Sunday, 12 July 2015

Weekend - SPCC & Murni Discovery..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Apa aktiviti weekend korang minggu ni?..
Rasanya ramai yang shopping weekend ni..
Jalan jem, mall penuh..
Maklumlah weekend last sebelum raya kan..

Semalam aku dengan en.bf pegi Sunway..
Pegi sana sebab nak amik daging salai..
Aku mintak tolong mak belikan daging salai..
Sebab office mate aku nak..
Nak buat rendang untuk jamuan raya nanti..
Kebetulan mak nak datang Sunway untuk hal adik aku..
So jumpa dekat sana je la senang..


Kitaorang sampai dalam pukul 4..
Majlis ni pukul 3 sampai pukul 5..
Ok jugak la sampai lambat..
Sebab awal-awal tu ada function apa entah..
Aku sampai tu baru nak umumkan untuk ketegori yang adik aku masuk..
 Alhamdulillah ada la rezeki die sikit..

Lepas habis majlis dieorang terus gerak pegi Johor..
Hantar adik aku balik..

Kitaorang pulak sambung jalan-jalan dekat Sunway sementara buka puasa..
Banyak la sale aku tengok..
Orang pun bukan main ramai membeli..
Aku pun dapat la beli seluar keje sehelai dekat Parkson..

Semalam kitaorang buka dekat KFC luar Sunway je..
Tu pun buka minum air dengan coklat dulu dalam kereta..
Ramai nya orang..
 Malas nak semak-semak..


Kitaorang melepak je la dekat sini..
Kebetulan aku pun selsema dengan demam sikit semalam..
Beli vitamin c je untuk kurang kan selsema..

Balik tu lepas mandi cepat je tumbang nya..
Selsema, badan panas, badan pun sakit-sakit..
Banyak kali jugak la aku terjaga tido malam tadi..
Siang tu baru lena sikit..

Disebabkan hari ni cuti..
Tak de plan pegi mana-mana..
So bangun lambat la..


Petang ni aku ada appointment rawatan dekat sini..
So rilek-rilek la dekat sini..
Balik tu singgah kejap beli ubat batuk dengan selesema..
Malam tadi tido tekak dah gatal..
Asyik la terbatuk-batuk..



Lepas maghrib tadi baru la keluar cari makanan dengan room mate..
Ke Murni Dicovery..
Sebab masing-masing nak makan ala western..
Tapi order jugak Nasi goreng Lamb Chop..
Kenyang giler sebab ada nasi goreng..

Weekend yang santai..
So sekarang nak makan ubat dan tido..
Nasib baik beli ubat mengantuk tadi..
Harap malam ni tido lena..
Sebab esok nak keje..
Ada 3 hari lagi nak keje sebelum cuti panjang untuk raya..:)

 

2 comments:

  1. lya pon baru baik dr batuk n selsema..

    Salam Aidilfitri
    Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang mmg musim agknye lya..

      Salam Aidilfitri jugak untuk lya dan family..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...