Saturday, 29 November 2014

1st Salary 2014..

Assalammualaikum..

Disebabkan aku ada share up side down aku dekat sini..
Makanya aku nak abadikan la jugak dekat sini kisah ni..

Sejak berhenti keje tahun 2012..
Ni la 1st time aku rasa gaji sendiri balik..
Kalau sebelum-sebelum ni aku dapat elaun je..

1st gaji ni untuk gaji bulan September dan October sebenarnya..
Jumaat hari tu masuk gaji..
Konon nak masuk awal..
Sekali Jumaat baru masuk..
Tu pun Jumaat petang..

Budak yang uruskan tu call lepas lunch sebab nak no account..
Lepas tu die emailkan aku slip bank die bank in kan cheque gaji aku..

Disebabkan bank in pun dah Jumaat petang..
So sekarang ni floating je lagi..
Tak clear pun lagi..

Hari tu masa nak hantar time sheet pun drama jugak..
Sampai 3 kali salah..huhu..
3 kali kene mintak sign director department aku..
Sampai aku naik segan dah asyik salah je..huhu..

Gaji awal-awal ni tak de la boleh enjoy sangat..
Kalau bole lepas ni tak nak banyak membazir macam dulu lagi..
Lagi pun banyak benda nak settle kan awal-awal ni..
Nak bijak menguruskan kewangan lepas ni..
Harapnya berjaya la..
Harapnya pengalaman sebelum ni banyak ajar aku macam mana nak uruskan duit dengan baik..:)


No Poo Method..

Assalammualaikum..

Post ni rentetan dari kisah ACV dan baking soda dan ACV yang aku beli sebelum ni..
Boleh baca dekat SINIdan SINI .
Ni la projek yang aku bagi tau sebelum ni..
Kalau ikutkan aku nak share lambat sikit..
Nak buat experiment lama sikit baru share hasil die..
Tapi dah alang-alang ada masa dan rajin ni aku share je la..

Selain dari guna ACV as health drink..
Aku jumpa pasal "no poo" method..
Macam menarik je method ni..
Macam mana aku tau pasal ni?..
Cerita pasal rambut..
Aku rasa rambut aku ada beberapa masalah..
Walaupun masa beli John Masters Organics Scalp (boleh baca dekat SINI) SA tu kata rambut aku ok je cuma frizzy..
Ni la masalah rambut aku..
Frizzy dan kulit kepala berminyak..
Aku memang basuh rambut setiap hari dengan shampoo Ba Wang dan mesti pakai conditioner..
Kalau tak rambut aku kering..
Untuk masalah frizzy pulak rasanya aku tak de lah kasar sangat dengan rambut aku masa basuh atau keringkan..
Tapi nak buat macam mana..hehe..

Makanya aku pun google la pasal masalah ni sampai terjumpa pasal method ni..
Baca-baca macam menarik..
Boleh la try..hehe..

No poo method ialah kaedah membersihkan rambut tanpa menggunakan shampoo..
Mula-mula aku macam was-was jugak..
Mungkin masa weekend kene basuh rambut pakai shampoo jugak ke..
So aku pun baca-baca, siap print method die lagi..haha..

Ada beberapa cara..
Ada yang guna conditioner sahaja, dan antara yang paling popular ialah guna baking soda dan ACV..
Dan aku pun pegi la beli baking soda yang kecik untuk try..
Beli jugak ACV untuk rambut..
So dalam toilet ada 1 ACV untuk rambut..hehe..

Barang dah ada memang excited la nak try kan..
Balik-balik tu jugak terus try..hehe..

Macam mana method ni?

Sila la refer cara-cara die dekat sini..

Atau yang senang nya..
  1. Basahkan rambut macam biasa..
  2. Bancuh 2 sudu baking soda dengan air dan letak dekat kulit kepala..Dekat link tu suruh pakai warm or hot water kan..Mula-mula je aku buat macam tu..lepas tu pakai air biasa je..Ada jugak yang direct je letak baking soda tu terus dekat kulit kepala..aku pernah try dan aku suka method ni..kalau tak meleleh-leleh dekat muka..tapi sebab tak de bekas nak letak balik soda tu aku still bancuh lagi..aku koyakkan hujung kotak je so payah nak letak atas kepala ke apa..masa mula-mula pun beria aku bawak sudu pegi toilet..lepas tu aku tuang je..dah boleh agak banyak mana nak letak..hehe..
  3. Urut la kulit kepala untuk buang kotor dan minyak dekat kulit kepala..
  4.  Bilas dengan air..
  5. Campurkan ACV dengan air dan apply dekat rambut..Jangan apply dekat kulit kepala terutamanya yang oily hair..
  6. Biarkan sekejap..
  7. Bilas dengan air sampai bersih..
 Dengan method ni kiranya kita guna baking soda as permbersih dan ACV dan air sebagai conditioner..



Rasanya dah dua minggu aku try method ni..
So far aku suka..
Rambut rasa bersih je walaupun tak guna shampoo..
Rambut kurang frizzy dan masa untuk aku basuh rambut aku lagi singkat berbanding pakai shampoo..

Kalau apa yang aku baca memang akan amik masa sikit untuk kita sesuaikan dengan kaedah ni..
Rambut kita akan amik masa untuk biasa dengan bahan-bahan tu..
 Ada tu sebulan memang dah ok..
Ada tu yang transition period sampai 3 bulan..
Awal 3 bulan tu rambut rasa berminyak dan sebagainya..
So ni depend dekat orang..

Setakat ni aku happy je dengan kaedah ni..
Tapi masih dalam tempoh experiment lagi..
Tak de plan pun nak beli shampoo lagi ke apa..

Sape-sape yang berminat boleh la cuba..
Ni antara reference aku untuk kaedah ni..


Banyak je reference dan orang yang share pasal method ni..
Just google je no poo method..

Aku memang suka guna benda-benda natural dan unprocessed ni..
Tak guna chemical sangat..
Selamat Mencuba..:)

Apple Cider Vinegar (ACV)..

Assalammualaikum..

Ada beberapa post sebelum ni yang aku share aku beli ACV ni kan..
So ni aku nak share apa yang aku buat dengan benda ni..
ACV ni dalam bahasa mudah nya cuka epal..

Aku kalau membeli memang sekali banyak.
Kejap je dah habis..
Tu yang masa promo 2 botol besar dapat 1 botol kecik memang aku grab je..:)

Kenapa aku suka beli ACV ni?..
ACV ni sebenarnya nya banyak kegunaan dan benefit..
Kalau google memang banyak info..
ACV ni salah satu kegunaan die ialah as health drink drink aku..

Antara kelebihan ACV  ialah:
Sumber dari SINI..


DETOX & KURUSKAN BADAN 
Detox atau dalam bahasa mudahnya mengeluarkan toksin yang berlebihan dalam badan. Oleh itu secara tidak langsung membantu mendapatkan badan yang ideal....

Selain dari itu bahan ini mengandungi lecithin yang membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga. selain dari itu lecithin juga membantu meningkatkan daya ingatan.

GOUT & ARTHRITIS
Gout, arthritis dan sakit-sakit yang melibatkan sendi dan sengal-sengal badan.

TEKANAN DARAH
Acetic Asid yang terdapat didalam cuka epal berkesan mengurangkan tekanan darah tinggi,  menstabilkan tekanan dengan merehatkan salur darah. Penggunaan berterusan boleh menjadikan tekanan darah menjadi normal. 

DIABETES / KENCING MANIS
Apple cider atau cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah, seterusnya berupaya mencegah penyakit kencing manis dan arthritis. 

JANGKITAN, SELSEMA & SAKIT TEKAK
Meredakan  selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangan berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.

KULIT
Sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit...
BADAN / MULUT BERBAU
Menolong meneutralkan pH badan/mulut dan membunuh kuman/bakteria penyebab bau busuk ....juga boleh untuk kaki berbau.

KERACUNAN MAKANAN

Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu  setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit dan diarrhea kerana bahan ini mengandungi kadar  pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa.... (anti-diarrhea)
KOLESTROL
Menolong mengurangkan paras kolestrol dengan adanya pectin yang merupakan sejenis fiber mudah larut dalam air dan juga asid amino yang dapat meneutralkan kolestrol LDL yang teroksida... dengan kata lain mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL cholesterol type) .. kolesterol jahat ini menyumbat saluran darah  dan kalau tidak dibakar mengeluarkan sodium berlebihan dari badan (melalui peluh & perkumuhan)

AWET MUDA
Awet muda dan menaikkan seri (kerana tubuh yg bebas dari toksin menjadikan darah lebih bersih, usus bersih menyebabkan oksigen mudah sampai ke otak. Sel-sel tubuh menjadi segar. 

Menarik tak pasal ACV ni?..
Mesti ramai yang pegi beli dan consume ACV lepas ni..
Tak perlu pun makanan tambahan lain yang di proses tu..


Dan dekat gambar atas ni cara-cara yang dicadangkan untuk consume ACV..
Aku akan minum benda ni pagi-pagi..
Bangun je lepas minum air kosong aku akan minum segelas..
Bukan minum segelas benda ni ye..
Aku letak dua sudu benda ni dalam segelas air dan minum..

Dan biasanya aku akan minum malam..
Lepas makan malam..
 Sama jugak la letak dua sudu ACV ni..

Bila consume aku rasa cepat dahaga..
Mungkin sebab metabolism jadi tinggi dan badan banyak bekerja..
Tu yang selalu rasa macam dehydration..
So sila la minum air banyak-banyak..

Benda ni pun ada yang memang loose..
Plain je..
Ada tu yang pekat, unpasteurized..
Kalau ikut apa yang aku baca, yang unpasteurized ni lagi elok..
Dekat bawah tu nanti ada mendapan die..
So sila la goncang sebelum guna..

Bercakap soal rasa pulak..
Jangan la tertipu dengan delicious dekat atas tu ye..hehe..
Dah nama pun cuka..
Die punya bau dengan rasa boleh tahan..haha..
Tapi dah lama aku ok je minum die..

So sape-sape yang berminat bole la try..
Aku selalu beli benda ni dekat Cold Storage, atau dekat farmasi..
Harga pun ok je..
 Untuk 475 ml atau 16FL OZ dalam rm10..
Kalau yang botol besar tu aku tak ingat pulak berapa OZ (tak silap 32 OZ) dalam rm2+ tak silap..
Macam biasa harga berbeza mengikut brand dan tempat..

Selimut Tertangga..

Assalammualaikum..

Korang suka tak dengar lagu ni?..
Aku suka dengar lagu ni..
Tapi tak tau la berapa lama aku akan suka..hehe..

Sekarang ni kalau dengar dekat radio tu siap boleh feeling-feeling lagi..
Lepas tu kuatkan radio sambil berkaraoke beramai-ramai dalam kereta..hehe..

Bila dah favorite tu haruslah download dan simpan dalam laptop..
Dengar la puas-puas lepas tu sampai tak larat nak dengar lagi..haha..


So meh la layan..
Tengok band republik ni teringat kenangan lama masa birthday mate aku dekat Kemaman dulu..
Masa party birthday die band tu panggil die nyanyi lagu Sandiwara Cinta..
Kenangan kenangan..:)

Leisure Weekend..

Assalammualaikum..

Apa khabar semua?..
Alhamdulillah hari ni dapat update blog..
Aku rasa minggu ni aku update blog sekali je kot..
Tu pun short entry je..
Tu pun ada je yang singgah sini..
Time kasih sangat sape yang sudi singgah tu..
Kadang-kadang ada masa free dekat ofis aku singgah jugak la BW blog lain..

Sebenarnya ada jugak la benda yang aku nak share..
Cuma tak berkesempatan nak taip je..
Aku ni pulak kalau tulis tu terus post je..
Tak de la buat schedule entry ke..

Sebenarnya seminggu dua ni hidup aku terumbang ambing sikit..
Nasib baik la ada orang-orang yang meaningful ni..

Ingat lagi tak kisah pasal pepijat dekat rumah aku tu?..
Bermula dari situ aku start nak pindah rumah..
Walaupun rumah tu dekat dengan ofis aku..
Tapi apa bole buat..
Nak balik rumah untuk berehat pun dah rasa tak best..

Bagi tau Sen lagi pulak..
Suruh aku keluar on the sport je duduk tempat lain dulu..
Haziq pulak dekat Johor masa tu.
So aku pun call la ada kawan aku yang duduk bilik seorang..
Cuba tanya die nak tumpang rumah sampai hujung bulan..
Bulan 12 memang aku masuk rumah lain..

So Hawa ok je aku nak tumpang dekat rumah die..
Aku pun start la carik rumah lain..
Dah la dah hujung bulan..
Nak carik rumah dekat KL faham-faham la..
Aku pulak kalau boleh nak cari rumah yang dah ada barang..
Malas nak beli barang selagi tak duduk rumah sendiri..
Dulu aku pernah beli barang-barang basic lepas tu bila pindah jenuh nak mengangkut barang..
Selagi duduk menyewa ada je possibility nak pindah kan..
Kalau dah duduk rumah sendiri tu kebarangkalian nak pindah kurang la..

So dari minggu lepas aku ada pegi tengok rumah..
Weekend tu aku dah start duduk rumah Hawa..
Minggu ni pun pegi keje dari rumah Hawa..
So kene bangun awal sikit la..
Dari Wangsa Maju ke KL Sentral pun dah setengah jam kalau naik LRT..
Lepas tu dari rumah ke stesyen, dari KL Sentarl jalan kaki ke ofis lagi..
Lepas keje pulak aku balik rumah dulu amik pakaian, baru pegi rumah Hawa..
Aku malas pulak la nak bawak barang banyak-banyak..
Dah tumpang rumah orang..
Karang die semak pulak dengan barang-barang aku..

Aku pun kadang-kadang balik rumah kemas-kemas la barang..
Tapi kali ni memang sikit je barang aku masa pindah..
Sikit tak sikit en.bf merungut jugak la masa pindah tu..hehe..

Kebetulan masa 1st time aku kemas barang..
Aku buang kertas-kertas lama masa aku study dulu yang dah tak guna..
Kalau bawak pindah pun tak guna pun..
Jadi sampah jugak..
Ada 1 plastik besar jugak la..
Asingkan pakaian yang tak berapa nak guna..
Then masa aku turun nak buang sampah dan kertas-kertas tu ada sorang perempuan ni tegur aku..
Die mintak kertas-kertas aku tu nak jual..

Aku pun sebenarnya tak suka buang kertas..
Aku suka kitar semula..
Kalau dekat kampung aku tau je nak hantar dekat mana..
Dekat sana tak tau terpaksa la buang..
Nak mencari box pun lambat..

Masa tu aku terus tanya orang tu..
Nak pakaian tak?
Dia kata ok je..
So aku mintak nombor phone die..

Esok tu aku revise barang aku balik..
Masa pakaian yang tak berapa nak guna tu aku bagi je..
Ada jugak yang Hawa berkenan dan amik..
Kebanyakkan nya elok-elok je..
Tapi aku dah jarang guna dan aku pulak selalu beli pakaian..
Printer aku pun aku bagi je dekat orang tu..
Ada barang penjagaan diri yang aku dapat free tak guna pun aku bagi je orang tu..
Dua plastik pakaian dengan satu plastik barang jugak la aku bagi die..
Rezeki nak bagi orang dan mudahkan kan urusan aku..

Alhamdulillah la dapat rumah yang ok..
Owner pun ok je..
Rumah tu die baru buat..
Rumah apartment biasa je..
Tapi dalam die ok la..
Ada katil davian, almari, mesin basuh, tv semua baru..
Kalau aku request pape pun die ok je..

Biasa la kalau orang yang menyewakan rumah ni..
Macam-macam ragam..
Tapi yang ni ok la aku tengok setakat ni..
Berjaya jugak la aku racun Hawa duduk dengan aku..
Semalam aku pindah dan ajak die tengok rumah..
Lepas tengok memang die berminat..
Cuma nak deal dengan owner tu la..
Insyaallah ada rezeki boleh la duduk sama..
Malam tadi aku balik kampung dengan Hawa..
Pukul 12 gerak dari sana..
Lepas keje aku pindah barang, lepas tu pegi makan, Hawa nak tengok rumah lagi..
Pukul 12 pun dekat KL lagi..
Semalam disebabkan aku nak pindah aku bawak la beg laptop dengan beg pakaian dari rumah Hawa..
Dalam train aku fikir je nak letak mana beg pakaian ni..
Dah la boleh tahan banyak barang..
Dengan toiletries aku, bantal kecik, selimut, pakaian..
So aku bawak beg laptop dekat ofis..
Beg pakaian tu aku letak dalam drawer dekat surau ofis je..hehe..
Nak balik petang tu bole pulak aku lupa dua-dua beg tu..
Tengah tunggu train baru teringat..
Patah balik naik ofis, pegi surau amik beg..hehe..

So agak penat la minggu ni..
Penat travel dan kos lagi tinggi..
Tu pun semalam barang tak kemas lagi..
Letak dalam bilik je..
 Nasib baik la dekat ofis agak terkawal walaupun keje banyak je..huhu..

Malas tadi pukul 2 lebih sampai kampung..
En.bf tak balik sebab die kene pegi Terengganu pulak weekend ni..

Lagi satu tak berupdate ni sebab aku malas nak beli broadband..
Beli pun lepas tu sibuk sana sini..
Bazir je tak guna..

Haaa panjang kan mukadimah aku..
Maklumlah dah lama tak menulis..hihi..

So hari ni aku nak settle kan payment budak yang replace aku dekat rumah la..
Disebabkan die bagi aku duit cash..
Aku dah inform ketua rumah lama..
So budak tu masuk hari ni..
Maka aku kene la bank in cepat-cepat..
Karang simpan lama-lama buatnya hilang ke tak pasal je..

So alang-alang nak keluar tu aku pun amik masa untuk diri sendiri.
Mula-mula tadi aku pegi urut kaki reflexology dekat tempat aku biasa pegi.. 
Keluar dengan adik aku..
Saje bawak die pegi urut..
Sebelum urut kaki tu ada la rendam kaki dalam air suam sambil die urutkan belakang kita..


Sambil die urut tu memang rasa nak lelap je..
Dekat sini kalau urut rm35 sejam..

Masa aku urut ni ada dekat tempat tu sakit..
Orang tu cakap sebab aku kurang tido..huhu..
Tak pelik la sebab minggu ni aku memang penat pun..

Lepas tu baru pegi bank in duit..
Sebelum balik aku singgah kedai gunting rambut favorite aku..
Aku trim dan basuh rambut..
Memang hair stylist favorite aku yang potong dan basuhkan..
Die ni kalau urut kepala memang best dan lama..
Bukan urut kepala je, tapi siap urut tengkuk, bahu dengan belakang sekali..
Total untuk trim dan cuci rambut adalah rm25..
Sangat best tapi murah..
Tu pasal aku tak pernah pegi tempat lain..

Balik rumah ni bole la tido lama..
Makan pun sedap..
So weekend ni adalah untuk merehatkan badan..


Apa yang jadi mungkin punca untuk kita dapat benda lagi baik..
Aku fikir positif je..
Mungkin pasal pepijat tu alasan untuk keluar je..
Kalau tak tak de alasan pulak kan..
Lagi pun dapat rumah yang ok..
Kalau dapat duduk dengan Hawa lagi best..

Monday, 24 November 2014

Hectic Weekend - Apple Cider Vinegar & Bottle..

Assalammualaikum..

Swing betul sekarang ni..
Nanti ada masa ak cerita..

Last weekend pun agak sibuk..
Sabtu aku pegi Times Square main bowling untuk company..
1st time ni pegi Times Square..huhu..
Start main pukul 10..
Jadi kene bangun awal la..

Habis pun dah petang..
Lepas habis main aku pegi Mid Valley..
Jumpa adik, mak dan ayah..
Dieorang datang sebab nak beli barang adik aku..
Petang dah balik aku balik rumah kejap..
Dah tu aku pegi Wangsa Maju..

Ahad tu pun aku bangun awal..
Ada hal jugak..
Kuar dengan en.bf uruskan hal dan beli barang..

So ni la antara barang yang aku beli..
Memang ada list barang yang aku da siap-siap..
Tapi tak dapat beli semua pun..
Sebab beli barang ni last sekali..
Mana barang yang tak de malas nak jalan carik sangat da..
 
Antara barang yang aku nak beli ialah Apple Cider..
Hari tu pun beli botol yang kecik je..
So dah nak habis..
 Kebetulan ada dekat Nu Sentral so aku pegi jalan-jalan Groceries..
Tapi tak de pulak aku jumpa..
So kitaorang jalan-jalan je la..
Keluar je jalan-jalan la dulu..
Tetibe nampak Vitacare..

So saje la masuk..
Jalan-jalan tetibe aku nampak ada jual Apple Cider..
Kebetulan ada promosi..
 2 botol Apple Cider botol besar dalam plastik dapat 1 ni free..


Aku dah tak berapa ingat harga..
Dalam rm 4+.++ untuk 2 botol besar..
So dapat botol kecik ni free..
Pada aku memang berbaloi la..
So cepat-cepat la grab..


Sebelum keluar sempat singgah dekat Chemelon..
Aku pernah survey dekar KLCC dulu..
So satu botol ni rm 3.50..
 Masa aku survey dekat KLCC dulu memang ni la aku jumpa paling murah..
Aku jumpa dekat Watson mahal gak..

Sape-sape yang berminat boleh la beli..
Mungkin ada promo lagi untuk Apple Cider Vinegar ni..

Friday, 21 November 2014

Hectic Week..

Assalammualaikum..

Minggu ni antara minggu yang sibuk dan memenatkan pada aku..
Penat fizikal dan mental..
Semoga ujian dan cabaran ni di akhiri dengan sesuatu yang baik..

Sampai hujung bulan ni Insyaallah aku akan sangat sibuk..
Dekat tempat keje sibuk..
Tadi masa update report bos aku kalau boleh nak report sebelum Christmas..
Aku ok je..
Agak hepy sebab ada dateline..
Kalau tak aku rilek je..
So aku bagi tau aku akan try my best je..
Sebelum habis intern hari tu aku dah ada pengalaman kan..
So tak de lah stress sangat pun..

Sementara ada team dari execution centre lain support dekat sini..
Aku pun nak belajar sebaik dan sebanyak mungkin dari die..
Very knowledgeable and nice guy..
Selalu ajar aku dan bagi macam-macam supporting doc untuk aku baca dan belajar..
Kalau hantar email tu, bila aku print, satu email tu je pun dan penuh 1 kertas A4..
Designation die pun Expert Engineer - Electrical..
Tu kalau boleh nak belajar banyak-banyak dan still keep in touch bila die dah balik sana..

Balik rumah pun aku penat jugak..
Ni nanti la aku share..

Weekend ni pun bakal penat jugak..
Sabtu dan ahad dah ada agenda..

 So sampai end of this month memang agak busy la..
 Busy dekat ofis sebab banyak benda nak study dan nak clear kan report..
Then benda-benda sampingan lain..

Aku wish nak pegi holiday..
Nak berehat..
Dan aku harap bila ada masalah ni dah settle akan ada benda baik untuk aku..

Ke aku mungkin akan busy sampai hujung tahun ni..hoho..
Busy nak siapkan report..
Busy dengan aktiviti-aktiviti lain..

Dekat ofis pun banyak jugak benda nak kene buat sambil aktiviti dekat ofis..
Tadi ada dapat list workshop yang menarik untuk bulan depan..
Rasanya ada yang aku nak attend..
Meeting tu setiap minggu ada..
Then tadi dapat email untuk Year End Party dan Gift Exchange untuk department aku..
Siap ada tema kene pakai merah lagi..
Kata je la Christmas party..
Mungkin nak jaga sensitivity orang dekat sini kot..
Bulan depan pun akan ada kenduri dekat rumah aku..
Hal tu pun tak settle lagi..

Doakan semua nya baik-baik je..
Aku bukan la orang yang suka keep busy..
Tapi sekarang ni aku nampak aku makin boleh handle kalau hal-hal personal ni..
Dan yang menarik nya aku love to keep busy dekat ofis..
Banyak benda nak kene buat, catch up..
Kadang-kadang curik masa study..
Then pegi jumpa boss aku untuk discuss apa yang aku dah buat..
Discuss dengan boss atau expert engineer tu apa yang aku study dan faham tu betul ke tak..
Apa yang best dekat industry ialah kita belajar, faham dan kita boleh nampak applikasi die..
Dan aku suka study dan discuss apa aku faham dengan dieorang dan lepas tu dieorang akan tambah, tambah dan tambah lagi dengan benda lain..
So aku suka dengan benda tu..
Bila kita buat apa kita suka, kita akan enjoy kan..

Aku pun suka kenal dan keje dengan orang.. 
Macam dekat ofis aku ni budak-budak tak ramai sangat..
Most of them memang experience..
Even aku dengan coliq aku pun yang sama-sama sengal tu pun die dah 5 tahun experience..
Aku dengan bos aku tu lagi la jauh, die more ten years experience..
Kebanyakkan memang expert-expert..
Diri ni memang some one with baby step dekat situ..

Again, yang penting kita suka apa kita buat..
Sape-sape minat nak engineer dan suka engineering tu..
Yes it is very interesting..:)

Tuesday, 18 November 2014

Pepijat Katil - Ini Pengajaran untuk Semua..

Assalammualaikum..

Jam menunjukkan pukul 1.08 malam..
Baru lepas mandi lepas jadi buruh kasar..

Kisah ni memang pengajaran untuk semua..
Tak de niat pape pun..

Aku duduk bilik ni dengan seorang roomate aku..
Die dah duduk rumah ni lama jugak..
So masa aku masuk pun memang dah ada tilam, katil, almari semua..
Katil ni katil 2 tingkat..
Aku tido dekat bawah..
Dulu die pun tido dekat bawah..
Sekarang ni die selalu tido dekat atas..

Aku sejak akhir ni tukar posisi kepala aku..
Sebab macam silau dengan lampu dekat luar..
Sejak tukar posisi aku selalu rasa gatal dekat badan..
Kadang-kadang terjaga malam sebab gatal..
Tengok-tengok tilam rasa macam biasa je..
Pernah tanya roomate aku tu pasal toto yang lapik tilam..
Toto tu tebal so memang tak bole nak basuh..
So hantar dobi je..
Aku pun ok je lah sebab barang die kan..
Karang aku memandai tak pasal pulak..

Kisah ni bermula dari semalam..
Rumet aku ni memang tak de minggu ni cuti..
Aku rasa macam tak sedap hati je pasal gatal tu..
Sekali aku cek la dekat bucu katil ada terlipat sikit..
Nampak macam ada serangga..
Banyak pulak tu..huhuhu..
Dekat bahagian kepala aku tidur sekarang..
 
Memang aku dah rasa tak best..
Lepas tu aku teringat pasal pepijat..
Aku tak pernah dengar wan dengan mak aku cerita pasal kakak aku gatal-gatal dekat rumah sewa die..
Then cakap pasal pepijat..
Aku memang tak pernah tengok atau kene..
So memang tak kenal la..

Disebabkan rasa tak sedap hati aku pun google la..
Alamak macam sama je dengan binatang yang aku nampak tadi..huhu..
Sumpah geli, meremang giler..
Terus aku cek dekat toto tu..
Buka setakat ada dekat situ je..
Ada jugak lagi dekat bahagian lain..
Oh tidak..

Aku pulak cuak giler terus angkat toto tu kibas-kibas dekat toilet..
Then buang-buang..
Macam tak berjaya je ni..
Terus aku lipat letak dekat atas lantai hujung sekali je..
Memang aku tak lena tido malam tadi..
Dalam kepala aku memang dekat cadar, lapik tilam dengan tilam ni ada kemungkinan yang sangat tinggi untuk ada..huhu..
Tapi pasrah je la..
Aku siap lapik dengan cadar aku lagi..
Rasa memang teruk giler..
Agrhhh kenapa aku kene ada masalah ni sekarang..

Pagi tu pun memang aku semak je..
Rasa nak pindah je..
Dalam hati aku fikir macam mana nak settle kan toto tu..
Sampai ofis pagi tadi terus aku google macam mana cara nak mengatasi masalah ni..
Ada aku baca guna bahan kimia, daun durian belanda dan daun pandan..
Aku siap tanya office mate aku kalau ada daun-daun tu dekat rumah, mintak dieorang belikan la..


Dekat ofis tadi aku ada try call room mate aku..
Tapi memang tak dapat dihubungi..
Terus masuk voice mail..
So malas nak tunggu aku balik kejap lepas tu aku siap balik awal sebab nak hantar toto tu pegi dobi..
 Kalau ikut kan hati aku memang aku nak buang je toto tu..huhu..
 Lepas tu aku terus pegi ofis en.bf. sebab nak pegi makan..
Tapi memang kene carik ubat untuk benda ni..
Mau aku tak tido malam ni..
Mula-mula pegi Kip Mart..
Carik-carik tak jumpa pun..
Nak masuk kereta tu nampak ada farmasi..
Try je lah masuk..

Masa orang tu datang tanya nak carik apa..
Cakap nak penghapus pepijat katil..
Sekali ada..

So ni la yang aku beli tadi..



Harga die rm29.90..
Ada bau original dengan Lavender..
Lavender tu bau die wangi la..
Tapi aku pilih yang original..
Wangi ke tak bukan masalah..
Yang penting banteras..

Balik tu memang aku terus operasi la..
Sembur sana sini..
Dekat kain pelapik ni pun ada jugak rupenya..
Sembur habis-habisan..
Nasib baik aku tengok-tengok dekat tilam tak de..
Cadar aku mesin..
Mula-mula beria jugak aku sembur dekat cadar..

 Lepas tu aku tengok ada bantal-bantal roomate aku yang die letak dekat bawah..
Aku mula-mula malas nak usik barang orang..
Tapi demi nak membanteras kan..
Sekali ada dekat bucu-bucu bantal dengan sarung bantal..
Dekat selimut yang die jarang guna pun ada sikit..
Arghhh stress lagi..
Aku pun sembur, sembur dan sembur la..
 Lepas tu aku campak dekat atas je..
Adoi tak pernah basuh sarung bantal dengan ke..huhuhu..

Kalau ada jumpa memang aku sembur la..
Tapi bantal, barang die dekat atas aku tak usik pun..
Sekali aku ternampak bantal busuk die..
Aku pun amik la tengok..
Sekali amik ko..
Dekat situ la paling banyak aku rasa..
Sarng paling utama kot..huhu..

Korang banyang kan..
Bantal busuk die tu jenis yang macam bantal peluk..
Tempat cerut dekat atas dan bawah tu kain die macam berlipat-lipat kan..
Dekat situ la yang paling banyak..
Aku mampu sembur, sembur dan sembur je la..
Serius banyak kali giler aku sembur..
Dan sangat banyak..
 Aku memang stress giler masa ni..

Bantal busuk, bantal peluk kot..
Punya la peluk beria tak perasan ke tempat membiak binatang..
Masa tido tak gatal ke..
Tak pernah basuh ke..
Memang aku terus call en.bf..
Aku stress giler..
Aku cakap dekat die..
Kalau dekat tilam ke aku bole jugak la terima kalau tak perasan..
Tapi dekat bantal busuk peluk sendiri kot..huhuhu..
So memang banyak dan berulang-ulang la aku sembur..
Aku cek la jugak dekat bantal peluk aku, bantal aku..
Alhamdulillah tak de..

Aku bukan apa..
Aku memang basuh setiap minggu kot..
Dekat sini kurang rajin sikit pun tapi selalu jugak la basuh..
Kalau dekat Kemaman dulu setiap minggu aku hantar dobi..huhu..

Sampai nak habis la sebotol ni aku dok sembur-sembur dari tadi..
Memang die buat aku rasa nak pindah je..
Ni pun aku rasa ada je lagi..huhu..
Nak tido pun tak tenang tau..hukhukhuk..

Dah sembur segala tadi aku sapu bilik, mop semua..
En.bf masa aku bagi tau pagi tadi pun bising..
Pengotor sangat je sampai katil berpijat segala..
Room mate aku ni nurse..
So aku assume tahap hygine die agak tinggi la..
Tapi nampak macam tak je..

Kalau teringat memang aku rasa geli dengan meremang la..
Siot betul la..
Rasa nak pindah je..
Ni la yang aku tak suka duduk dengan orang ni.. huhu..
Tolong la doakan masalah ni cepat selesai ye..

Monday, 17 November 2014

Baking Soda & Apple Cider Vinegar..

Assalammualaikum..

Apa khabar semua?..
Aku hari ni macam kurang sihat sikit..
Tak de lah kurang sihat teruk sangat..
Tapi hari ni macam dah start selsema..
Sekarang ni macam makin kerap pulak selsema..
Mungkin sebab selalu kene hujan lepas tu terperap je dalam aircond dekat ofis..
Yelah bila terperap tu sorang batuk atau selsema memang senang la berjangkit..

Start dari malam tadi la ni..
Macam biasa bila balik kampung, balik ke KL balik tu selalunya sampai lepas pukul 12..
Semalam sampai kemas-kemas barang tak de mandi pun..
Kalau rajin tu aku mandi lagi..
Nak tido tu rasa macam sejuk je..
Bangun balik carik stokin then pakai stokin..
Lega sikit rasa..
Aku kalau dulu memang slalu tido pakai stokin..
Memang lagi selesa..
Kaki aku memang cepat sejuk
Bangun tu masa mandi memang hidung sebelah kanan dah berhingus..
Pegi ofis tadi terbersin dan makin teruk..

Panjang mukadimah nya kan..
Kembali ke tajuk dekat atas..
Aku ada benda nak buat dengan 2 benda dekat atas..
Nanti aku share..

So hari ni kita cerita macam mana nak dapatkan dua benda dekat atas tu dulu ye..
Aku memang dah ada baca pasal benda dekat atas ni..
So dekat ofis tadi aku bukak jugak la baca untuk confirmkan..
Aku pun puasa hari ni..
 So tengah hari tadi aku ajak la officemate aku pegi carik barang ni..

Ofis aku kan dekat KL Sentral..
So ke Groceries dekat Nu Sentral la aku..
Jumpa Baking Soda je dekat situ..

 

Ada dua size..
Mula-mula tamak nak amik yang besar..
Last-last aku amik yang kecik je dulu..
Harga die rm3 tak silap tadi..
Ke 3.90..
Resit die entah mana pulak..
Balik tu aku bukak balik internet confirmkan betul ke tak barang yang aku beli..hehe..

Apple Cider Vinegar tu tak de pulak dekat Nu Sentral..
Disebabkan keinginan yang membuak nak dapatkan..
Benda-benda macam ni pegi carik dekat Cold Storage ke senang la nak jumpa..
So aku memang dah plan nak pegi KLCC terus lepas keje..

Sampai KLCC terus pegi Cold Storage..
Ada due jenis dekat situ..
Satu yang aku beli ni..
Benda ni nama melayu nye cuka epal..


Yang ni botol kecik..
Rm 10.99 satu botol ni..
Satu lagi brand Bragg botol besar..
9++ ml macam tu rm20.99..
Again, sila la beli yang kecik dulu..

Dah settle semua aku pun naik dekat food court dekat sekali untuk buka puasa..
Layan nasi putih + tom yam dengan bandung cincau..
Turun tu sempat singgah dekat Roti Boy..

Mula-mula dah amik chocolate muffin dengan cheese tart..
Dah beratur pun..
Sekali tengok orang beli roti boy macam best je..
Sanggup pegi letak balik muffin tu lepas tu beli roti boy dengan cheese tart..
Boleh je nak makan semua tu..
Tapi fikir balik semua tu nafsu je..
Nanti sendiri yang gemuk sendiri yang kecewa..
So reward diri sendiri dengan roti boy dengan cheese tart.. 

Saturday, 15 November 2014

Jemputan Mengemas Kini Status Pekerjaan..

Assalammualaikum..

Rasanya ramai yang bergelar graduan dekat sini..
Korang ada dapat email mengenai kajian suuslan ni tak?..
Aku pun tak ingat bila aku buat ni dulu..
Ye lah grad pun tahun 2010..
Dah lama dah..

So ni email yang aku dapat..

Salam Sejahtera,

Kementerian Pendidikan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas penyertaan anda dalam Kajian Pengesanan Graduan KPM yang lalu.Maklumat yang diterima telah banyak membantu pihak KPM dan IPT anda memahami dunia pekerjaan graduan yang sentiasa berubah. Ini telah membolehkan KPM dan IPT anda menggerakkan beberapa inisiatif bagi meningkatkan lagi kebolehdapatan kerja dalam kalangan graduan. Usaha ini diharapkan dapat membantu ekonomi negara kita terus berkembang maju.

Pihak KPM dengan kerjasama IPT anda sedang menjalankan satu lagi kaji selidik bagi meninjau perkembangan kerjaya para graduan yang telah sekian lama berada dalam pasaran kerja. Oleh itu, pihak kami sangat berharap kepada kerjasama anda dalam menjawab soal selidik yang ringkas ini. Kaji selidik ini mengambil masa kurang daripada lima (5) minit. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Nota: Bagi menghargai kerjasama anda, beberapa penganjur telah sudi menyediakan hadiah menarik kepada peserta bertuah. Untuk layak mendapat hadiah bertuah, anda diminta untuk memberi respons dalam tempoh 14 hari dari tarikh emel ini. Bagi melihat hadiah dan syarat-syarat penyertaan, sila klik pada paparan di bawah ini.


Sila layari graduan.moe.gov.my/update untuk mengemas kini status anda atau mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kaji selidik.

Bagi melihat hasil kaji selidik yang lalu, sila layari  http://graduan.moe.gov.my/skpg-report

Hubungi kami untuk maklumat lanjut:
Telefon        : 03-8870 5111/5115
E-mail          : kajiansusulan@moe.gov.my
Facebook     :https://www.facebook.com/pages/Kajiansusulan/229266860466771

Sila la klik link dekat atas..
Akan keluar page ni nanti..


 So klik la dekat Kemas Kini Status Anda Di sini tu..
Lepas tu ada page die akan suruh masukkan no.IC..
So memang ada makumat profil dengan education background kita dalam system..
Kalau betul tu maklumat kita klik pulak dekat link dekat bawah dalam page tu..

Klik DI SINI untuk sambung dan lengkapkan status pekerjaan anda.

  So ada maklumat yang kita perlu update..
Sikit je soalan die.
Soalan pun tak banyak..
Kira macam kita update status terkini perkerjaan kita..

So boleh la masing-masing update ye..
Ada jugak hadiah menarik..
Mana tau rezeki korang nak dapat hadiah dekat atas tu..

Jeruk Asam Boi..

Assalammualaikum..

Bersiaran dari kampung..
Last minit plan je nak balik sebenarnya ni..

Sebenarnya aku memang beria ajak en.bf baik kampung weekend ni..
Minggu depan aku tak boleh balik agaknya sebab ada hal..
Tu beria nak balik weekend ni..
Tapi disebabkan en.bf nak keje aku mengalah la..
Tak pelah..
Balik la lepas settle hal aku next week..

Disebabkan tak balik weekend ni..
Semalam dekat ofis dah nak balik tu aku SMS ajak la die keluar..
Sekali die replr suruh siap balik kampung malam ni..
Terus excited la aku..haha..

Balik tu sebab lapar singgah pasar malam beli keropok lekor jap..
Beli la rm2 buat rasa..
Lepas tu terus naik..
On the way nak balik tu Sen call..
Mengah aku naik tangga sambil berbual dengan die..huhu..
Nasib baik la rumah dekat tingkat 4 je..
 Lama jugak la bersembang dengan die..
Die pun baru nak balik..

Sementara nak tunggu en.bf amik tu aku makan la keropok lekor sambil layan Super Spontan dengan housemate..
Then nampak baju penuh sebakul aku pun lipat la masuk dalam plastik..
Bawak je la balik basuh dekat rumah..
 Kalau nak basuh hari Ahad nanti memang tak sempat la..
Balik pun dah malam..

Balik ni adik aku ada dekat rumah..
Die ada update pasal mangga..
Nak buat jeruk asam boi la tu..hehe..

Sampai semalam aku memang dah makan..
Terus tanya pasal jeruk la..
Tak de mangga..
Buat jeruk asam boi epal hijau je..

 
 Ni bukan la 1st tima aku rasa..
Pernah je makan dekat ofis ada sorang senior tu pernah bawak yang epal hijau, mangga dengan betik..
Dekat ofis dapat rasa sikit-sikit je la kan sebab ramai..
Tak dapat la nak hadap sorang-sorang da..

Balik sebelum ni pulak mak pernah je buat guna mangga..
Cuma tak pernah tulis dekat sini je..
Dekat rumah ni ada beberapa batang pokok mangga..

Masa awal-awal dulu sibuk dekat fb ada kawan aku jual..
Pernah la nak beli..
Satu botol rm8..
Sekarang ni die jual rm10 dah sebotol..
Kawan aku tu duduk Cheras..
Die bole delivery..
Tapi minimum kene beli 5 botol..
So total rm40 la masa tu atau rm50 la sekarang kan..
Nasib baik la tak de stok masa tu..
So aku tak jadi beli..
agi pun aku rasa macam mahal je..
Balik la buat sendiri je..
 
 Aku ni dengan jeruk memang favorite sangat..
Dari kecik dulu..
Pape pun memang sedap la jeruk asam boi ni..

Tuesday, 11 November 2014

When Less is Always More..

Assalammualaikum..

Aku sebenarnya suka dengan concept minimun atau less is more..
Ada benda yang sangat simple dan ringkas tetapi impak nya besar..

Contoh nya kalau dalam mendeko..
Ada benda yang simple dan murah tapi nampak kelas, elegen dan mahal..
Bila die datang dengan less effort tapi sesuatu memang best..

Jauh nye la intro die menyimpang..
Sebenarnya aku nak cerita pasal makanan best masa atas kapal hari tu..

Masa sampai memang kitaorang terus pegi ada tempat berkumpul ni..
Dekat situ bole kata tempat masak..
Disebabkan size atas kapal tak ramai..
Dan ada isu dengan generate electric..
So dieorang memang storage barang dan masak dekat situ..


Tengok-tengok gambar terjumpa gambar dekat atas ni..
So dieorang ada open galley..
Abaikan 2 kain atas palang depan tu..
Boleh nampak sinki belah kiri, peralatan dapur dan belah kanan depan tangga ada pinggan, cawan segala kan..

Masa sampai dan safety briefing dekat sini dieorang bagi air mineral..
Then cook die tanya nak kopi ata teh ke..
Semua tak nak..
Siap ada yang bersuara pasal kebersihan lagi..
 Dieorang tak faham pun..

Lepas safety briefing captain tu tanya nak makan ke tak tengah hari tu dengan dieorang..
Kalau nak dieorang masak..
Masing-masing macam konfius je..
Then die bagi tau yang most of them are Pakistani..
So tak de isu dengan makanan..
Sebab ada satu kapal lagi tu operate by Brazillian..
 So atas kapal dieorang serve non-halal food..
Ada pork..
So kalau naik bawak roti je la..

Bila dengar je Pakistani dan halal..
Terus masing-masing excited..
Request nasi beriyani..hehe..
So set time untuk keje masing-masing dan akan kumpul balik untuk makan tengah hari..

Sampai waktu makan datang dekat meja tengok dieorang dah siap setting..
Sebenarnya dieorang akan masak beriyani hari Ahad..
Tapi demi request dari kitaorang..
Sampai meja beriyani menunggu..:)


Walaupun terhad dan banyak kekangan tetap jugak nak bagi sesuatu yang baik kan..
Siapkan susunan sudu, alas (walaupun tisu dekat dapur je), gelas kaca ..
Memang menyentuh ye effort tu..


Memang terbaik ye beriyani die..
Makanan die memang sedap-sedap..
Best beriyani and ice-cream ever..
Layanan pun sangat baik..
Nampak je nasi luak captain die suruh refill cepat-cepat nasi tu..

Lepas makan nasi die hidangkan ice cream pulak..


Pakai mangkuk macam mangkuk sup tu je..
Elok jugak la sebab besar kan..
Memang puas la makan..
Ice cream siap ada syrup, kacang dengan buah lagi..

Then dieorang siapkan keluarkan coke dan 7 up la..
 Sangat nice..
Makanan dan layanan pun terbaik..
Cook ni sebenarnya die cook cruise dulu..
Patut la masak dan presentation meletop je walaupun tu je yang dieorang ada..

Effort tu la yang buat kita terharu..
Seboleh mungkin cuba untuk kreatif untuk present sesuatu dekat orang..
Tak pernah pun terfikir nak jadikan tisu tu alsa ke apa..
Pape pun usaha die memang bagus dan berjaya..
Tak semestinya mahal, gah tu bejaya menambat hati orang kan..

How nice they are aku tak perlu nak explain lagi la..
Tu memang akui sejak dulu lagi..
Walaupun macam-macam tanggapan negetif dekat dieorang..
Dah balik KL tu masa online terus message Hendry..
Aku admit yang makanan dieorang best, patut la ko gemok..haha..

Sunday, 9 November 2014

ANTIMOS - Pencegah Nyamuk..

Assalammualaikum..

Keluar semalam memang selain nak beli cotton bud yang dah habis nak beli ubat nyamuk jugak..
Sebenar nak beli deodarant jugak..
Tapi ada lagi..
Tunggu dulu la nanti baru beli..
Yang 2 tu memang nak beli sebab dah habis..
So beli cotton bud Watson rm1.90..
Ubat nyamuk tak kan la beli dekat KLCC jugak kan..huhu..

Masa dekat Keramat tengok dekat 7E ada refill untuk yang liquid dan ubat nyamuk yang aku tak biasa tengok..
Lagi satu ada ubat nyamuk lingkar tu..
Yang tu tak sesuai untuk bilik..
Kalau guna nanti habis pakaian bau asap..huhu..
 
Aku nak beli yang macam ni sebenarnya..

Biasa guna yang macam ni je..
Sekali carik tak de..
Dah la dah pukul 11 lebih masa tu..
Kedai runcit pun dah tutup..

Sebelum balik tu last choice singgah 7E dekat rumah aku je..
Pun tak de jugak yang aku cari..
Ada lebih kurang macam dekat 7E sebelum ni je..

Macam mana pun kene beli jugak sebab dekat rumah ni banyak nyamuk..
Banyak nyamuk tu satu hal..
Lagi menakutkan dekat area rumah aku ni pun banyak kes denggi..
Kadang tu dah pasang ubat nyamuk elektrik tu pun tetap ada nyamuk..
Tak makan saman lansung..
Pernah je habis kaki dengan tangan banyak bintik-bintik kene gigit nyamuk..
Paling bosan malam-malam terjaga sebab nyamuk semak dekat telinga tak pun terjaga sebab gatal kene gigit..

Tengok-tengok apa yang ada..
Tetibe nampak ni macam menarik pulak..


1st time jumpa n beli..
ANTIMOS Pencegah nyamuk..
Harga die rm 10.50..
Kalau dekat tempat lain aku tak tau la berapa harga die..


Dalam kotak tu ada 2 rupenye..
Aku baru guna 1 je..


Ada info sikit pasal benda ni..
Setiap satu tu berkesan meliputi ruang seluas 100 kaki persegi dan boleh tahan selama 600 jam pada suhu bilik biasa..
600 jam tu dalam 25 hari..


So aku bukak penutup die dan letak bawah katil..
Alhamdulillah malam tadi tido tak pulak terjaga kene gigit nyamuk ke..
Ke aku yang tido nyenyak sangat tak tau la..

Benda ni bau serai..
Disebabkan bilik aku tak besar sangat..
Kalau baru masuk bilik tu bau jugak la..
So waktu siang aku tutp balik..
Kiranya bukak penutup tu waktu malam je..

Ada yang pernah try?..
Bole share pengalaman..
Kalau nak cuba pun bole try..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...