Sunday, 31 May 2015

Weekend - Never a dull moment by Origins & iPANEMA Sandle..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Macam mana weekend korang?..
Weekend ni kitaorang balik kampung..
Kebetulan pulak balik ni ada wedding sepupu hari sabtu..

So jumaat sebelum balik sempat la beli barang dulu..
Pegi mid valley je dekat dengan rumah dan senang nak balik kampung.. 
Lepas balik keje balik rumah memang cepat-cepat siap takut lambat..
Dari rumah nak pegi Mid pun amik masa jugak.. 
Kereta banyak nak ke Mid..
Sampai-sampai terus pegi beli barang dulu.. 
Nasib baik la dah tau nak beli dekat mana.. 
So lincah-lincah je la pegi beli barang..

1st sekali pegi Metrojaya beli pencuci muka.. 
Last aku beli dah lama giler.. 
Bertahun kot.. 
Ingatkan tahun lepas.. 
Sekali tengok dekat blog, tahun 2013..huhuh.. 
Tu pun ada tinggal sikit lagi tapi semalam balik kampong bole pulak tertinggal dekat kampong.. 
Mentang-mentang dah ada yang baru.. 
Yang lama terlupa la pulak..hehe..

Dapat 2 moisturiser as free gift..


Sekarang harga pencuci ni dah rm97.. 
RM92 macam tu tanpa GST dan rm5 macam tu untuk tax GST..
Next kitaorang naik atas beli sandal pulak.. 
Kali ni beli sandal balik la.. 
Sebelum ni beli seliper.. 
Seliper dah tak dapat di selamatkan.. 
Tu pun hari tu dah nyawa-nyawa ikan pakai jugak la sementara beli yang baru.. 
Beli sandal ni sebab aku memang pakai seliper pegi balik keje..
Kasut memang tinggalkan bawah meja dekat ofis.. 
Bukan apa.. 
Aku ni nak pegi keje kene jalan kaki dalam 10 ke 15 minit dari rumah ke stesyen komuter.. 
Kadang-kadang balik hujan la.. 
So pakai seliper je senang.. 
Basah ke ok je.. 
Petang-petang selalu hujan kan.. 
Kalau pagi-pagi dah terlambat pun selesa je nak jalan laju-laju..
Seliper die fully getah.. 
Sebab tu aku suka.. 
Selesa pakai, tahan lama pun ye jugak..



rm59.90 sepasang termasuk GST..
Kalau pakai ni nampak la macam sandal sikit..
Tak de la seliper sangat..
Tapi pun siap terlupa nak tukar kasut..
Pakai sandal ni tak payah risau kaki melecet kalau jalan jauh atau jalan laju-laju ke..
Memang selesa..

So far pakai pencuci muka dan sandal ni memang puas hati..
Tu pasal malas nak tukar-tukar..
Tau tau la bila pulak next shopping untuk barang ni..

Tuesday, 26 May 2015

WW - Hectic Week..

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..


Minggu ni agak busy..
All the best untuk diri sendiri..

Thursday, 21 May 2015

Sakitnya Tuh Di Sini..

Assalmmualaikum & Selamat Sejahtera..


Ok aku tau ramai tau/suka dan layan lagu ni..
Original Version adalah dari Cita Citata..
Tapi aku rasa aku lagi suka version dalam cerita Hati Perempuan hari tu..
Lagi layan..

So cari dekat You Tube jumpa video ni..
Penyanyi nya Tustel..
Siapakah Tustel?..
Aku tak tau..
Yang penting layan..hehe..



Carik-carik video banyak pulak jumpa video yang pelik-pelik..


Ada yang buat koir..



Ada gak yang artis Korea cover..


Layan je la ek mana yang korang suka..:)

Last Weekend - San Cora & Nippon Paint..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ni cerita weekend lepas..
Esok dah Jumaat..
Dah nak sampai weekend balik..
Baru nak cerita pasal weekend lepas..
Tak pe lah layan je la..

Weekend lepas aku balik kampung..
Sampai rumah pun dah malam..
Malam tu lepak-lepak kejap..
Then siap-siap nak tido..

Pagi-pagi lagi dah kene kejut sebab nak discuss pasal kenduri nanti dengan ayah..
Sekarang ni balik kampung selalu untuk settle kan hal-hal macam ni lah..
Kejap je bincang dengan ayah sebab ayah aku tu jenis yang senang je..
Yes or No je..
Kalau ye, dia akan ye..
Kalau die dah cakap tak, payah la citer die (taip ni teringat kenangan lama..hehe..)..

Lepas tu Mak aku pegi kenduri dengan wan..
Aku ajak Luqman keluar..
Konon nya nak pegi gunting rambut..
Sekali kedai favorite aku tutup..
Tutup lagi ke memang dah tutup terus..huhu..

So ajak Luqman pegi kedai cat dekat Bahau..
Nak survey apa yang patut..
 Punya la banyak kedai cat, tapi banyak yang tutup..
Hari Ahad memang tak banyak kedai yang bukak ke?

Nasib baik la ada nampak satu kedai ni bukak..
Tu pun dekat Mahsan..
Terus singgah..
Nasib baik la perempuan yang jaga tu sangat nice..
Consultation bagus..
Aku memang tak reti pasal cat ni..

Dekat kedai die kitaorang fokus dekat dua jenis cat ni..
Nippon Paint dan San Cora..
Tak pastilah kalau die ada cat lain..
Aku nak cari cat untuk bilik dan hall..
Kebetulan adik aku pulak nak survey harga untuk cat luar..
Die plan nak cat rumah dekat Seremban..

Ni harga yang aku dapat dari die..

Untuk cat undercoat rm68 untuk 18liter.. 
Tak pasti brand apa..
..........................................................................
Nippon (5 liter)

Bahagian dalam

Gred 1 - rm120 keatas
Gred 2 - rm90 ke atas

Bahagian luar

Gred 1 (5 tahun) - rm130 ke atas..
Gred 2 (2 tahun) - rm100 ke atas..
..........................................................................
San Cora (5 liter)

Bahagian dalam

Gred 1 - rm90-rm130
Gred 2 - rm40-rm70

Bahagia luar

Gred 1 (6 tahun) - rm100-rm120
Gred 2 (3 tahun) - rm75-rm100


Kesimpulan yang aku bole buat ialah harga cat San Cora lagi murah berbanding dengan Nippon..

Untuk cat dalam ni tak kisah sangat..
Tapi tips die nak bagi cat jangan cepat rosak ialah jangan lekat kan perabot dekat dinding..
Kalau perabot sentuh dinding boleh/memang cat akan rosak..
Kalau cat luar pulak tu sebab terdedah dekat cuaca dan segala anasir tu yang ada tahun tu..

Lepas beria pung pang pung pang die bercerita pasal cat gred 1 dengan 2 ni..
Sekali die bagi tau..
Kalau untuk cat dalam yang berisiko rendah dan untuk orang yang suka tukar cat luar 2 3 tahun sekali..
Baiklah amik cat yang rm38 je..
Tak silap brand San Cora dan 5 liter jugak..
Aku tak pasti sangat..
Sebab nya tak tulis..
Tulis harga je..
Benda pulak dah lama..
Cuma cat yang rm38 ni pilihan warna die tak berapa banyak sangat..
Tak banyak die cakap..
Tapi bila tengok katalog banyak jugak aku tengok..
Ada jugak dalam 15-20 warna tak silap..
At least warna basic tu ada..
Lepas tu ada dua warna special dalam katalog tu..
Warna special tu rm55..
Haruslah rm38 lagi berbaloi kan..

Ok dah settle pasal ni..
Aku tanya cat Nippon Momento pulak..
Yang ni aku tak ingat harga die berapa..
Dan tak de tulis..

Tapi orang tu lagi recommend aku pakai cat San Cora..
San Cora Italia..
Ada 4 series untuk San Cora Italia ni..
Ada Italia Uno, Italia Uni+, Italia Due, Italia Wow..

Kenapa die cadangkan San Cora?
  • Tekstur dinding tak kasar macam guna Momento tapi still ada effect dan tekstur. so untuk certain kes ok la. tapi mungkin ada yang suka ada tekstur..
  • cat die ada effect yang menarik mengikut pencahayaan..
  • Harga lagi murah (tak silap)..
Die siap tunjuk lagi dinding yang die cat dengan cat San Cora..
Cantik jugak la aku tengok..
Tapi aku tak tengok pulak contoh Momento..
Sebab duk sibuk tengok San Cora je..
 Harga die untuk 1 set..

7L - rm400
5L - rm200..

Aku rasa agak mahal..
Tak tau la cat ni memang semahal ni atau dekat kedai ni je mahal..

Contoh San Cora Italia Series..




Sumber gambar

Aku prefer gold dan silver sebab aku rasa sesuai dengan rumah aku..hehe..
Ada jugak video..



So at least aku dah dapat harga kasar..
Dan bergantung dekat citarasa masing-masing suka yang mana..
Sebab tak pernah beli cat dan survey harga cat..
Of course kene survey lagi..
Nanti boleh la compare-compare kan..
Nanti akan survey-survey dekat KL..
Dan suruh adik aku survey dekat Seremban dan PD..
Sape-sape yang ada pengalaman dan knowledge tu kalau sudi share-share la pengalaman ye..

Wednesday, 20 May 2015

WW - Sabun Marine Essence a.k.a Sabun Garam Buluh..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..



Sumber gambar:

Sape pernah cuba sabun ni?..
Ok ke tak..
Share sikit pengalaman..
Kalau ok nak beli nak try..

Tuesday, 19 May 2015

Akim & The Majistret - Potret & Mojo - Dasyat..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Dua-dua lagu memang best sekarang..
Jom layan..

Akim - Potret..


Terangi malamku dengan syair indahmu
Menenun kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemasku bila tiadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah

Hati ini tak akan terbahagi

Sampai harus ku pergi
Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Yang ni pun layan..
Biasa dengar..
Tapi lepas dengar dalam Pelamin Fantasia untuk Pre-Wedding Video Syawal & Fiqa terus carik..
Dengar banyak kali pun layan lagi..


Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu

Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku punya cinta
Paling terindah di dunia

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu
Ohh.. Wohooohh…
Tetap cinta selama-lamanya

Sungguh dahsyatnya
Cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Ohhhh

Tiada yang bisa
Mengisi ruang di hati
Aku mohon jangan pergi
Jiwa ini perlu kamu

Saturday, 16 May 2015

Emas - Emas Kuning, Emas Putih & Emas Merah Jambu..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Kisah ni berkaitan dengan post
Cincin Kahwin a.k.a Wedding Band - Part 1.. dan
Cincin Kahwin a.k.a Wedding Band - Part 2..

Rasanya ramai yang lagi arif dan bijak pandai hal ni..
Tapi saje nak share dekat blog ni..

Dekat pasaran sekarang ada macam-macam jenis emas..
Apa itu emas?..
Emas adalah bahan logam dan bahan galian semula jadi..

 Emas atau Mas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.

 Sumber
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Emas

Kalau berminat nak baca lebih mendalam boleh la klik dan baca dalam wiki tu atau google untuk sumber lain..
Selain emas ada banyak lagu unsur logam atau bahan galian kan..
Kalau tengok jadual berkala (periodic table) tu ada macam-macam..
Aku sendiri pun tak ingat..
Sebab aku tak suka belajar kimia..hehe..

Dari sumber dekat atas..

Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. 

Jadi emas cuma berwarna kuning sahaja..
Tapi macam mana bole ada emas putih, merah jambu dan macam-macam emas lagi?..
Emas putih, merah jambu dan sebagainya terjadi daripada proses campuran emas kuning dengan bahan-bahan logam lagi..
Proses ni akan menukar warna emas kuning tersebut..

 

Sumber

Berapa bahagian yang dicampurkan tu la yang akan menukar warna emas kuning tersebut seterusnya menjadikan die emas lain..
Emas kuning memang la warna kuning dan die pun bukan la pure 100 emas..
Tetap akan di campur dengan logam lain macam silver, copper atau zinc macam dalam jadual untuk kuatkan emas tu..
Kalau tak emas tu akan jadi sangat lembut dan susah di bentuk..
Kalau di bentuk tu akan cepat hilang bentuk die (out of shape)..
Dengan 91.6% tu la ada yang panggil emas 916 untuk kedai tempatan yang kita biasa dengar atau pun pembuat emas dari luar selalu panggil 22K atau 22 karat..

Atau dalam erti kata lain tak de la gali-gali tu jumpa emas putih, emas warna merah jambu ke..
Tu semua emas kuning..
Tapi dieorang ni terlebih kreatif untuk hasilkan barang kemas yang perbagai dan menarik..

Terima kasih SA yang rajin bercerita, buat aku google dan modal untuk update blog..hehe..
Sedikit info lagi..

As pure gold is too soft for everyday wear, gold jewelry often also contains other metals, such as silver, copper, nickel or zinc, to make the piece more durable. The karatage shows how much of the metal is pure gold, compared to other metals. 24k is 100% gold, while 18k is 75% gold, and 14k is 58.3% gold.

Sumber
http://www.diffen.com/difference/14k_Gold_vs_18k_Gold
Semoga bermanfaat..
Selamat Berhujung Minggu..

Thursday, 14 May 2015

Tall, Dark & Handsome..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..



Ini bukan WW..
Saje nak post..
Lelaki kulit gelap memang macho..:)

Cincin Kahwin a.k.a Wedding Band - Part 2..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..
Ok entri ni sambungan dari Part 1..
Kalau tak baca lagi boleh la baca dekat SINI..
 Beria je tulis banyak-banyak..
Padahal bukan reti sangat pun..haha..
Kalau rajin boleh la baca..
Sebelum ni kan aku ada bahagiakan ikut kategori..

Habib Jewel..
Poh Kong..
Tomei..
Wah Chan..
Emas Sri Pinang..
................................................
Cartier..
Bvlgari..
Tiffany & Co..
Sebelum ni aku ada share perbezaan design/rekabentuk antara dua ni..
Satu lagi beza antara dua ni ialah harga..
Berdasarkan pengalaman aku..
Kalau beli dekat kategori yang atas tu untuk emas kuning..
Harga die adalah mengikut berat emas tu yang bergantung dekat emas semasa dan harga upah..
Contohnya emas tu 2g, harga emas semasa rm170/g..
So harga cincin tu adalah (2 x rm170) + harga upah (rm50 contohnya)..
Maka jumlah yang perlu di bayar ialah rm390..

Harga adalah sangat pelbagai..
Walaupun sama design..
Beza saiz, harga pun berbeza..

Jadi harga adalah lah bergantung kepada harga emas semasa dan harga upah..
Biasanya dieorang akan display harga emas semasa dekat kedai masing-masing..
Kalau nak murah beli la masa harga emas tengah murah..
Dan korang boleh tawar menawar dengan SA kedai tu untuk harga upah..
Contohnya harga upah tu rm50..
Boleh la nak mintak kurang atas budi bicara..
Kalau nasib baik dapat la murah..hehe..

Untuk emas putih pulak ikut harga yang kedai tu tentukan..
Boleh ada diskaun..
So harga die memang sangat independent..
 Bergantung pada kedai tu letak harga, diskaun dan kadang-kadang SA tu nak bagi diskaun lebih ke..
Sumber

Bagi harga untuk kategori ke dua pulak..
Harga die adalah tetap untuk design atau rekabentuk tu bukan pada berat..
Lagi design/rekabentuk die ada campuran beberapa jenis emas..
Macam koleksi trinity yang ada gabungan emas putih, kuning dan merah jambu..
Sebab nilai die lebih kepada design atau rekabentuk..
Contoh nya untuk satu design tu saiz 50 rm3k, saiz 53 pun tetap jugak rm3k..
Berbeza berbanding kategori pertama yang bergantung kepada berat emas..
 Cartier Love Bracelet..
Simple dan sangat sweet..
Sumber

Tajuk cincin kahwin atau wedding band..
Tapi jauh melalut kan aku..hehe..
Pape pun bergantung dekat budget dan citarasa masing-masing..

Again, kalau nak cuci mata bole la google..
Boleh tengok koleksi dieorang..
Atau pegi je butik masing-masing..
Tengok depan mata, siap bole cuba..
Lagi puas hati..
Selamat Membeli-Belah..:)

Wednesday, 13 May 2015

Cincin Kahwin a.k.a Wedding Band - Part 1..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Sebab kan yang ni dah settle bole la aku share sikit-sikit..
Pengalaman dan pengetahuan aku sangat cetek..
Kalau ada salah silap harap maaf ye dan bole tegur..
Kitaorang memang tak de survey banyak kedai sangat pun..
Biasanya pegi sekali untuk survey..
2nd time terus beli je..

Kalau nak beli barang 
Memula aku ada la tanya-tanya orang..
Lepas tu kalau free macam waktu lunch hari Jumaat atau keluar sama-sama kitaorang pegi survey harga ..
Lepas tu check poket masing-masing..
Kalau suka dan dalam budget..
Kita orang beli je..
Pilihan masing-masing..

Untuk majlis kitaorang dari bertunang dulu sampai nikah nanti kene beli 4 cincin..

Cincin merisik..
Cincin kakak aku (hadiah sebab aku kawen dulu sebelum die a.k.a cincin langkah bendul)..
Cincin bertunang / cincin kahwin perempuan..
Cincin kahwin lelaki..

Untuk cincin bertunang tu sekali dengan cincin nikah je..
Masa bertunang hari tu sarungkan dua-dua cincin..
Lepas tu masuk kotak balik bagi dengan en.bf..
Kadang-kadang kalau rajin aku pakai la cincin merisik tu je..
Malas pulak nak beli banyak-banyak..
Sekarang pun dah ada dua cincin..
Tapi tak tau la kalau hujung-hujung nak kawen nanti ada rasa dan rezeki nak beli lagi..

Aku ok je dengan barang kemas..
Cuma aku suka design yang simple-simple je la..
Dan tak semestinya kalau beli barang kemas (emas) adalah beli cincin, gelang, anting-anting dan rantai je..
Yang mana memang jelas sangat barang kemas nya..
Tapi bole je kalau nak beli keronsang yang mana kita bole guna setiap hari..

Ok sepanjang kisah nak beli cincin ni kitaorang pernah masuk..

Habib Jewel..
Poh Kong..
Tomei..
Wah Chan..
Emas Sri Pinang..
................................................
Cartier..
Bvlgari..
Tiffany & Co..


Aku bahagikan kepada dua kategori..
Satu yang atas tu kedai yang biasa kita jumpa dan yang bawah tu dari jenama antarabangsa..
Ada beberapa perbezaan untuk 2 jenis ni yang aku boleh rumuskan..

Design / rekabentuk..

Yang kategori pertama ni rekabentuk die boleh kata kan lebih kurang sama dari setiap kedai..
Dan reka bentuk kebanyakan kan inspirasi bermotifkan bunga atau semulajadi..

 

Sumber


Sumber

Yang lain-lain tu korang bole google sendiri..
Tak berapa nak rajin nak tepek gambar satu-satu..hehe..
Lagi pun aku rasa korang lagi expert dari aku..

Untuk kategori ke dua pulak die lebih kepada design..
Design yang jadi signature untuk satu-satu brand tu..
Kiranya design tu ada dekat kedai tu je la..
Kalau nampak dan tengok pun orang dah tau orang tu pakai cincin apa..
 Design dieorang pun pada aku lebih simple..

Dan masing-masing pulak ada reputasi dan cerita tersendiri satu dunia..

Cartier contohnya ada banyak cerita untuk jenama tu sendiri dan koleksi yang dieorang ada..
 Mereka terkenal dikalangan raja-raja dan pembuat mahkota (tiara) untuk raja-raja..
Mereka pun berbangga sebagai jenama barang kemas no.1..

Cartier has a long history of sales to royalty and celebrities. King Edward VII of England referred to Cartier as "the jeweller of kings and the king of jewellers."
Edward VII ordered 27 tiaras and issued a royal warrant to Cartier in 1904. Similar warrants soon followed from the courts of Spain, Portugal, Russia, Siam, Greece, Serbia, Belgium, Romania, Egypt, Albania, Monaco, and the House of Orleans.

Antara koleksi yang menarik yang aku suka ialah Trinity..
Dalam koleksi ni ada cincin, gelang, anting-anting dan rantai..
Cincin ni terdiri daripada emas putih, emas kuning dan emas merah jambu..

Three bands. Three colors. Pink gold, yellow gold and white gold, intertwined in a display of mystery and harmony. The visionary mind of Louis Cartier created the Trinity ring in 1924. Jean Cocteau promptly made the piece his own. Encircled in the glow of the literary world inhabited by the poet, the ring quickly earned iconic status. Three types of gold. Three symbolic colors: pink for love, yellow for fidelity and white for friendship. Trinity, a timeless design now available in a collection devoted to life's most memorable loves. Trinity, all about you forever.


Sumber
http://www.luxuryjewelmall.com/product_images/uploaded_images/Cartier_Trinity_Rings.jpg

Selain dari trinity, dieorang ada koleksi Love dan jam tangan Santos yang famous..
Cartier ni ada dekat KLCC..
SA dieorang pun kebanyakkan sangat nice..
Terutamanya bila tak ramai orang..hehe..
Bila ramai dieorang pun tak menang tangan nak layan dan penat sikit kan..hehe..

Bvlagri pun sama..
Ada design yang tersendiri..
Ni memang signature design Bvlgari..

Sumber


Kalau Catier berbangga sebagai no.1..
Bvlgari pulak berbangga sebagai no.2 dalam lapangan ni..
Dan kalau Cartier popular di kalangan bangsawan..
Bvlgari pulak pada aku lebih kepada komersial..
Mengikut SA dieorang, Bvlgari popular sebab Elizabeth Taylor..
Disebabkan artis, so banyak la keluar dekat media barang dieorang..
Berbanding kalau bangsawan yang agak privacy..

Save the children ni antara yang paling popular tertamanya di kalangan lelaki melayu (Islam)..
Cincin ni di perbuat daripada silver untuk bahagian metal tu..
Dan di bahagian tengah warna hitam tu adalah seramik..
Disebabkan warna hitam tu, cincin ni memang nampak sangat maskulin untuk lelaki..
Kalau beli cincin ni, tak silap aku rm300 ke 30% dari nilai cincin ni akan di salurkan untuk sumbangan kebajikan bagi kanak-kanak seluruh dunia dibawah program dieorang..

Cuma packing cincin ni je tak berapa menarik..
Sebab kotak die tak de tempat letak cincin..
Ada uncang je..
So cincin ni akan di letakkan dalam uncang je..
Lepas tu uncang tu letak dalam box..

Bvlgari ni ada dekat Pavillion..
Dulu ada dekat KLCC..
Tapi sekarang ada dekat Pavillion je..

SA die sangat nice..
Layanan baik dan sangat peramah..
Rancak giler berbual cerita macam-macam pasal barang kemas..
Tunjukkan packaging baru dieorang, tunjukkan bracelet dieorang la..
Siap bukak katalog penuh senarai harga lagi..hehe..

Untuk Chopard pulak dieorang popular dengan Happy Diamond..
Aku pun tak pasti sangat pasal ni..
Tak pernah pun survey barang Chopard..hehe..

Tiffany & Co pulak popular dengan charm macam Pandora dan Solitare..

Disebabkan aku pun dah mengantuk..
Tadi pun start type entri ni lepas balik keje..
Sementara tunggu en.bf datang nak makan sekali..
Dah balik tadi sambung balik..

Semoga aku boleh la kongsi sikit apa yang aku tau..
Kalau ada salah silap tu maaf sangat..
Aku tau sikit-sikit je..hehe..
Ramai lagi expert..
Atan kalau nak tau lagi detail boleh la bukak laman web dieorang..
Atau pegi je butik masing-masing terus..
Tengok depan mata, experience sendiri..
Lagi puas hati..

Insyaallah nanti aku sambung sikit lagi part 2..
Dah mengantuk..
Mata ni kalau layan bole je tak tido sampai pagi..
Tapi esok keje..
Belum weekend lagi..

Selamat malam..

Sumber
http://en.wikipedia.org/wiki/Cartier_%28jeweler%29
http://www.cartier.com/collections/jewelry/collections/trinity-de-cartier
http://www.bulgari.com/en-us/products/an855770.htmlhttp://www.chopard.com/collections/happy-diamonds/concept

Tuesday, 12 May 2015

WW - 6 Fruits You're Eating Wrong..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Very cool video..
Enjoy..:)

Weeding Preparation Check List a.k.a Senarai Semak Persediaan Perkahwinan..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Aku tak tau nak start macam mana..
Banyak kali jugak taip padam taip padam..
Tapi fikir nak share dengan orang yang singgah sini aku tulis je la..
Sebab nya aku pun selalu baca blog lain nak dapatkan info pasal ni..
Tapi ni memang personally apa aku experience..
Kitaorang ni suka buat benda ikut selesa kitaorang..
Tengok, baca, fikir..
Kalau rasa ok guna..
Kalau rasa tak ok, nak ikut taste sendiri, ada budget..
Buat je..

Ok mukadimah tak payah nak panjang sangat..
Meh aku share apa yang ada dalam list aku setakat ni..

Pakaian
Baju nikah perempuan
Baju nikah lelaki

Baju resepsi lelaki
Baju risepsi perempuan

 Kasut resepsi perempuan
 Kasut resepsi lelaki

Aksesori lelaki
Aksesori perempuan

Veil nikah
Veil resepsi

Dekorasi & Aksesori
Pelamin nikah
Pelamin resepsi
Mekap nikah
Mekap resepsi

Bantal nikah - done
Bunga tangan nikah
Bunga tangan resepsi

Aksesori resepsi
Hiasan dewan


Cincin
Cincin perempuan
Cincin lelaki

Kad Jemputan
Kad - booked
Envelope - done
Postage - pending

Goodies
Box
Content

Hantaran

Bilik Pengantin
Perabot
Cadar pengantin
Quilt - done
Cat bilik
Langsir
Carpet
Bunga

Katering
Katering nikah
Katering majlis

Photographer

Lain - lain
Kursus nikah
HIV test
Thalassemia test
Kadi
Sewa dewan



Secara kasar nya lebih kurang macam dekat atas tu la senarai aku..
Awal-awal hari tu list kan..
Lepas tu survey harga untuk buat anggaran setiap bahagian dan seterusnya anggaran keseluruhan majlis..
Memang ada folder dan spread sheet untuk kira perbelanjaan, anggaran kewangan dan rekod duit keluar masuk..
Dan ada sesetengah bahagian tu memang ada breakdown yang details..

Aku utamakan yang penting-penting dulu..
Main items untuk majlis kahwin kitaorang..
Kalau yang utama dah settle..
Ada budget lebih baru la selit-selit yang remeh-remeh tu..
Contoh yang remeh-remeh macam guest book segala..
Sebenarnya aku ada je survey dah guest book ke..
Tapi bila fikir balik..
Banyak lagi yang lebih penting dan keutamaan dari benda macam tu..
So tu nanti hujung-hujung ye..hehe..

Aku pun tak tau lah tahap kerajinan aku nak share..
Kalau rajin Insyaallah aku share info yang aku tau generally..
Tapi rasanya banyak lagi blog yang kongsi info lagi details untuk di jadikan rujukan..

Setakat ni cincin dah settle..
Kebetulan pulak keluar hari tu beli quilt terus sebab murah..
Kebanyakkan nya kita orang dah jumpa vendor..
Cuma nak bayar duit booking je..
Dan kalau ikutkan senarai die tak banyak pun..
Sebab satu vendor dah cover banyak..hehe..

Contohnya macam baju nikah aku..
Akan beli barang dengan die, die jahitkan, pelamin nikah dengan aksesori nikah dengan die, mekap nikah dengan die..
Barang pelamin pun nanti die suruh kitaorang datang amik sendiri..
Die pasangkan..
So amik je la barang apa yang die nak..hehehe..

Kadang-kadang rasa macam sikit je benda die..
Kadang-kadang aku rasa macam banyak..haha..
Pape pun layan kan je la..
Lain la kalau duit kepuk-kepuk..
Memang best la nak membeli belah..

Saturday, 9 May 2015

Late Night Late Morning on Saturday Night..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Apa aktiviti korang minggu ni?..
Hari ni aku duduk dekat rumah je..
Biasanya hari Ahad yang macam ni..
Tapi minggu ni lain pulak..
Sebab en.bf keje hari ni..

Biasanya keluar hari Sabtu..
Lepas tu balik lambat..
Ahad bangun lambat, die tak pegi keje..
Selalunya tak urgent sangat pun..
An option je untuk datang..
Tapi bulan ni dan bulan depan sebab sibuk sikit memang kene pegi jugak la..
Hari ni pun die pegi site balik malam..
Nak siapkan keje sebelum bulan puasa bulan depan agaknya..

Semalam kan aku dah tertido lepas maghrib..
Bangun dalam pukul 12..
Pukul 6 pagi, lepas subuh baru aku tido..
Sibuk online, BW sana sini..
Pakai mask..
Dah bosan online, sebelum tido baca Monarki..
Dari haritu baca tak habis-habis..
Tak macam Gelap hari tu..

Lepas subuh tido dengan nyenyak nya..
Tengah hari dekat Zohor baru bangun..
Tu pun sebab en.bf dengan room mate aku SMS..
Rasa dah puas tido..
So boleh la bangun..hehe..

Bangun mandi, sapu-sapu sikit lepas tu makan buah..
Lunch makan nasi goreng ayam yang room mate aku belikan..
Nak turun beli makanan untuk makan malam pun malas..
Makan buah dengan makanan yang ada dekat rumah je..
Masak maggi dengan goreng fries..
Tu la bahaya nya kalau ada stok maggi dekat rumah ni..huhu..

So epanjang hari ni melepak dekat rumah je..
Tak depan tv, dekat dalam bilik..
Pakaian-pakaian minggu ni dah basuh Jumaat malam..
Balik dari keje terus basuh..
Petang ni tinggal basuh cadar, selimut dengan telekung je..

Ni pulak walaupun siang tadi punya la mengantuk..
Tapi dah nama malam minggu..
Tak kan nak tido awal kan..hehe..

 
 Jumaat haritu beli buah untuk weekend ni..
Snap gambar resit tapi tak nampak la pulak..
3 biji mangga dan sebiji betik total rm7.++
Berapa lebih die tu aku tak ingat..
Sebab dah buang resit ni masa potong buah ni tadi..hehe..

Teringat esok nak keluar..
Konon-konon takut lambat..
Meh la buat apa yang patut sambil online depan TV dengan cerita The World is Not Enough..
 Bawak keluar betik ni untuk potong..
Nak makan nanti senang..

3 biji mangga tu dah habis..
Sebiji makan balik keje semalam, sebiji pagi tadi, sebiji lagi petang tadi..
Memang hari Jumaat saje beli lebih sebab kalau malas nk turun beli makanan ada buah untuk dimakan..

3 biji mangga tu rm5 lebih..
Betik ni rm2 lebih je..
Murah kan..

Tak tau la pukul berapa nak tido ni..
Jap lagi nak sambung baca Monarki..
Selamat Malam semua..:)

Friday, 8 May 2015

Last Weekend - Labour Day, Weekend & Wesak Day..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Weekend datang lagi..
Hari Jumaat aku selalu tertido lepas maghrib lepas tu bangun malam..
Dah bangun tu menonton, online, buat la apa yang patut..
Confirm pagi nanti baru tido..
Esok pun tak pegi mana-mana..

Disebabkan tak de buat pape..
Lepas tu perasan yang last update sebelum panjang lepas..
Ada la update short entri untuk WW..
Tu memang entri penyelamat la..hehe..
Tapi blog ni tetap ada pengunjung..
Time kasih banyak la datang melawat..

So saje nak cerita pasal cuti panjang lepas..
 Cuti panjang tu memang sibuk sikit..
Sebabnya ramai yang balik dan ada dekat kampung dan berjalan sana sini..

Jumaat
...............................................................


Kitaorang balik kampung Jumaat tengah hari..
Sempat singgah makan nasi arab dekat Nasi Arab Damsyik untuk lunch..
Dan sampai rumah petang Jumaat..
Jumaat tu semua dah ada dekat rumah kecuali kakak aku..
Malam melepak je dekat rumah..
Malam tu makan chicken chop yang sepupu aku dengan anak die jual..
Kebetulan 1st May hari 1st dieorang berniaga..

Sabtu.
...............................................................


Sabtu pulak petang tu keluar dengan Hakim dengan Zack..
Hantar Hakim pegi gunting rambut..
Sementara tunggu die aku dengan Zack pegi kedai perabot..
Saje usha-usha perabot untuk bilik pengantin..
Sampai sekarang tak jumpa lagi perabot yang berkenan..
Oh silap..
Perabot nya banyak, tapi harga tak berapa nak cantik..
Kisahnya ayah ada beli dua katil..
Satu die bagi untuk letak dalam bilik aku..
Katil tu die tempah sekali dengan katil dalam bilik die..
Katil kayu, nak cari dressing table dengan almari die payah sikit..
Lagi loose item, so harga lagi mahal..huhu..
Banyak je yang aku jumpa matching dengan katil tu..
Tapi harga die kene fikir banyak kali..

Balik dari gunting rambut dan dengan usha kedai perabot..
Pegi rumah sepupu aku pulak..
Sepupu aku ni tailor dan ada bisnes andaman..
Lepas survey baju-baju nikah sebelum ni..
Aku decide nak tempah baju nikah dekat die je..
Pernah survey dekat SACC Mall, Jalan Plumbum Seksyen 7, Jalan TAR, dekat Sri Permaisuri dan online..
 Ready made mahal, kalau tempah lagi la mahal..huhu..
Paling kurang kene ada rm500, dan biasanya beribu..
Kalau nak jahit manik, letak lace segala lagi la mahal..
Untuk baju nikah aku nak buat baju simple je pun..

So datang nak discuss apa yang patut..
Datang tengok-tengok baju die pernah buat..
Lepas tu aku tunjuk gambar yang aku ada cari..
Die bagi anggaran harga kasar untuk bahan-bahan (kain chiffon, lace, manik dan upah jahit manik) dan upah jahit baju..
Die pun setuju nak pegi beli kain semua sama-sama..
Aku dengan en.bf memang tak reti nak beli..
So bawak la orang yang ada ilmu benrbanding kitaorang ni pegi..
Sebab ada tempat mahal, ada murah..
Kualiti kain die lebih kurang sama je..
Tapi sebab ada tempat,ada nama dan ekslusif, so harga jadi mahal..
Harga upah sepupu aku amik pun reasonable..
So Insyaallah buat dekat die je..

Sempat jugak tanya pakej mekap dengan pelamin untuk masa akad nikah nanti..
Pun menarik jugak harga yang die bagi..
Insyaallah amik dekat die je untuk akad nikah tu..
Sebab kitaorang memang tak de survey bridal pun..
Harga pun memang best price, so aku memang tak expect tinggi pun..

Sabtu malam kitaorang pegi rumah sepupu aku yang baru berniaga ni lagi..
Die saje ajak lepak dekat rumah..
Layan chicken chop pulak malam ni..
Beli satu share 3 orang sebab hari ni memang banyak makan..
Masak ikan sembilang salai, makanan kenduri ada sepupu aku kawen lagi..
Sedap lamb chop die..
Dah la aku memang peminat lamb..

Ahad
...............................................................

Ahad kitaorang pegi Seremban pulak..
Ayah aku tak de balik ni..
Ada keje dekat luar..
Tu yang aku banyak berjalan tu..
Pegi Seremban untuk beli barang adik-adik aku..
Kene pulak adik aku yang last tu nak carik kain songket untuk keje sekolah die..
So boleh la usha-usha kain..
Lagi hari Sabtu tu dah dapat harga kasar dari sepupu aku..
Dan nak usha kain untuk baju family nanti..
Sambil tu usha langsir..
Dari kedai kain 1 Malaysia, MK Curtain dan Jakel kitaorang berjalan..
Paling murah dekat Jakel..
RM 3 lebih semeter pun ada..
Tak tau la masa tu promosi hari buruh tu..
Harga lace pun lebih murah dari yang sepupu aku jangka..
Kalau dah beli nanti mungkin aku bole share details..

Isnin
...............................................................

Hari ni plan nak pegi gunting rambut..
Tapi bole pulak kedai tutup..
So pegi makan je la..
Petang tu dah balik KL..

So weekend lepas memang sibuk sikit la..
Tu balik awal dapat la rehat sikit..
Keje minggu ni pun rasa cepat je..

Selamat Malam..

Thursday, 7 May 2015

WW - Wordless Wednesday..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Sekarang ni en.bf agak sibuk..
To be exact bulan ni..
Lebih lagi bulan depan..
Nasib baik la banyak benda untuk majlis dah finalize..
Tinggal nak confirmkan dan bayar duit booking je..

Kursus nikah plan bulan ni pun mungkin kene postpone lepas Jun..
Fikir positif.bila die sibuk dapat la income lebih sikit..
 Semoga semua dipermudahkan..AMIN..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...