Sunday, 14 June 2015

Weekend Sebelum Ramadhan 2015..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Minggu ni minggu terakhir sebelum Ramadhan 2015 kan..
Apa aktiviti korang?..
Dah start shopping raya ke?..

Aku weekend ni memang duduk rumah je la..
Tapi malam tadi keluar kejap..
En.bf keje semalam..
Balik dari keje tu keluar pegi makan malam kejap..
Siang tu aku makan buah pisang dengan cekodok tepung je..
Sebab plan nak makan nasi arab malam tu..


Cekodok tepung capur kentang..


Lepas Maghrib die sampai, ke Dataran Mentari la nak makan nasi arab..
Pegi Al Omdah la makan..


Selalu kitaorang duduk luar je..
Best sikit lepak dekat luar kan..


Aku order Lamb Mandy..
Dah makan baru teringat nak snap gambar..
Tomato dengan cili tu ada satu lagi..
Memang akan mintak extra..


Lamb kebab untuk en.bf..
Die bagi roti tu..
Pandai-pandai la nak balut sendiri..
En.bf memang suka makan kebab-kebab ni..
Jarang die makan nasi kalau datang sini..

Contact Hadi die tak de pulak dekat Subang Jaya..
Kalau tak nak lepak sekali..
So melepak la berdua..

Kawasan ni macam teruk balik pulak sekarang..
Sebab kitaorang duduk dekat luar..
Ada ramai lepak-lepak dekat luar..
Kadang-kadang ada kereta datang..
En.bf nak tinggalkan aku sorang-sorang nak masuk basuh tangan pun risau..
Oh Sunway Mentari..

Lagi pun kedai ni tak ramai orang..
Ramai yang order delivery..

Balik tu pun dah lambat..
Aku pun bantai la tido sepuas-puasnya..
Room mate pulak pagi-pagi lagi dah keluar..

Dah puas tido, bangun fikir nak buat keje..
Ada sikit nervous la sebab banyak benda tak siap lagi untuk esok..
So dah siap sarapan, breakfast la dengan pisang dan epal hijau..
Malas nak turun beli makanan masak maggi je..
Maggi last lepas beli berapa bulan..
Lepas ni entah bila la nak beli lagi..
Dah tu bawak laptop melepet la depan tv..

Sambil tu lipat kain yang basuh semalam dulu sambil tengok Nona..
Minggu ni aku memang tak de pegi buat aktiviti ke apa..
 Sebab memang nak rilek-rilek rehat-rehat je..

Dah petang pun still tak buat keje lagi..
Nak download Microsoft Visio pun tak bole..
Nak buat drawing tak de AutoCAD dekat laptop..
So online dengan update blog je la..hehe..
Biskut beras pun dah habis aku sebat sorang-sorang depan tv..hihi..

Plan esok nak datang ofis awal.
Banyak benda nak clear..
All the best untuk diri sendiri..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...