Saturday, 16 May 2015

Emas - Emas Kuning, Emas Putih & Emas Merah Jambu..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Kisah ni berkaitan dengan post
Cincin Kahwin a.k.a Wedding Band - Part 1.. dan
Cincin Kahwin a.k.a Wedding Band - Part 2..

Rasanya ramai yang lagi arif dan bijak pandai hal ni..
Tapi saje nak share dekat blog ni..

Dekat pasaran sekarang ada macam-macam jenis emas..
Apa itu emas?..
Emas adalah bahan logam dan bahan galian semula jadi..

 Emas atau Mas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.

 Sumber
 http://ms.wikipedia.org/wiki/Emas

Kalau berminat nak baca lebih mendalam boleh la klik dan baca dalam wiki tu atau google untuk sumber lain..
Selain emas ada banyak lagu unsur logam atau bahan galian kan..
Kalau tengok jadual berkala (periodic table) tu ada macam-macam..
Aku sendiri pun tak ingat..
Sebab aku tak suka belajar kimia..hehe..

Dari sumber dekat atas..

Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. 

Jadi emas cuma berwarna kuning sahaja..
Tapi macam mana bole ada emas putih, merah jambu dan macam-macam emas lagi?..
Emas putih, merah jambu dan sebagainya terjadi daripada proses campuran emas kuning dengan bahan-bahan logam lagi..
Proses ni akan menukar warna emas kuning tersebut..

 

Sumber

Berapa bahagian yang dicampurkan tu la yang akan menukar warna emas kuning tersebut seterusnya menjadikan die emas lain..
Emas kuning memang la warna kuning dan die pun bukan la pure 100 emas..
Tetap akan di campur dengan logam lain macam silver, copper atau zinc macam dalam jadual untuk kuatkan emas tu..
Kalau tak emas tu akan jadi sangat lembut dan susah di bentuk..
Kalau di bentuk tu akan cepat hilang bentuk die (out of shape)..
Dengan 91.6% tu la ada yang panggil emas 916 untuk kedai tempatan yang kita biasa dengar atau pun pembuat emas dari luar selalu panggil 22K atau 22 karat..

Atau dalam erti kata lain tak de la gali-gali tu jumpa emas putih, emas warna merah jambu ke..
Tu semua emas kuning..
Tapi dieorang ni terlebih kreatif untuk hasilkan barang kemas yang perbagai dan menarik..

Terima kasih SA yang rajin bercerita, buat aku google dan modal untuk update blog..hehe..
Sedikit info lagi..

As pure gold is too soft for everyday wear, gold jewelry often also contains other metals, such as silver, copper, nickel or zinc, to make the piece more durable. The karatage shows how much of the metal is pure gold, compared to other metals. 24k is 100% gold, while 18k is 75% gold, and 14k is 58.3% gold.

Sumber
http://www.diffen.com/difference/14k_Gold_vs_18k_Gold
Semoga bermanfaat..
Selamat Berhujung Minggu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...