Monday, 10 August 2015

Hectic Weekend - Window Visor, Open House, Itik Salai & Cat..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Fuh macam dah lama je tak update..
Rasa macam sibuk sikit pulak sekarang..
Minggu lepas rasa cepat je dah Jumaat..
Dapat pulak weekend pun bole tahan sibuk..
Sibuk yang tak dijangka..
So bole la update sebelum makin malas..

Sabtu..

Siang tu kitaorang nak pegi betulkan visor tingkap kete en.bf..
Sehari sebelum aku dah tanya harga dengan tanya bukak ke tak Sabtu..
Kalau tak bukak sia-sia je kan..
So dah tanya semua..
Kedai die dekat area Maluri..
Bole tahan gak la berpusing mencarik..
Maklumlah tak familiar sangat dekat area sana..

Dekat sana bole pulak barang dah tak de..
Orang tu suruh pegi HQ dekat Sri Rampai..
Lagi pun kalau nak tanggalkan yang lama dengan pasang baru..
Dekat HQ die memang pekerja die lagi pro..
Maka ke Sri Rampai la kita..

Mendapat pulak hari Sabtu hari tu jalan jem bukan main lagi..huhu..
Mula-mula ingat nak ikut Duke..
Sebab nampak jalan dekat MRR2 slow je..
Sekali dekat Duke pun jam kot..huhuhu..
Dah la aku bole tak tahan nak terkencing..
Jem pulak dekat hiway..
Sengsara giler..
Kalau ikut MRR2 bole gak masuk dekat mana-mana kan..
So keluar dekat Sentul..
Nasib baik la ada toilet dekat tol tu..
Lepas membuang lega giler..

So ikut MRR2 je lepas tu..
Nasib baik la kawasan Sri Rampai tu aku familiar sikit..
So tak de la susah nak carik kedai..
Kejap je dieorang bukak visor lama lepas tu pasang yang baru..
Tak sampai sejam pun..
Keje dieorang pun ok..

Settle lepas tu kitaorang pegi makan dekat Wangsa Maju..
Dah pukul 5 tak silap masa ni..
Lapar giler dah..
Lepas tu gerak balik kampung..
Ada nak pegi open house..
Maghrib tu singgah kejap dekat rumah Seremban..
Lepas maghrib pegi makan open house..
Pukul 9 baru gerak balik K.Pilah..
Tu pun rasa penat giler..
Sampai rumah mandi, baring-baring baca novel MAID..
Sedar-sedar dah pagi dengan lampu tak tutup nya..huhu..

Ahad..

Bangun awal jugak Ahad ni sebab atok dah nak balik..
Sempat die pinjam henfon aku sebab nak bagi tau yang die balik Ahad..
Awalnya plan nak balik Isnin..
Tapi tiket hari Isnin untuk bas, train sume dah sold out..huhu..

Lepas tu aku ada tido-tido kejap la..
Penat kan..huhu..

Dah bangun betul aku buat treatment rambut kejap..
Treatment pakai minyak sendiri je..
Lepas tu pakai shower cap..
Nak bagi lama sikit buat la apa yang patut..
Makan semua..
Nak bagi perap lama sikit..

Lepas mandi aku keluar dengan Luqman cari cat..
Cat putih dah nak habis..
Adik aku dah cat tiang garaj dengan undercoat tiang rumah..
Beli 7 liter je masa ni..

Beria pegi sekali dekat Bahau tak de kedai cat yang bukak pun..huhuu..
Ye lah hari Ahad kan..
Nasib baik dekat Kuala Pilah ada satu kedai hardware yang bukak..
 Tu pun ada cat yang murah je..
Cat MaxPlus 18 liter rm68 je..
Aku beli je..
Bole la buat undercoat..
Cuma takut tak tahan lama je..

Nak balik tu singgah beli itik salai bos aku kirim..
Beli 2 ekor..


Seekor rm50..
Saiz standard..
Mintak potong sekali..

Balik tu adik aku semangat ajak mengecat..
Ok la layankan je la..
Aku cat berdua dengan die..
Malam tu sikit mak dengan wan ada la tolong sikit-sikit..


Sebelum ni warna maroon..
Tu kikis buang cat lama yang boleh..


Ni la warna cat yang baru..
Nippon Pecan yang aku cakap hari tu..
Kalau nak tau harga refer la entri dulu..heheh..

Ok la aku suka warna soft macam ni..
Walaupun kata sekarang trend warna kelabu, hijau ke..
Lagi satu aku tak nak warna banyak-banyak lagi..
Dinding aku plan nak cat putih je..
Senang dan nampak bersih je..

Sampai malam jugak la mengecat tiang-tiang dengan botol-botol tu..
Sampai ke malam gak la..
Sekarang ni kalau balik memang buat je apa yang bole sebanyak yang bole..
Malas nak tangguh-tanguh da..
Lagi cepat siap lagi senang..

Tu la kisah weekend yang agak memenatkan..
Pagi ni pulak pukul 630 aku bangun..
Pukul 8 dah ada dekat ofis..
Nak pegi FAT lagi tapi cancel pulak..
Barang sampai esok..
So pegi esok la..

Disebabkan balik awal..
Aku lepak dengan Sen dekat Bangsar tadi..

Update jugak akhirnya kan..
Kalau tak entah bila la..huhu..

2 comments:

  1. aummm.. itik salai?? sedap ke?? huhu..
    leh tahan harga dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurng rasa ayam jgak kot..
      tp layan gak..
      cuba la masak nnt..
      harga die bole tahan gak..
      lagi pun benda da siap salai mmg mhal skit..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...