Monday, 4 January 2016

1st Weekend 2016..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Sebelum tersasar jauh..
Lepas tu terperam je cerita ni..
Meh la kita post dulu..
Amik masa sikit pagi-pagi sebelum pegi keje ni..

Khamis tengah hari kitaorang gerak balik kampung..
On the way balik tu kitaorang singgah Seremban 2..
Singgah Jakel nak tempah langsir..
Masa cuti Hari Buruh tahun lepas aku pernah survey..
Hujung tahun ni harga lebih kurang je..
Tak dela mura sangat pun..
Sebab kan dah pernah survey, SA pun straight to the point je..
So tak lama pun nak tempah..
Dah kira-kira anggaran, lepas tu bayar deposit sikit..

Dah settle pegi makan Nasi Arab Damsyik pulak..


Malam tu mak amik Zack..
Mak pun makan dekat sini..
Aku setuju jugak la dengan mak..
Rasa nasi arab die macam dah kurang sedap..sob sob..

Sampai rumah senja tu tengok-tengok barang lepas tu lipat-lipat kad yang baru dapat..
Lepas Maghrib Luqman ajak keluar..
 Tu yang layan ABC..
ABC dekat Hailam Kopitiam ni sedap..
Kene dengan tekak aku..
Bawak laptop segala untuk carik bahau untuk projek kanvas dengan Adik Ta..:)

Jumaat pulak short plan BBQ..
Khamis plan..
Jumaat terus jadi..
 Buat lepas Maghrib..


Biasa la kalau birthday, nak kawin ke apa..
Mesti buat BBQ..hehe..
Kira ni BBQ untuk aku dengan en.bf..
Kehadiran adalah orang sama je..
Aku, en.bf, Hendry, Apis, Yazid, wife Apis, Hawa dengan Kucai..
Tapi kali ni ramai geng kucai join sekali..
Makanan banyak giler..
Sebesen ayam, hot dog dengan kambing..
Ada mihun, buah rambtan, jajan, fries, coselow..

Tapi sebab start lepas maghrib..
Buat dekat rumah parents..
Dapat lepak kejap je la..
Sebelum pukul 12 aku dah balik..
Yang lelaki je la lepak lama sampai pagi..

Sabtu pulak mak, ayah dengan Dik Ta tak de dekat rumah..
Pegi menjemput dekat KL..
So dekat rumah tinggal aku, Zack dengan Luqman je..


Tinggal bertiga..
Tengah hari tu masing-masing makan lauk mak masak sebelum pegi KL..
Petang tu masing-masing tido..
Bangun lepas Maghrib tu kuar bawak Zack pulak pegi Hailam Kopitiam..
Layan ABC dengan kek ais krim..
Tapi dengan Zack memang selalu order lebih..
Tu ada fries dengan wedges..

Sebenarnya sebelum pegi minum ni aku pegi pass kad dekat kawan-kawan..
On the way pegi dengan balik tu singgah la sambil-sambil..
Mana yang dapat contact tu bole la janji nak jumpa..
Kalau da lost contact tu aku tinggalkan je dalam letter box..

So 3 orang bersenang lenang la..
Balik tu masing-masing jadi burung hantu la tido lambat..
Bersuka ria dekat rumah..hihi..

Pagi Ahad tu pukul 10 orang Jakel dah call..
Call datang nak ukur tingkap untuk langsir..huhu..
Sementara tu aku buat la apa yang patut..
Sapu rumah, basuh kain, jemur kain, buang sampah, bakar sampah..
Padahal mata rabak giler..huhu..
Orang tu datang dalam pukul 11 macam tu..
Orang tu dah balik kene masak pulak..

Petang tu memang melepet la aku tido..
Bangun petang tu en.bf datang nak settlekan borang nikah dengan dokumen-dokumen berkaitan..
Dah settle kitaorang kuar kejap pegi beli barang nak buat spagethi..
Balik tu sibuk-sibuk masak spagheti..
Mak pulak goreng pisang..
Pukul 10 lebih gerak balik KL..

Best nye duduk rumah..
Best melepak dengan kawan-kawan ngn family..
Bulan Jan ni agak sibuk dan kerap balik aku rasa..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...