Friday, 13 February 2015

Takda Duit Nak Bayar Tol PLUS..

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera..

Minggu ni weekdays aku sempat share satu cerita je..
Kadang-kadang tu nak menulis..
Tapi masa tak mengizinkan..
Dekat ofis macam sibuk sikit sekarang..
Balik pulak sibuk dengan hal lain..

Sebenarnya nak share benda ni dah lama..
Aku dapat idea nak share pasal benda ni dari Farez..

Khamis lepas aku sempat jumpa Farez dengan Jie..
Awalnya aku plan nak jumpa en.bf..
Kebetulan masa balik terserempak dengan Hawa dekat KTM..
Terus die join aku dnegan en.bf makan..
Masa makan, Farez call nak datang..
So lepas tu die dengan Jie lepak sekali..
Dah lama tak jumpa haruslah beria bersembang..

Antara topik menarik ialah pasal pengalaman Farez dengan tol..

Pendek kan cerita..
Farez dari Melaka nak balik Shah Alam..
Die pulak memang tak de cash..
Plan nak draw duit dekat RnR..
Duk delay nak draw duit, sekali die berenti dekat RnR yang last sekali sebelum exit highway tu..
Bole pulak ATM dekat situ out of service..
Tak ke haru..
Dah la dah memang dekat highway kan..

So die pun masuk exit highway dan ke toll..
Die pun bagi tau la situasi die..
Mula-mula die offer nak bayar pakai debit card..
Gelak budak tu dan budak tu reply 'ni bukan shopping mall bole terima kad'..hehe..

Solution nya adalah berhutang dengan PLUS..hehe..
Mengikut cerita Farez dieorang akan suruh berenti dekat tepi..
Isi form dan dieorang akan amik no IC / copy IC..
Then amik gambar kereta especially no plate kereta..
Tak silap aku jugak die ada amik gambar die dengan kamera dekat toll tu..hehe..

So value toll tu ada la dalam form yang die isi tu..
Mana tau kot-kot terlupa ke value tu kan..
Lepas tu die datang la balik bayar tol tu..


Aku 1st time dengar pasal ni..
So sekarang dah tau..
In case terjadi dah tau la nak buat apa..
Harap info ni bermanfaat dekat orang yang tak tau macam aku..hehe..

Selamat Berhujung Minggu..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...