Tuesday, 31 March 2015

Welcome GST..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Aku terima benda ni dengan lapang dada dan positif..
Nak ke tak nak benda jadi jugak kan..
Tak kan nak stop and stare je.
Hidup kene teruskan jugak..

So aku amik benda ni sebagai cabaran..
Tak kan nak play safe sentiasa..
Once kita melepasi satu cabaran, Insyaallah kita akan pegi ke satu tahap yang lebih baik..

Aku percaya rezeki aku sentiasa dari Allah..
Bukan dekat tangan satu manusia pun..
So GST ni aku amik sebagai wake up call untuk aku berkerja lebih gigih dan berbelanja lebih berhemah..

Antara impak besar dalam tindakan aku ialah dari aspek makanan..
So lepas ni berbelanja lebih berhemah..
Utamakan keperluan dari kehendak..
Positif nya aku boleh lebih berjimat dan mengurangkan pengambilan makanan yang kadang-kadang tak perlu pun..

Ni pun salah satu cara untuk kita berbelanja lebih berhemah..
Macam weekend hari tu bila ada peniaga yang cakap..
Baik beli sekarang sebelum GST..
Dah GST nanti harga naik..
Aku jawap aku malas nak spend duit sangat sekarang sebab nak GST..
So kene ada banyak saving untuk permulaan hadapi GST..
Bukan nak spend beli banyak-banyak takut harga barang naik sebab GST..
Kene tau keperluan atau kehendak..
Kelat je muka orang tu dengar jawapan aku..

So aku doakan yang baik-baik je..
Malas nak semak-semak kepala fikir benda-benda negetif..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...