Thursday, 26 November 2015

Jenama Tudung Nur Kasih @ Zalora..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera


Hari tu dah cerita pasal treatment kan..
Hari ni nak bercakap pasal pakaian pulak..
Kalau dah perempuan tu memang tak lari dari topik-topik macam ni..

Aku ni bukanlah yang ikut perkembangan fesyen sangat..
Ikut pakai apa yang aku suka dan selesa je..
Tapi macam mana pun kene jugak la membeli sebab pakaian tu keperluan kan..
Lepas tu pakaian perempuan ni ber set set kan..

Macam aku sendiri memang ada set pakaian untuk keluar jalan-jalan.
Ni jenis yang simple-simple tu la.
Jeans, t-shirt dan yang sewaktu dengan nya la..:)
Lepas tu ada set untuk pakaian pegi keje..
Ni yang formal sikit..
Ada set pakaian untuk pakai rumah..
Dan ada pakaian muslimah..
Ni macam mana rock pun memang tak dapat lari..
Mesti ada baju kurung dan yang sewaktu dengan nya..
Ni untuk pakai pegi majlis yang yang lebih keagamaan la..
Pakai untuk raya, pegi kenduri apa-apa dan majlis yang sesuai la..
Haaa set ni termasuk la tudung..
Walaupun tak pakai tudung tapi tetap kene ada jugak..
Buat nya ada emergency macam kematian ke, atau pegi kenduri tahlil ke..
Kene jugak pakai kan..

Haaaa semua ni mesti la aku letak kan dekat tempat asing-asing..
Senang nak arrange dan nak cari..
Dan setiap pakaian tu memang beli la yang sepatutnya..
Even baju pakai dekat rumah pun kalau nak beli tu beria..
Dekat rumah pun kene hot ye..hahaha..

Ok intro selalunya memang panjang..
Bertabah la..haha..

So dari banyak-banyak kategori tu aku nak cakap pasal pakaian muslimah..
Walaupun aku tak follow sangat..
Tapi yang aku tau fesyen muslimah sekarang memang berkembang seiring dengan peredaran masa..
Sekarang memang banyak jenama atau platform yang menawarkan produk muslimah dekat pasaran.
Variasi jenama dan platform ni dating dengan banyak pakej..
Pakej ni merangkumi material, design dan fungsi..
Jadi pelanggan ada lebih banyak pilihan untuk membeli..

Untuk material, selalunya untuk pakaian kita suka material yang baik la kan..
Kain sedap pakai dan sesuai dengan cuaca dekat Negara kita..
Untuk pakaian muslimah, pakaian kene la labuh tutup apa yang sepatutnya dan tak jarang..
Bila pakai tu kene la pakai betul-betul..
Design pulak mesti la yang menarik ikut citarasa masing-masing..
Dah fungsi die sebagai pakaian sesuai dengan keperluan masing-masing..
Tu ada yang sesuai untuk ibu yang menyusukan anak, senang untuk wuduk dan sebagainya..

Sekarang pulak macam-macam platform nak beli barang..
Bukan setakat pegi kedai atau beli melalui orang..
Tapi nak lagi senang beli la online..
Duduk depan PC, klik klik pilih, bayar, nanti sampai depan rumah..:)
Tak payah nak penat, sesak-sesak dengan kos lain-lain tu..

Dekat luar memang ada banyak brand..
Ni korang lagi expert dari aku..
Dalam banyak-banyak brand tu hari ni aku nak share satu jenama fesyen Muslimah..
Nama jenama ni ialah Nur Kasih..
Sweet kan nama dia..:)
So brand ni target golongan yang pakai tudung la..
Sebut pasal tudung ni memang koleksi tak hingat la kan..
Macam-macam design, color, jenis kain la ada..
Ni semua bergantung dekat citarasa dan kelesaan masing-masing la..

  
Tudung Nur Kasih..

Nur Kasih ni ada design range yang besar..
Tak terhad dekat satu design je..
So korang bole pilih design ikut citarasa korang..
Ada banyak pilihan la bila korang nak pakai tu kan..

 Dalam banyak-banyak jenama yang ada di luar sana terdapat satu jenama fesyen Muslimah iaitu Nur Kasih yang kelihatannya sedang mengorak langkah untuk menduduki tangga teratas dalam carta Jenama Nur Kasih untuk wanita Muslimah menyasarkan golongan yang suka memakai hijab di Malaysia.



 Ni design-design lain bagi jenama Nur Kasih ni..

Cantik-cantik kn..
Lepas tu tudung die pun nampak tebal, tidak jarang dan paling penting menutupi bahagian dada..
Ayu-ayu je tengok model die pakai kan..
Corak pun pelbagai..
Kalau nak tengok design-design lain bole tengok dekat sini..

Korang bole la pilih design yang korang suka sesuai dengan citarasa, baju dan tempat..
Nur Kasih ni di jual dekat Zalora..
Zalora as platform menjual produk memang ada reputasi yang tak perlu di pertikaikan lagi..
So kalau nak shopping dekat sini memang tak de masalah..

Salam Jumaat dan selamat bershopping..
Dah gaji kan..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...