Friday, 30 December 2016

Selamat Pengantin Baru..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Baby dah lama tido..
Tapi mama die tak boleh tido lagi pulak..
Tadi masa tido kan baby mata rasa ngantuk, badan rasa penat..
Tapi tak boleh tidur..
Kejap lagi la masa lepas pam susu baru tido..:)

Disebabkan mata tak boleh tido..
So aku bukak laptop transfer gambar dari hp ke laptop..
Gambar baby la especially..
Maklumlah hp memory tak besar..
Sambil tu nak susun gambar..

Tengah tengok gambar tadi..
Meh la abadikan gambar perkahwinan untuk bulan ni..
Bulan 12 ni biasa lah banyak majlis..
Tapi disebabkan berpantang..
Tak dapat la aku pegi..
Duduk dekat rumah je la jaga anak..hihi..

Perkahwinan best friend en.suami - Mad dan Aisyah..



Ada cerita kelakar pasal aku dengan Mad ni..
Memang kenangan sungguh..


Perkahwinan Hawa & Nazri..





Perkahwinan ex-classmate merangkap ex-room mate aku sebelum kawin..
Berliku percintaan dieorang ni..
Allhamdulillah berakhir di jinjang pelamin..


Perkahwinan Sepupu - Firdaus & Fatin..



Perkahwinan Sepupu - Alnor dan Suami (Tak ingat nama..kiki)



Ucapan untuk pengantin..
Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..
Cepat-cepat dapat baby..:)

Wednesday, 28 December 2016

1st Baby - Aisyah Humaira..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Untuk pertama kalinya..
Nak memperkenalkan baby kami..:)


Aisyah Humaira..
19hb Nov 2016..
Berat: 2.73kg, Tinggi: 48.5..
Lahir pada 38 minggu, 3hari..

Baby ni slim tapi panjang rasanya..
Slim tp tinggi macam abah..
Masa lahir ramai kata ikut muka aku..
Termasuk la fmly mertua..
Tapi sekarang ni semua yg tengok kata macam abah die..
Termasuk mak mertua..
Kembar mak mertua yg tengok gambar Aisyah kata sebiji macam en.suami masa kecik..

Gambar atas ni gambar hari kedua Aisyah..
Gambar dekat hospital sebelum balik..
Sekarang Aisyah dah sebulan lebih..
1hb ni mama da habis pantang..

Thursday, 22 December 2016

Pengalaman Bersalin - 19 Nov 2016..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Sebelum lagi lama..
Sebelum makin banyak benda yang aku lupa..
Sementara baby tengah tido ni..
Lagi pun baru pukul 10..
Boleh la update sikit..
Dah sebulan tak update blog..
Tapi tetap gak rajin BW kalau free..
Kalau BW aku guna fon je..
Nak update memang aku tak berapa reti guna fon..
Slow giler..
Kalau nak update memang aku kene guna laptop..

Hurmmm macam mana nak mula ek..
Dah lama tak menulis ni tetiba macam gagap pulak..kuikui..

Last entri hari tu aku ada share pasal contraction yang aku rasa masa on the way nak balik KL kan..
 Boleh baca dekat SINI..
So lepas tu memang tunggu je la bila nak bersalin..
Dah la hari Isnin tu aku tak pegi check up dekat KK tu kan..
Sebab sampai rumah pun dah pukul 4 pagi..
Lagi nak kene harapkan en.suami hantar pegi KK..
Kereta dah hantar balik kampung..
Cuak gak sikit in case kalau kene bersalin dekat govt, dah la skip check up dekat KK..
Tak pasal kene mara pulak nanti..huhu..
Lagi kitaorang ada plan nak balik kampung en.suami weekend tu sebab mak, ayah mertua dengan adik ipar nak pegi umrah..
Kalau dekat kampung memang kene pegi hospital govt la..

So setiap hari menghitung hari je la..
Anytime boleh deliver kan..
Sambil tu buat je aktiviti harian macam biasa..
Sampai la masa bangun tido pagi Jumaat tu..
Tetibe rasa lain macam..
Walaupun aku dah cuti, tapi tiap pagi en.suami nak pegi keje tu aku bangun je..
Lepas die pegi keje baru sambung tido balik..:)

So bangun pegi toilet sebab nak terkencing..
Sekali masa terkencing tu tengok macam ada darah..
Sejak yang false alarm haritu..
Memang tunggu pecah air ketuban atau keluar darah baru pegi hospital..:)

Lepas tu tengok macam makin banyak darah keluar..
Keluar dari toilet kejutkan en.suami..
Bagi tau die rasa nak bersalin dah..
Masa ni pun dah ada rasa contraction sikit-sikit..
So mandi lepas tu siap-siap kemaskan barang..
Nasib baik sangat en.suami tak pegi keje lagi masa ni..
Lepas mandi terus pakai pad sebab tengok darah makin banyak keluar..
Sambil kemas barang, sambil tu melayan contraction..
Biasa keje mengemas ni en.suami yang  in charge..
Lagi pun discharge dari hospital nanti nak terus balik kampung..

Dah settle semua so ke hospital la kitaorang..
Dalam kereta sempat lagi en.suami tanya nama anak..
Sebab tak decide lagi nak letak nama ap..hihi..

Sampai hospital dah register semua..
Lepas tu jumpa dr..
Jumpa dr. bagi tau yang ada keluar darah dan dah rasa contraction..
Masa ni dalam pukul 10 pagi..
Sebelum register sempat lagi pegi sarapan dengan en.suami..
Die macam confuse je sebab ak macam rilek je..
Takut pisang berbuah sekali lagi..hihi..

Ke hospital UMRA la kitaorang..
Masa dr check die nampak dan kata banyak jugak darah..
Bila check dah bukak 3cm..
Dr. kata Insyaallah bersalin hari ni sebelum petang..
Air ketuban tak lama lagi pecah..
So die pasangkan drip siap-siap..
Lepas tu boleh la masuk wad..

Keluar dari bilik dr. kitaorang register untuk masuk wad..
Pilih la wad yang nak..
Amik standard single je..
Nasib baik dapat harga lama..
Sebab harga baru ni untuk normal delivery dah naik rm400 dan untuk c-sect dah naik rm800..huhu..

Masuk wad makan tengah hari semua..
Lepas tu nurse keep on datang untuk check CTG..
Masa awal-awal check in CTG agak ok..
Contraction agak kuat..
So kitaorang rehat-rehat la, tido-tido..
Tapi aku tengok CTG makin lama contraction makin low..
En.suami siap cerita ada orang yang check in lebih kurang kitaorang, wife die dah bersalin..
Contraction aku pulak makin lama tak sakit sangat..

Petang sikit ada nurse datang..
Die nasihatkan aku banyak berjalan..
Suruh turun naik tangga..
Lagi anak 1st so progress slow..
Aku mintak nak pegi makan petang..
Die balut tempat drip then bagi aku pegi makan..
Balik sebelum pukul 7 katanya..
So pegi la makan dekat mamak..
Sempat pegi kedai baby usha pump..
Balik tu nurse check pun contraction tak tinggi pun..
Lepas tu jalan-jalan dekat wad, siap turun naik tangga..
Sebabkan hospital ni tak berapa besar..
Tetiba terfikir nak ajak en.suami pegi AEON..
Kebetulan balutan drip tak bukak lagi..

Dekat AEON kitaorang guna voucher beli towel dengan ada barang baby sikit..
Sambil jalan ni sambil layan mild contraction..
Sempat makan ABC sebelum balik.p.
Jalan dekat sini sampai AEON tutup..hehe..
Masa parking pun jalan jauh-jauh konon nak bagi cepat bersalin..

Abc terakhir sebelum bersalin..

Balik tu dalam pukul 11..
Rasanya kitaorang pegi jalan-jalan dekat hospital, Aku siap jalan-jalan, ketuk ketampi, jalan itik dekat wad..
En.suami macam dah give up je masa ni..
Ingat baby main-main lagi..hehe..

Dalam pukul 1 ada nurse offer ubat untuk buang air besar..
Sebab aku tak de buang air besar lagi hari tu..
Sebelum nurse tu letak aku siap tanya lagi berapa lama ubat tu berkesan..
Kalau ikut nurse tu kata dalam 5 minit je..
Sekali lepas letak je nurse tu letak terus rasa nak membuang..
Nasib baik sempat sampai toilet..hehe..
Lepas buang air besar aku rasa contraction aku makin kuat dan kerap..
Masa nurse check pun makin naik..
Dalam pukul 4 tak silap dr.ada turun check bukaan..
Masa ni dr. kata baru 4cm..huhu..
En.suami dengar macam tu, lagi sebelum tu nurse kata bukaan akan naik 1cm sejam..
Die macam malas layan je..
Sebab dari datang tu 3cm, ni baru 4cm..

Masa ni aku rasa makin sakit..
Aku kerap gak kejut en.suami..
Tapi kesian jugak dekat die..
Dah la tido atas sofa pendek je..
Tak selesa..
Aku siap suruh die tido atas katil aku..
Sebab aku dah tak selesa..
Serba tak kena..
Yang en.suami pulak ingat kene tunggu lama lagi, ye la baru 4cm..

Masa ni memang aku keep on makan kurma dengan minum air..
Tak tau berapa banyak kurma aku makan..
Kurma memang aku dah bawak siap-siap..
Masa ni pun aku siap pegi jalan-jalan dekat hospital sorang-sorang pagi-pagi tu..
Turun naik tangga..
Masa contraction memang tabah je la..
 
Last nurse check CTG memang sakit makin kuat..
Mengeluh-ngeluh dah aku masa dengan nurse..
Tapi kalau dengan nurse kurang sikit mengeluh..
Kalau dengan en.suami memang mengeluh sangat la..huhu..
Sakit dekat perut tak sangat..
Tapi sakit dekat punggung dengan peha yang lebih..
Nurse kata tu elok sebab baby turun ke bawah..
Nurse siap offer pain killer lagi..

Masa sakit aku pegi dekat en.suami..
Masa ni rasa badan macam penat sangat..
Tapi sebab sakit tak boleh tidur..
En.suami siap offer suruh amik epidural lagi..
Tapi aku refuse..
Last tu die call nurse, kata aku nak pain killer..
Tapi nurse datang bagi tau yang dr tengah handle delivery..
Ada midwife je..
Aku pulak makin lama makin sakit..
Nak bangun pun siap bagi tau nurse tunggu kejap amik masa..
Masa ni memang fikir..
Kalau tadi baru 4cm, ni mungkin 4 atau 5cm..
Macam mana la nak sampai 10cm sakit die..
Nurse sempat pesan kalau ada rasa nak teran bagi tau..
Masa ni aku bagi tau yang aku macam ada rasa nak teran..huhu..

Tak lama lepas tu ada nurse lain datang bawak wheel chair..
Nak bawak aku ke labour room..
Masa ni dalam pukul 5 atau 5 lebih..
En.suami dalam toilet masa ni..
Aku bagi tau nak tunggu en.suami..
Tapi nurse kata tak pe..
Nanti die inform dekat en.suami aku dah pegi labour room..
 Aku masuk labour room..
Tak lama lepas tu en.suami sampai...
Dr. check masa ni bukaan aku dah 8cm..huhu..
Masa ni dieorang baru set up kan tempat..
Nurse suruh aku sedut gas..
Rasa macam mamai-mamai je masa ni..
Dah lama sikit en.suami tolong pegang kan gas tu..

Walaupun mamai aku ingat la dr.kata nak pecahkan air ketuban..
Rasa masa dr inject bius dekat bawah.. 
Aku ada kene pegang besi..
Sekali masa contraction aku rasa baby dah nak keluar..
Dan dr suruh teran..
Aku rasa baby keluar dan dengar suara baby..
Dr. mintak en.suami potong kan tali pusat dan tanya baby boy ke girl dekat en.suami..
 Lepas tu dr keluarkan uri pulak..
Dan jahit dekat bawah..

Lepas baby dah keluar dr.minta en.suami keluar dulu..
Lepas dah settle dengan aku dr. suruh nurse panggil en.suami untuk qamatkan baby..
Dah settle semua, nurse pakaikan pad semua dan aku naik wheel chair masuk wad balik..

Alhamdulillah 6.41 pagi 19hb Nov 2016 aku selamat lahirkan baby girl..
Insyaallah nanti aku share pengalaman berpantang pulak..

Tuesday, 20 December 2016

Happy Mummy..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Fuh dah lama nye tak update blog..
Sementara ada masa ni meh la update sikit..

Hari ni 20th Dec 2016..
19th Nov hari tu aku dah selamat bersalin..
Insyaallah ada masa aku akan share pengalaman bersalin dan berpantang aku..
Sebagai 1st time mak memang banyak benda yang aku belajar dan pengalaman..
Memang up side down..



Tuesday, 15 November 2016

WW - Wordless Wednesday..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..



Pray for the Best..
He is always know the best for you..

Monday, 14 November 2016

Last Weekend - Nov 2016..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Last weekend tak balik kampung..
So weekend ni aku ajak en.suami balik kampung..
Duduk dekat sini cuti lama-lama boring jugak..

So Jumaat malam lepas en.suami balik keje kitaorang balik kampung..
Sampai Seremban pegi makan dulu..
Sampai pun dekat pukul 12 masa tu..
Mesti orang dekat rumah dah makan..
Tu yang pegi makan dulu sebelum pegi rumah nak amik Luqman..
Luqman nak tumpang balik kampung..

Sampai kampung siap-siap nak tido..
Sebab Sabtu pagi aku ada check up dekat KK..
Cerita pasal KK ni..
Kebetulan aku dapat tarikh hari Isnin..
Sebenarnya bole pegi mana-mana pun untuk check BP, berat dengan urine..
Tapi aku malas nak pegi private..
Sah-sah kene dalam rm100 nanti untuk check tu je..
Kalau hospital pulak yang memang ada khusus untuk check up ibu mengandung ada dekat Seremban je..
Bukak pun setengah hari je..
Malas aku nak terkejar-kejar..

Kalau dekat KK Taman Medan aku tanya memang bukak dari pukul 8 sampai pukul 11..
Lepas tu aku ada cuba call KK Juasseh..
Bercakap dengan bahagian pendaftaran tu rasanya..
Tutup hari Sabtu katanya..
Die nak sambungkan dekat bahagian Ibu & Anak aku cakap tak pe..
Berwasap dengan adik aku..
Teringat nak tanya KK Kuala Pilah..
Call KK Kuala Pilah..
Sama jugak bahagian pendaftaran yang angkat..
Tapi die sambungkan dekat bahagian Ibu & Anak..
Sekali die bagi tau klinik memang tutup hari Sabtu..
Tapi untuk Ibu & Anak ada nurse yang on call hari Sabtu..
Ok baru tau..

So aku pun call la balik KK Juasseh..
Dekat sini pun ada nurse on call..
Die bagi tau yang die available 830-930..
Janji nak jumpa pukul 830..
Lepas tu die nak keluar pegi melawat..
Aku sampai dalam pukul 830..
Memang die tengah tunggu aku..
Buat urine test, check BP, perut lepas tu timbang dah settle..
Kejap gila..
Sebelum pukul 9 dah settle kot..
Lepas aku balik die pun keluar nak pegi melawat..
Sebenarnya kalau aku tak datang, die bole je datang ke rumah..
Tapi aku pilih untuk datang je..
Dekat klinik senang sikit kan..

Balik tu pegi Sarapan..
Petang sikit aku, en.suami dekat Adik Ta keluar..
Pegi farmasi nak beli Iberet dengan disposable panty..
 Iberet Folic dekat Farmasi Alpro rm28.++..
Paling murah aku beli..
Lepas tu cari disposable panty..
Dekat sini habis stok..
Ada untuk lelaki je..
Pegi next farmasi die kata disposable panty untuk orang bersalin dah habis..
Ada yang biasa je..
Malas pulak aku nak tanya lagi..
Lepas tu pegi Watson..
Beli je disposable panty Watson yang size XL..
Kebetulan tengah ada promosi..
RM10 dapat 2 pack..
Ni untuk bawak pegi hospital..
Hari tu letak panty biasa je dalam beg nak bawak pegi hospital..
Tapi fikir balik bawak yang disposable je senang..

Dah settle terasa pulak nak makan cendol atau ABC..
Dah pukul 5 lebih masa ni..
Banyak dah tutup..
Last sekali ada jumpa orang jual burger jual ABC dalam cup..
Beli je la..
RM2 je satu cup..
Nampak macam biasa je..
Sekali balik tu rasa semua kata sedap..
Nak balik tu nampak Cendol Juasseh bukak pulak..
Pegi esok je la..

Ahad memang late morning..
Tak de plan pape..
Petang tu je keluar pegi cari cendol lagi..:)

 
Menu yang ada..


Pegi bertiga jugak..
Cendol jagung untuk aku, cendol pulut untuk en.suami, Adik Ta cendol kacang..
Order kuew teow goreng dengan laksa jugak..
Nak balik tu bungkus untuk orang dekat rumah..
Ok la cendol die..
Dekat sikit dengan rumah compare dengan cendol bus stand..

Balik tu saje bagi Adik Ta praktis kereta..
Hari tu die test JPJ untuk kereta..
Fail dekat bukit dengan jalan raya..
So saje bagi die praktis..

Malam semalam sebelum balik layan la GV kejap..
Tak dapat tengok dari awal sebab internet problem..
Masa ni en.suami tido..
10 lebih die baru bangun, mandi makan..

On the way balik tu bole pulak aku sakit perut..
Lagi dekat bahagian bawah..
Rasa macam period pain..
Tak pasal malam tadi pegi hospital 2 jam..
Masuk labour room..
Doc check CTG untuk monitor contraction, ada la mild contraction..
Kene seluk, ada bukaan sikit da..
Lepas tu doc bagi antobiotik sebab aku ada GBS..
Datang sebelum ni ada buat test - so die ada detect GBS..
Apa GBS tu? Nanti aku share..
Doc bagi option untuk duduk ward untuk die pantau atau nak balik..
Aku pilih balik je..
Sebab lepas tu rasa dah ok..
Pukul 4 jugak la sampai rumah..
Kesian en.suami..huhu..
 Lepas ni memang betul-betul sakit atau betul-betul turun tanda baru pegi..
 1st time maklumlah..kah kah..

Ok balik ni pun sempat la tengok barang-barang yang sampai..


Yang parcel besar tu bengkung..
Aku order online je..
Yang pack pos laju kecik tu Nursing bra..
Aku jumpa ada yang jual rm100 untuk 5 pcs termasuk pos..
Gamble je beli nasib baik saiz ok..
Tapi orang yang aku beli ni nice jugak la..
Sebab die dah bagi tau..
Kalau tak muat bole je pos dekat die balik..
Pos dekat die tu aku kene tanggung la..
Tapi die pos balik tu free..
Alhamdulillah saiz ok je..

Last sekali aku dapat voucher rm20..
Expired 2018 nanti..
Bole la guna beli apa-apa..

Hari ni sepatutnya ada check up dekat KK..
Tapi tadi call tak dapat datang..
en.suami pun sibuk..
Lagi pagi tadi sampai rumah pukul 4 pagi..
Kesian pulak die..

Friday, 11 November 2016

Hancur Aku..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Sekarang aku tengah menonton Muzik-Muzik Separuh Akhir ke 2 untuk 2016..
Ni semua gara-gara en.suami balik lambat malam ni..
Petang tadi die bagi tau mungkin sampai rumah malam ni dalam pukul 9..
Sekali 8 lebih tadi call die mungkin balik lambat sikit..
Sebelum pukul 10 katanya..
Harap nya betul la..

Sementara tunggu en.suami sampai boleh la layan Muzik-Muzik Separuh Akhir..
Minggu lepas tak tengok pun..
Kan teman en.suami pegi interview lepas tu pegi beli seliper..

Masa tu tak aware pun pasal Muzik-Muzik Separuh Ahkir ni..
Tau-tau je ada terbaca pasal orang kritik Fazura nyanyi masa Muzik-Muzik Separuh Akhir..
Lagu Fazura dengan Estrange - Hancur Aku..
Asal Fazura nyanyi je mesti ramai yang kritik..hihi..
Hari tu masa dekat Sepang..
Tu aku tak tengok sangat video tu..
Tengok sikit je..
 
Hari tu masa tengah bosan-bosan menunggu..
Tergerak la hati nak bukak youtube tengok Fazura dengan Estrange nyanyi masa Separuh Akhir Muzik-Muzik..
Aku rasa Faruza nyanyi biasa-biasa je..
Tak de la teruk sangat pun..
Dan tak de la impres pun..
Tapi masih ok la untuk lagu die tu..
Part die memang tak berapa mencabar pun kan..
 
 Lagi pun aku pun tau kemampuan die kalau menyanyi..
Kalau bole lebih baik lepas ni lagi bagus la..
Mana tau masuk kelas vokal ke..


Haaa sape yang tak tengok lagi bole la layan video ni..


Entri ni saje nak borak-borak je..
Ok la nak siap-siap nak balik..
 


Thursday, 10 November 2016

Pengalaman Mengandung - Pemakanan..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Bercakap pasal pemakanan masa mengandung..
Aku memang simple je..

Of course aku mendengar jugak la nasihat orang tua..
Walaupun kalau tanya nurse die bagi jawapan selamat je..
Die kata ni bergantung kepada individu..
Ada orang yang mengandung makan main sebat je tapi ok..
Buat nya aku makan sekali jadi pape..
Tak pasal die dipersalahkan..
Jadi benda ni sangat subjektif..

Awal-awal masa mengandung aku memang tak makan benda yang bisa macam nenas, rebung, minum air soft drink ke..
Termasuk la air kelapa dan tebu..
Soft drink tu aku ada la sip sikit-sikit kalau en.suami minum..
Sekadar nak rasa..
Sama la dengan air tebu..
Nenas aku makan tak ingat masa dah berapa bulan..
Masa tu masak lomak ayam campur nenas..
I is cannot tahan..huhu..
Tapi air kelapa memang lambat aku minum..
 Alhamdulillah ok je kalau aku rasa sikit-sikit tu..

Sama la dengan benda berkafein..
Masa awal mengandung ada keluar dengan Sen, die bagi tau orang mengandung tak elok minum benda berkafein..
Tapi rasa macam tak pernah dengar..
Selamba je beli Starbuck masa tu..
Sekali baca memang orang mengandung tak digalakkan minum benda berkafein..
Terutama sekali kalau yang ada masalah HB rendah..
Memang cuba elakkan la minum benda berkafein macam teh, kopi ke..
Tapi disebabkan aku suka kopi..
En.suami pulak suka minum kopi..
Ada je la aku sip sikit-sikit..:)

Tapi dalam banyak-banyak makanan..
Aku paling trauma benda berangin..
Benda macam kobis, taugeh, tomato, timun memang aku cuba elakkan..
Kalau tengok pun macam tak berminat je..
Tapi ada jugak benda berangin yang aku makan je sebab bila ada depan mata rasa nak makan je..
Contohnya macam nangka..huhu..
Pulut kuning pun aku teringin gak..
Tapi aku tahan-tahan lagi..
Hari tu siap nak beli dekat Zarina pulut kuning dengan rendang die tu..
Siap dah tanya dah..
Sekali kalau nak free delivery kene beli 5 ke 6 pack..
Kalau tak kene charge..
So tak pelah..

Untuk supplement pulak aku memang tak de beli apa-apa makanan tambahan..
Susu pun aku tak de minum..
Abang ipar aku ada bagi susu Anmum..
Cuba jugak la minum beberapa kali..
Tapi nanti perut aku macam tak sedap..
So stop minum..
Masa ada jumpa doc pun die kata kalau tak bole minum jangan paksa diri..
Die ada bagi nama supplement untuk calcium dengan brand die..
Tapi entah mana aku letak..
Kalau pegi farmasi bole je tanya..
Atau mintak advise dari gynea korang..
Macam aku hari tu bila tak minum susu, aku beli Calciyum..
Makan tu tiap hari..
Tapi carefull dengan kandungan gula die..
Alhamdulillah bila scan baby, tulang die semua ok je..

Sepanjang mengandung ni aku ada masalah HB rendah..
Paling rendah 9.8..
Yang lain-lain tu atas 10..
So nurse memang bising la..
Mula-mula KK provide iron, vit c dengan acid folic..
Nurse advise makan vit c dengan acid folic lepas makan..
Iron tu makan masa perut kosong..
Pada aku leceh jugak la nak manage..
Masa bulan puasa tu siap kene kunci jam pukul 4..
Bangun makan ubat..
Lepas tu baru bangun untuk sahur..

Tapi makan 3 benda ni pun HB aku ada rendah lagi..
Tak tau la sebab faktor makanan atau aku salah makan ubat ke..
Masa aku pegi klinik sebab selsema, batuk..
Dr tu  recommend aku makan Iberet Folic..
Aku beli 14 biji tak silap untuk cuba..
Kira sampai next check up aku..
Sekali masa check up tu ada improvement..
So aku continue je makan Iberet Folic ni sampai sekarang..
Ingatkan dah nak deliver ni hari tu malas nak beli lagi..
Tapi pegi check up hari tu tanya nurse..
Die kata kalau dah bersalin pun ok je makan..
Elok untuk ganti balik darah yang banyak hilang masa bersalin..

 Biasanya aku beli Iberet ni dekat farmasi..
Dekat Watson, Guardian atau Caring..
Ada farmasi die letak je dekat rak..
Ada tu kene mintak dekat Pharmacist..
Sekotak ada 30 tablets rm2+.++ ke rm30.++..
Paling murah aku beli rm29.++ kot..
Aku makan sebiji sehari..

Walaupun consume Iberet ni setiap hari..
Ok ada je ter skip kadang-kadang..hehe..
Terutamanya kalau balik kampung..
Tak kisah la rumah sendiri ke rumah mertua..kuikui..
Pernah jugak HB aku bawah 11..

Selain tu untuk HB rendah ni..
Aku selalu makan jambu batu..
Lagi masa keje haritu..
Depan tempat keje ada jual air kelapa dengan jambu batu..
Setiap hari aku beli jambu batu..
Ada jugak makan kerang tapi jarang-jarang..

Selain tu ak banyak makan kurma masa mengandung..
Lagi masa awal mengandung dulu..
Siap bawak bekal kurma lagi pegi keje..
Biasanya aku beli kurma Mariami..
Aku suka liat-liat tak berapa manis..
Nak beli kurma Ajwa is mahal..hehe..
Kalau kurma dah habis ada jugak la delay..
Dan banyak jugak skip..
Tak la konsisten setiap hari..

Selain dari tu aku selalu order juice..
Ni untuk ganti buah..
Order juice tanpa ice, kurang manis..
Lagi satu pregnant ni rajin jugak la beli dan makan buah delima..

Tu je la yang aku consume sepanjang mengandung ni..
Tak de special pun..

Tuesday, 8 November 2016

WW - Air Kelapa Muda..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..



Rindu nak minum air kelapa muda..
Gambar dekat atas ni last air kepala muda yang aku minum sebelum cuti hari tu..
Kalau masa keje hari tu senang nak minum air kelapa muda..
Depan tempat keje aku tu ada orang jual air kelapa muda..
Boleh letak dalam kole minum dekat tempat keje..
Isi pun sodap..
RM4 satu kole..
Kalau minum air kelapa ni kejap je tak sedar dah habis sekole..
Tapi kalau nak minum air masak punya la lambat nak habis..

Monday, 7 November 2016

Last Weekend - Interview, KLCC, Putrajaya & Bagan Lalang..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Berehat kejap dari wedding review..
Dah kawen lama pun..
Cerita tak habis-habis..

Hari ni aku ada check up dekat KK..
Rasanya result tak de la teruk sangat..
Berat naik sikit, then hb agak rendah which is 10.8..
Tetibe kene datang check up macam setiap hari dalam minggu ni..
Kene datang 8hb, 10hb dengan 12hb..
Rajin betul nurse KK ni..
Dah la orang ramai, kereta pulak dah hantar balik kampung..
Stress pulak aku..
Nak je rasa stop check up dekat KK..
Continue dekat private je..
Sabar je la..

Ok cerita pasal pregnancy ni nanti la ye..
Banyak pulak cerita bertangguh..
Lepas tu nanti dah lupa..hihi..
Tak pelah sementara cuti ni boleh la layan..
Lagi kalau dah duduk kampung nanti..
Sebab dekat kampung ada internet free satu Malaysia..
Laju pun laju..

Ok kembali ke tajuk asal..
Nak cerita pasal aktiviti weekend lepas..
Weekend baru ni busy gak la..
Tak balik kampung pun..

Cerita weekend mula dari hari Jumaat..
Jumaat tu en.suami cuti..
Ada interview dekat KL..
Interview pukul 430-5 petang..
So decide cuti je la satu hari tu..
Dan keputusan tu memang tepat..

Dari awal masa dah confirm tarikh dan masa tu ada la study sikit-sikit..
Lagi lepas kene jawab soalan-soalan mencabar dalam application form tu..
Macam susah je ni..
Kene study ni..

So ada la cari bahan dan prepare sikit-sikit..
Tapi sebab kan en.suami sekarang ni pun macam sibuk sikit dekat fabricator..
Balik keje pun dalam pukul 8 lebih pukul 9 malam..
Balik dah lambat lepas tu dah penat..
Nak study pun macam tak de masa sangat..
So biar je la die rehat-rehat tengok tv ke dah sampai rumah tu..
Kadang-kadang balik rumah pun ada gak die bukak email ke settle kan hal keje..

So disebabkan die interview Jumaat petang..
Pagi tu dapat la die study sikit..
Lepas makan baru kitaorang keluar..

Mula-mula tak plan pun aku ikut sekali..
Tapi lepas makan tu fikir alang-alang dah pegi KL tu..
Lepas tu tak de plan pape..
Bole la pegi cari barang lepas tu..
Nak pegi cari seliper en.suami dengan nak usha breast pump sebenarnya..
Kalau sempat siap plan nak pegi Seremban lepas tu sebab ada sambutan Deepavali dekat kawasan rumah P.long..
Ada makan-makan..

Dalam pukul 2 jugak kot gerak..
Sekali nak masuk KL tu bole tahan lambat sebab dekat federal kereta slow..
Dekat jalan Tun Razak pun sama..
Ingatkan weekdays orang keje tak de la semak sangat..
Sekali bole tahan mencabar..

Lepas tu satu hal pulak nak mencari parking dekat LRT..
Biasanya kalau nak naik LRT kitaorang parking dekat stesyen Jelatek je kan..
Tapi disebabkan hari tu hari Jumaat..
Ada pasar malam dekat perking lot tu..
Kene pulak mencari stesyen lain..
Pegi dekat Dato Keramat parking full..
Pegi dekat Damai pun sama..
Yelah weekdays orang pegi keje kan..
Memang full la parking lot..
Sudah nya pusing balik pegi dekat Setiawangsa..
Nasib baik la ada parking..
Walaupun dekat tepi jalan..

Naik LRT sampai Dang Wangi..
Lepas tu naik monorail dekat Bukit Nenas ke Jln Raja Chulan..
Laju jugak la kene jalan masa ni nak tukar train tu..
Dalam pukul 4 sampai Jln Raja Chulan..
Sekali dah jalan jauh jugak dekat Jln Sultan Ismail tu bole pulak salah arah..Dem..huhu..
Kene patah balik..
Masa ni memang dah dekat pukul 4 setengah..
Memang kene jalan laju-laju nak kejar masa nak kene sampai dekat office company tu sebelum 4.30..
4.30 interview maksudnya interview start pukul 4.30 kan..
Bukan sampai tempat tu pukul 430..huhu..
Oh My..
Masa patah balik tu bole pulak hujan baru nak turun renyai-renyai..
Nasib baik aku ada bawak payung..
Dan nasib baik renyai-renyai..
Kalau lebat lagi ler..
Dan aku adalah wanita mengandung 36 minggu..
Nak kene jalan laju-laju..huhu..
Masa ni rasa bersalah pulak dekat en.suami..
Kalau die sorang je mesti die bole jalan laju-laju kan..
Ni tak kene tunggu aku..

Dah masuk jalan yang betul lega sikit..
Lagi lega bila dah nampak menara tu..
Masa ni dah 4.2+ entah..
Dah la kene tunggu trafik light nak melintas jalan pegi menara tu..
Aku masa ni suruh en.suami pegi dulu..
Sebab kalau nak naik dekat menara kan kene register semua dulu..
Tapi en.suami rilek je..
Jalan je la sama-sama..
Berpeluh-peluh masing-masing jalan laju-laju..
Masa ni memang tak fikir apa..
Jalan je la laju-laju nak kene sampai 430 kalau bole..
Sambil jalan laju-laju tu berdoa je la dalam hati semoga semua die permudahkan..
Yelah tak senang nak dapat peluang macam ni time ekonomi sekarang ni..
 Nak ada opening pun susah..

Ok kisahnya sempat la sampai pukul 430..
Register dekat bawah lepas tu naik atas..
Nasib baik senang je dah sampai menara tu..
Kebetulan masa sampai tu ada candidate lain tengah interview..
So kene tunggu dalam 10 minit..
Fuhh selamat..
Kalau interviewer dah tunggu..
Memang masak la..
Sementara en.suami interview tu aku tunggu la dekat sofa lobi..
Main henfon je la..
Sepatutnya 430 sampai 5 sessi die..
Tapi drag sampai 5 lebih jugak..
Insyaallah kalau ada rezeki dapat la..
Walaupun kadang-kadang malas nak letak harapan tinggi..
Tapi jauh dekat sudut hati tu memang menggunung-gunung harapan tu..huhu..

 Dah settle tu kitaorang pegi KLCC pulak..
Nak cari seliper untuk en.suami..
Dah lama gila seliper die putus..
Lepas tu gigih je la pakai seliper lama yang tapak dah haus..
Bila hujan, jalan dekat tempat licin kene jalan slow2..
Sampai la seliper tu pun putus..
Lepas tu pakai pulak seliper yang kecik..
Sampai kan kalau aku pakai seliper tu pun kaki aku bole sakit..
Memang kene beli seliper baru..
Masa ni pun banyak gak aku berjalan..
Sambil cari seliper sambil tu usha breast pump..
Tapi dekat mall biasanya ada jual Medela dengan Avent je la..
Riban-riban hokeh...

Sebelum cari seliper kitaorang pegi minum dulu..
Ponek berjalan tadi kan..


Pegi dekat food court Signature ke apa nama nya tu..
Jalan-jalan cari makanan ringan ternampak ada kiosk jual ni..
RM 5.5 untuk saiz large dekat Cafe Milano..
Murah compare dengan yang dah tutup dekat RASA tu..
Wafer pun rangup, dan boleh pilih ais krim..
Ok la dengan harga tu..
En.suami beli kebab..
Tapi rasa kurang mantap..
Harga rm9 tapi daging hancur rasa kari je..
Lepas tu harap banyak kobis je..

Sebut pasal kebab ni..
Teringat tortila wrap yang sedap dekat Kenny Rogers..
Tapi hari tu aku pegi Kenny Rogers belek-belek menu dekat depan tu tak de pulak lagi menu tu..
Ada lagi ke tak jual ke ha?..
 Kebab dekat Auliah pun sedap..Windu....

Lepas minum kitaorang pun pegi la mencari seliper..
Kalau nak cari barang memang tak kan settle cepat..
Masuk keluar kedai..
Turun naik berapa tingkat..
End up dapat la seliper dekat Havaianas..

 Tu pun dah settle pukul berapa..
Tak sempat dah nak pegi usha breast pump dekat Wangsa Maju dengan pegi Seremban..
So singgah makan dekat Setiawangsa je.
Makan ayam penyet rm7 sepinggan..
Tapi sambal die not bad jugak..

Sabtu tak de aktiviti pun..
En.suami pegi fabricator kejap hari Sabtu..
Bos die mintak datang kejap sebab die cuti hari Jumaat tu kan..
Lagi pun ada dekat KL je..
Tak pegi mana-mana pun..
Petang dalam pukul 5 die sampai rumah..
Lepas tu melepak dekat rumah je..
Menonton Shin Chan dengan Doraemom..
Lepas maghrib turun pegi makan..
Malam tu menonton movie - A thousand words..

Ahad pulak was a busy day..
Sarapan dan lunch dekat rumah..
Lepas tu rotong royong kemas rumah..
Basuh toilet, basuh baju, lipat baju, sapu & mop rumah..
Jarang weekend ada dekat rumah..
Biasa balik kampung kan..
So sesekali ada dekat kampung ni boleh la kemas rumah..
Walaupun rumah kecik je..
Tapi tetap kene ada effort nak kemas..huhu..

Malam semalam ada dinner dengan Apis dengan Hawa..
Dinner sempena Hawa nak kahwin..
Ke ikan bakar la kita..
Tak de dah buat bbq..
Apis pun dengan sibuk keje, study, bisnes gym, ada anak kecik lagi..
Aku pulak dengan macam ni..
Pegi makan orang masak je la..

Keluar rumah dalam pukul 5 lebih..
On the way tu kitaorang singgah dekat Putrajaya kejap..
Singgah usha pump dekat Pump on the Go..
Sampai pun dah pukul 630..
Kedai tutup pukul 7..
Tapi sempat la tengok-tengok apa yang ada..
SA sangat nice dan membantu..
Aku tak decide lagi nak beli yang mana..
In case terbersalin pun, kene beli masa pantang en.suami dah boleh tolong belikan..

Kalau nak beli nursing bra pun dekat sini murah..
Yang biasa rm25/pc..
Yang Autumnz rm29/pc..
Jauh lagi murah dari masa aku tengok dekat kedai pakain ibu mengandung dekat Mid dan masa aku beli dekat Emipre..
Aku pernah tengok dekat baby Manjaku pun rm3+/pc tak silap..
So kalau nak beli nursing bra bole la consider sini..
Dekat online mungkin murah..
Tapi tak bole nak cuba..
Saiz kene agak-agak je..
Kalau dekat kedai bole cuba, beli saiz yang sesuai..

Dah settle kitaorang gerak ke Bagan Lalang..
Janji lepas maghrib pukul 8..
Dah sampai Sepang WA yang lain, Hawa bole pulak baru gerak dari Balakong..
Kebetulan en.suami nak basuh kereta..
Usha-usha tepi jalan ternampak ada car wash yang bukak lagi..
Elok letak kereta bole pulak Apis bagi tau die dah sampai..
Alamak..huhu..

Mungkin sebab dah malam, kereta en.suami last sekali..
Dieorang pun mungkin dah penat..
Slow gila dieorang buat..
Ke dekat sini memang slow..
Pukul 9 baru siap..
Kesian Apis satu family tunggu lama..
Nasib baik anak die tak meragam..

Tak lama lepas aku sampai Hawa pun sampai..
Total 6 orang..
Order ikan siakap bakar, ikan kerapu masak 3 rasa, sotong goreng tepung, dengan butter prawn..
Ikan siakap bakar dengan sotong goreng tepung ok la..
Tapi ikan siakap 3 rasa dengan butter prawn tak berapa mantap pun..
Total semua rm135..
Murah la pada aku makan 6 orang..

Lepas makan borak-borak kejap..
Dekat pukul 12 baru gerak balik..

Itu la kisah weekend..
Weekend ni nak balik kampung..
Setiap kali fikir pasal check up ni stress je rasa..Sabar je tau..

Friday, 4 November 2016

Wedding Review - Katering Risepsi/Sanding..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Kali ni nak cerita pasal katering untuk majlis risepsi/sanding..
Dekat sini la belanja yang paling besar sekali..
Disebabkan aku nak buat majlis dekat dewan..
So aku survey katering yang boleh bagi full pakej untuk dewan..
Senang bagi seorang je settle kan dewan..
Tak payah aku nak pening kepala nak coordinate lain-lain orang..

Untuk Katering ni aku ada usha beberapa katering..
Ada yang aku jumpa dekat Pameran Pengantin, contact thru phone, email untuk mintak quotation..
Antara caterer yang aku pernah contact ialah DJari Artz, ISDA, Indah Katering dengan Bella Zarra Catering, Angsana, d-Hidang..

Cari punya cari aku jumpa dengan Qareezma Design..
Office dekat Wangsa Maju..
Owner die Lutfi Yusof..

Mula-mula aku mintak quotation dan die email aku..
Lepas tu berhubung melalui WA atau call je..
 Aku deal dengan die dari sebelum tunang lagi..

1st time jumpa die masa karnival pengantin dekat The Curve..
Sebelum tu memang WA atau call je..
Kebetulan die ada bukak booth dekat sana..
So jumpa dekat sana je masa weekend untuk discuss detail..

Awal-awal cuma ada makanan dan deko dewan je..
Nego punya nego dapat la diskaun sikit dari harga asal..
Lepas tu dapat la selit photographer dengan PA system sekali..:)
Harga termasuk kos pengangkutan sekali.. 

Pengangkutan dari KL ke Kuala Pilah..
Kos pengangkutan kadang-kadang tak murah ye..
Kitaorang pernah pegi Expo Pengantin saje survey..
Pernah ada katering quot pengankutan sahaja dalam seribu lebih ke 2k..

Ada jugak cari dekat Kuala Pilah..
Tapi ada tu lagi mahal..
Makan je dah mahal..
Tak termasuk deko dewan, PA system, photographer segala..
Lagi pun ada jugak yang family carikan kalau hal katering ni..
So lagi senang cari dekat kampung je..
Tapi sebab ni kitaorang uruskan sendiri..
So rasa agak senang jugak kalau dekat KL sebab kitaorang duduk sini..
Weekend atau malam bole pegi kejap..

Ok apa menu untuk Risepsi/Sanding?


Menu:
  • Nasi Beriani / Nasi Minyak / Nasi Tomato
  • Nasi Putih 10%
  • Ayam masak merah @ Ayam Grg Berempah
  • Daging Masak Hitam
  • Dalca Sayur
  • Gulai Lemak Nangka @ Gulai lemak nenas ikan masin
  • Sambal Sotong
  • Acar Buah
  • Dessert : Puding sagu @ Tapai 
  • Buah-Buahan
  • Minuman Kordial
  • Mineral Water
  • Pelayan terlatih & beruniform 
(Alhamdulillah makanan cukup untuk semua tetamu, siap ada lebih lagi, dapat la bagi orang sikit lepas majlis dan makan sendiri..Ramai jugak yang kata rasa makanan sedap) 


Hiasan untuk meja VIP  
  • 4 set meja VIP
  • Sarung kerusi Dan ribbon
  • Hidangan secara Dome
 (Untuk meja VIP ni aku tak amik port sangat pun, kalau ada pun bagi saudara yang tua-tua tu duduk..Yang lain tu tak kira la sape pun pandai-pandai la nak makan dekat mana pun)


Meja santapan pengantin  10Pax
  • Hiasan bunga segar
  • Tambahan Lauk pengantin : Ayam golek, Udang, Siakap
(Masa makan ni tak beria sangat pun..Maklumlah masa ni kawan-kawan datang nak salam la kalau yang balik cepat tu..Nak bergambar la..Lagi pun kene makan cepat-cepat sebab lepas tu ada acara bergambar family pulak..Makan buat syarat je..Tak silap untuk meja makan pengantin ni Adi buat arrangement, tapi bunga segar Lutfi yang buat) 

Coffee Corner: 500 pax
  • Kuih Koci
  • Kuih Serimuka
  • Kole kacang
  • Bubur Kacang
  • Tea Tarik
(Yang ni memang aku tak sempat rasa pun..Tak sempat nampak pun..huhu..)


 Untuk Dewan


Pelamin Dewan
  • Pelamin untuk saiz dewan (KLIK) - tq Adi untuk hiasan dewan yang nice..:)
  • Set alat merenjis - Adi yang siapkan..
  • Bunga Tangan - Lutfi yang sediakan - Bunga tangan dari bunga segar yang memang gorgoues..Aku tak de pulak gambar die..Kalau ada nanti aku share..

Pintu gerbang ( artificial flower ) & Flower stand untuk walkway
                                                     Ni pun Adi yang siapkan..                                               
  • 6 batang yang diletak dikiri kanan laluan  Pengantin - Tak ingat pulak berapa batang, tapi just nice untuk dewan tu..
  • Red Carpet - Adi jugak yang siapkan - Yang ni tukar dengan karpet kuning..Sesuai dengan tema tradisional..

7.      Kek Perkahwinan ( 3 Tingkat : Icing )

(Kek biasa je..Alhamdulillah sedap je..Aku pun tak tau macam mana family aku arrange..Lepas majlis tu ada lebih lagi dan aku dapat rasa..)

8.      Kelengkapan
  • Set Kerusi meja beserta alas : 30Set - Tak silap set ni lebih dari 30set..Sebab bil tetamu bertambah..Tapi tak de charge tambahan..
  • Sarung kerusi dan riben - Aku pilih riben warna gold tak silap..
  • Meja buffet 3 Set - Tak pasti berapa..
  • Meja hadiah 2 set - Pun aku tak sure berapa - Yang pasti ada meja untuk hadiah, door gift dengan guest book..Ni family kitaorang pandai-pandai la urus..
  • Meja kek  - Meja bulat simple je..Rasanya aku pernah share sebelum ni dekat pelamin Risepsi..


Aku bayar satu value yang dah cover semua..
Termasuk la pengangkutan untuk dieorang..
Nego awal-awal dapat la sekali PA system dan Photographer..
Lepas tu dapat bunga telur dengan baju jugak..
Tapi baju tu aku tak pakai pun..
Sebab dah ada baju lain..
Malas nak ganti-ganti.

Makanan dan Pelamin dr KL..
Untuk kerusi meja dan PA system tak silap aku dari Negeri S

Cerita pasal service pulak..
Pada aku dieorang memang professional..
Macam dengan Lutfi..
Memang sentiasa keep in touch..
Nak WA dan call senang je..

Untuk food testing aku dapat 2, 3 kali tak silap..
Sekali masa aku kitaorang jumpa die 1st time dekat The Curve..
Lepas tu aku ada pegi kenduri yang die arrangekan dekat Dewan Perdana Keramat Mall..
Last sekali masa datang butik untuk discuss.. Kebetulan masa hari tu ada kenduri..So die asingkan sikit untuk kitaorang..

Disebabkan die dekat KL..
Family kitaorang dekat Kuala Pilah..
Sebelum majlis die ada datang dekat dewan untuk jumpa family aku dengan family en.suami untuk bincang pasal deko, menu dan aturcara majlis..
Sambil tu dapat la jumpa family kitaorang sekali..

Hari Jumaat masa aku nikah dan masa hari majlis aku pun die ada datang..
Hari Jumaat untuk tengok persiapan..
Hari majlis untuk tengok kelancaran majlis..
Masa hari majlis die datang kejap je..

Untuk makanan Alhamdulillah tak de masalah..
Masa hari majlis Lutfi WA aku dalam pukul 7 pagi lori dah gerak..
Pukul 9 lebih macam tu lori dah sampai..

Adi yang handle pelamin pun sangat bagus..
Rasanya aku dah cerita dekat review Pelamin..
Untuk Photographer dengan PA system tu pending lagi..
Tapi keseluruhan die family aku puas hati je..
Walaupun ada komplen dari orang-orang tua ni yang kata pelayan tu lambat angkat pinggan kotor..
Tu je la komplen yang aku dengar..
Tu pun dari sorang dua je..
Yang lain macam mak, ayah, M.Long, P.Long, adik beradik aku kata ok je..
Makanan sedap..
Service ok..
Tak de lah makanan lambat sampai, makanan tak sedap ke, sakit perut ke makan..

Last sekali berkaitan pembayaran..
Lepas dah bayar 1st payment memang aku dah berenti cari..
Aku bayar sikit-sikit sampai habis..
Selalunya online transfer la..
Berapa amount tu bergantung pada persetujuan korang la..
Pembayaran adalah full sebelum majlis..

Untuk kene bayar full ni korang memang kene yakin la..
Sebab biasanya orang bayar deposit dulu kan..
Ada yang bayar 10% lepas majlis..
Ada jugak kawan aku cerita die bayar full masa majlis..
Tapi dengan ketering yang family die memang dah biasa amik la..

Bila kene bayar full dekat Lutfi..
Automatik aku bayar full untuk Pelamin dan deko dewan, PA system, Photographer..
Aku faham orang tak bayar full atas sebab-sebab tertentu..
Takut service tak ok, makan tak cukup ke, pelamin tak ok, dieorang tak datang ke..
Macam family aku pun bising jugak pasal hal ni..
Tapi aku bincang balik dengan Lutfi..
Nasib baik jugak payment kitaorang yang uruskan sendiri..
Pada aku kalau dieorang sayang reputasi dieorang, be professional la..
Alhamdulillah aku tak de la jadi bridezilla sebab pelamin lambat pasang ke apa..
Aku pernah je tengok orang kene macam ni..
Tapi dah pilih tu aku memang tawakal je la..

Positifnya pulak kalau dah bayar full payment sebelum majlis ni..
Seminggu dua tu dah tak payah pening kepala fikir pasal duit..
Boleh tanya update dengan senang hati..
Masa majlis dan lepas majlis pun sama jugak..
Tak de pening pasal payment..
Sebenarnya memang banyak benda aku amik full payment sebelum majlis..
Pakaian, mekap semua dah settle sebelum majlis..
So lepas majlis lega je..


Ok kita tunjuk sikit gambar abg Lutfi ni..
Alhamdulillah aku dengan family berpuas hati dengan servis die..
Nak contact number ke?..
Kalau nak roger-roger la aku ye..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...