Tuesday, 27 January 2015

Cost Benefit Review Session 2, Deliverable Items & Final Report..

Assalammualaikum..

Ni short entry je asalnya..
Tapi bila dah start menulis panjang jugak..

Just nak tulis pasal sessi untuk cost benefit review dengan 2 lead aku hari ni mula-mula..
Sebenarnya aku agak sibuk sekarang..
March adalah date line untuk projek aku..huhu..
Bulan depan dah bulan 2..
Tinggal sebulan je lagi..
Berlari-lari la nak kejar date line..huhu..
Lepas tu sekarang ni banyak giler benda yang outstanding nya sampai aku lead aku dengan team mate aku nak pegi vendor dekat Subang Jaya pun aku tak bole ikut..
Kene fokus dekat projek..

Nak dekat dateline satu hal..
Banyak giler benda outstanding satu hal lagi..
Dah la Jumaat lepas bos aku baru bagi tau ada beberapa deliverable item yang aku kene buat..
Tambah lagi keje..
Benda yang sedia ada pun tak siap-siap lagi..huhu..

Isnin lepas sebenarnya ada cost benefit review dah..
Cost benefit ni ada CAPEX, OPEX dan Life Cycle Cost (LCC)..
Bos aku dengan lead dari discipline lain yang review..
Masa book meeting room bagi tau lead tu sessi 2 jam..
Siap buat muka terkejut lagi lama sangat..
Sekali meeting room ada orang nak guna so reduce sessi jadi 1 jam setengah je..
Amik kau lepas tu..
Berasap aku dalam tu dua jam pun tak habis review CAPEX..
Memang bertubi-tubi aku kene..
Teruk kene tiow dengan lead tu dengan bos aku pun..
Disebabkan dieorang pun dah bosan..
Maka bos aku mintak break dan sambung sessi lain..

Aku pun take note la semua comments dan suggestion..
Pegi cari maklumat segala nak clarify figure yang aku letak..
Bertabah je la..
Ok biasa la tu kan kalau berasap..haha..

Semalam bos aku dah tanya..
Bila nak review lagi..
Nasib baik la banyak benda dah settle..
So petang tu aku check availability 2 2 orang ni..
Masing-masing busy..
Available hari ni..
Tapi nak booking meeting room tak bole pulak sebab dah petang..
Secretary department aku pun dah balik..

Disebabkan possibility nak buat hari ni tinggi..
Kalau tak buat hari ni..
Lead yang sorang lagi tu available lagi 2 minggu (9 Feb)..
Dateline March kot..
Dah la masa review hari tu separuh mati..
So aku memang kalau boleh nak siapkan hari ni..

So aku focus dekat cost benefit..
Print out lepas tu check balik semua..
Tulis note segala..
Karang senang nak menjawab..
Siap email excel dengan bawak balik rumah yang print out tu..
Punya la nervous based on 1st session..haha..

So pagi-pagi tadi aku datang pegi check meeting room untuk hari ni..
Dah la banyak yang penuh..
Ada pun sejam je 4-5..
Tanya dua-dua ni dieorang ok je..

Pagi tadi check lagi dekat excel dengan print out paper tu..
Then kemas kan doc..
Doa banyak-banyak semoga semua ok..

Lepas lunch bos aku panggil..
Bincang pasal deliverable item..
Fuh bersusun doc kene buat..
Setakat yang aku ingat..

  1. Single line diagram..
  2. Utility consumption and electrical load list..
  3. Main equipment list..
  4. Weight report..
  5.  Mechanical Handling report..
  6. Commissioning & Operating spare part (SPIL)..
  7. Layout..
  8. Operation and Maintenance Philosophy..
  9. Technical Specification (Data sheet)..
Punya la bersepah doc kene buat..
Dapat list atas ni hari ni..
Yang sebelum-sebelum ni pun pending pun tak siap lagi..
Lagi bertambah-tambah ni..
 Tu pun boss aku soh buat yang mana ada dulu..
Die pun penat dah nak terang dekat aku..haha..



Petang sambung pulak dengan cost benefit aku..
Aku 10 minit sebelum memang dah siap setup..
 Check-check lagi..haha..

Mula-mula recap dulu CAPEX..
Confirm dan explain figure yang aku modify..
Then baru discuss OPEX dan LCC..
Alhamdulillah semua ok..
4.45 macam tu pun dah settle..

Tapi masa lead tu nak balik aku ada confirmkan benda..
Boleh pulak terlepas pandang nak discuss masa dalam meeting..
Alhamdulillah semua ok je..
Ada sikit happy la..:)
 So bole tutup cerita pasal cost benefit..

Lepas ni boleh fokus dekat deliverable items dan report..
Ada risk register pun tak settle lagi..
Harap boleh siapkan secepat yang bole..
Kene speed up sikit la..
 
Dah lama aku tak cerita pasal dekat ofis kan..
So ni la apa yang aku buat dan sibukkan setakat ni..
Malam tadi jumpa en.bf kejap..
Masing-masing mengadu nasib pasal keje..
Ni command topik kalau jumpa..haha..
Nasib baik la mengadu dekat orang yang senasib dan faham apa kita buat..
Kalau tak payah gak..

Semoga semua dipermudahkan..
Semua item produced terbaik..
All the best untuk diri sendiri..:)

4 comments:

  1. Good luck... Semoga dipermudahkn sgla urusan. Aamiin

    ReplyDelete
  2. huhu..nmpk penat je nak uruskan semua ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan nmpk pnt..tp mmg pnt la lya..huhu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...