Sunday, 15 November 2015

Ujian Saringan HIV..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Dah settle kursus nikah..
Isnin kitaorang buat ujian saringan HIV..

Minggu sebelum tu aku dan cari tempat nak buat..
Mula-mula ingat nak buat dekat KK Dato' Keramat..
Bila survey dekat internet ada yang bagi tau ada tempat bole walk in, ada tempat kene buat appoinment, ada tempat ada kuota, ada tu ada masa tertentu je bole buat ujian saringan ni..
So aku amik jalan selamat..
Aku call KK Dato'Keramat..

Masa aku call, dieorang bagi tau yang dah tak buat ujian lagi tu..
Klinik tu dah nak tutup..
Orang tu bagi cadangan untuk buat dekat KK AU2..
Siap bagi no fon lagi..
Aku call, then die cakap yang dieorang utamanakan penduduk sekitar tu..
Tak prefer orang jauh..
Dieorang rekomen kitaorang buat dekat KK yang berdekatan dengan tempat tinggal kitaorang..
Dah la alamat kitaorang masing-masing alamat dekat n9 lagi dekat IC..

Teringat yang room mate aku bagi tau yang kawan die buat ujian dekat UTC Pudu..
So aku pun call la..
Ok bole buat ujian, walk in sahaja..

Masa pegi kursus kahwin tu dalam fail ada senarai KK untuk ujian saringan HIV..
Tapi mungkin tak update..
Sebab bila aku google ada beberapa klinik yang dah tutup..

Masa 

Isnin-Khamis: 830-1300..
Jumaat: 830-1200..
 Tapi better korang call dan confirmkan..
Takut ada perubahan pulak.

Pagi dalam pukul 10 baru kitaorang pegi..
Malas nak jem dengan orang pegi keje..
Kitaorang naik LRT je dari rumah aku ke Pudu Sentral..
Nak ke Pudu Sentral ni turun dekat Plaza Rakyat ye..
Bukan stesyen Pudu..

Sampai tu orang tak ramai pun..
Terus pegi kaunter bagi tau nak buat ujian saringan HIV..
Nanti die akan bagi isi borang KK dan borang untuk ujian saringan HIV..
Lepas isi bagi balik dekat PIC dekat kaunter..
Bayar rm1/pax dan dapatkan nombor..


Tak perlu tunggu pun..
Lepas je PIC dekat kaunter bagi bolrang dekat bilik..
Terus nama kene panggil..
Amik darah dekat jari je..

Tunggu kejap lepas tu dapat result..
Senang je..
Ok 2 2 dapat result Non-Reaktif..:)

Dekat sini bole buat ujian saringan HIV je..
Tak de untuk thalassemia.. 
Tapi nurse ni memang recommend sangat untuk buat..
Insyaallah kalau ada rezeki nanti bole la buat..

Summary

 Tempat: Klinik 1 Malaysia, UTC Pudu Sentral..
Yuran: rm1/pax..
Phone Number: +60 3-2026 2014
Masa: Isnin-Khamis 0830-1300, Jumaat 0830-1200..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...