Sunday, 22 November 2015

Weekend Nov 2015..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Apa aktiviti korang weekend ni?..
Mesti sibuk ke sana sini beraktiviti atau lepak dekat rumah berehat kan..

Semalam aku kuar la buat apa yang patut..
Jumaat malam tu tido lambat kan..
Melepak depan tv buat apa yang patut..

Sabtu tu memang bangun lambat la..
Lambat pun awal jugak la aku bangun..
Sebab nya nak masak untuk makan sama-sama..

Bangun pegi barang untuk masak dekat bawah..
Nasib baik kedai runcit dekat bawah ni dah jual barang basah balik..
Kalau tak jauh sikit kalau nak pegi beli barang..
Naik atas siapkan apa yang patut..
Sejam lebih jugak la nak siapkan..
Dah la tengah masak..
Baru lepas goreng ikan bole pulak api dapur gas tak menyala..
Ingatkan gas dah habis..
Tapi hari ni room mate aku kata ok je..
Masa tak bole tu nasib baik la ada periuk elektrik kawan aku..
Guna periuk die la masak..
1st time masak guna periuk elektrik doa je la masakkan tu jadi..
Sebab periuk tu lambat panas dengan bentuk die tu leper je..
Dah biasa guna kuali la katakan..


Aku sekarang beli barang memang cukup-cukup je untuk masak tu..
Beli bawang berapa ulas je, cili pun..
Sebab malas beli banyak-banyak nanti busuk..
Aku kan selalu balik kampung selang semimnggu..
Kalau minggu ni masak, minggu depan tu tak masak..
Benda dah 2 minggu lebih..
Nak guna balik pun tak confident..

Semalam aku beli 2 ekor ikan, bawang kecik berapa ulas, bawang besar sebiji, cili dalam 6 biji, sebiji tomato, seketul kecik halia, sebotol kicap, kacang botol 2 ikat..
Total rm12.30 je..

Dapat la ikan goreng masak kicap, goreng kacang botol dengan telur..
Lepas mandi tu aku potong mangga..
Mangga tu dah masak sangat..
Manis giler..

Selalu nya kitaorang makan la dekat food court dekat rumah aku..
Order nasi putih dengan air dekat kedai..

Plan semalam nak pegi Bangi dengan Seri Kembangan..
Gerak pun dah lambat..
Nasib baik aku whatapp kedai kitaorang nak pegi dekat Bangi..
Pukul 4 dieorang tutup..
Dah la tak familiar area sana..
Sesat sampai Kajang segala..
Sempat jugak la sampai sejam sebelum dieorang tutup..
Dah settle nak pegi Seri Kembangan pulak..
Dah la lambat gerak dari Bangi..
Carik-carik tak jumpa..
Tak sempat nak sampai..
Tapi at least dah tau tempat ok la nak datang lepas ni..

Lepas tu dah tak de arah tujuan..
En.bf ajak pegi Bagan Lalang makan seafood katanya..



Sampai waktu Maghrib..
Masa sampai tu ramai jugak orang..
Tak de meja masa sampai..
Tapi nanti dieorang akan carikan meja..
Kita pegi order dulu..

Order ikan siakap bakar dengan sotong goreng tepung je..
Nasi putih 2, air tembikai suam dengan fresh orange..
Total rm59..
2 2 ni sedap giler..

Sementara tunggu makanan sampai hujan turun dengan lebatnya..
Dah la depan pantai..
Dengan angin kuatnya..
Kalau tak mesti lagi ramai aku rasa..

Sekarang musim hujan kan..
Waktu siang tu ada setengah tempat hujan..
Tapi waktu malam tu memang dari waktu makan, nak balik tu hujan je..

Hari ni pulak tak kemana pun..
Bangun tadi siapkan keje dulu..
Dah siap email semua baru siap nak turun beli makanan..
Hari ni melepak dekat rumah je la laudry, menonton dan online je..

Have a nice weekend..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...