Friday, 20 March 2015

Diet & Buah Kiwi..

Assalammualaikum & Salam Sejahtera..

Fuhhh akhirnya hari Jumaat jugak..
Sebenarnya minggu ni aku rilek-rilek jugak la..
Sebab bos aku tak de pegi bercuti..
Cuti sekolah ni die cuti bawak anak-anak jalan-jalan..

So aku sebenarnya stress dengan keje-keje sendiri je..
Boleh tahan banyak jugak la nak kene buat dan study..huhu..
Biasa la beginner..

Aku rasa sekarang ni aku rajin update blog masa weekend ni..
Nak buat schedule entri aku malas..

Sejak minggu lepas aku memang ada kesedaran sikit nak ubah diet aku..
Maklumlah usia makin meningkat..
So aku cuba kurangkan makan benda manis, masin dan masam..
Bukan tak makan lansung ye.
Tapi cuba kurangkan..
Kalau nampak junk food, asam, coklat, ais krim, kek ke apa mampu jeling je la..
Tapi lepas berjaya mengatasi memang rasa happy..hehe..

Lepas tu aku banyak kan makan buah dan minum air masak atau air mineral..
Paling senang untuk jaga permakanan kita adalah dengan masak sendiri..
Tapi sebab aku jarang giler masak..
So aku pilih untuk makan benda yang belum di proses..
Tu la aku banyak kan makan buah..
Kalau air masak pulak kadang-kadang aku comsume lebih dari yang aku share hari tu..
 Boleh baca pasal air tu dekat SINI..
Sebolehnya aku tak nak minum air manis..
Kalau dekat rumah banyakkan minum air masak..
Kalau makan dekat luar aku biasa order air suam..
Kalau fast food ke aku beli atau bawak je air mineral..

Sebenarnya sebelum ni aku selalu je beli buah potong dekat KL Sentral..  
Ada je dekat Nu Sentral tapi malas nak jalan jauh..hehe..
Nasib baik la dekat KL Sentral baru bukak MBG..
So aku selalu la beli buah dekat situ..
Kalau pegi tu memang macam-macam buah yang menarik dan sedap bila tengok..
Macam-macam promotion pulak tu..
Tapi nak beli tak boleh tamak-tamak..
Beli satu jenis dulu..
Dah habis so beli buah lain pulak..
 Jimat pun jimat berbanding beli buah potong tu..
 
Aku akan makan buah waktu sarapan dan makan malam sekarang..
Rutin nya, pagi sebelum pegi keje minum vitagen dulu..
Sampai ofis aku makan buah..
Kadang-kadang aku beli jugak la kueh..
Tapi dah kurangkan la jumlah die..
Kalau dulu beli 5 biji kueh waktu sarapan..
Sekarang beli 2 biji je kalau terasa nak makan..
 
 Waktu lunch depend la..
Kadang aku makan roti je dengan pape..
Macam hari tu aku makan roti dengan sambal sosej..
Makan roti pun roti gandum..
Aku malas makan heavy sangat sebab aku keje pun duduk je kan..
Bukan nak guna tenaga sangat..

Malam pulak biasanya aku akan makan buah dan ayam goreng ke..
Kadang-kadang tu beli goreng pisang dengan keropok lekor ke..
Buah tu wajib ada la..
Kalau keluar makan dengan orang depend la..
 Kadang aku makan je nasi..
Tak de la aku tak makan lansung..
Macam lunch semalam aku makan je nasi beriyani dengan kambing..
Tapi malam tu makan buah dengan ayam je..

Setakat ni tak apa pun..
Tak de la rasa tak bertenaga ke apa..
Mengidam sangat nak makan ke..
Sebab setiap kali nak makan fikir manis, masin dengan masam tu..
 
Aku yang punya la suka makan kek ni pun mampu je kawal diri bila office mate beli kek lapis serawak..
Aku makan satu slice kecik je semalam..
Hari ni pun die nak habiskan aku makan satu slice kecik je jugak..
Kalau sebelum ni memang makan selagi boleh..hehe..
 
Pasal buah kiwi ni pulak..
Petang semalam aku beli kiwi.. 
12 biji rm10..
So beli rm10..
Balik tu makan la dengan room mate..
 
Macam mana korang makan buah kiwi?
Aku memang buang kulit kalau makan buah ni..
Dekat rumah pun sama..
So makan la untuk malam dan untuk bekal bawak pegi ofis hari ni..

Dekat ofis tadi boleh bos aku datang dan bagi tau..
Kalau makan buah kiwi tak payah buang kulit..
Makan sekali dengan kulit die..
Nutrition buah ni ada/banyak dekat kulit dan bawah kulit die..


Maka malam ni aku pun makan la dengan kulit die sekali..
Ok jugak la..
Walaupun macam pelik sikit makan 1st time macam ni..

Cuba lah amalkan banyak minum air masak dan amalkan permakanan yang sihat..
Korang akan rasa sendiri perubahan dia..

2 comments:

  1. lya sekarang amalkan infused water

    ReplyDelete
    Replies
    1. infused water yg ad lemon ke tu ye..
      kalau betul selalu tgk org share tp x prnah try lg..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...