Thursday, 14 May 2015

Cincin Kahwin a.k.a Wedding Band - Part 2..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..
Ok entri ni sambungan dari Part 1..
Kalau tak baca lagi boleh la baca dekat SINI..
 Beria je tulis banyak-banyak..
Padahal bukan reti sangat pun..haha..
Kalau rajin boleh la baca..
Sebelum ni kan aku ada bahagiakan ikut kategori..

Habib Jewel..
Poh Kong..
Tomei..
Wah Chan..
Emas Sri Pinang..
................................................
Cartier..
Bvlgari..
Tiffany & Co..
Sebelum ni aku ada share perbezaan design/rekabentuk antara dua ni..
Satu lagi beza antara dua ni ialah harga..
Berdasarkan pengalaman aku..
Kalau beli dekat kategori yang atas tu untuk emas kuning..
Harga die adalah mengikut berat emas tu yang bergantung dekat emas semasa dan harga upah..
Contohnya emas tu 2g, harga emas semasa rm170/g..
So harga cincin tu adalah (2 x rm170) + harga upah (rm50 contohnya)..
Maka jumlah yang perlu di bayar ialah rm390..

Harga adalah sangat pelbagai..
Walaupun sama design..
Beza saiz, harga pun berbeza..

Jadi harga adalah lah bergantung kepada harga emas semasa dan harga upah..
Biasanya dieorang akan display harga emas semasa dekat kedai masing-masing..
Kalau nak murah beli la masa harga emas tengah murah..
Dan korang boleh tawar menawar dengan SA kedai tu untuk harga upah..
Contohnya harga upah tu rm50..
Boleh la nak mintak kurang atas budi bicara..
Kalau nasib baik dapat la murah..hehe..

Untuk emas putih pulak ikut harga yang kedai tu tentukan..
Boleh ada diskaun..
So harga die memang sangat independent..
 Bergantung pada kedai tu letak harga, diskaun dan kadang-kadang SA tu nak bagi diskaun lebih ke..
Sumber

Bagi harga untuk kategori ke dua pulak..
Harga die adalah tetap untuk design atau rekabentuk tu bukan pada berat..
Lagi design/rekabentuk die ada campuran beberapa jenis emas..
Macam koleksi trinity yang ada gabungan emas putih, kuning dan merah jambu..
Sebab nilai die lebih kepada design atau rekabentuk..
Contoh nya untuk satu design tu saiz 50 rm3k, saiz 53 pun tetap jugak rm3k..
Berbeza berbanding kategori pertama yang bergantung kepada berat emas..
 Cartier Love Bracelet..
Simple dan sangat sweet..
Sumber

Tajuk cincin kahwin atau wedding band..
Tapi jauh melalut kan aku..hehe..
Pape pun bergantung dekat budget dan citarasa masing-masing..

Again, kalau nak cuci mata bole la google..
Boleh tengok koleksi dieorang..
Atau pegi je butik masing-masing..
Tengok depan mata, siap bole cuba..
Lagi puas hati..
Selamat Membeli-Belah..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...