Monday, 6 April 2015

Breakfast & Lunch..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..

Nak share breakfast dan lunch aku untuk esok..


Sebenarnya stok buah dah out of stok last week lagi..
Tapi disebabkan weekend ni balik kampung so tak de lah nak beli Jumaat tu..
Dekat kampung pulak kebetulan mak ada beli sebiji tembikai hari Sabtu..
Aku dah siap potong-potong letak dalam tupperware boleh pulak tertinggal..
Dah gerak nak balik baru teringat..
Malas nak patah balik..
Pasrah je lah..huhu..

So hari ni balik keje tadi singgah la MBG..
Tengok-tengok apa yang best..
End up beli betik je..
Dah lama jugak tak makan betik..
Memang kene rotate ye..
Kalau tak memang bosan..
Lepas tu kalau beli banyak kene make sure buah tu tak masak sangat, bole tahan 2 3 hari..
Jangan tengok mura, tamak beli banyak-banyak..

Kos untuk sebiji buah betik dekat atas tu cuma rm3..
Tu jugak la kos breakfast dan lunch aku esok..:)

Kalau ada stok buah memang aku bawak ofis untuk breakfast dan lunch..
Kalau cepat habis, kadang-kadang aku keluar gak lunch..
Tapi malam aku makan buah gak balik..
Kira makan makanan berat sekali je sehari..

So far aku dah kurang almost 3kg..
Tadi measure pinggang dah kurang 2.5 inch almost 3 inch..
Makin semangat la jugak..
Walaupun aku sekarang dalam fasa nafsu makan bole tahan membuak..
Tapi cuba kawal sebaik mungkin..
Dan ye kadang-kadang memang susah nak kawal..huhu..
Tapi hati kene cekal..

Contohnya hari Sabtu hari tu..
Kitaorang on the way nak balik kampung singgah makan dekat nasi Arab Damsyik..
Turun je dari kereta aku tanya en.bf die nak makan apa..
Ajak die share dan die ok je..
So share la nas..
Masa makan tu memang betul-betul menikmati la nasi arab, kambing dan ayam die yang sedap tu..
Siap tanya lagi en.bf kalau die nak tambah nasi..
Nasib baik die cakap tak..
Padahal sendiri yang rasa nak makan lagi..haha..
 So pasrah je walaupun teringin gak lagi..
Tu aku kata hati kene cekal untuk orang yang berselera macam aku ni..

Sampai rumah en.bf bagi moist choc cake yang super sedap pulak..
Tapi tabahkan je hati makan slice kecik je..huhu..

Setakat ni aku cuba consume makanan yang sihat..
Jom banyakkan makan buah dan minum banyak air putih..
 

2 comments:

  1. bgusnya amal mkn buah-buahan..
    tp lya x suka mkn betikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah-buahan sedap..hehe..warna menarik, sng nk mkn..hehe..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...