Thursday, 29 October 2015

Jenis Kasut..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Selamat Pagi..
Finally dah hari Jumaat..Yeay..
Malam ni nak balik kampung..
Nak tunggu 8 jam nak habis keje pun rasa lama..

Sementara tunggu nak pegi keje ni biasanya aku menonton atau online la..
Hari tu  tengok cerita Plan Cinta Tak Jadi..
Masa dekat rumah kalau terbukak cerita tu hari tu rasa macam tak best je..
Selalu tukar cerita lain..
Tapi haritu tersangkut pulak..
Layan jugak la..hehe..
So sekarang dah tengok sampai episod 12..
Tengah tunggu episod 13, episod last..

Carik-carik tak de lagi episod last..
Sekali ternampak cerita Alaa Bib..
Aku pernah tengok cerita ni dekat TV..
Tapi kalau nak follow dekat tv memang tak dapat la..
Yelah cerita ni keluar pukul 630..
Balik keje pulak kadang-kadang awal, kadang lambat..
So bila nampak semalam excited gak la menonton..hehe..

Amboi bukan main panjang mukadimah..
Padahal nak cerita pasal jenis kasut..

Sambil-sambil menonton sempat la online sana sini..
Ternampak la fb Christy Ng..
Die ni specialize untuk kasut perempuan untuk macam-macam majlis kan..

Tak de la usha beria pun..
Aku ni bukan la pencinta kasut sangat..
Nak kawen ni tak de pun pegi carik kasut kawen ke apa..
Sebab tempat kitaorang buat baju risepsi dah pakej sekali dengan kasut..
So senang tak payah pening kepala..:)

Tengok-tengok tu teringat pulak pasal gambar jenis-jenis kasut ni..
Meh kenal jenis-jenis kasut..:)


Korang suka jenis yang mana?..
 
Ok la nak siap pegi keje..
Happy Friday..:)

Wednesday, 28 October 2015

Perfect Skin Bandar Sri Permaisuri..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Nampak nya semangat nak ber blog balik je tak cukup..
Tapi bila nak taip entri malas..huhu..

Sementara nak tunggu pegi keje ni meh la up satu entri..
Saje nak share pakej tempat aku selalu buat facial..


Menarik kan pakej dan harga die..
Nanti aku share detail pasal tempat ni ye..

Rindu nak pegi memanjakan diri sebenarnya..:)

Tuesday, 27 October 2015

Welcome Back..

Assalammualaikum..


Fuh dah lama betul tak menulis..
Bila decide nak private kan blog ni haritu..
Memang tak de menulis pun..
Sebenarnya memang malas nak menulis dah..

Sekarang ni keje macam biasa je..
Biasa la kadang-kadang stress ke apa..
Lagi dengan keadaan ekonomi sekarang ni..

Sambil tu sibuk jugak sikit dengan persiapan majlis nanti..
Lagi bila dah hujung-hujung ni banyak pulak hal..

Bulan Nov ni ada majlis sepupu dekat Kajang..
Majlis dekat sebelah perempuan dah settle..
Tapi sebelah lelaki belum lagi..
Upcoming ni la..
Sebab kan hari tu tak pegi nikah die..
Tak sempat pun nak berkenalan dengan wife die lagi..

Dec pulak expected majlis untuk tunang adik aku pulak..
Mungkin tak berat sangat sebab adik aku lelaki..
Kitaorang just datang rumah orang je..

Pasal persiapan aku pulak..
Bole tahan jugak ada beberapa benda pending..
Tak pegi kursus nikah lagi, baju nikah untuk aku pun tak start lagi..
Bila tak pegi kursus lagi..
So nak isi borang pun pending lagi la..

Banyak benda pending ni sebab en.bf banyak travel pulak lately..
Local dan abroad..
Ke Terengganu, Singapore, Canada, Port Dickson..
Upcoming ni Pasir Gudang dengan Lumut..
So weekend die selalu tak available..huhu..

Dah tanya tarikh..
Kalau ada yang available memang kene bagi priority la..
Cancel benda lain..huhu..

Lama hilang ada yang rindu ke?..hehe..
Tak tau la rajin ke tak lepas ni nak ber blog..
Honestly kadang-kadang memang rasa nak stop..
Kadang-kadang ada gak rasa rindu..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...