Sunday, 12 April 2015

Weekend - Wedding Apis, Jakel, PD & Bagan Lalang..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Apa aktiviti weekend korang?
Semalam aku pegi kenduri BFF dekat Seremban..
Pegi kenduri, makan harus la banyak..
Lagi kalau makanan sedap..

Best jugak la jumpa kawan-kawan..
Tapi memang pegi kejap je..
Sebab sampai pun dah lambat..
Orang katering tu pulak cepat giler kemas barang-barang die..
Nak lepak lama pun tak de mood..

Lepas kenduri kitaorang pegi Jakel pegi beli kain kejap..
Memang cepat-cepat pegi, pilih dan bayar je..
Tak sempat nak pilih-pilih sangat pun..
Walaupun masa tu ada happy hour..
10 minit je happy hour untuk kain terpilih..

Dah settle kitaorang sempat pegi PD kejap..
Last minit plan en.bf ajak..
Masa sampai cuaca pun ok je..
Keinginan nak mandi tu memang sangat membuak..
Tapi tak bawak baju..huhu..
Tak dapat la nak mandi..
Jalan-jalan je la sepanjang pantai..

Nak balik ke KL singgah makan dekat Bagan Lalang..
Mula-mula berenti dekat Medan Ikan Bakar PD..
Tapi nampak macam kurang menarik..
Orang ramai, tengok makanan atas meja orang lain pun macam kurang menarik je..
Guna tandas je..hihi..
So decide pegi tempat dah biasa..
Pegi Bagan Lalang je la..

Sampai Bagan Lalang macam dah lambat gak..
Orang ramai giler..
Maklumlah Sabtu malam Ahad..
Ok pun simple giler..
Nasi putih, seekor cencaru bakar, sotong 2 ekor untuk goreng tepung dengan sayur campur goreng untuk seorang makan..
Aku order air suam..
En.bf order nescafe 'o' tarik..
Total semua rm31..
Walaupun ramai tapi tak de la lambat giler makanan sampai..

Hari ni macam biasa duduk rumah..
Laundry dan sebagainya..
Tu pun bangun dah lambat tapi kene bagun gak sebab ada aktiviti hari ni..
Balik tu aku ada beli benda..
Nanti aku share..

Satu hari yang sibuk semalam..
Penuh dengan aktiviti dan makanan..
Hari ni melepak je dekat rumah..
Layan mood nak keje esok..hukhuk..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...