Monday, 27 July 2015

Seminggu Aidilfitri 2015 - Part 1..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Alang-alang nak update ni aku terus la update cerita pasal raya..
Walaupun tak de cerita sangat pun..
Tapi bole la buat kenangan dekat sini..
Bole la simpan gambar dekat sini..
Tahun-tahun depan nanti bole la baca lagi..

Raya tahun ni aku banyak lepak dekat rumah je..
Tak berjalan rumah sedara sangat..
Seperti selalu..hehe..
Dan tak berjalan rumah kawan sangat..

Aku pun entah ingat ke tak lagi apa jadi seminggu lepas..
Tapi tak pela..
Cuba untuk recall..hehe..

Raya Pertama

Lepas sembahyang raya, salam raya..
Lepas tu gerak pegi Jelebu satu family rumah atok sedara aku..
Rendang itik dengan rendang paru die memang terbaik..
Bila teringat memang kecur air liur..
 Balik tu terus pegi atok sedara aku..

Lepas tu semua balik sebab lelaki nak pegi sembahyang Jumaat..
Kitaorang tido sampai petang..
Petang sampai malam mak cik-mak cik aku datang..

Malam ni jugak la mak cik aku bagi tau esok tu nak pegi merisik dan anak die nak bertunang..
Ad hoc giler..
Sembang-sembang malam tu sampai pukul 3 pagi baru tido..

Raya Kedua

Mak, ayah dengan Wan pegi merisik dan bertunang..
Kitaorang memang melepak dekat rumah..
Petang sampai malam sedara datang beraya..
So hari ni memang lepak dekat rumah je..

Raya Ketiga 

Apis bagi tau nak datang raya..
Aku pulak busy je..
Petang tu baru decide nak buat bbq sebab family P.Long ada dekat rumah..
Dan nak pegi rumah sedara aku sebab dah janji nak datang..

So siap pegi Giant beli barang-barang untuk bbq..
Siap pakai baju kurung sebab nak pegi beraya rumah sepupu aku..


Anggaran untuk 20 orang..
Beli ayam dah siap marinate, sosej biasa dan sosej ada filling, brown sauce untuk kuah bbq, mushroom soup, roti, arang semua..
Detail macam dekat atas..
Dan tu la total belanja die..

Balik dari rumah sepupu aku ada hidupkan api untuk bakar ayam..
Aku sibuk dekat dapur buat kuah bbq dan sup sendawan..

Dapat la jugak ada sepupu-sepupu aku datang beraya rasa sikit ayam dengan sup cendawan tu..
Malam tu en.bf datang, Apis dengan 3 orang lagi pun dapat la rasa sikit-sikit..

Kuah bbq dengan sup cendawan pertama kali cuba..
Menjadi dan sedap..
Banyak lagi lebih brown sauce dengan sup tu..
So nanti bole buat lagi..

Malam ni jugak orang tua nya sibuk buat wajik dekat dapur..
Dapat la kawan-kawan aku merasa gak..
En.bf pun dapat la bawak balik satu tupperware kecik..

Jam dah pukul 12.20..
So patut tido la..
Esok baru Selasa..
Kalau tak lemau lagi esok..

To be continue...

2 comments:

  1. mesti meriah bila bkumpul n buat bbq bersama..
    share la pic tuan tanah sekali..nk kenal jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. best la jugak..
      walaupun selalu bergado masing2..hehe..

      tuan rumah pemalu la lya..hehe..
      segan nak tepek muka..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...