Tuesday, 18 August 2015

Resipi - Daging Masak Merah..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Saje post resipi ni dekat sini sebab takut hilang..
Tak pernah-pernah post resipi kan..

Aku kalau nak post resipi yang aku masak..
Lagi la aku tak reti..
Sebab masa masak tu ikut kreativiti dengan taste sendiri je..hehe..

Aku mintak resipi ni dekat Haziq..
Hari tu die masak kan daging masak merah terbaik kot..
So die share resipi dekat wasap je..
Wasap tu faham-faham la..
Nanti lama-lama jauh ke atas..
Nak carik balik memang payah la..
Resipi cekodok special die pun dah hilang..
Share dekat wasap la dulu tu..huhu..
Aku dah la kadang-kadang clearkan wasap aku tu..
So meh la tepek dekat sini..

Bole la buat as reference..
Kalau nak olah ikut citarasa sendiri nanti senang..

Bahan-bahan

Daging
Cili kering di giling
Cili besar hijau dan merah
Bawang putih
Bawang besar
Garam
Gula
Sos tiram
Sos ikan
Cili apa (kalau perlu)..

Cara-cara

Daging di rebus dengan pewarna merah sampai empuk..
Dalam 45 minit macam tu..
Kemudian di hiris..
Goreng daging yang telah dihiris tadi..

Tumis cili sampai garing..
Masukkan bawang putih yang telah diketuk/dipenyek..
Masukkan bawang besar yang telah di hiris..
Potong cili besar hijau dan merah secara panjang dan masukkan..
Letak sos ikan..
Letak sos tiram.. 
Letak garam dan gula..
Sos ikan, sos tiram, garam dan gula ni ikut rasa masing-masing la..
Kalau nak pedas mengigit letak cili api yang telah diketuk..

Last sekali masukkan la daging tadi..

Tak sabar nak cuba..
Gambar haritu dah tepek..
Sekali dengan tom yam..
Malas nak cari..

Aku tepek fish sauce je..
Sebab aku pun tak pernah jumpa..

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...