Friday, 13 November 2015

Kursus Nikah - Part 1..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Jam sekarang pukul 252 pagi..
Tengah online sambil menonton tv..
Balik keje tadi, mandi, basuh baju, baring-baring terus terlelap sampai 10 lebih tak silap..
Bangun tadi pegi ampai baju..
Tengah lepak atas katil rasa lapar pulak..
Kuar nak masak maggi (cuba nak berenti makan maggi..huhu), bukak tv tetiba tengok ada cerita Bridesmaid pulak..
Tu yang tersadai depan tv ni..

Meh la kita cerita pasal kursus nikah..
Kursus nikah ni wajib kene pegi sekarang..
Dalam borang nikah memang sijil nikah dan ujian saringan HIV adalah dokumen yang perlu disertakan..
Ujian saringan HIV tu nanti aku cerita..

Awal tahun haritu memang aku survey beberapa tempat untuk buat kursus nikah ni..
Ada tempat nak kene booking tempat limited la..
Google sekali jumpa dekat masjid rumah aku ni ada buat kursus nikah ni..
Tapi tak de contact number tak silap..
Memang dah rezeki agaknya..
Sekali masa nak pegi keje aku jumpa atas jalan ada flyer pasal kursus nikah dekat rumah aku ni..
Aku amik dan sms contact number yang ada..
Die bagi tau tarikh yang available..
Nanti terus datang bawak duit je..
So sangat convenient dan flexible..

Dari awal tahun aku duk tanya tarikh..
Sampai kan room mate aku yang tak confirm nak kawen bila pun dah pegi lama dah..huhu..
Aku yang majlis nak dekat ni pulak yang tak pegi-pegi lagi..huhu..
Tiap bulan agaknya tanya tarikh..
Salah satu sebabnya, en.bf selalu tak available..
Masa die balik dari Canada memang dah decide yang kene pegi jugak macam mana pun bila orang tu bagi tarikh..

Maka dah selamat la pegi weekend lepas..

Tempat
Kitaorang buat kursus nikah ni dekat Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Cheras..
Dekat giler dengan rumah aku..
5-10 minit je jalan kaki..


Masjid Al-Najihin..
Aku amik gambar ni dah senja lepas kursus hari pertama..
Masjid ni ada 2 tingkat..
Bawak sekali ruang solat lelaki..
Tingkat pertama ruang solat perempuan..
Atas sekali ada bilik kuliah..


Koridor..

Ada mesin air..
So aku cuma perlu bawak botol sahaja dan bole refill air dengan gembiranya..


Ada sudut bacaan dan kerusi untuk duduk..


Ada kerusi urut sebelah bilik bacaan ni..
Kalau penat atau lenguh-lenguh badan bole la guna..:)



Bilik kursus..
Sangat selesa..

Yuran

 rm120/pax..
So total untuk 2 orang ialah rm240..


RM120 ni dapat 1 fail yang ada pen dan buku panduan ni..
Ada jadual dan kertas catatan..
Termasuk sarapan pagi dan makan tengah hari untuk hari Ahad..
Dan termasuk la sijil kursus nya..

Masa

Sabtu: 1400-1865..
Ahad: 0900-1845..

Ni pun kene buat 2 part..
Malas nak letak 1 entri..
Panjang sangat..

2 comments:

  1. Terima kasih sebab sudi tulis entri pasal kursus kahwin kami. Sudi-sudilah share dengan kawan-kawan yang lain ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...