Monday, 12 January 2015

Weekend with BFF - Unexpected Happiness..

Assalammualaikum..

Lets talk about last weekend..
Sebelum lupa dan malas nak cerita baik la cerita dulu..
Benda-benda unexpected ni kadang-kadang memang sweet kan..

So macam aku cerita haritu Sabtu adalah hari yang agak sibuk..
Tengah hari dah keluar nak pegi beberapa tempat..
Dapat la beberapa pengalaman best..
Antara nya dapat jumpa orang kerek..
Jual servis lepas tu layan orang macam apa je..
Pegi kedai ekslusif pun orang die tak sekerek macam tu..
Kadang-kadang tak faham dengan orang yang suka judge orang..
Lepas tu bukan aku sorang je yang perasan..
En.bf pun perasan..

Next lepas je jumpa team tu..
Aku jumpa budak yang ada talet berniaga dan PR yang sangat bagus..
Diulang..
Dia adalah budak..
Jaga gerai dengan adik-adik die..
Memang berbakat..
Semoga rezeki adik murah dan berjaya dalam bisnes dik..

Itu ini aku sampai rumah senja tak silap..
Ke dalam pukul 8..
Mak dengan ayah tak de pegi hantar adik ta balik Johor..
Lepas hantar adik ta jemput Zack pulak dekat Batu Pahat..
Dieorang baru lepas final so cuti sem la sekarang..
Malam sikit lepak-lepak borak-borak dengan mak, wan dengan Zack..
Malam tu tido dengan lena nya..
Penat berjalan satu hari..huhu..

.......................................................................................................

Kisah esok nya pulak..
Aku ada plan nak pegi tengok Hawa..
Ada contact Hendry..
Tapi die ni kalau dekat darat sibuk pegi ride..
Nak ajak en.bf die malas nak pegi..
Lagi pun kesian pulak bagi die rehat la..
 So aku pun text la Haziq..
 Die ok je..

Kitaorang keluar pukul 3 lebih..
Mula-mula pegi minum dulu sambil makan kek ais krim..
Lepas tu baru pegi melawat Hawa..
Alhamdulillah demam die dah ok..
Tinggal masalah mata je..
 So borak-borak la dengan die..
Awal-awal sampai tu dah nampak mangga pauh die banyak giler..
Harus la aku excited kan..
So sebelum balik tu adalah aktiviti mengambil buah mangga..
 2 plastik besar la dapat..
Tu pun banyak lagi dekat atas pokok..
 Amik yang rendah-rendah je boleh capai dengan tangan..

Dah dapat mangga haruslah carik asam boi..
Apa lagi buat jeruk asam boi la kita..
Dah ada mangga kan..
Kebetulan masa beli nak beli asam boi jumpa pulak sepupu aku dekat kedai tu..
Die pun suruh la aku beli asam boi 50 biji..
50 biji rm5.00, sebiji sepuluh sen..
Aku bagi je la se plastik mangga tu dekat die..
Tau die pun suka jerus asam boi tu..

Habis kisah mangga..
On the way nak balik tu singgah rumah Haziq pulak..
Singgah amik buah rambutan pulak..
Punya la gemuk-gemuk dengan manis-manis buah rambutan die..
Buah pun rendah-rendah je..
So senang la nak amik gunting-gunting je..
Dapat la 1 plastik besar..

Balik tu memang laju-laju la buat mangga tu..
Sambil tu makan buah rambutan..
Aku dah nak balik malam tu kan..
Sambil tu lepak-lepak dengan Haziq..
Die sekarang ada projek nak tanam cili untuk dijual.
So nak carik tanah dalam 2 lori..
Borak-borak la dengan ayah aku mana nak dapatkan tanah..
Sambil singgah tu sempat tengok cili-cili wan aku..hehe..


Ni separuh dari yang kitaorang amik..
1 plastik lagi dah bagi sepupu aku kan..
Dapat la 1 bekas jeruk asam boi..
Jeruk tak payah la upload ye..
Kecur air liur masing-masing tengok nanti..hehe..

Mangga pauh ni lagi masam dan biji die besar..
Kene la letak gula, cili dengan asam boi banyak sikit..
Beli 50 biji tu memang habis semua la guna..
Tu pun ada beberapa biji yang tak potong..
Pape pun rasa die tetap terbaik..

Pukul 8 lebih macam tu en.bf dah datang..
Sebelum balik tu amik satu bekas tupperware bulat tu hantar pegi rumah Hawa..
Masa amik mangga ni die kata aku buat jeruk sedap..
Kesian pulak dengar..hehe..
So kita share la sama-sama..

On the way balik semalam bagi en.bf rasa jeruk tu..
Masa aku bukak bekas tu pun bole die komplen bau semacam la..
Die rasa 2 potong kecik je..
Boleh die kata rasa pelik giler la..
Sabar je kan..
Memang alergik asam dan jeruk..

Tadi call tanya khabar die cakap malam tadi lagi dah habis jeruk tu..hehe..
So Ahad semalam adalah la hari yang best dengan kawan-kawan..
Best lepak sama dan makan buah-buahan..
Tadi Apis dah call tanya Bachelor party die..
Next month pulak ada house warming dekat rumah die..
So selamat ber enjoy dengan kawan-kawan..:)

6 comments:

  1. aduuuhhh....!!
    kecur liur..... :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki dpt org bg..pape pun time kasih snggah sini..:)

      Delete
  2. musim asam boi..
    lya just mkn sekali je.. tu pon rsa y kawan aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula..
      tp ok gak..
      sbb buat benda ni lg sng dr buat jeruk biasa tu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...