Thursday, 18 June 2015

Ramadhan 2015..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Hari ni dah 1 Ramadhan..
Dah nak masuk 2 Ramadhan pun..

Pagi ni aku sahur kurma je dua biji..
Tu pun dah siap-siap letak kotak kurma dengan botol air sebelah katil..
Bunyi jam loceng, terjaga terus bukak kotak kurma..
Tak bukak lampu pun..
Sebab kesian room mate tido..
Die tak puasa, karang ganggu tido die pulak..
Dah settle makan, minum air sikit..


Kurma beli semalam dekat MBG..
Nampak banyak jual dekat situ beli je la..

Hari ni tengok banyak gerai depan rumah..
Tapi beli kueh rm2 je..
Seringgit 3 biji..
rm 2 dapat la 6 biji..
Next time bole la usha lagi..

Ok belanja gambar pegi lunch satu department semalam..
Pegi makan capati ramai-ramai dekat Brickfields sempena nak puasa dan celebrate achievement department..


2 keping capati dengan lauk-lauk nya..
2 keping ni memang bole bagi kenyang giler..
Air pulak order manggo lassi..
Alamak tak berkenan dekat mulut dengan tekak..
Tak habis pun semalam air tu..

Balik tu sempat lagi ramai-ramai pegi perkena dessert pulak..
Ke Sangkaya beramai-ramai la kitaorang..


Kali ni beli yang 3 scoop pulak..
Yang ni 6.90..

Balik dari keje semalam pegi aktiviti kejap..
Aktiviti mengeluarkan peluh sebelum puasa..
Aku inform yang bulan puasa ni aku malas nak datang..
Mana nak larat keluar peluh macam mandi lagi dag petang..
Walaupun dieorang kata lagi bagus..
No no no..
Timbang semalam berat turun lagi..
Harap nya sebulan puasa ni berat makin turun..
 Gaji minggu depan nak beli seluar keje rasanya..
Seluar-seluar sekarang dah longgar..huhu..

Selamat Berpuasa..
Selamat menikmati hidangan yang sihat..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...