Thursday, 29 January 2015

Random - ACV, The Miracle of Fasting & Deodarant..

Assalammualaikum..

Hari ni hari Khamis..
Aku puasa hari ni..
Biasanya nya minggu ni kalau time lunch aku tido je dekat surau..
Malam tido lambat lepas tu banyak keje kot..
Tu yang lemau sangat tu..
Pernah aku tido lena giler sejam waktu lunch tu dekat surau..
Nasib baik la aku kunci jam..
Kalau tak mau terlajak sampai pukul dua atau tiga kot..haha..

Malam tadi pun aku tido sampai mengigau-ngigau..
Room mate aku la yang bagi tau..
Die pun bole pulak melayan aku masa aku mengigau tu..
Die kata aku cakap pasal contractor, vendor la..
Pasal keje sampai terbawak-bawak dalam tido..

Berbalik cerita pasal hari ni..
Lunch hari ni aku tak pegi tido dekat surau..
Tapi pegi beli barang dengan office mate aku..
Maklumlah semalam dah dapat gaji..
Aku pulak memang ada nak beli barang keperluan..

So ke Vita Health Nu Sentral la mula-mula nak beli ACV..
Dah lama habis ACV aku..
Tunggu gaji dulu baru nak beli..
Setiap bulan ada budget untuk beli barang-barang..
Bila budget dah habis sila duduk diam-diam..
Tunggu budget bulan depan..
Disiplin kan diri ye..

So bila dapat gaji ni beli la barang keperluan dulu..
ACV sekarang ada pack biasa je..
Aku beli la yang botol besar terus..
Stok untuk sebulan..
Masa bayar aku mintak pamplet dekat cashier..
Padahal dulu dah dapat..
Entah mana aku campak..
Aku pernah upload dekat sini benefit ACV..
Saje mintak bagi kawan aku baca..

Masa tunggu kawan aku tapau makanan aku baca la pamplet tu..
Tetiba aku ternampak benda yang agak menarik..


Disebabkan aku tengah puasa..
Nampak pulak benda macam ni..
Memang menarik perhatian aku la..
Excited pulak nak baca apa content die..

Maka dah penat buat keje petang tadi..
Aku saja la google..
Jumpa la ni link yang ada buku ni..


Antara yang menarik..

Faster Helps Keep You Healthy and Youthful

Fasting is an effective and safe method of detoxifying the body – a
technique that wise men have used for centuries to heal the sick.
Fast regularly and help the body heal itself and stay well. Give all
of your organs a rest. Fasting can help reverse the aging process,
and if we use it correctly, we will live longer, happier lives. Just
three days a month will do it. Each time you complete a fast, you
will feel better. Your body will have a chance to heal and rebuild its
immune system by regular fasting. You can fight off illness and
the degenerative diseases so common in this chemically polluted
environment we live in. When you feel a cold or any illness coming
on, or are just depressed – it’s best to fast!
 
“Bragg books were my conversion to the healthy way.”
– James Balch
,
M.D.
,
Prescription for Nutritional Healing
 
 Menarik kan..
Aku pun belum baca habis lagi..
Just tengok content je dulu..
Tapi amik yang mana perlu la..
Macam cara nak puasa semua tu sume kita praktis ikut cara kita la..

Pasal puasa ni pun memang barat akui benda yang baik..
Aku pernah share pasal 5:2 Diet sebelum ni kan..
Boleh baca dekat SINI..
 
Balik tadi sambung beli deodarant dengan shower gel dekat Guardian..
Aku memang suka dan sesuai pakai deodarant ni..
 
 
Nivea fresh lemongrass jenis spray..
Botol die ni je warna biru tak silap..
Senang nak carik..
Kalau pakai deodarant warna lain macam tak serasi pulak..
Bau badan jadi bau lain sampai aku sendiri tak suka..haha..

Sape yang nak kawal berat dan saiz badan..
Nak keep healthy boleh la amalkan..
Ada masa, rajin-rajin baca la artikel tu ye..:)

Wednesday, 28 January 2015

WW - Project Cili..

Assalammualaikum..

Tak de plan pun nak buat WW entry untuk hari ni..
Tetibe dapat gambar ni..
Then I should share here..


Proud and happy for him..:)
All the best buddy..

Tuesday, 27 January 2015

Cost Benefit Review Session 2, Deliverable Items & Final Report..

Assalammualaikum..

Ni short entry je asalnya..
Tapi bila dah start menulis panjang jugak..

Just nak tulis pasal sessi untuk cost benefit review dengan 2 lead aku hari ni mula-mula..
Sebenarnya aku agak sibuk sekarang..
March adalah date line untuk projek aku..huhu..
Bulan depan dah bulan 2..
Tinggal sebulan je lagi..
Berlari-lari la nak kejar date line..huhu..
Lepas tu sekarang ni banyak giler benda yang outstanding nya sampai aku lead aku dengan team mate aku nak pegi vendor dekat Subang Jaya pun aku tak bole ikut..
Kene fokus dekat projek..

Nak dekat dateline satu hal..
Banyak giler benda outstanding satu hal lagi..
Dah la Jumaat lepas bos aku baru bagi tau ada beberapa deliverable item yang aku kene buat..
Tambah lagi keje..
Benda yang sedia ada pun tak siap-siap lagi..huhu..

Isnin lepas sebenarnya ada cost benefit review dah..
Cost benefit ni ada CAPEX, OPEX dan Life Cycle Cost (LCC)..
Bos aku dengan lead dari discipline lain yang review..
Masa book meeting room bagi tau lead tu sessi 2 jam..
Siap buat muka terkejut lagi lama sangat..
Sekali meeting room ada orang nak guna so reduce sessi jadi 1 jam setengah je..
Amik kau lepas tu..
Berasap aku dalam tu dua jam pun tak habis review CAPEX..
Memang bertubi-tubi aku kene..
Teruk kene tiow dengan lead tu dengan bos aku pun..
Disebabkan dieorang pun dah bosan..
Maka bos aku mintak break dan sambung sessi lain..

Aku pun take note la semua comments dan suggestion..
Pegi cari maklumat segala nak clarify figure yang aku letak..
Bertabah je la..
Ok biasa la tu kan kalau berasap..haha..

Semalam bos aku dah tanya..
Bila nak review lagi..
Nasib baik la banyak benda dah settle..
So petang tu aku check availability 2 2 orang ni..
Masing-masing busy..
Available hari ni..
Tapi nak booking meeting room tak bole pulak sebab dah petang..
Secretary department aku pun dah balik..

Disebabkan possibility nak buat hari ni tinggi..
Kalau tak buat hari ni..
Lead yang sorang lagi tu available lagi 2 minggu (9 Feb)..
Dateline March kot..
Dah la masa review hari tu separuh mati..
So aku memang kalau boleh nak siapkan hari ni..

So aku focus dekat cost benefit..
Print out lepas tu check balik semua..
Tulis note segala..
Karang senang nak menjawab..
Siap email excel dengan bawak balik rumah yang print out tu..
Punya la nervous based on 1st session..haha..

So pagi-pagi tadi aku datang pegi check meeting room untuk hari ni..
Dah la banyak yang penuh..
Ada pun sejam je 4-5..
Tanya dua-dua ni dieorang ok je..

Pagi tadi check lagi dekat excel dengan print out paper tu..
Then kemas kan doc..
Doa banyak-banyak semoga semua ok..

Lepas lunch bos aku panggil..
Bincang pasal deliverable item..
Fuh bersusun doc kene buat..
Setakat yang aku ingat..

  1. Single line diagram..
  2. Utility consumption and electrical load list..
  3. Main equipment list..
  4. Weight report..
  5.  Mechanical Handling report..
  6. Commissioning & Operating spare part (SPIL)..
  7. Layout..
  8. Operation and Maintenance Philosophy..
  9. Technical Specification (Data sheet)..
Punya la bersepah doc kene buat..
Dapat list atas ni hari ni..
Yang sebelum-sebelum ni pun pending pun tak siap lagi..
Lagi bertambah-tambah ni..
 Tu pun boss aku soh buat yang mana ada dulu..
Die pun penat dah nak terang dekat aku..haha..



Petang sambung pulak dengan cost benefit aku..
Aku 10 minit sebelum memang dah siap setup..
 Check-check lagi..haha..

Mula-mula recap dulu CAPEX..
Confirm dan explain figure yang aku modify..
Then baru discuss OPEX dan LCC..
Alhamdulillah semua ok..
4.45 macam tu pun dah settle..

Tapi masa lead tu nak balik aku ada confirmkan benda..
Boleh pulak terlepas pandang nak discuss masa dalam meeting..
Alhamdulillah semua ok je..
Ada sikit happy la..:)
 So bole tutup cerita pasal cost benefit..

Lepas ni boleh fokus dekat deliverable items dan report..
Ada risk register pun tak settle lagi..
Harap boleh siapkan secepat yang bole..
Kene speed up sikit la..
 
Dah lama aku tak cerita pasal dekat ofis kan..
So ni la apa yang aku buat dan sibukkan setakat ni..
Malam tadi jumpa en.bf kejap..
Masing-masing mengadu nasib pasal keje..
Ni command topik kalau jumpa..haha..
Nasib baik la mengadu dekat orang yang senasib dan faham apa kita buat..
Kalau tak payah gak..

Semoga semua dipermudahkan..
Semua item produced terbaik..
All the best untuk diri sendiri..:)

Saturday, 24 January 2015

Cara Letak Facebook Badges dekat Blog..

Assalammualaikum..

Alang-alang aku dah promote page tadi..
So aku pun decide la untuk letak link page tu dekat blog ni..
Senang nak promote..

Aku selalu tengok orang letak link facebook dekat blog..
Tapi tak tau macam mana..
Maka google la..
So dah berjaya aku pun nak share la macam mana nak letak link tu..

 

  • Macam aku pilih Page Badge..Kalau korang nak share FB korang sila la pilih Profile Badge..Bila klik akan keluar page ni..So pilih la medium yang korang nak share..Macam aku pilih Blogger la..

  • Once klik Blogger.. Korang akan ke page ni..Kalau ada nak edit ke apa edit la..Macam aku terus klik Add Widget je..
 
  • Lepas klik Add Widget die akan direct korang ke layout blog korang..So ikut korang la nak arrange macam mana dekat blog..

Arrange dan preview la..
Dah happy so badges tu akan ada dekat blog korang..
Senang kan..
Happy trying..:)

Sumber:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...