Wednesday, 13 May 2015

Cincin Kahwin a.k.a Wedding Band - Part 1..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Sebab kan yang ni dah settle bole la aku share sikit-sikit..
Pengalaman dan pengetahuan aku sangat cetek..
Kalau ada salah silap harap maaf ye dan bole tegur..
Kitaorang memang tak de survey banyak kedai sangat pun..
Biasanya pegi sekali untuk survey..
2nd time terus beli je..

Kalau nak beli barang 
Memula aku ada la tanya-tanya orang..
Lepas tu kalau free macam waktu lunch hari Jumaat atau keluar sama-sama kitaorang pegi survey harga ..
Lepas tu check poket masing-masing..
Kalau suka dan dalam budget..
Kita orang beli je..
Pilihan masing-masing..

Untuk majlis kitaorang dari bertunang dulu sampai nikah nanti kene beli 4 cincin..

Cincin merisik..
Cincin kakak aku (hadiah sebab aku kawen dulu sebelum die a.k.a cincin langkah bendul)..
Cincin bertunang / cincin kahwin perempuan..
Cincin kahwin lelaki..

Untuk cincin bertunang tu sekali dengan cincin nikah je..
Masa bertunang hari tu sarungkan dua-dua cincin..
Lepas tu masuk kotak balik bagi dengan en.bf..
Kadang-kadang kalau rajin aku pakai la cincin merisik tu je..
Malas pulak nak beli banyak-banyak..
Sekarang pun dah ada dua cincin..
Tapi tak tau la kalau hujung-hujung nak kawen nanti ada rasa dan rezeki nak beli lagi..

Aku ok je dengan barang kemas..
Cuma aku suka design yang simple-simple je la..
Dan tak semestinya kalau beli barang kemas (emas) adalah beli cincin, gelang, anting-anting dan rantai je..
Yang mana memang jelas sangat barang kemas nya..
Tapi bole je kalau nak beli keronsang yang mana kita bole guna setiap hari..

Ok sepanjang kisah nak beli cincin ni kitaorang pernah masuk..

Habib Jewel..
Poh Kong..
Tomei..
Wah Chan..
Emas Sri Pinang..
................................................
Cartier..
Bvlgari..
Tiffany & Co..


Aku bahagikan kepada dua kategori..
Satu yang atas tu kedai yang biasa kita jumpa dan yang bawah tu dari jenama antarabangsa..
Ada beberapa perbezaan untuk 2 jenis ni yang aku boleh rumuskan..

Design / rekabentuk..

Yang kategori pertama ni rekabentuk die boleh kata kan lebih kurang sama dari setiap kedai..
Dan reka bentuk kebanyakan kan inspirasi bermotifkan bunga atau semulajadi..

 

Sumber


Sumber

Yang lain-lain tu korang bole google sendiri..
Tak berapa nak rajin nak tepek gambar satu-satu..hehe..
Lagi pun aku rasa korang lagi expert dari aku..

Untuk kategori ke dua pulak die lebih kepada design..
Design yang jadi signature untuk satu-satu brand tu..
Kiranya design tu ada dekat kedai tu je la..
Kalau nampak dan tengok pun orang dah tau orang tu pakai cincin apa..
 Design dieorang pun pada aku lebih simple..

Dan masing-masing pulak ada reputasi dan cerita tersendiri satu dunia..

Cartier contohnya ada banyak cerita untuk jenama tu sendiri dan koleksi yang dieorang ada..
 Mereka terkenal dikalangan raja-raja dan pembuat mahkota (tiara) untuk raja-raja..
Mereka pun berbangga sebagai jenama barang kemas no.1..

Cartier has a long history of sales to royalty and celebrities. King Edward VII of England referred to Cartier as "the jeweller of kings and the king of jewellers."
Edward VII ordered 27 tiaras and issued a royal warrant to Cartier in 1904. Similar warrants soon followed from the courts of Spain, Portugal, Russia, Siam, Greece, Serbia, Belgium, Romania, Egypt, Albania, Monaco, and the House of Orleans.

Antara koleksi yang menarik yang aku suka ialah Trinity..
Dalam koleksi ni ada cincin, gelang, anting-anting dan rantai..
Cincin ni terdiri daripada emas putih, emas kuning dan emas merah jambu..

Three bands. Three colors. Pink gold, yellow gold and white gold, intertwined in a display of mystery and harmony. The visionary mind of Louis Cartier created the Trinity ring in 1924. Jean Cocteau promptly made the piece his own. Encircled in the glow of the literary world inhabited by the poet, the ring quickly earned iconic status. Three types of gold. Three symbolic colors: pink for love, yellow for fidelity and white for friendship. Trinity, a timeless design now available in a collection devoted to life's most memorable loves. Trinity, all about you forever.


Sumber
http://www.luxuryjewelmall.com/product_images/uploaded_images/Cartier_Trinity_Rings.jpg

Selain dari trinity, dieorang ada koleksi Love dan jam tangan Santos yang famous..
Cartier ni ada dekat KLCC..
SA dieorang pun kebanyakkan sangat nice..
Terutamanya bila tak ramai orang..hehe..
Bila ramai dieorang pun tak menang tangan nak layan dan penat sikit kan..hehe..

Bvlagri pun sama..
Ada design yang tersendiri..
Ni memang signature design Bvlgari..

Sumber


Kalau Catier berbangga sebagai no.1..
Bvlgari pulak berbangga sebagai no.2 dalam lapangan ni..
Dan kalau Cartier popular di kalangan bangsawan..
Bvlgari pulak pada aku lebih kepada komersial..
Mengikut SA dieorang, Bvlgari popular sebab Elizabeth Taylor..
Disebabkan artis, so banyak la keluar dekat media barang dieorang..
Berbanding kalau bangsawan yang agak privacy..

Save the children ni antara yang paling popular tertamanya di kalangan lelaki melayu (Islam)..
Cincin ni di perbuat daripada silver untuk bahagian metal tu..
Dan di bahagian tengah warna hitam tu adalah seramik..
Disebabkan warna hitam tu, cincin ni memang nampak sangat maskulin untuk lelaki..
Kalau beli cincin ni, tak silap aku rm300 ke 30% dari nilai cincin ni akan di salurkan untuk sumbangan kebajikan bagi kanak-kanak seluruh dunia dibawah program dieorang..

Cuma packing cincin ni je tak berapa menarik..
Sebab kotak die tak de tempat letak cincin..
Ada uncang je..
So cincin ni akan di letakkan dalam uncang je..
Lepas tu uncang tu letak dalam box..

Bvlgari ni ada dekat Pavillion..
Dulu ada dekat KLCC..
Tapi sekarang ada dekat Pavillion je..

SA die sangat nice..
Layanan baik dan sangat peramah..
Rancak giler berbual cerita macam-macam pasal barang kemas..
Tunjukkan packaging baru dieorang, tunjukkan bracelet dieorang la..
Siap bukak katalog penuh senarai harga lagi..hehe..

Untuk Chopard pulak dieorang popular dengan Happy Diamond..
Aku pun tak pasti sangat pasal ni..
Tak pernah pun survey barang Chopard..hehe..

Tiffany & Co pulak popular dengan charm macam Pandora dan Solitare..

Disebabkan aku pun dah mengantuk..
Tadi pun start type entri ni lepas balik keje..
Sementara tunggu en.bf datang nak makan sekali..
Dah balik tadi sambung balik..

Semoga aku boleh la kongsi sikit apa yang aku tau..
Kalau ada salah silap tu maaf sangat..
Aku tau sikit-sikit je..hehe..
Ramai lagi expert..
Atan kalau nak tau lagi detail boleh la bukak laman web dieorang..
Atau pegi je butik masing-masing terus..
Tengok depan mata, experience sendiri..
Lagi puas hati..

Insyaallah nanti aku sambung sikit lagi part 2..
Dah mengantuk..
Mata ni kalau layan bole je tak tido sampai pagi..
Tapi esok keje..
Belum weekend lagi..

Selamat malam..

Sumber
http://en.wikipedia.org/wiki/Cartier_%28jeweler%29
http://www.cartier.com/collections/jewelry/collections/trinity-de-cartier
http://www.bulgari.com/en-us/products/an855770.htmlhttp://www.chopard.com/collections/happy-diamonds/concept

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...