Friday, 6 November 2015

Natural Remedy - Onion Socks..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Aku rasa benda ni pernah jadi viral dekat fb..
Tapi saje nak share dekat sini..

Aku ni memang pakai stokin waktu tido..
Memang dah lama..
Sejak duduk Penang lagi..
Ke lagi lama dari tu..
Sebabnya aku jenis yang cepat sejuk..
Terutamanya dekat kaki dan lengan..
Kaki aku cepat berpeluh..
Bila cepat sejuk, maka nya kerap buang air kecil..
Ni nasib la malam-malam dah kurang minum air..
So tak de sangat masalah tu..



Berbalik pada kisah stokin tadi..
Bila tido pakai stokin memang lagi selesa..

Sejak terbaca pasal letak bawang besar dalam stokin waktu tido tu..
Aku pun cuba la..
Sebab dah memang tido pakai stokin..
Tinggal nak letak bawang je..
Tu pun aku tak slice pun..
Aku just kopek je slice die tu..
Lepas tu letak dalam stokin..

Meletakkan bawang merah pada dapat kaki ada beberapa kelebihan..

  1.  Mengaktifkan saraf - Tapak kaki kan ada saraf berhubung dengan organ tertentu. Jadi dengan meletakkan bawang besar, dapat mengaktifkan saraf tertentu. Mungkin macam pegi urut refleksologi. Jadi die akan mengaktifkan organ-organ badan yang lemah.
  2. Selain tu die ada fungsi-fungsi lain jugak macam membersihkan darah, membunuh bakteria dan memurnikan udara..
Boleh baca dekat blog ni untuk lebih detail
http://viralcinta.com/kelebihan-bawang-ditampal-pada-kaki-semasa-tidur/
Sejauh mana keberkesanan die tu aku tak pasti..
Tapi salah satu yang aku rasa ok..
Sistem pencernaan aku makin ok..
Boleh membuang dengan baik setiap hari (selain dari minum banyak air masak dan makan buah)..

Sebut pasal makan buah..
Aku selitkan sikit la..
Selalunya aku akan makan buah waktu pagi sambil online sementara nak pagi keje..
Sampai ofis aku akan makan breakfast..
Dan aku akan simpan stok buah dekat ofis..
Aku akan makan buah dalam pukul 5 petang sebelum aku balik rumah..

Untuk lebih maklumat boleh la baca sumber-sumber yang aku baca..
Atau bole je google..

Sumber lain..
http://sfglobe.com/2015/04/12/putting-onion-in-your-socks-can-remove-toxins/
https://www.facebook.com/HerbaDesa/posts/408118712661113 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...