Friday, 24 April 2015

Engagement a.k.a Bertunang..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Finally its weekend..
Sekarang ni kalau weekdays memang tak berapa rajin nak update..
Sibuk dekat ofis pun ye jugak kadang-kadang..
Balik tu memang BW, layan fb, menonton, membaca ke..
Senang kata aktiviti santai je la..
Minggu ni pun malam aku selalu tido awal berbanding sebelum ni..

Genap seminggu dah..
So cerita la sikit pasal bertunang ni..
Knowing us, memang se simple yang boleh la..

Actually pasal nak kawen ni initiate dari bulan 12 tahun lepas tak silap..
Hujung tahun lepas..
Januari en.bf datang jumpa family aku officially for this matter..
Plan nak jumpa family en.bf on February..
Tapi March baru jumpa sebab mak en.bf pegi umrah end of February..
Awalnya plan majlis tunang ni on March..
Tapi sebab delay dan nak dapatkan tarikh..
Finally it is happen on April..

Nasib baik la memang buat simple giler..
 Senang jugak la nak manage tarikh..
Kitaorang memang buat majlis ringkas dan sangat kecik..
Penat jugak la nak fight untuk ni..huhu..
Tau la orang tua..
Lagi pun aku ni 1st dalam keluarga..

So sebelah aku agak ramai la..
Mak, ayah, P.Long, M.Long, Atok, Wan, Atok Sedara 2 orang, nenek saudara..
Kebetulan dekat rumah ada adik aku tiga orang..
Belah en.bf memang die, ayah dengan mak die je datang..
Sebab malas nak ajak sape-sape so dieorang je lah datang..
Pagi sebelum datang tu mak die call la Along die..
Bukan main bising lagi Along sebab tak bagi tau die..haha..
Lepas majlis baru la mak die call adik beradik yang lain inform..
Belah aku pulak.
Seminggu sebelum tarikh mak dengan wan dah inform sedara mara..
Yelah buat dekat rumah..
Karang tetibe tak sengaja terdatang ke tak pasal pulak kan..
So baik inform awal-awal..

Preparation untuk majlis?..
Kita orang cuma beli cincin tanya dan cincin tunang..
Beli jugak cincin untuk kakak aku dan kain pasang untuk die..
Aku pakai baju raya entah tahun bila dengan shawl adik aku je..
Tak de hantaran segala pun..

Jumaat malam gerak pun lepas keje..
Pagi Sabtu tu tolong mak masak sikit..
Total semua tak sampai 20 orang pun..
 Mak masak sambal udang, rendang ayam, sayur campur dengan ada beli kueh-kueh..

Plan majlis memang tengah hari..
Rombongan en.bf sampai dalam pukul 12..
Bincang-bincang sikit, sarung cincin dan lepas tu makan..

Drama?..

Ada jugak la..
Sebab aku nak buat ringkas..
Tapi orang tua ni suka nak buat macam kebiasaan..
Tak ajak sedara nanti kecik hati la..

Aku tak nak beli baju baru, tapi dieorang bising suruh beli..
SMS, call aku cadangkan nak sewa baju la..
Tetap aku reject..
Hari Jumaat tu aku pegi jugak la beli jubah dress..
Tapi tak pakai pun hari Sabtu sebab kene reject dengan dieorang..
Pakai la baju lama..
Tak pe, i ok je..

Ada jugak la mekap sikit..
Sebab M.Long dah prepare siap-siap barang die..
Tau sangat anak buah die ni kan..haha..

Then masa awal-awal tak cakap pun kene beli cincin dengan kain untuk kakak aku..
Dieorang ni suka bagi tau sikit-sikit..
Aku pulak tak suka macam tu..
Aku suka sekali discuss..
Dan setuju then buat..
Tak suka nak discuss banyak-banyak kali..
Kejap ubah itu ini..
Kejap tambah itu ini..
Susah aku nak plan/budget duit..

Orang tua ni pulak suka buat macam kebiasaan..
Lepas tu bagi contoh orang tu buat itu ini..
Die pun nak buat jugak..
Aku pulak memang malas ikut orang ke apa..
Aku suka buat macam mana aku suka..hahaha..
Nasib baik la en.bf dengan mak ayah die ok je..
Siap happy dan kata Alhamdulillah sebab senang giler..hahaha..

Pape pun semua nya dah selesai most of macam aku wish..
Majlis tak sampai setahun..
Sejak en.bf datang jumpa family hari tu dah start survey..
Sebab senang nak budget dan allocate duit..
Duit tak berapa nak ramai memang macam ni la..hihi..
Banyak vendor yang dah di kenal pasti, dah pegi jumpa..
Dah inform mak pun..
So lepas ni bole la start bayar duit booking..

Again, mungkin banyak jugak drama nanti sebab orang tua suka ikut tekak die..
Suka nak buat macam orang..
Aku selalu cakap..
Mak ada 7 orang anak..
Wan ada 8 cucu..
Kalau aku tak nak buat la dekat yang lain..

Kebetulan 2 minggu sebelum majlis aku haritu family aku pegi merisik untuk adik lelaki aku..
Majlis tunang die pun dekat-dekat majlis aku nanti..
Macam aku memang tak nak buat hantaran..
So untuk adik aku nanti bole la dieorang all out..hehe..


Untuk majlis ni BFF aku pun tak tau..
Tapi lepas majlis aku bagi la tau Haziq..
Siap send gambar lagi..
Takut die tak percaya pulak..hehe..
Sedih jugak la die sebab aku tak inform awal-awal..
Tapi of course la die happy untuk aku..

Ahad tu jumpa Hendry..
Dah naik keje aku call die nak bagi tau..
Tapi masa keluar tu die dah perasan aku pakai cincin..
Malas nak tanya kita orang je..
Ok die memang cool..hehe..

Apis pulak sampai hari ni merajuk sebab tak bagi tau awal-awal..haha..
Ala die pegi merisik bini pun berahsia dengan kitaorang..
Padan muka..

Room mate dengan Sen memang tau la..
Arghhh rindu Sen..
Sen kata aku dah start survey barang berapa tahun dah..haha..
Damn je die..hahaha..

Untuk persiapan majlis tu perlu ke aku share dekat blog ni untuk B2B lain?..
Tengok la pada tahap kerajinan aku..

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...