Thursday, 12 November 2015

Buah Plum..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Sape peminat buah?..
Sape peminat sayur?..
Aku ni bukan la peminat sayur sangat..
Terutamanya sayur sawi.. Kalau sayur yang warna lain, berbentuk sikit tu layan jugak la aku..
So sebab jarang makan sayur..
Meh la kita makan buah..
Rasanya aku lagi suka makan buah..
Antara buah yang aku suka beli ialah mangga, buah plum, kiwi..
Selalunya beli masa ada promosi la..

Mangga kalau yang manis tu memang terbaik la..
Sebiji pun tak cukup kadang-kadang..hehe..

Kiwi dengan plum pulak aku suka tekstur die dan masam-masam tu..

So semalam aku beli buah plum..
Nampak ada offer..
Satu bakul ni lebih 10 rm11 lebih tak silap..
Dah tak ingat..
Aku suka makan plum ni sebab membantu percernaan dan penghadaman aku..



Meh aku share sikit info pasal plum..

Buah plum mengandungi khasiat yang tinggi. Buah ini mengandungi sejenis bahan yang dikenal pasti sebagai diphenylisation yang bertindak sebagai julap. Bahan ini bukan sahaja mencuci perut, malahan juga mengatasi masalah sembelit. Di samping itu, ia juga sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kolesterol kerana diphenylisation yang membantu menurunkan paras serum dalam darah. Buah ini mengandungi serat ,iaitu salah satu daripada zat-zat makanan penting yang diperlukan dalam pemakanan harian untuk menjaga kesihatan.

Buah ini juga merupakan penawar bagi mengubati penyakit gastritis akibat inflamasi pada lapisan mukus dalam perut akibat pengambilan terlalu banyak makanan berempah, arak dan ubat-ubat aspirin.

Haa menarik kan..
Banyak lagi info..
Korang boleh la google..
Buah ni antara yang sangat membantu penghadaman aku la..
Tu yang aku suka beli tu..
Tapi ni bergantung padan sistem tubuh masing..
So try dan cuba kenal pasti apa buah yang sesuai dengan badan korang..

Ok la nak tido..
Selamat malam..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...