Saturday, 4 April 2015

Drama Melayu..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Weekend ni adalah minggu kitaorang balik kampung..
En.bf keje pulak hari ni..
So sementara tunggu die ni bole la update blog..
Kadang-kadang ada je idea nak update..
Tapi sebab malas tu yang tak tulis pun..

Idea nak tulis pasal drama melayu ni datang bila aku tengok drama yang tayang dekat slot Akasia TV3 pukul 7-8 petang tu..
Balik keje besa sambil makan malam kitaorang tengok la..

Aku amik cerita ni sebagai contoh je..
Cerita lain mungkin ada masalah ni jugak tapi aku tak ingat spesifik sangat..

Pada aku ok je kalau nak tengok drama melayu sebagai hiburan..
Aku tulis ni sebab nak improvement dekat drama hasil tangan orang melayu..
Cuma aku rasa kadang-kadang drama melayu ni tak realistik..
Yang membawa kepada pengaruh negetif dekat orang yang tengok..
Dan apa yang dipaparkan memang tak real dengan kehidupan sebenar..
So mesej yang disampaikan adalah salah..

Contoh nya dramaAkasia..
Watak heroin seorang Arkitek muda..
Seorang arkitek mudak siap ada bilik sendiri dekat ofis..
Kereta tu pada aku bole di terima lagi la..
Rumah die pulak duduk sewa dengan kawan, rumah bujang interior, perabot segala bukan main lagi..
Makan tempat best-best..
Dan cara die act sebagai arkitek bila berhadapan dengan client pun aku tas pasti betul ke tak..

Adakah kehidupan sebenar arikitek muda macam ni?

Pada aku banyak yang overact..
Aku kalau tengok, rasa best nya jadi arkitek..
Seronok nya jadi arkitek, bole hidup macam ni..
Hakikatnya majoriti nya macam tu ke?..

Jadi mesej kepada masyarakat adalah salah..
Budak yang tengah belajar ke akan tersalah sangka dan tak dapat gambaran sebenar..
Sepatutnya guna la medium ni untuk educate masyarakat..
Tak pun papar kan la realiti sebenar..
 Kalau tak orang high expectation sangat..
Tapi hakikatnya tak macam tu..

Mungkin ada yang bole hidup macam tu..
Tapi bukan majoriti..

Aku pernah tengok video pasal drama melayu..
Tak silap die ada mention yang benda-benda macam ni akan buat orang fikir hidup ni senang..
Ye lah asyik di momok kan dengan hidup yang senang, bergaya, mewah..
Tapi hakikatnya tak la se senang tu..
Jadi membawa la kepada macam -macam masalah macam MLM segala..
Sebab semua nak hidup senang dengan cara yang senang..
Kalau aku jumpa video tu nanti aku upload..

Ni padangan peribadi aku je..
Mungkin aku salah..
Dan ada masalah-malasah lain lagi jugak yang aku perasan..

4 comments:

  1. gimi pun jarang tengok drama melayu, sebab tayang waktu maghrib..nanti kena sound ngan ayah..huhu. kalau rasa cerita best tengok online, tapi setakat ni drama yang gimi tengok jalan cerita dah best cuma latarnya tak kena macam kamila cakap x menunjukkan kehidupan sebenar arkitek.. agak berbeza seperti drama korea, bukan saya fan kpop ke apa. contoh drama emergency couple menunjukkan kehidupan seorang doktor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..patut lebih realistik la kan..ada jugak mesej berguna yang boleh disampaikan dkt audiens..ni selalu cter watak cerita hebat-hebat..scene keje, busy keje pun tak de..manjang pg makan, kisah percintaan je..kdg2 tu drama giler kisah kehidupan sampai pelik..kerjaya punya hebat banyak masa pulak nak layan masalah remeh temeh..hehe..tu la cerita luar biasanya dieorng study lebih skit kot..

      Delete
  2. betul tu...
    walaupon drama..kena lah relevan n relistik sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..tema pun selalu lemau..masalah akhlak, kisah percintaan..org lain buat drama jugak..tapi benda-benda mcm ni sampingan je..drama melayu memang tu motif utama..mcm sibuk bercinta je..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...