan sewa..
Owner pun siap tanya lagi nak tambah furnish apa.. 
Harap semua ok la..

Ahad memang duduk rumah je la laundry segala..
Memang tak kemana..

Minggu ni pun keje bole tahan..
Tahun baru ni nak settle kan carry forward project dari tahun sebelum ni..
Lepas tu dah ada projek baru..
Dan oil and gas sekarang semua sedia maklum keadaan nya kan..

Weekend ni pun agak penat aku rasa..
Sebab Sabtu ni adik bertunang..
Dan nak settle kan hal untuk diri sendiri lagi..
Sepanjang minggu ni box door gift dah sampai, langsir dah pasang..
Lagi pun dah 3 minggu tak balik..

2 comments:

  1. x pernah pon manjakan diri dkt spa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada free nnt bole la try pg lya..
      Pg Herbaline dekat Kuantan pon ok..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...