Sunday, 1 November 2015

Hola Monday..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera


Selamat Pagi Isnin..
Tengah online sambil ditemani oleh room mate yang masih tidur dekat katil sebelah..
Alarm die bunyi pukul 730 tapi mintak tolong kejutkan pukul 745..
Hari ni die pegi site so keluar lah lambat sikit..
Lepas solat subuh dan mandi die baring-baring kejap..

Aku pagi-pagi ni macam biasa online kejap..
Kalau tak menonton, BW, layan fb ke..
Online dalam gelap..
Memang mengundang nak tido balik je..hehe..
Dah la sekarang ni musim hujan..
Sejuk je kan..
Bestnye kalau boleh sambung tido lagi..hukhuk..

Weekend lepas kitaorang balik rumah..
Jumaat malam balik..
Sampai tu terus tido..
Sabtu petang ada keluar sekejap pegi carik sticker untuk cermin..
Sabtu malam borak-borak dengan family P.Long..
Dieorang tido dekat rumah..
Sempat jugak siapkan pasang sticker malam tu..

Ahad berbincang pasal senarai semak dengan aturcara majlis untuk majlis akad nikah dengan risepsi nanti..
Berbincang dengan orang tua ni bole tahan mencabar die..
Macam-macam permintaan itu ini..
Kita ni nak mudah je..
Dah la majlis ni majlis untuk dua-dua belah pihak..
Kadang-kadang tu elok dan bincang..
Tetiba seorang ni balik..
Ada idea lain pulak yang lagi susah..
Lepas tu call aku bagi tau idea baru..
Semak okeh..huhuhu..
Nasib baik la pihak lelaki cool sikit..

Tanpa hantaran, aku plan nak berarak dengan bunga pahar dan sireh junjung je..
Balik sebelum ni saje usha pokok-pokok yang nak digunakan sepatutnya nanti..
Ok la cukup la rasanya..



Sireh yang merimbun dekat belakang rumah..
Orang pun selalu datang mintak daun sireh kalau nak kawen..



Sila refer pokok yang daun die kecik-kecik, halus-halus tu ye..
Tu pokok inai..
Ada 2 batang pokok inai dekat rumah..
Setakat ni cadangan nye nak buat inai pokok je..
Tak de plan lagi nak buat inai ukir-ukir..

Ada satu pokok lagi yang merimbun..
Pokok daun pandan..
Untuk buat bunga rampai dan pewangi dalam rumah dan dalam bilik..

Semua pakai keliling rumah je..:)

Selamat berhari Isnin..
Lambatnye lagi nak weekend balik..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...