Saturday, 28 February 2015

Water a.k.a Air..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Ingat lagi tak aku ada share gambar ni untuk WW..


Aku rasa semua orang tau pasal keperluan minum air ni..
Cuma praktis dengan tak je..
Untuk berat aku, aku perlukan 2.3L ke 2.5L air..

Selama ni aku rasa aku macam banyak jugak minum air..
Tapi tak konsisten..
Kadang-kadang tu sikit giler..
Macam mana aku tau?
Sebab botol air dekat atas meja kadang-kadang tak berapa nak luak pun..huhu..

Disebabkan dah tau kuantiti yang aku perlukan..
Dan cuba nak disiplin kan diri untuk minum dalam kuantiti yang sepatutnya secara konsisten..
Aku cuba praktiskan cara ni..


Sorry la gambar buruk..haha..
So ni la cara yang aku guna..
Biasanya aku guna botol air 500ml atau 600ml..

Aku masuk ofis pukul 9 dan balik pukul 6..
So aku akan pastikan aku habiskan satu botol untuk each quarter macam dalam gambar dekat atas..
So far its work..

 Jadi kalau aku guna botol 500ml, total die 1500ml..
 Kalau aku guna botol 500ml, total die 1800ml..

So at least 1 hari tu aku dah minum 1500ml ke 1800ml..
 Selebihnya aku akan topup untuk masa-masa lain..
Contohnya bangun pagi je aku akan minum air..
Berapa ml aku tak sure..
At least dah ada dekat situ..
Lagi aku akan minum waktu makan..
Dan waktu dah balik keje..
Lama lagi waktu sebelum tido tu kan..
Ada banyak jam lagi..
So memang akan minum air..
Insyaallah minimum 2L tu tercapai..hehe..

Dan benefit die aku rasa jugak..
Paling obvious ialah senang nak buang air besar..
Membuang beberapa kali sekali..
Kepada yang ada masalah sembelit tu bole la cuba..
Modal die cuma minum air je..
Tak payah beli pape..

Tapi kalau keluar macam payah jugak..
Sebab kita leka je..
Macam semalam aku cuba jugak la..
Turun dari rumah aku terus beli air mineral botol 1.5L..
Letak dalam kete..
Cuba nak habiskan satu botol tu..
Tak habis pun..
Sebab siang tu pg mall tak de la aku angkut botol tu..
Petang tu baru aku start minum..
Almost habis tapi tak habis..
Tapi malam dekat rumah aku minum lagi..

Tak silap aku pernah tau atau terbaca..
Jangan minum air banyak sangat waktu malam..
Nanti muka sembab..
Sebab tu aku pulun waktu siang..
Waktu siang pun kita aktif je..
So lagi reasonable untuk consume dalam kuantiti yang banyak..

All the best..
Selamat mencuba..:)

Thursday, 26 February 2015

NN - Non - Glitterati, Earning and Click Fraud Activity..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Rasanya ada masalah sikit dengan NN haritu..
So ni apa yang aku experience dan boleh share..

Non Glitterati & Earning..

Hi, May I know what happen to my NN account. My account turn to Non-Glitteri member and there hv some issue with my earning. I hv cash out my earning and yesterday I noticed there hv some problem.. All of this happen without notice or any information. I really dissapointed regarding to this matter..

Thanks for writing in. Regarding your glitterati status enquiry, the glitterati process is an automated one and our crawlers will detect your blog to update and restore your glitterati status within the next 4 to 5 days. Meanwhile, do keep blogging to keep your blog active as part of our Glitterati criteria is that you will need to have at least 1 daily visitor or our crawlers will mark your blog as a spam blog and this will once again affect your membership status. For your information, through our system we found out that your blog was recently found to be engaging in click fraud activity, hence all your CPC earnings that were generated during that time have been rejected and removed from your account. We strongly discourage you from engaging in this click fraud activity any further, because repeated offenders will be blacklisted from our network immediately. Hope this clarifies. Thank you and have a nice day! 
 
Cheers, Melissa Lim Intern Nuffnang Sdn Bhd. 

Click Fraud Activity..

Thanks for the explanations. May I know how NN define for the 'click fraud activity'?. Is it mean I can't click any ads at my own blog? If yes, so that means the only way to read ads is by click them oh the other blog. Looking forward for your response, so I didn't repeat the mistakes. 

 Thanks for writing in. For your inquiry, allow us to do a brief explanation on click fraud. Click fraud is defined as the act of clicking on ads repeatedly for the sake of generating income for the owner of the blog. Ads are supposed to be sending a message to viewers by the advertiser about their campaign and not misused this way to harm the advertising industry. Possible scenario of click fraud can be; - clicking on ads yourself repeatedly - asking your friends to click on your ads repeatedly Blogging should never be about making money. Nuffnang exist to bring bloggers closer and to help bloggers earn a little by ads if they happen to have a lot of visitors. Thus, it is important for bloggers to not start blogging There is nothing wrong with clicking on your own ads if you are genuinely interested to know what it is all about, without the intention of generating income. It is also absolutely fine for your friends to click on your ads if they really are genuinely interested to know more about the ads that appeared on your blog. It only becomes a click fraud if the clicks are made repeatedly with the intention of generating more income and those who are found to engage in this click fraud activity will be blacklisted from our network immediately without hesitation. Our system keeps a record of how many times a particular ad is clicked from the same IP address, hence becoming the evidence to show fraud click activities. Thank you and have a nice day! :) 
 
Cheers, Melissa Lim Intern Nuffnang Sdn Bhd. 

So ni apa experience aku..
Honestly, aku ada je klik dekat iklan aku..
Bila tengok macam menarik je klik jugak la nak baca..
Kadang-kadang iklan tu dr blogger jugak..
So bole terus baca..

Kalau dekat ofis pulak tak de la klik..
Nak BW pun kadang-kadang dah tak sempat..
Lagi pun NN punya ads mmg kene block dekat ofis..:)

Pape pun kepada yang menyumbang kepada earning aku tu time kasih banyak..:) 

Wednesday, 25 February 2015

WW - Water..

Assalammualaikum..



Late WW.. hehe..
Tapi tetap jugak nak post..
Very useful information..
Lebih lagi musim-musim panas sekarang ni..
Nasib baik la petang-petang still hujan lagi..
Nak minum air sebanyak tu setiap hari consistently mencabar jugak tu..:)

Tuesday, 24 February 2015

Ku Pilih Hatimu - Ussy feat Andika..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Aku suka dengar lagu ni..
Mula dengar dalam drama apa entah..
Dengan dengan room mate depan tv terus google..
Bila dengar terus terjebak..

Aku pulak suka dengar dekat YouTube..
Sekali tengok video-video die orang nyanyi live..
Alolo sweet giler..
Dieorang ni husband n wife rupanya..
So they way they look at each other and their body contact are damn sweet..
Ussy sangat sweet dan Andika sangat hensem..huhu..

Let's enjoy the video..:)

 

Official MV..

 

Their performance in Talk Show..
Sweet..:)

Sunday, 22 February 2015

Masakan Arab - Al Omdah..

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Sambil-sambil tunggu en.bf datang nak balik KL..
Saje online nak habiskan kuota internet..
Beli ni untuk adik aku la..
Beria nak buat keje sekolah die..

Tengok-tengok gambar dalam kamera sekali jumpa gambar ni..
Dah lama aku amik nak masukkan dalam blog..
Tapi manjang lupa je..



Ni la kedai nasi arab yang aku suka pegi dekat Subang Jaya..
Al-Omdah Restaurant namanya..

Aku kalau datang sini memang order Lamb Mandy la..
Kalau en.bf pulak suka order macam-macam..
Kadang order kebab, kadang makan nasi..
Aku tetap setia..hehe..
Air pulak tea pot large..
Cukup untuk 2 orang..
 
Macam biasa dekat kedai nasi arab..
Tak kedekut..
Portion nasi banyak..
Lepas tu aku pulak suka die punya cili tomato tu..
Apa entah nama die..
Sampai 3 mangkuk aku mintak..
Tetap free..
Compare dengan Nasi Arab Damsyik dekat Seremban aku rasa aku lagi suka Lamb Mandy dekat sini..

Dekat kedai ni pun ada delivery..
Sape yang tinggal berhampiran kedai ni dekat Sunway Mentari bole la try order delivery..

Untuk maklumat lanjut boleh check FB restoran ni..
Tak pun pegi je terjah..

Saturday, 21 February 2015

Tanah Hitam (Tanah Baja Sawit) untuk Pertanian..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Hari ni last cuti weekend ni..
Best nye cuti lama..
Bila la cita-cita nak jadi suri rumah nak tercapai..huhu..
Esok dah keje..
Harap semua ok je..
Minggu depan ni antara minggu night mare aku..
Cuti ni satu keje pun tak jalan..
Pakai server ni yang aku malas..
Bila nak buat keje memang tak de mood..
Nanti maklumat tak cukup..
Alasan sangat kan..hahaha..
 
Tapi aku doa semua nya baik-baik je..
Room mate pulak tak de sampai Khamis ni..
Ikut trip company pegi Bali..

Ok berbalik kepada tajuk..
Ingat lagi tak pasal projek cili yang aku pernah share gambar..
Kalau nak tengok gambar bole la refer dekat SINI dan SINI..

Antara yang diperlukan ialah anak pokok dan tanah..
Anak pokok ni Ajik beli dekat UPM..
Satu tray tu ada lebih kurang 100 pokok tak silap..
Harga satu tray ialah rm40 tak silap..
Aku tak pegi beli sekali..

Selain daripada tu adalah usaha mencari tanah..
Ni yang aku nak share..
Ni Ajik la yang pergi kursus ni semua..
So die kata tanah yang sesuai untuk tanam ni ialah tanah baja sawit..
Mula-mula kitaorang beria jugak la carik dekat internet kalau ada yang jual tanah, dekat Mudah, dan tanya-tanya orang..
Finally Ajik share ni..


 Sila la klik untuk image yang lebih besar..

Haziq kata dalam usaha die nak beli tanah tu die pegi tanya jabatan atau pihak yang sepatutnya..
Ada je die jumpa orang perseorangan yang jual..
Tapi harga kemain mahal lagi..
Yang ni harga die korang bole la tengok sendiri..
Murah giler kan..
RM 5 je satu tan tak silap..
Tapi yang mahal nya adalah sewa lori..
Kalau yang ada lori sendiri tu memang lagi baik la..
Modal duit minyak je kan..

Untuk beli korang bole la hibungi pejabat yang berdekatan..
Jumpa person-in-charge (PIC).. 
Dan buat formal letter..
Nanti dieorang akan response macam surat dekat atas..
Ada range masa untuk beli, harga dan sebagai nya..

Surat untuk application tu aku tak de..
Tu Ajik yang buat dan aku tak pernah tengok pun..
Tak silap aku orang dekat jabatan tu yang ajar die buat surat ni..

Sapa-sape yang berminat nak berbakti dengan tanah tu semoga ni dapat membantu..:)

Wednesday, 18 February 2015

Tidur Petang..

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Baru bangun dari tidur..
Dah lama tak tidur petang..
Kalau masa belajar dulu memang selalu tido petang rasanya..
Ke tak?..
Dah tak ingat..
Yang pastinya masa belajar dulu masa tidur memang teruk giler..
Maklumlah sehari tu berapa jam je ada kelas..
Kalau kelas tengah hari atau petang memang tak de rasa bersalah lansung la tido lambat malam sebelum tu..
Petang dah habis kelas tido ke..
So memang teruk la..



Hari ni hari rabu..
Weekend ni akan cuti panjang sempena raya cina..
So minggu ni start dari hari Isnin dah ada yang start cuti..
So menjelang ke hari ni ofis makin kosong..
Aku pun pukul 4 tadi balik..
Balik-balik tadi memang tido la..
Makan pun tak..
Rasanya sepanjang minggu ni memang aku tak keluar lunch..
Waktu lunch sama ada aku pegi tido dekat surau atau tadi lepak dekat ofis je..

Minggu ni dan minggu depan aku agak sibuk..
Lagi minggu depan Eric dari Schiedam nak datang sini balik..
Tiap hari akan ada meeting..
So memang kene prepare la apa-apa yang patut sementara die ada dekat sini untuk fully utilized expertise die..

Target die nak settlekan semua deliverable item dulu..
Tapi ada 3 lagi yang outstanding which is  Mechanical Handling report, Operating & Maintenance Philosophy report and Weight Control Report..
Mendapat pulak Isnin ni report aku kene ada atas desk technical writer..

Aku ni jenis kalau balik rumah memang malas nak buat keje..
Dah 8 jam dekat ofis so balik tu memang nak rehat la..
Tapi rasanya kali ni kene buat sikit keje dekat rumah..
Tadi aku dah email a few doc. yang perlu..
Maklumlah aku dekat ofis guna PC je..
Bukan pakai laptop..
So semua benda dekat server..
Tu antara sebab aku malas buat keje dekat rumah..

All the best dekat diri sendiri for next week..
Tengah tunggu en.bf nak balik kampung lepas Isyak ni..
Selamat bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang celebrate CNY..:)

Tuesday, 17 February 2015

WW - Projek Cili Lagi..

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..



Sekarang memang sibuk sikit..
Kalau ada masa nanti aku share sikit info berkaitan..

Friday, 13 February 2015

Takda Duit Nak Bayar Tol PLUS..

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..

Minggu ni weekdays aku sempat share satu cerita je..
Kadang-kadang tu nak menulis..
Tapi masa tak mengizinkan..
Dekat ofis macam sibuk sikit sekarang..
Balik pulak sibuk dengan hal lain..

Sebenarnya nak share benda ni dah lama..
Aku dapat idea nak share pasal benda ni dari Farez..

Khamis lepas aku sempat jumpa Farez dengan Jie..
Awalnya aku plan nak jumpa en.bf..
Kebetulan masa balik terserempak dengan Hawa dekat KTM..
Terus die join aku dnegan en.bf makan..
Masa makan, Farez call nak datang..
So lepas tu die dengan Jie lepak sekali..
Dah lama tak jumpa haruslah beria bersembang..

Antara topik menarik ialah pasal pengalaman Farez dengan tol..

Pendek kan cerita..
Farez dari Melaka nak balik Shah Alam..
Die pulak memang tak de cash..
Plan nak draw duit dekat RnR..
Duk delay nak draw duit, sekali die berenti dekat RnR yang last sekali sebelum exit highway tu..
Bole pulak ATM dekat situ out of service..
Tak ke haru..
Dah la dah memang dekat highway kan..

So die pun masuk exit highway dan ke toll..
Die pun bagi tau la situasi die..
Mula-mula die offer nak bayar pakai debit card..
Gelak budak tu dan budak tu reply 'ni bukan shopping mall bole terima kad'..hehe..

Solution nya adalah berhutang dengan PLUS..hehe..
Mengikut cerita Farez dieorang akan suruh berenti dekat tepi..
Isi form dan dieorang akan amik no IC / copy IC..
Then amik gambar kereta especially no plate kereta..
Tak silap aku jugak die ada amik gambar die dengan kamera dekat toll tu..hehe..

So value toll tu ada la dalam form yang die isi tu..
Mana tau kot-kot terlupa ke value tu kan..
Lepas tu die datang la balik bayar tol tu..


Aku 1st time dengar pasal ni..
So sekarang dah tau..
In case terjadi dah tau la nak buat apa..
Harap info ni bermanfaat dekat orang yang tak tau macam aku..hehe..

Selamat Berhujung Minggu..:)

Tuesday, 10 February 2015

Last Weekend - BBQ with BFF..

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..

Sekarang ni makin malas nak update blog..
Malas ke tak de masa?..
Entahlah..huhu..

Last weekend memang agak sibuk..
Sabtu ada makan-makan dekat rumah Apis dekat Kota Seriemas, Nilai..
Jumaat malam bole tahan tido lambat..
Pagi Sabtu dalam pukul 11 pegi Mid dengan Hawa pegi beli barang..
Macam biasa aku la selalu kene in charge benda-benda macam ni..

Untuk 10 orang kitaorang budget beli barang dalam rm200..
rm200 memang beli barang untuk bbq sahaja..

So kitaorang beli:
  1. Ayam - dah siap perap..
  2. Kambing - dah siap perap..
  3. Steak - dah siap perap..
  4. Hot dog - 2 paket..
  5. Nugget - 1 paket..
  6. Fries - 1 paket..
  7. Minyak masak - 1 paket untuk goreng nugget dan fries..
  8. Ice cream - Walls paddle pop pelangi tak ingat berapa litter ..
  9. Sos cili 1 botol besar..
  10. Arang 1 kotak..
  11. Pinggan dan cawan kertas..
  12. Tisu 2 paket..
  13. Penyepit ayam..
  14. Sunquick 1 botol besar..
  15. Air mineral 3 botol besar..
  16. Buah tembikai 1 biji..
 Memang ngam-ngam rm200 la..
Tapi terlebih keperluan la benda-benda ni..huhu..
Dulu dekat Melaka ok la sebab tido dekat sana..
So ayam tu buat makan sampai breakfast..
Yang ni plan nak tido dekat sana jugak mla-mula..
Tapi last minit tak jadi..
So bungkus bawak balik..
 Makan dekat rumah dan lama ayam tu lagi sedap rasa die..


So satu hari Sabtu lepas memang penat la..
Dari pagi pegi beli barang..
Nasib baik la aku sempat tido kejap sementara tunggu en.bf balik keje petang tu..
Hawa lagi la penat sebab lepas beli barang die terus pegi Nilai nak start hidupkan api, goreng nugget fries segala..

Seronok je lepak ramai-ramai dengan budak-budak ni..
Ada yang nak kawen bulan depan..
Ada yang dah kawen bawak wife bole kenal-kenal..
Ada yang dah ada anak, jumpa ni baru la jumpa anak die..
Padahal dah setahun umur budak tu..

Balik tu walaupun penat sampai rumah pukul 1..
Sempat jugak la lagi bersembang dengan Hawa sampai pagi..hehe..

Ahad pulak aku keluar petang sikit pegi survey barang dekat Bangsar dan Shah Alam..

Semalam bangun nak pegi keje memang mengantuk dan malas giler..
Nasib baik la banyak keje..
So leka buat keje je..
Alhamdulillah ada doc yang dah siap..
Nak kene speed up sikit bagi lagi cepat..
 Baru hari Selasa, keje dua hari otak dengan badan rasa penat giler..



Esok ada team briefing dengan Director department aku..
Harap semua ok la..
Risau je kalau die tanya pasal projek aku..huhu..
Mampos nak menjawab..
Dah la aku rasa progress macam teruk je..hukhuk..
 
Semoga semua ok je dan cepat la doc untuk FEED packages dan report aku siap..
Semalam manager aku dah tanya pasal report..
Nasib baik la technical writer tak de dekat ofis..
Tak bole check report aku..
Lepas raya kata nya..
Memang kene siap kan doc untuk FEED packages cepat-cepat dan lepas ni concentrate dekat report..
Semoga semua nya baik-baik je..
AMIN..

Saturday, 7 February 2015

REMAX 9H Magic Glass Real Tempered Glass Protector..

Assalammualaikum..

Ni aku share satu lagi barang yang kawan aku jual..
Hari tu aku share pasal Little Trees - Air Freshener..
Boleh baca dekat SINI..

Semalam die bagi gambar untuk aku share kan satu lagi barang yang die jual..
Satu lagi tu ialah screen protector..
Sape yang guna smart phone terutamanya memang perlu la benda ni kan..
Lain la kalau pakai hp macam aku..
Pape jadi pun tak de hal..haha..


Kalau ikut dekat box ni benda ni untuk iPhone 5/5S/5C..
Tapi kalau untuk model lain korang boleh la contact kawan aku ni..



Cara-cara untuk guna..



REMAX 9H Magic Glass Real Tempered Glass Protector..

Aku tak dapat harga lagi..
Pape aku update..

UPDATE:

Untuk iPhone 5 - RM30..
iPhone 6 - RM40..

Untuk COD area KL / Selangor..
Kalau jauh boleh la postage..

Kalau berminat boleh la Call/SMS/WhatApp - 0172793994..

Kanangan Zaman Kanak-Kanak - Part 2..

Assalammualaikum..

Sambung sikit yang Part 1..hehe..
Bila dah menulis macam ni la..
Bukan main panjang lagi..
Kalau tak malas..

Satu yang aku ingat..
Tapi lupa nak tulis dekat Part 1..
Part 1 tu pun panjang sangat..
Gambar pun banyak sabar je la..

Kalau pegi kebun getah aku suka jugak amik daun getah..
Lepas tu letak dalam buku sampai kering..


Daun getah kering..

Satu lagi amik daun setawar..
Letak dalam buku sampai die bertunas..haha..
Pun tak de keje kan..


 Daun setawar..

Family aku pun pernah cuba bela kambing..
Ayah beli kan jugak sekor anak kambing untuk aku dengan kakak..
Nanti bagi la makan ke apa..
Bagi makan biskut lagi..hehe..

Dekat rumah aku pun pernah jugak bela burung puyuh..
So petang-petang kutip telur puyuh dan rebus..
Pernah jugak bela burung..

Fuhhh bertapa full of outdoor activities..
Nak pegang mainan pun tak sempat..haha..

Ni pulak sebahagian dari mainan yang ada dekat rumah aku sebagai hiasan..haha..






Permainan pun boleh jadi perhiasan rumah kan..
Ni pun sebahagian kecil je dari mainan yang ada..
Yang set set tu memang simpan dalam kotak..
Macam set train, construction, set lego dekat air port dll..
Ada jugak koleksi helikopter dan kapal terbang ayah aku..

Macam mana la kalau aku ada anak nanti..
Of course cube bagi yang terbaik kan..

Aku ada aktivit weekend yang best minggu ni..
Sempat berblog ni sebab tengah tunggu orang..

Selamat berhujung minggu..

Sumber

http://norapurplebridez.blogspot.com/2011/10/teaser-diy-purple-project-5.html
http://pena-cikblogger.blogspot.com/2013/11/cyrtandromoea-grandis.html 

Kenangan Zaman Kanak-Kanak - Part 1..

Assalammualaikum..

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal cerita ni..
Tapi aku rasa macam banyak je benda yang nak di tulis..
Tu yang duk KIV je..
Sekarang pun dekat ofis macam banyak keje sikit..
Nak BW pun macam tak berapa nak ada masa..
Kadang-kadang bukak je blog..
Tengok ramai yang update tapi tak sempat baca..
Balik malam tu la baru baca kalau sempat..
Aku pun ada room mate BFF..
So balik malam tu kadang-kadang bergossip je..haha..

Berbalik ke tajuk asal..
Aku dapat idea nak tulis pasal tajuk ni masa borak-borak dengan en.bf..
Dekat rumah aku, tak silap aku pernah mention..
Antara hiasan yang banyak dalam rumah adalah permainan..
Permainan kanak-kanak..
Dekat rumah aku tak de budak kecik lagi dah kan..
So memang rilek je la letak dekat mana-mana..
Kalau ada budak-budak yang datang geram je..haha..

Permainan-permainan ni semua kebanyakkan adalah permainan adik beradik aku masa kecik dulu..
Banyak permainan kita orang masa kecik aku dulu elok je sampai sekarang..
Lepas tu ada jugak yang ayah aku baru beli..
Ayah aku ni memang suka beli permainan..
Contoh beli lego..
Ada la yang akan pasang nanti..

Berbalik kepada pasal berborak dengan en.bf tadi..
Masa tu die cerita la pasal kecik-kecik die selalu main apa la..
 Setiap kali cerita pasal ni aku memang akan cakap aku jarang main permainan..
Adik beradik aku pun jarang main permainan..
Kalau ada pun, mainan yang ayah aku beli tu kitaorang akan main sama-masa sekali dengan ayah aku..
Lepas tu simpan balik..
Lepas tu semua tak kisah..hahaha..
Kalau ada pun mintak sekali 2 kot..
Tapi macam tak heran sangat je..haha..
Tu la banyak yang elok sampai sekarang..

Bila aku cakap macam tu..
Dan permainan memang banyak je dekat rumah..
Die pun tanya aku..
Habis kecik-kecik dulu aku buat apa?..
So baru la aku macam terfikir dan teringat apa yang aku buat masa kecik dulu..

Seingat aku, memang aku jarang main permainan sangat..
Sama la adik beradik yang lain..
Tapi kitaorang dulu selalu main dekat luar dan buat aktiviti dekat luar..
Aku kan duduk dekat kampung..
Rumah dulu pulak memang jauh sikit dari rumah lain..
Kawasan pulak besar giler..
Berapa ekar entah..
Sebelah kawasan rumah aku ladang sawit..
Rumah atas bukit sikit..
Dekat bawah tu ada tali air la..
Adik-beradik pun ramai dan rapat-rapat..
So ada geng la..

Antara aktivit yang aku ingat aku buat dulu..
Kitaorang suka imitate macam orang besar punya aktiviti..
Suka main masak-masak, main posmen, main bas-bas, main jadi orang gaji la, main jual-jual la..
Haaa benda-benda macam tu la.. 

Main masak-masak pulak bukan main dalam rumah dengan permainan beli tu ye..
Ni main dekat luar..
Lagi kalau ada sape-sape bakar sampah..
Pergh lagi la terbaik..
Peluang sangat ni..
Laju je carik tempurung segala..
Alas tempurung dengan batu bata..
Letak air segala dalam tempurung..
Haaa beria la petik segala daun, bunga, ranting..
Campak dalam tempurung..
Beria la main..

Kalau main posmen tu konon-konon macam hantar surat la..
Main bas-bas pulak sebab kecik-kecik dulu kalau pegi mana-mana kadang-kadang naik bas..
Akan ada tiket bas lama macam ni kan..


So kitaorang akan guna la kertas untuk buat tiket..
Lepas tu konon-konon akan naik bas..
Jual tiket dekat orang..
Haaaa macam tu la..

Kadang-kadang susun kerusi je konon-konon kerusi dalam bas..
Tak pun main dekat buaian..
 Dulu dekat rumah aku ada buaian macam ni..


Konon buaian ni adalah bas..
So buai la bas ni..
Bila buai tu macam bas tu bergerak la..
Nanti berenti amik orang..
Amik orang, konduktor bas akan tanya nak pegi mana lepas tu jual tiket..
Bila nak turun tekan loceng..
Then berenti la hayun buai tu..

Main jual-jual pulak kadang-kadang ada dua kategori..
Satu dekat dalam satu dekat luar rumah..hehe..
So akan buat duit dengan kertas..
Lepas tu amik la segala daun, batu, ranting ke untuk jadi bahan jualan..
Contoh daun pokok rambutan tu ikan, daun manggis ayam, ranting tu daging..
Main la jual-jual macam pegi pasar..

Senang kata banyak imitate orang tua..
Dulu kecik-kecik memang selalu ikut wan aku pegi pasar basah..
Pegi pulak naik bas..
So kita biasa tengok apa orang tua ni buat..
Lepas tu tiru apa die buat..hehe.. 

 Selain main sama-sama macam contoh dekat atas..
Aku pun selalu ikut wan aku kalau die buat keje die..
Wan aku ni ada kebun getah..
Kadang-kadang ikut die pegi kebun getah..
Tengok die kutik sekerap..
Tak pun die kumpul susu getah..
Bawak balik rumah..
Masukkan getah dalam bekas ayan nak bekukan..
Dan beku nak keping kan getah..

Dekat rumah aku ada mesin ni dulu..
Aku ni dah biasa dengan bau getah..
Sumber rezeki wan aku..

Memang ada la baju meroh getah..
Baju memang kuat la bau getah..
Lepas tu keras-keras sebab sisa-sisa getah melekat dekat situ..
Lepas aktiviti sume akan basuh tangan dengan limau kasturi..
Lepas tu pegi la jual sekerap ni dekat cina..

Sampai sekarang pun wan masih pegi jugak menoreh kadang-kadang..
Selain ada beberapa orang yang menoreh dekat getah die..
Jarang dah pegi jual dekat kedai..
Sekarang orang datang beli dekat rumah..hehe..

Selain tu..
Dekat rumah aku pun ada beberapa batang pokok koko..
Kadang-kadang makan buah koko..


Kalau ada lebih tu kadang-kadang wan aku jual koko..
So akan kopek koko yang dah masak..
Contoh macam dalam gambar dekat atas..
Lepas tu lerai-leraikan biji koko tu then jemur atas tikar sampai kering..
Dan cukup kering nanti wan aku jual la..

Disebabkan rumah dekat dengan ladang sawit..
Dekat sebelah je kan..
Suka jugak main dengan buah sawit..
Bila orang kait dan kutip sawit..
Lepas tu ada cicir-cicir tu kutip la main..

Tak pun kalau ikut wan pegi kebun getah..
Ada buah getah..
Beria la mengutip bawak balik..
Main batu seremban la..
Main dalam papan congkak ke..

Lagi aktiviti aku..
Wan aku pun ada kebun buah..
Ni dekat sikit dengan rumah..
Awalnya tak tanam pape pun..
Masa nak tanam tu selalu la kene bersihkan..
Lepas tu tanam pokok buah..
Tanam pisang, tanam durian, rambutan semua..
Sebut pasal pokok pisang..
Aku dulu suka kutip ulat pisang..
Saje entah pape..hahaha..

Kalau nampak dekat daun ada macam ni..


Besa nya ada ulat pisang la dalam tu..
So suka koyak kan daun macam ni..
Lepas tu bukak gulung tu..
Nampak ada ulat tu amik masuk kan dalam tempurung..
Kumpul banyak-banyak..
Tak de motif giler kan..
Tapi dah nama pun budak-budak..

Jadi aku memang banyak keluar kan..
Banyak main dengan aktiviti dekat luar..
Mak dengan wan pulak duk rumah..
So selalu la ikut dieorang..
Aku jarang sikit main dengan kawan-kawan rasanya dulu..
Ada pun dekat sekolah la..
Mak dengan wan pulak banyak masa nak layan aku dan bawak pegi mana-mana..

Kalau dekat rumah dulu banyak jugak musim aku selalu aktiviti dengan mak aku..
Ada masa pernah bunga straw popular..
Buat bungan straw la dekat rumah..


Pernah buat bunga dari botol plastik..
Botol minuman dah tak guna..
Potong-potong bakar dan bentuk kelopak die..


Amik dawai letak kan dekat bunga..
Lilit kan dengan tape warna hijau dan pasang daun..
Buat jugak pasu dari badan botol..
Isi batu bagi base die berat..
Susun la bunga dalam tu..

Ada jugak buat gelang dari kain perca..


Beli tiub die dekat kedai kain..
Lepas tu sumbat la tiub jernih tu dengan kain perca..
Bole la pakai sendiri..
Tak payah mak ayah susah-susah nak belikan aksesori kan..hehe..

Lagi satu..
Dulu ada jugak main benda dengan benang minlon..


Mak aku ada jugak la mengait dan pandai mengait buat alas meja ke sikit-sikit..
Aku masa kecik lagi tak de la mengait..
Tapi pegi amik lidi..
Buat mcm cross lepas tu lilit benang ni dekat lidi tu macam sarang labah-labah..
Boleh la buat macam key chain..
Kadang-kadang campur-campur benang 2 3 warna la..
Bagi lagi cantik konon..hehe..

Aku memang main dengan benda-benda semula jadi ni la..

Bila imbas kembali macam tu..
Baru la aku macam perasan yang aku memang banyak buat akitiviti luar..
Tu pasal la tak main permainan sangat..
Main kotor je..hehe..
Pape pun pengalaman tu bila fikir balik memang menyeronokkan..

Budak-budak sekarang mungkin dan ada pada zaman yang lain..
Aktiviti dieorang pun dah berubah..

Link-link dekat bawah tu sumber-sumber gambar aku..
Aku google je..
Tak de masa pulak nak pegi amik gambar satu-satu..
Insyaallah ada rezeki nanti kalau ada pegi aku share gambar..

Rumah lama aku dulu pun dah roboh..
Sekarang dah duduk rumah lain..
Tapi banyak jugak la kenangan yang aku ingat lagi..

Masa rumah tu ada dulu..
Tapi dah tak duduk sana..
Aku pernah pegi..
Memang berlari-lari aku tengok macam-macam..
Ye lah banyak giler kenangan membesar dekat sana..
Pape pun memang pengalaman berharga sangat..
Sebak ok tulis entry ni..hahaha..
Aku pun bersyukur sangat ada pengalaman macam ni masa kecik dan jadi sesuatu yang sangat bermanfaat untuk aku hidup..

Macam mana pulak kenangan zaman kanak-kanak korang?..

Wednesday, 4 February 2015

Long Weekend - Hari Wilayah & Thaipusam 2015..

Assalammualaikum..

Lama tak update kan..
Cuti panjang ni sunyi sepi je..

Bila cuti panjang haruslah balik kampung..
Aku balik kampung Sabtu petang..
Balik ni pun best lebih sikit..
Ramai ada dekat rumah..
Zack dengan Jo tengah cuti sem..
Hakim balik hari Khamis tapi Sabtu dah balik Johor..
Tak sempat nak jumpa..huhu..

Sabtu tu aku balik lambat sebab tunggu en.bf pegi kenduri dulu..
Lepas tu pulak ada pegi beli barang dekat Mid Valley..
 Aku sebenarnya hari Jumaat tu masa lunch hour dah pegi Mid Valley..
 Lepas makan dekat ofis, nek tarin saje jalan-jalan tengok barang..
Memang dah plan nak beli pakaian sikit dengan gaji bulan lepas..

So hari Jumaat tu aku sempat la beli sehelai baju..
Tak nyempat-nyempat nak beli takt saiz aku nak nanti habis..hihi..
Macam biasa..
Harus la beli yang murah-murah..hehe..

 So hari Sabtu lepas en.bf habis kenduri..
Sebelum balik tu sempat la pegi Mid lagi untuk settle kan beli barang..
Jumaat tu sempat survey-survey je..
Masa pun 2 jam je kan..

So ni lah hasil shopping Jumaat dengan Sabtu tu..




Semua baju yang beli ni baju keje..
Dan setiap sehelai bawah rm40..
Berbaloi kan..
Bole la tukar-tukar pakai pegi keje..:)
Dua yang atas tu aku beli value buy..
Tu yang murah tu..
Yang last sekali tu pulak 1/2 price..

1st sekali Sabtu tu unexpected jumpa seluar ni..
Try pakai sesuai dan selesa pulak..
Harga pun murah..
Terus beli..


Detail dekat sini..


Sempat beli ni jugak..



Kasut pakai pegi keje..
Kasut ni la yang belanja die lebih sikit..
Beli yang simple dan selesa..

Seluar dengan kasut ni aku beli terus pakai..haha..
So seluar selesa..
Kasut tu pun pakai jalan-jalan lepas tu selesa je..
So puas hati..:)
Kalau tak mau aku pegi tukar..

Balik kampung ni memang aku lepak dekat rumah je..
Lepak dengan mak, wan, adik-adik aku..
Main Candy crush..
Melepak dengan en.bf dengan Apis..
Hendry tak dapat join pulak sebab pegi track day dekat Sepang..
Plan last minit..
Keluar melepak dengan Haziq tengok projek cili die..
Pegi jalan-jalan carik makan sepanjang hari..
Memang kenyang giler..
Tapi tetap nak makan.. 
Rugi kalau tak makan..
Makan gulai sembilang salai campur rebung dekat rumah aku, cendol dengan apam balik dekat bus stand, lepas tu pegi makan gulai daging salai campur pucuk ubi pulak..
Then pegi rumah sepupu aku makan biskut jagung lagi..
Malam balik rumah makan sembilang salai lagi..
Fuh macam nak meletup perut..
Gemok giler rasa..
Semalam sebelum balik makan lauk gulai pisang dengan bawal goreng rangup..

Sampai hari ni nafsu makan aku tak betul..
Teringin makan macam-macam je..
Teringat-ingat..
Payah nak dapat dekat tempat lain..

So tu la kisah cuti aku..
Sempat jugak baca novel cuti ni..
Tapi tak habis lagi..


Sumber..

Boleh la buat teman masa balik dalam train..
Buat layan mata sebelum tido..

Apa aktiviti korang cuti 4 hari ni?..
Mesti macam-macam aktiviti kan..:)

Tuesday, 3 February 2015

WW - Hasil Karya..

Assalammualaikum..


The painting..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...