Tuesday, 1 December 2015

Drama Melayu..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Asyik cerita pasal persiapan kahwin je..
Meh cerita pasal benda lain pulak..
Kalau tak bosan pulak korang dengan cerita pasal persiapan kahwin aku yang ala-ala tu je..hihi..

Sebenarnya nak share pasal drama melayu je..
Aku suka gak layan drama melayu ni..
Selalunya suka layan dekat laptop la..
Sebab bole tengok dengan sangat santai..
Bole tengok lepas tu berenti kejap sesuka hati nak pegi tandas, main Candy Crush ke apa..
Bole tengok tanpa iklan..
Lagi satu bole tengok atas katil sambil baring-baring..hehe..

Biasanya pagi-pagi dah siap nak pegi keje ke aku suka jugak la layan drama..
Tak pun waktu malam atau weekend..
Aku suka tengok drama komedi rasanya..
Aku tak suka tengok cerita berat yang sedih-sedih..
Mendera emosi aku..
Nanti pagi-pagi lagi emosi dah terganggu..hehe..

Ni antara drama melayu bersiri yang aku layan..

Alaa Bib


Best jugak cerita ni..
Sebab fun je..
Risteena berlakon pun ok je..
Ammar yang jadi Luqman dalam cerita ni pun ok..
Syafiq Kyle ni aku tak suka sangat die berlakon masa ada cerita die jadi hero, Atikah Suhaimi jadi heroin pasal setinggan..
Tapi dalam ni ok jugak la..
Yang macam Iqram, Shiela Mambo tu memang terbaik la..


Plan Cinta Tak Jadi..


Mula-mula promo cerita ni aku rasa macam tak best je..
Konon Fathia 1st time bawak watak komedi..
Masa cerita ni keluar dekat rumah pun aku tak tengok sangat..
Tapi ada masa tu aku start tengok..
Eh eh layan jugak cerita ni..
Lepas tu sambung tengok dekat online..

Dah la masa ni tengah tayang cerita cerita Hello Mr.Perfect dekat TV3..
Tengok dekat tv3 Fattah Amin berlakon tak best pun..
Tapi dalam cerita ni macam ok je pulak die berlakon dengan Fathia..



Sekarang ni aku tengah layan cerita Tuan Anas Mikael..


Balik 2 minggu lepas tengok marathon cerita ni macam best je..
Lagi pun pelakon-pelakon die pun ok..
Dah lama tak tengok Abang Long Aaron Aziz berlakon..hehe..
Zara Zya berlakon pun makin ok..
Tak silap dari tengok cerita Isteri Ku Bukan Tukang Masak tu suka lakonan die..


Sebelum-sebelum tu aku tengok cerita MAID la..
Cerita Dhia Sophia yang Amira Rosly berlakon tu pun aku rasa ok jugak..
Tapi tak pernah tengok lagi..
Kadang-kadang je tertengok dekat TV..

Kadang-kadang aku suka jugak layan drama sekali habis..
Antara cerita yang best..

Pengancam Perkahwinan dan Perangkap Perkahwinan..


Dua cerita ni best jugak la..
Aku kalau Nadiya Nissa berlakon best jugak la..

Biasanya kalau pelakon yang ok berlakon..
Selalu nya cerita die agak best la..
Ada jugak la pelakon baru yang baru berlakon lepas tu jadi heroin berlakon best..
Tapi jarang-jarang la..
Aku rasa dieorang memang perlukan pengalaman untuk jd pelakon yang ok..

Ok la kalau korang nak layan sekali bole la tengok dekat link yang aku bagi tu..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...