Monday, 29 September 2014

1st Day at Office..

Assalammualaikum..

Hari ni 1st day keje kan..
Hari ini dalam sejarah jugak la..
So harus lah di abadikan dalam blog ni..
Up side down selama ni berbaloi jugak la..
Macam tak percaya je dah keje balik..

Semalam bole tahan awal jugak la aku tido..
Awal tak awal pun dalam pukul 1 jugak la..
Tu pun paksa diri untuk tido awal..
Kalau ikut kan mata masa tu bole je berjaga lagi..
Maklumlah dah biasa tido lambat..

Awal-awal lagi sampai rumah tu aku dah set alarm..
Aku bangun awal pagi tu..
Sempat jugak la golek-golek atas katil..
 Dah mandi aku lepak-lepak online dulu..
Walaupun bangun awal tapi tak berniat pun nak datang awal..hehe..
Dah 8 lebih baru aku siap-siap..

Sampai-sampai ofis nasib baik la jumpa dengan secretary department aku..
Try guna access card lama masih lagi bole guna..
So aku naik je la pegi department dengan die..
Duduk dekat tempat baru..
Tapi semua benda pun tak de lagi..
PC pun tak de lagi..

Of course la masing-masing macam agak surprise bila tengok aku balik..
Ada yang tau dan ada yang tak tau aku nak datang balik..
Jumpa SV aku yang lama die dah assign aku keje..
Sambung keje yang sebelum ni memang of course la..
Die dah siap kan comment..
Manager aku pun dah comment keje aku sebelum ni..

Pagi tadi pun sempat jumpa manager yang amik aku intern dulu..
Kebetulan die datang department aku tadi..
Die wish tahniah dan bagi kata-kata nasihat dan semangat..hehe..

SV aku pun ada dekat ofis sekejap je..
Manager aku memang tak de..
Lepas lunch pun ramai yang tak de..
Boleh kata separuh dari ofis tak de..
Dieorang pegi Singapore untuk conference..
Pegi sampai Rabu petang..
Hari Khamis baru masuk ofis balik..

Lepas lunch aku ada kemas-kemas barang sebelum ni..
Tengok balik doc sebelum ni yang aku dah tinggalkan dan nak guna balik..
Nak start keje pun lemau sebab tak de PC..
Kalau dah ada PC bole la aku start keje dan request pape yang tak cukup lagi..

Tengah hari teman office mate aku pegi bank dan lunch dengan die..
Siap belanja aku makan tengah hari 1st day aku..hehe..
Petang sikit aku belajar la benda-benda yang sepatutnya dengan die..
Die ni expert dan buat projek bahagian switchboard/switchgear..
Untuk emergency dan essential generator..
So sementara aku tak de PC lagi..
Sambil-sambil die buat keje tu belajar la dengan die..

Aku keluar awal hari ni..
Keluar awal sekali dengan office mate aku..
Yelah dekat office pun tak de orang sangat kan..
Lepas lunch pun aku mengantuk giler..
So baik la balik awal..

Harap minggu ni sementara dieorang out station ni boleh la aku catch up apa yang patut dan start buat keje..
Harap aku mampu la nak habiskan projek ni..

Sunday, 28 September 2014

Back to Work..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah dah selamat sampai KL..
Petang tadi dari Kuala Pilah naik bas ke Seremban..
Dari Seremban pun naik bas ke KL..
Turun antara Pudu Sentral dan CM..
Jalan kaki la sikit ke LRT..

Dalam LRT lalu nampak nama company dan bangunan berdebar je untuk esok..
Macam aku cakap..
Sebab pernah ada dekat sana tu yang lagi berdebar..
Dalam masa yang sama bersemangat sikit la..

Sampai dekat rumah tadi tak de orang pun..
Gelap je rumah..
Aku kemas-kemas barang..
Kemas jugak barang untuk bawak pegi ofis esok..
Esok patut act macam dah biasa atau macam naif je..
Konon-konon macam 1st day ala-ala tak biasa ke..

Masa nak balik sini tadi haruslah macam sedih je nak tinggalkan rumah..
Best duduk dengan mak, ayah dan wan..
Sejak duduk asrama masa form 4 dulu bukan senang nak duduk dekat rumah lama-lama..
Knowing me, aku bukan la suka tunjuk perasaan aku terutamanya dekat mak, ayah dan wan..
Memang sangat tak ye..
Aku lagi suka diam, sendiri-sendiri..
Tapi tu jugak la cara aku didik diri aku supaya lebih berdikari..
Supaya aku lebih tabah dekat mana-mana, atau apa situasi pun..
Tak nak susah dieorang, walaupun hati dieorang..
Dengan niat untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik..
Untuk aku share kan dengan dieorang jugak..
Tapi aku tau..
Sebagai penjaga, doa dieorang selalu ada dengan aku..
Aku pun bukan sape-sape tanpa dieorang..

Aku keluar awal jugak tadi..
Tapi punya la lama tunggu bas dari Kuala Pilah ke Seremban..
Bas lompat la katakan..
Dari Seremban ke KL pun sama..
Dah la aku orang yang 1st naik..
Nak tunggu bas tu penuh lagi..
Dalam bas tadi memang aku tido je la..
Aku ni memang kaki tido..

Sampai-sampai rumah tadi tak de orang..
Dah mandi kemas-kemas tengok housemate aku dah balik..
Lepas tu aku pun pegi la basuh selimut, sarung bantal, sarung bantal peluk segala..
Dah lama tak balik kan..
Lepas tu ada drama sikit pulak tadi..
Lawak pun ada..
Nasib baik aku tak layan sangat..

Sambil drama dekat rumah..
Aku dengan die melayan tengok AF..
AF kali ni aku rasa lagi ok dari season sebelum ni..
Tapi season sebelum ni aku tak tengok sangat pun..haha..
Kali ni aku ada peserta favorite aku..
Aku suka Ewal, Nuha, Firman dan Adel..
4 orang ni aku rasa bole pegi Final..
Tapi AF kan suka drama..
Peserta best terkeluar..
Lepas tu ada AF masuk..
Terus hilang mood lepas tu..haha..

Ok la..
Semoga semuanya baik-baik je esok..
Tak sabar jugak nak keje balik ni..
Banyak benda kene buat tu aku memang tau..huhu..



 Lagi pun dah pukul 12 lebih..
Kene tido awal dan bangun awal..
Masa tido dah kene betulkan balik..

Saturday, 27 September 2014

Late Supper..

Assalammualaikum..

Lepas Maghrib tadi aku tertido sebenarnya..
So bangun aku mandi dan online..

Tadi ayah yang conquer tv..
Tengok cerita Indiana Jones ke apa entah..
So bila die masuk tido aku pulak take over..

Sebenarnya siang tadi wan dengan mak dah masak rendang..
Walaupun siang dengan petang tadi dah makan..
Malam ni teringat-ingat lagi..

So late supper la kita..
Semalam makan maggi kan..
Malam ni makan nasi dengan rendang ayam la ek..


Mula-mula amik 2 ketul je..
Sekali tak puas pulak makan..
Amik la 2 3 ketul lagi ratah ayam je..hehe..

So late ni supper sambil menonton Running Man..
Memang heaven kan..

Hari-hari Terakhir di Rumah..

Assalammualaikum..

Esok adalah hari last day dekat rumah..
Isnin dah start keje balik..huhu..
Berdebar pulak nak keje balik..
Padahal dekat tempat yang sama je dengan 6 bulan sebelum ni..

Disebabkan dah pernah sama-sama 6 bulan tu la memang dah boleh agak lepas ni macam mana..
Momentum kene sama tak pun lebih baik lagi..
Lagi pun sebelum ni trainee je..
Lepas ni dah executive..huhu..
Aku pun 1st fresh grad yang dept ni akan recruit..
Harap semua elok-elok la..
Besiap sedia la masing-masing nak kene dengar keluh kesah aku nanti..
Macam aku kene dengar keluh kesah Sen..haha..

Kesian die dekat Bintulu sorang-sorang..
Kadang-kadang setiap malam call aku..
Dah tu call aku kadang-kadang aku tengah berpoya sana sini dengan budak-budak ni..
Sabar je la die dengar..
Call aku bole memotivasikan die katanya..
Tak bole blah betul..
Padahal merepek je banyak..
Kalau aku pun bila budak-budak ni mengarut la lega sikit dengar..
Kalau serius sangat tu aku makin stress kot..haha..

Lagi pun tak senang nak bercerita dengan semua orang..
Orang tak ada, atau tak pernah ada susah nak faham..
Macam aku dulu pun kalau cerita dekat Sen die selalu je pangkah aku..
Sekarang die mengakui sikit sebanyak cakap-cakap aku dulu.

Cuti ni memang aku gunakan masa melepet dekat rumah..
Nak keluar pun aku malas..
Makan dan tido je la..
Boleh makan dan tido sesuka hati..
At least dapat la habiskan masa dengan mak, ayah dan wan..
Kalau ada yang balik tu meriah la sikit rumah..
So dapat la makan yang sedap-sedap dan tengok dieorang buat pameran la..

Dapat jugak melepak dengan BFF..
Melepak dengan en.bf bila die balik kampung..
Melepak dengan Hendry sekali..
Melepak buat keje gila menonton tak ingat dunia sepanjang malam, pegi sign contract, dan window shopping dengan Haziq..
Tak dapat jumpa Sen dengan Apis je..
Sen ajak jumpa cuti hari Malaysia sebelum balik Bintulu..
Tapi aku malas balik KL..
Apis pun ada ajak pegi aktiviti..
Weekend ni pun die dengan Hendry ajak pegi main ATV..
Tapi sebab kaki tak berapa ok tak dapat la join..
Tadi pagi pun die SMS ajak lepak hari ni dengan Hendry..
Tapi malas pulak nak pegi sebab jauh..
Next time la ye..
2 orang ni punya plan memang selalu mengarut je..

Cuti ni pun di uji dengan digigit lebah..
Alhamdulillah sekarang dah ok dah..
Dah bole pakai kasut rasanya..
Lebam dah surut..
Cuma warna kulit belum kembali sepenuhnya ke warna asal..hehe..
Lepas ni kalau sape-sape kene sengat lebah sila la pegi hospital dapat kan injection cepat-cepat ye..
Kalau tak bengkak macam aku hari tu..

Awal-awal balik haritu beria study kan..
Dah decide nak pegi mana tak study dah..
Nanti start keje balik study la balik..
Untuk present next month pun tak prepare apa pun lagi..
Report tak siap lagi, slide tak siap lagi, evaluation form pun supervisor aku tak isi lagi..
 Evaluation form tu patutnya aku nak email je..
Tapi sebab aku akan balik semula dekat company tu..
Jumpa nanti terus bagi la..

Bulan depan pun aku rasa banyak cuti..
Tak lama lagi nak Raya Haji kan..
Lepas tu aku nak pegi Terengganu pun cuti lagi..

Hari tu tak sempat jumpa budak-budak ni sebab sakit kaki (alasan) masa dieorang datang KLCC ada MOGSEC..
Masa OTC hari tu aku dekat KL..
So rajin la nak pegi..
Yang ni sebab aku malas, sakit kaki dan aku pun tak pasti aku authorized ke tak untuk pegi..
Masa pegi company tu pun aku malas nak tanya..
Ada rezeki nanti kita jumpa..

Esok dah balik KL..
Habis dah bulan madu yang indah sebulan ni..
Selamat berkerja balik..

Friday, 26 September 2014

1st Give Away to Student..

Assalammualaikum..

#Sila skroll untuk new post

Ni 1st give away aku..
Tak de apa sangat pun yang aku nak give..
Tapi kalau sape-sape yang berminat bole la cuba..
Hanya sumbangan kecil dengan harapan dapat membantu student-student dekat luar sana..


Untuk dapatkan give away ni..
Sila hantarkan butiran diri dan essay ke email aku..

Syarat-syarat :-
  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia..
  • IPTA/IPTS
  • 1st semester student (student semester lain pun boleh cuba hantar)

Sila provide :-

1. Butiran diri
  • Nama
  • Alamat
  • Nama Institusi Pengajian
  • Bidang Pengajian (mungkin bidang engineering diberi keutamaan)
  • Tahap Pengajian - Diploma/Ijazah/Masters/PhD (prefer Diploma & Ijazah)
  •  
    2. Sila hantar essay mengenai latar belakang keluarga, pendidikan, apa yang anda sedang usahakan sekarang, dan seterusnya perancangan masa depan..
     
    Note:
  • Mungkin ada beberapa doc yang korang perlu provide nanti as supporting doc.
  • Boleh tulis essay sepanjang yang boleh. Sebaik-baik nya biarlah ringkas dan padat.
  • Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh email aku.
  • Tarikh tutup adalah 26hb Oktober (sebulan tempoh give away ni).
  • Sebarang perubahan aku akan maklumkan dari semasa ke semasa.
  • Setakat ni aku rasa aku akan bagi give ni kepada 3 essay yang terbaik. (mungkin berubah mengikut feedback yang di terima dan budjet - mungkin kurang atau lebih)
 Ni 1st give away aku..
 Mungkin banyak kelemahan sebab 1st time..
 Kepada yang berminat boleh hantarkan penyertaan ke kasehkamila@gmail.com..
Kepada sesiapa yang baca pun harap boleh sebarkan maklumat mengenai give away ni..:)

Maggi for Supper..

Assalammualaikum..

Aku duduk rumah ni selalu ada habit makan malam-malam..
Yelah dah lambat tido..
Sambil tengok tv lepas tu lapar..
So mula la mencari makanan dekat dapur..
Selalunya aku ratah lauk je..

Tapi malam ni aku teringin nak makan maggi sup..
Dah lama sangat tak makan..
Sebab rumah dekat KL tak de stok maggi pun..
Saje malam beli..
Dekat rumah dekat kampung pun tak de jugak..

Tapi hari tu nampak mak beli..
Bukan main banyak lagi..


Ada 2 bungkus ni dekat rumah..
Bukan 2 bungkus dekat atas ni ye..
2 bungkus besar ni..


Masak simple je..
Tapi big kari ni mee die memang banyak la..
Kenyang betul makan..
Hari tu masak share dengan Luqman..
Ni tak de sape dekat rumah kene la habiskan sendiri..

Cili tu petik dekat luar je..
Bila banyak wan aku akan jual cili tu..
Siap ada pelanggan tetap lagi..
Kalau nak main call je..
Kemain lagi ek..

Tadi aku dengar customer dia call nak cili untuk Raya Haji nanti..
Tapi tak bole nak provide sebab bila nak raya rumah sendiri pun nak pakai banyak cili..hehe..
Customer cili wan aku ni supplier gula anau wan aku..
So macam tu la dieorang ni..
Sorang supplier cili, sorang supplier gula anau..
Kalau wan aku nak pegi amik gula anau kadang-kadang die tanya la nak cili ke tak..
Kalau nak wan aku bawak la..

Ni la hasil meggi aku..


Ni separuh je baru..
Lepas tu habiskan separuh lagi..
Kalau masak Big ni memang kene share la..

So tu la kisah meggi aku di tengah-tengah malam ni..
Sekarang ni tengah menikmati hari-hari terakhir dekat rumah..
Tinggal 2 hari je lagi nak cuti..
Isnin dah start keje balik..

Si Putih yg Rabak..

Assalammualaikum..

Baru dapat gambar ni..
Jadi hari Selasa hari tu..




Bumper depan yang rabak..
Rim calar..

En.bf pegi keje naik motor..
Sekali kawan die tanya die eksiden ke..
Balik-balik tengok dah macam ni..
Sabar je la..

Die park dekat luar sebab dekat dalam full..
Kawasan rumah die ni aku pernah pegi sekali bole tahan sempit..
Jiran kata ada nampak lori masuk..
Orang yang langgar ni pun men lari macam tu je..
Tak de la tinggalkan nombor ke apa..
Biar la..
Tu urusan die dengan Tuhan la..

Mungkin teguran dari Tuhan jugak dekat kitaorang atau Tuhan uji untuk bagi benda lagi baik..
Bartabah je la nak repair..

Thursday, 25 September 2014

One thing Done..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah malam semalam aku dah selesai kan satu hutang lama..
Kisah ni dah lama dah..
Masa aku dekat Kemaman dulu lagi..

Masa aku nak pindah aku memang inform die yang akan buat payment lambat sikit..
Orang ni pulak memang sangat cool..
Die ok je..
Aku pulak memang take note dah ingat..
Pasal hutang ni jangan main-main ye..

Aku pun ada sebab-sebab aku..
So disebabkan aku akan bekerja dah..
Insyaallah ada gaji lepas ni..
So aku decide untuk settlekan apa-apa yang patut..

Aku masih simpan la nombor akaun orang tu..
Simpan no fon die..
Walaupun dah dekat setahun kot..
Die memang tak pernah lansung SMS atau call aku nak mintak ke apa..
No akaun mungkin maintain..
Risau sikit kalau orang tu dah tukar no fon..
Aku memang pasrah je la kalau dah tukar..huhu..
 Bank in dah harap die perasan..
Kalau tak inform die, nanti die assume aku masih hutang lagi ke apa kan..

So aku pun transfer la duit dekat orang tu guna Maybank2u..
Lepas tu aku SMS orang tu..
Alhamdulillah die reply..
Aku ni macam was-was sikit dengan value tu..
Sebab aku confuse..
Kalau tak cukup aku mintak die inform dan aku akan bagi balik..
 Die reply kalau tak cukup pun die halalkan je..
Aku pun mintak maaf sebab lambat sangat..
Die ok je..

Memang nice orang ni..
Tak de lah macam owner yang aku sewa rumah die masa banjir tu..
Menyirap je aku..
Perangai dengan mulut memang tak bole blah..

Sempat lagi die tanya aku dah keje ke..
Tanya course apa..
Ada kawan die tengah carik Electrical Engineer..
Ofis dekat Kemaman..
Aku ada nak tanya Sen..
Sebab die nak balik Semenanjung kan..
Tapi kalau dekat sana tak pasti la..
Tanya dekat en.bf pun kawan-kawan die dah keje..
So kalau ada adik-adik yang berminat boleh la email aku..
Orang ni semalam ada tinggalkan contact number kawan die tu..

Aku doakan semoga die murah rezeki..
Bisness makin maju..
Syukur dan lega sangat dah settle pasal ni..:)

Pertandingan Fotografi..

Assalammualaikum..

Kepada sesiapa yang berminat boleh la join pertandingan ni..


Anda seorang penggemar fotografi? Kami menjemput anda yang ingin berkongsi kisah-kisah dan pesanan-pesanan penting menerusi medium fotografi! Selamat datang ke Pertandingan Fotografi 1Malaysia. Pertandingan Fotografi 1Malaysia dianjurkan sempena pelancaran laman web 1Malaysia.com.my yang baharu, dan juga bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Atas objektif ini, kami menjemput penggemar-penggemar fotografi untuk memupuk sebuah masyarakat yang berinspirasi ke arah Malaysia yang lebih bersatu dan aman damai. Gambar-gambar yang memenangi pertandingan ini akan digunakan sebagai kandungan laman web ini dan mungkin juga berpeluang untuk muncul dalam kalendar 2015 yang akan diterbitkan untuk tujuan kebajikan. Kata orang, sekeping gambar menceritakan seribu kisah!
Hantarlah penyertaan anda yang menggambarkan maksud menjadi seorang rakyat Malaysia atau menyingkap kepentingan nilai-nilai utama 1Malaysia di http://www.1malaysia.com.my/photo-contest/pertandingan-fotografi

Sekian,
1Malaysia Admin
 Peluang besar untuk share hasil karya korang..
Gambar-gambar yang menang akan di guna dalam web tu dan mungkin juga berpeluang untuk ada dalam kalender 2015 untuk tujuan kebajikan..
So please cheack..:)

Wednesday, 24 September 2014

Balik Kampung & Penangan Lebah..

Assalammualaikum..

Hari ni aku dah balik kampung..
Disebabkan semalam kitaorang beria berjalan semalam..
So malam tu macam penat sikit..
Masing-masing tido awal..
Haziq tak berapa sihat..
Dekat rumah die pun ada yang kurang sihat..
Sekarang pun cuaca tak menentu sangat kan..

Walaupn banyak berjalan..
Balik tu tetap la menonton segala..
Haziq tido awal la sebab kurang sihat..
Aku tetap la tido lambat..
Beria tengok Anugerah Lawak Warna segala..
Tak de keje kan..

Bangun memang lambat la..
Cuti kan..
Haruslah menikmati masa-masa macam ni..
Kalau dah keje memang tak dapat la..
Kalau bangun awal pun sambung tido balik..
Tido sampai puas..heh..

Lepas Zohor kitaorang pegi makan..
Aku terus bawak barang sekali..
Gitu gini dah petang..
Masa nak balik Seremban dah dekat pukul 5..
Orang dah nak keluar ofis..
So kene cepat..

Naik LRT sampai CM..
Then amik bas sampai Terminal 1..
Malas nak naik train..
Dalam bas memang aku tido je..
Sampai Seremban hujan lebat la pulak..
Aku memang malas nak tunggu..
Redah je sikit nak pegi ke Stesyen Keretapi Seremban..


 
Stesyen Keretapi Seremban..
Teringat dulu selalu naik train nak balik Penang..

Dari sini nak naik komuter ke Stesyen Keretapi Senawang..
Janji nak balik kampung dengan Luqman..
Komuter dah la lambat sampai..
Dekat Seremban pun berenti bukan main lama lagi..
Dah tu bila gerak slow giler..
Sabar je la kan..
Satu stesyen je pun tapi dekat sejam..
Ke lebih..huhu..
Lagi pun masa sampai Senawang aku ada dengar announcement yang train delay sebab ada masalah Janakuasa dekat Labu ke dekat mana entah..

Dari Seremban gerak ke kampung..
On the way nak balik tu sempat singgah Hospital Kuala Pilah..
Pegi dekat bahagian Emergency..

Akhirnya aku surrender dan pegi jumpa Dr.
Sejak kene tak pernah pun letak ubat dan pegi jumpa Dr.
Aku rasa ak ok je lagi..
Pegi window shopping pun ok je kan..hehe..
Aku pernah letak tiger balm je malam tadi..
Haziq beli tiger balm sebab selsema..
So aku letak la sikit..


Ni gambar baru lepas balik dari window shopping semalam..
Alamak macam takut je tengook kaki sendiri..
Dah la post gambar kaki dekat Apis sebab die ajak pegi main ATV weekend ni bole pulak bagi komen-komen menakutkan..
Ada orang kene potong kaki sebab kene sengat lebah la..
Sabar je kan..
Haziq pun beria suruh pegi hospital sebab dah berapa hari tapi bengkak je kan..
Lepas tu kata bisa bole merosakkan saraf la, itu ini la..
Sabar lagi..hahaha..

Aku rasa macam dah ok sikit..
Dekat kaki tak de lah panas sangat lagi..
Warna dah berubah sikit..
Aku pegi hospital ni sebab semalam orang tu bagi tau manager aku suruh start keje hari Isnin berbanding 1st Oktober (Rabu)..
So aku memang harap aku dah ok sebelum Isnin..
Kalau tak mungkin aku rilek je lagi..

 Masa datang tadi check tekanan darah dan pulse dekat kaunter 1st..
Check demam lagi ke tak..
Orang tu kata seeloknya lepas kene tu terus datang cucuk..
Then register dan bayar dekat 2nd kaunter..
Bayar rm1 je..
Walaupun aku keje swasta..
Ramai jugak orang..
Tapi kejap je dah kene panggil..
Jumpa Dr..
Die kata jangan letak tiger balm..
Sebab ubat tu panas..
Tu aku malas letak pape tu..
Kan dah salah..haha..
Dr. pun bagi tau dah surut sikit bengkak..
Dah nak start recover sebab tu aku dah start rasa gatal-gatal balik..
Tapi memang merenyam-renyam je dimana-mana dekat kaki ni ok..
Penat tahan diri..haha..
 Then pegi amik ubat..

Amik ubat dekat Farmasi..
Jauh sikit la..


 Bagi kertas apa entah nama tu dekat pharmacist tu dan die terus prepare ubat..
Panggil kertas je ek..
Maafkan saya, saya bukan budak medic..hehe..
Tak de orang pun masa tu..
Memang cepat la dapat kan..
Dengan rm1 je bole dapat macam-macam kan..
Ni kalau pegi private entah berapa la kene kan..
En.bf yang pitam dekat ofis pun kene charge sampai rm80..
Kalau demam je pun paling kurang kene ada rm50 dalam beg..
Tu pun paling kurang..
Disebabkan bayar tax..
So guna la benefit yang sepatutnya dengan sebaiknya..:)


Ni keadaan kaki hari ni..
Cepat la baik sebelum keje..:)
Insyaallah..

Tuesday, 23 September 2014

Contract and Window Shopping..

Assalammualaikum..

Asyik cerita pasal penangan lebah je kan..
So meh cerita pasal benda lain pulak..
Dimulakan dengan cerita semalam..

Semalam aku bagi tau balik lambat kan..
So memang melepet la dekat rumah..
Tido sepanjang hari..
Ada la aku bangun jap..
Bangun minum nestum secawan..
Sekali internet tak ok..
Kepala pun rasa tak berapa ok..
Nak turun beli makanan pun malas..
Janji nak makan dengan en.bf malam tu..
So aku tido je..

Tengah sedap tido tetibe Haziq call..
Tanya pasal dinner dan datang rumah die malam tu..
Lepas makan malam aku dengan en.bf terus pegi rumah die..
Sempat la en.bf melepak kejap main game..

Aku naik balik pun dah dekat pukul 12..
Beria la kitaorang menonton cerita online..
Dari tengok video klip lagu dekat internet, dokumentari pasal Atlantis dekat Spain, pasal Alien, pasal Unicorn..
Usha wallet untuk en.bf la..
Tengok macam mana buat handbeg Hermes..
Tengok runway dekat Tembok Besar China..
Runway dengan tema horror..
Runway Givenchy yang gempak la..
Dengan Haziq part-part shopping ni memang best giler..
Sampai la melarat tengok AF minggu ke 3..
Habis tengok AF minggu ke 3 nak tengok AF minggu ke 2 pulak..
Sebab masing-masing tak tengok lagi minggu lepas punya..
Giler tak de keje kan..
Mentang-mentang la masing-masing tak keje..
Kesian orang lain yang keje nak tido..haha..

Lepas tu sebab konsert AF tu asyik loading je..
Haziq ajak pegi sarapan dekat mamak..
Dengan harapan balik nanti ok sikit.. 
Kejap kata nak makan nasi lemak..
Kejap kata nak makan roti canai..
Moh ler kita ke Bestari..

Balik tengok internet macam bengong je..
Tido je la..
Padahal masing-masing dah ngantuk campur kenyang masa tu..

Disebabkan tido dah lambat..
Bangun pun lambat la jugak kan..
Harusla lambat bersiap..
Jalan nak ke ofis tu pun jam..
On the way sempat la call dah inform PIC aku sampai lambat sikit..
Die ok je..
Sebab datang nak sign doc je pun..


Ingat tak aku pernah cerita yang pegi makan dengan Haziq..
Then teman die beli bunga untuk hiasan..
Ni la bunga die..
Depan pintu utama..
Nice kan die deko..
Snap gambar ni sebelum keluar pegi ofis tadi..

Alhamdulillah semua ok je..
Ada la discuss sikit-sikit..
Nak confirm kan beberapa perkara..

Disebabkan ofis dekat Jalan Sultan Ismail..
So dah ajak die awal-awal nak pegi survey wallet untuk en.bf..
Tu beria survey dekat internet sampai melarat tengok runway tu..

So untuk survey, ke Pavillion la kita..
Disebabkan malam tu dah survey so dah ada guide..
Sampai-sampai makan dulu dekat food court dalam tu..

Lepas tu pencarian pun bermula..
Alhamdulillah rezeki dapat semua SA tersangat la nice..
Wallet pun cantik-cantik..
Harga pun cantik jugak la..hukhukhuk..
Aku share je la butik yang kitaorang pegi..
Ada beberapa butik yang kitaorang masuk..
Ni yang memang kitaorang masuk dan agak menarik..
Coach, Tods, Prada dan last sekali dekat LV StarHill..
 
Aku share kan nama butik yang aku pegi bukan sebab nak menunjuk ye..
Tapi sebab nak share apa yang dapat dari dieorang la..
Aku ni pun bukan sape-sape..
Knowledge pun tak berapa..
Aku tau ramai yang lagi expert benda-benda ni..
Ni berdasarkan pengalaman aku je..

Coach
SA lelaki sangat nice..
Nak tengok macam-macam die layan je..
Harga start dari 8++.++ ke atas tak silap..
Ada je card holder atau card dan tempat lepat passport yang below dari tu..

Tod's
SA perempuan sangat nice..
Dieorang ada signature dieorang sendiri..
Obvious dekat setiap wallet..
 Ada macam line tu..
Harga depend on season..
Even sama tapi beza season pun last season tu murah sikit..
Murah sikit dalam rm30 je..
Harga dari 8++.++ ke atas..

Prada..
SA lelaki yang sangat nice..
Biasa harga 1+++.++..
Ada satu wallet ni aku memang minat warna dan design die..
Warna die blue black tapi macam hitam..
Masa SA tu tunjuk mula-mula dekat aku die sebut blue..
Aku dalam hati, die salah sebut ke?..
Tapi bila die letak wallet hitam sebelah wallet tu..
Eh haah la, biru la..
Ok trick tu menjadi..haha..
Ni wallet tu tak silap..
Detail dekat website die dekat SINI..
So unik dekat warna dan curve dekat sudut tu..
2 ni yang unik pada aku compare dengan wallet lain..
Lepas tu kitaorang turun bawah dekat foodcourt balik..
Haziq ajak pegi minum..
Lepas tu nak balik singgah dekat Sephora ada tengok barang sikit..
Dan finally singgah dekat sini..

LV
SA dekat sini pun tersangat la nice..
Mula-mula explain pasal wallet LV..
LV ni ada yang leather dan canvas..
Leather of course la lagi mahal dari canvas..
Leather lembut dan canvas keras sikit..
Untuk wallet lelaki..
Harga untuk leather 2+++.++ ke atas tak silap..
Kalau canvas start dari 1+++.++ ke atas..

Masa dekat tempat wallet SA ni siap ajak tengok handbag lepas tu..
Die pulak yang excited dan macam welcome kita sangat..
Dah die yang excited kita lagi la excited kan..hehe..
Aku ni memang la mengidam Petit Noe dan Speedy dari dulu lagi..
Tapi mana la mampu..
Tu yang die ajak try pun macam dah excited sangat..
One day mungkin..

Dekat tempat handbag die bagi try yang sesuai dengan aku..
Bagus die consult..
Biasanya die akan recommend handbag yang sesuai dengan orang yang beli tu..
Kalau tengok customer pakai pun macam tak sesuai atau tak kene je..
Dieorang tak recommend beli..
Bagi komen jujur katanya dan suggest handbag yang dieorang rasa lagi sesuai dengan customer tu..
 Tapi ada jugak customer yang berkeras nak beli handbag yang die suka..
So tak bole nak buat apa la..
Layan kan je la..hehe..
Duit dieorang, apa adehal kan..
Mungkin customer tu nak beli as collection..

Punya la melalut dengan SA tu tadi sampai ke cerita die pun amik tempahan gubahan hantaran, kalau nak deko pelamin ke..
Cerita kalau beli barang LV dekat luar negara macam mana,
Cerita pasal barang barang fake..
Pape kalau nak datang butik lagi die suruh contact die..
Siap bagi mobile nombor lagi..
Dan hantar kitaorang sampai ke pintu masa balik..
Dah balik kitaorang dah keluar dari pintu pun sempat gurau-gurau lagi..
Satu lagi kalau beli barang LV kita bole letak nama kita dekat barang tu for free..
Exclusive gitu kan..

Aku 1st time masuk LV dekat StarHill Gallery ni..
Memang besar la..
Sebelum ni pernah masuk dekat KLCC je..

1st sekali butik yang kitaorang masuk untuk cari wallet dekat Cole Haan sebenarnya..
Tapi ada 2 je wallet..huhu..
Dekat Micheal Kors pun ada masuk..
Tapi tak de wallet lelaki..
Dulu ada tapi lepas tu tak restock kata SA nyer..

Sebelum turun pegi minum ada nak masuk Salvatore Ferragamo..
Tapi lepas tu dah lupa..
Terus pegi StarHill Gallery..
Dah balik baru teringat..

Aku suka share cerita yang best-best ni sebab kalau rasa takut-takut nak masuk tengok ke..
Kadang-kadang tu aku memang redah je..
Lagi satu aku suka survey-survey sebagai motivasi untuk rajin keje..
Bila malas-malas tu ingat-ingat benda ni..
Rajin sikit..
Padahal tak de la beli pun..
Untuk wallet tu tak beli pun lagi..
Saje survey-survey je dulu..
Kalau ada salah silap pasal info dekat atas terutamanya harga aku mintak maaf..
Semua dekat atas ada warranty..

Finally aku tak beli pun lagi..
Tak semestinya aku akan beli yang dekat atas ni..
Agak-agak yang mana aku akan beli ek?..

Monday, 22 September 2014

#Bajet2015: Undi Kategori Pilihan Anda!..

Assalammualaikum..

Please check this..
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin bole la buat ni..
Sekurang nya saluran yang betul dan kita dah tunaikan tanggungjawab kita..
Pihak yang sepatutnya nak tunaikan atau tidak tu terpulang..

Salam 1Malaysia!

Kempen #Bajet2015 yang berlangsung dari 11 hingga 25 Ogos telah menarik ribuan penyertaan di laman khas 1Malaysia.com.my. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menyumbang idea- idea dan cadangan samada di laman khas #Bajet2015 atau melalui media sosial.

Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak telah menerima rumusan laporan cadangan #Bajet2015 dan beliau turut teruja dengan kualiti dan kepelbagaian idea yang disumbangkan. Kesemuanya telah disimpulkan dan sekarang dalam proses penilaian sebelum dihantar ke Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan.

Kini, tinggal kurang daripada sebulan sahaja sebelum pembentangan #Bajet2015 di Parlimen dan sekali lagi Kerajaan ingin memastikan agar suara dan pendapat rakyat dapat memainkan peranan yang penting dalam pembentukan #Bajet2015.

Selain itu, anda turut boleh mengundi 5 kategori cadangan #Bajet2015 yang anda paling setujui. Ini dapat membantu kita memantau dan memahami dari segi keutamaan antara cadangan-cadangan dan isu Isu yang diutarakan dalam kempen #Bajet2015. Sila kunjungi www.najibrazak.com/bajet2015/poll untuk berbuat demikian.

Akhirnya, jangan lupa untuk menonton pembentangan penuh #Bajet2015 secara "LIVE" atau "Langsung" melalui laman NajibRazak.com pada 10 Oktober di Parlimen Kelak. Anda juga boleh melayari laman NajibRazak.com untuk perkembangan lanjut tentang #Bajet2015.

Admin


Penangan Lebah.. Part 3..

Assalammualaikum..

Ok dua tiga hari ni cerita pasal lebah je kan..
Tak pelah..
Layan kan je la ye..

Macam mana keadaan kaki sekarang ni?..
Makin ok ke makin teruk..



Makin membengkak pulak rasanya..
Even malam semalam pun bengkak sampai ke buku lali..
Nak jalan pun rasa berlipat je dekat kaki tu..

Malam semalam aku dah balik KL..
Alhamdulillah aku ok je jalan-jalan..
Kadang-kadang rasa berdenyut jugak la dekat kaki tu..
Macam nak jejak kan kaki mula-mula tu berdenyut jugak la rasa..
Tapi masih ok lagi..
Ok je nak jalan-jalan lagi..

Esok nak pegi ofis tu kene pakai seliper je la nampak gayanya..
Nasib baik la dari awal-awal lagi masa tau kene pegi ofis tu minggu lepas..
Aku bagi tau Haziq..
Die awal-awal lagi nak temankan..
Masa aku pegi interview nak internship dulu pun die la yang temankan aku..
4 jam die tunggu..
So pegi naik kereta la esok..
Kalau kene pegi sendiri naik train pun Insyaallah aku ok je lagi..

Doa kan kaki ni cepat sembuh..
Sakit - Antara penghapus dosa dan peningkat darjat..

Sunday, 21 September 2014

Watsons - Nose Pore Strips..

Assalammualaikum..

Ni salah satu favorite aku..
Aku ni memang banyak black head dekat hidung..
White head lagi banyak sebenarnya..
Tapi dekat hidung banyak black head la..

Oily skin memang senang nak perangkap kotoran kan..
Sebab tu la senang ada dan banyak..

Selain guna shiseido black mask tu..
Aku guna ni jugak..
Ni untuk hidung je kan..
Hasil pun agak ok..

Dalam banyak-banyak aku rasa ni antara yang mura..
Keberkesanan die pun lebih kurang je dengan yang mahal..
 Cuma aku rasa sekarang ni harga die makin naik je..
Awal-awal dulu nak promote murah la kan..
Sekarang makin mahal la..


Sebenarnya tadi pegi Watson beli kan ubat mak dan nak beli ni..
Mula-mula amik satu je..
Tapi sebab ada promosi..
Item kedua ada diskaun 50%..
So amik la dua terus..

Walaupun harga dah naik..
Tapi still mura lagi dari yang lain aku rasa..
Lepas tu slalu ada promo..
Bila ada promo memang lagi rajin la nak beli..

So sape berminat bole la beli sementara promosi ni..

Penangan Lebah? - Part 2..

Assalammualaikum..

Semalam aku ada share pasal kene sengat lebah kan..
Satu hari tu memang lemau giler..
Nasib baik la dekat rumah tak de orang sangat..
Mak pegi Seremban..
P.Long ada datang dekat rumah..
Layan-layan jap lepas tu aku melepet je dekat bilik..
Melepet ni sebab dekat kepala tak best..
Kalau setakat panas badan ke aku ok je lagi..

Sebab dalam badan rasa macam panas..
Aku banyak minum je..
Kebetulan dekat rumah ada pisang..
Aku makan pisang tu dengan coklat je..
Nak makan nasi pun tak berapa lalu..

Tuhan kalau nak tarik nikmat bila-bila masa pun bole kan..
Makanan sedap pun bole tak selera makan..
Badan tak selesa..
Lagi-lagi kepala..
Aku ada check dekat internet..
Kalau kene sengat kene letak ais..
Tapi aku tuam air panas..
Tak pe la..
Layan kan je la..

Malam tu masa tinggal sorang..
Aku buat la bubur..
Makan bubur dengan kicap..
Mak dah balik aku keluar kejap..
Balik tu rasa ok sikit..
Aku ratah la lauk..
Lauk sedap kot hari tu..
Bole pulak tak selera nak makan..
Dua kali aku ratah lauk gulai udang campur cendawan..

Bangun pagi ni Alhamdulillah..
Demam dah ok..
Kepala pun dah ok..
Kaki?





Kaki je macam tak berapa ok lagi..
Membengkak dengan jayanya..

Tak de la sakit sangat pun..
Nak jalan ke apa ok je..
Cuma lebih gatal je..
Bila dah start garu tu macam tak nak berenti..

Kaki macam ni aku ok je keluar jalan-jalan..
Bila pakai seliper la raya besar pulak kaki belah kiri ni..hehe..

Ahlamdulillah dah tak demam lagi..
Semoga kaki ni cepat ok..
AMIN..

Friday, 19 September 2014

Penangan Lebah?..

Assalammualaikum..

Pagi ni bangun rasa tak sedap badan..
Tido malam tadi rasa sejuk..
Gigil-gigil walaupun comforter tebal..
 Bangun tu rasa dalam badan panas..
 Tu sebab la sejuk..
Kepala pun rasa semacam je..
 Badan lesu..

Semalam masa aku tengah lipat kain depan tv..
Tetiba rasa sakit sekat kaki..
Sekali tengok ada lebah..
Sengat die tertinggal dekat kaki aku..
Sakit memang la sakit.
Aku tuam dengan air panas sikit..hehe..
Tak tau la tindakan ni betul ke ta..
Tak de letak ubat ke apa..
Lepas tu ok je rasa..

Pagi ni rasa tak sedap badan..
Aku syak sebab tu..
Dekat kaki yang kene sengat tu tu bengkak..


Kaki ni aku ok la..
Tapi bila tak sedap badan dengan kepala..
Memang lemau je rasa..
Bangun tadi dah minum air masak banyak-banyak..
Harap cepat la sembuh..Amin..

Oh my Career..

Assalammualaikum..

Tadi dah post entry untuk Birthday en.bf kan..
Post pun lambat..
 Bangun pun bole tahan lambat..
Tapi semalam tak de la tido lambat sangat..
Cuma orang dekat rumah ni (mak dengan ayah) sibuk untuk event dieorang hari ni..

Bangun tadi sebab tak de orang dekat rumah..
So basuh pinggan-mangkuk dulu..
Mak ada buat makanan untuk event tu..
Majlis tu pun awal..
So barang-barang yang guna tak sempat basuh..
Tak de hal la..

Sambil basuh pinggan tu aku masak air..
Macam biasa la nak buat breakfast..
Sebab rasa macam lambat..
Aku letak air banyak kot..
Tutup dulu then pegi kedai kejap..
Balik tu sambung masak air tu..
Elok air dah masak nak buat nestum..
Sekali tengok nestum dah habis pulak..hukhuk..
Pegi mop segala dan ampai baju kejap..
Tapi sebab rasa macam tak best je nak makan pape so buat la susu suam je sebagai breakfast..

Tak lama lepas tu mak balik..
Sekali suruh masak sebab dekat rumah tak de makanan..
Dieorang kan pegi majlis..
Kot-kot ayah aku nak makan nasi tengah hari tu pulak..
Mak suruh goreng telur je..
Disebabkan mood macam best dan rasa kerajinan tu macam tinggi sikit..
Bukak freeze tengok apa yang ada..
Buat la telur mata masak kicap..

Nak amik bawang nampak pulak ada terung..
Terung yang wan aku tanam dekat belakang rumah..
So buat la goreng terung dan sambal terung..
Wan tak bole makan cili dah..
So goreng terung tu adalah untuk die..
Aku suka terung sambal..
Saje try buat..
Sorang-sorang dekat dapur..
Ok la bole buat benda-benda simple macam ni..

Nak masak ni pun aku rasa macam engineering jugak..
Maafkan saya dengan perkaitan tersebut..hehe..
I budak engineering, so tu je yang aku bole kaitkan..
Karang nak kaitkan dengan akaun, admin, ke takut salah pulak..
Kenapa aku kaitkan tu?..

Engineering ni basic die ialah math dan physic..
Dengan basic ni macam mana kita nak apply kan dan grow die untuk sesuatu yang baik..
Dengan basic knowledge tu la kita apply dekat electrical, mechanical atau mana-mana disiplin la..

Aku rasa sama la macam masak..
Kalau kita ada knowledge untuk each component tu..
Senang la kita nak harmonikan untuk jadikan makanan tu sedap..
Ni aku perasan dari yang dah expert-expert masak la..
Macam mak, M.Long ke..
Kalau rasa sesuatu makanan tu die dah tau nak tambah apa atau kurang kan apa..
Atau dalam erti kata lain nak modify untuk jadi kan benda tu sedap di tekak kita..hehe..

Aku kalau masak pun macam ni jugak la..
Tau basic..
Based on experience dan knowledge cuba hasilkan sesuatu yang kene di tekak sendiri..
Feedback dari orang yang makan pun ok..
Jadi walau jarang-jarang masak tapi ok jugak la..
Bole la masak untuk hidup..hehe..

Bole diterima ke teori engineering dan masakkan tu?..
Aku pakai sebat je..hehe..
Kalau tak abaikan je la..

Dah makan semua aku pun online la..
Tulis post untuk en.bf dan rutin-rutin lain kalau online..
Hari ni pun banyak post-post menarik dari blog-blog lain..
Enjoy je baca bila BW..
Biasanya kalau Jumaat ni kadang-kadang slow sikit..hehe..

Petang sikit aku call company yang satu lagi tu..
Another option..
Nak puas kan hati sendiri kan..
At least tak de la terkilan ke apa..
Punya la panjang intro kan..
Betabah je la baca ye..

Mula-mula call (person-in-charge) PIC tu tengah tak available..
Tengah ada interview session..
Then operator tu suruh aku call balik pukul 5..

Pukul 5 aku call balik..
Dapat cakap dengan PIC tu..
Die bagi tau yang die tak prefer perempuan..
Untuk post ni memang bukan office basis..
Memang fully dekat laut..
Memang agak tough la untuk perempuan..
Process die pun dari mula sampai habis memang mencabar jugak..
Kemampuan fizikal lelaki diperlukan..
Environment pun lelaki je..
Walaupun die tak diskriminasi tapi dieorang agak risau la..
Lebih lagi untuk long term..

Aku pun masa tu ok je..
At least aku happy dengan explanation tu..
Berbanding kalau aku tak fight for kan..
Dan aku lega dengan apa yang Tuhan aturkan untuk aku..

Walaupun dah discuss dengan company A sebelum ni ..
Tinggal nak sign contract je..
Tapi aku tetap usaha untuk tau status company B yang aku call tadi..
Masing-masing memang ada pro and con..
Jadi senang sangat untuk buat keputusan kan..
Boleh sign contract dengan hati yang senang..
Kalau tak terfikir-fikir je..

So sekarang ni memang buat preparation untuk kembali la..
Walaupun aku dah pernah ada dekat sana..
Ak sendiri sedar beberapa kesilapan aku sebelum ni..
So sekarang usaha nak perbetulkan dan tingkatkan performance aku..
Lagi pun bole la plan pengurusan wang yang lagi baik..

 Mula-mula PIC tu mintak aku datang ofis untuk sign contract hari ni..
Tapi disebabkan aku malas nak pegi KL..
Dan nak call company B..
So aku mintak untuk datang hari Isnin..
Mula-mula PIC ok je..
Cuma die tak de hari Isnin dan inform staff lain yang akan bantu aku..
Kejap lagi aku dapat email yang die mintak datang hari Selasa..
Die sendiri nak handle..

Bila macam ni memang aku lega la..
Apa yang berlaku ni mudah je..
Mungkin aku je tak berapa nampak sebelum ni..
Sebab tu la aku call jugak company B..
Company A ni pun memang agak pro..
Process pape cepat..

Bila aku issue kan sesuatu tu die layan je..
Boleh kata apa aku nak die cuba bagi sebaik yang boleh..
Aku banyak tanya benefit untuk aku la..
Dari tak de annual leave dan sick leave dekat contract die bagi 15 hari annual leave dan 14 hari sick leave (dengan surat dokter)..
Pakej medical dan insurans yang menarik jugak..
Tak payah nego pun.
Bila tanya je die bagi..

So memang all the best la untuk career aku lepas ni..
Susah payah tu biasa la..
Harus la ada keluh kesah tu lepas ni..hehe..
Insyaallah semua nya baik-baik untuk aku develop..
AMIN..

Happy Birthday En.bf..

Assalammualaikum..

Hari ni birthday en.bf..
Birthday die yang ke-27..
Tak banyak pun yang nak dikongsi dan di ceritakan..

Aku doakan yang baik-baik je untuk die..
Especially untuk kerjaya die..

Tahun ni tak de celebrate ke apa pun..
Kalau celebrate pun mungkin lepas aku dah dapat gaji nanti..
Biasanya kitaorang celebrate ramai-ramai la..
Baru meriah sikit..

Hadiah pun kene tunggu aku dah dapat gaji ke nanti la..
Dah ada plan nak beli apa..
Insyaallah aku share nanti..
Lambat lagi..
Kalau tanya die memang die tak nak pape pun..
Aku saje main-main bagi tau nak hantar kek dengan bouquet dekat ofis pun die bengang giler..haha..

Ada la beberapa achievement die untuk tahun ni..
So tu consider as hadiah die untuk diri die sendiri..
Dan hadiah dari aku pulak sebab dapat keje..hehe..

Ada je kawan aku yang tegur aku sikit-sikit en.bf dan orang yang sama je..
Tapi aku tak kisah pun..
Pada aku, aku lagi tau situasi sebenarnya..
Bukan semua benda kita patut cerita dekat orang..
Cukup la kita, orang sepatutnya dah Tuhan je tau..
Orang memang tau berCAKAP je..
CAKAP, CAKAP dan CAKAP..
Benda bermodalkan air liur memang senang..
Hasil tak de pun..
 Bole bagi kita kenyang ke?..

Orang-orang ni la yang sentiasa ada dengan aku dari belasan tahun, sekolah, zaman belajar, keje, belajar balik dan kje balik..hehe..
Dari nobody to somebody..
Dari nothing to something..
Di saat-saat kene hentam, perlekeh, sinis dengan apa kita buat..
Orang-orang ni tetap ada membantu, menghiburkan dan bagi semangat..
Masa kita susah memang senang untuk tau siapa orang keliling kita..

Aku pun happy dan terharu dengar bila Sen hari tu cakap..
Setiap kali die stress dan give up dengan keje dekat Bintulu..
Bila die call dan bercakap dengan aku..
Bagi die rasa lega dan bersemangat balik..
Macam tu la kitaorang each other..

Aku bukan la nak nafikan orang lain..
Tapi benda ni memang amik masa..
Aku bukan la orang yang senang nak kongsi masalah atau benda2 berat dengan orang aku baru kenal..
Aku lagi prefer orang yang aku dah kenal lama..
Tau flow macam mana..
Ni baru tau sikit-sikit ko punya komen macam dah kenal bertahun..

Kalau aku asyik dengar cakap orang memang tak kemana-mana kot..
So percaya apa kita buat walaupun orang lain perkecilkan..
Sambil sentiasa doa semoga semua tu baik-baik je..


So aku doakan rezeki die lebih murah..
Dipermudahkan semua urusan..
Banyak sangat benda yang perlu diusahakan..
So keep moving together..

HAPPY BIRTHDAY !!!

Thursday, 18 September 2014

Bahan Pameran & Pest Control..

Assalammualaikum..

Hari ni aku bangun awal..
Nasib baik la malam semalam tak tido lambat sangat..
Lambat tak lambat pukul 3 lebih jugak la aku tidur..

Tu pun sebab banyak makan malam tu..
Lepas tu tengah lepak-lepak bergayut ayah panggil..
Mintak tolong aku ada buat keje sikit..
Untuk pameran..

Sebenarnya die suruh aku buat hari ni..
Tapi sebab baru lepas makan..
Makan sambal ikan bilis campur petai dengan kari kambing..
Lepas tu sebelum makan tu aku dah teringin nak minum milo panas dan makan nasi..
Walaupun dah kenyang makan..
Tapi keinginan tu tetap tinggi..
Sambil makan masak air..
Habis je makan terus kacau milo panas..
Nampak tak betapa kenyang nye malam-malam tu..
Ke pagi-pagi buta tu..huhu..
Terus la aku buat keje yang die suruh buat tu..
Sebelum tido dah siap..

Pagi tadi semua dah bangun awal..
Yelah ayah, mak dengan wan je ada dekat rumah..
Orang tua-tua haruslah bangun awal kan..
Ayah dah tanya pasal keje semalam tu..
Nasib baik dah siap kan..
Lepas tu bole pulak die suruh buat satu lagi..
Sabar je la..
Semalam aku dah tanya..
Nak buat satu je ke?
Yakin je jawab ye..
Ni pagi-pagi dah bising suruh buat satu lagi..
Orang tua always right kan..

Dengan mamai-mamai ngantuk-ngantuk tu..
Aku buat je la..
Kejap je dah settle..
Masa aku bagi tu konon nak suprise kenapa aku siap cepat giler..
Propa sangat..haha..
Dah bangun tu aku terus bangun..

On laptop..
Email-email pasal keje..
Lepas tu call ada beberapa pest control yang aku ada cari semalam..
Dekat rumah ni ada anai-anai, banyak jugak semut dan binatang-binatang lain (lipas, tikus, etc)..
Semut la yang masalah nyer..
Kejap dah masuk dalam air, dekat makanan..
Dah membazir..
Aku kalau jumpa walau seekor semut dalam bekas air tu..
Semua nya aku tuang dekat dalam kolah mandi..
Tak nak minum dah..
Maklumlah kawasan kampung kan..
So ada 2 contact number yang aku jumpa..
Sekali call la..
Pergh suprise aku dengan harga die..

Untuk rumah kampung dua-dua quote harga dalam 2k..
Harga main riban-riban je ek..
Tak de puluh-puluh atau ratus-ratus..
Satu warranty 2 tahun, satu lagi 3 tahun..
Yang 3 tahun tu die akan inspect 6 bulan sekali..
Warranty ni maksud die sepanjang tempoh tu kalau ada serangga ni datang balik dieorang akan bagi service percuma..

Yelah mungkin rumah kampung besar kan..
Guna inject la katanya..
Lepas tu die cover halaman dan dalam rumah sekali..
Hapuskan kalau ada busut dekat sekitar rumah..
Lepas tu akan macam pagar rumah..
So anai-anai dekat dalam tak keluar dan dihapuskan..
Yang dari luar tak bole masuk ke dalam rumah..
Dekat atap die akan spray dan lain-lain method la nak control serangga ni..

So dah propose dekat wan aku..
Bergantung la die nak buat ke tak..
Kalau buat nanti aku share ye..
Kalau dekat sekitar Negeri Sembilan ni yang tau service dan best price..
Bole recommend kan dekat aku ye..

Lepas tu call tu aku call Yun Nam pulak..
Teringat masa dekat Penang dulu aku pernah beli pakej dieorang..
RM 700 untuk 10 kali treatment..
Murah la kan..
Masa keje dulu tak teringat pun nak guna..
So tadi aku call balik untuk tanya pakej tu masih available lagi ke tak..

Mula-mula sebab aku beli dulu tu dekat Butterworth..
Die sebut deposit aku berapa..
So die suruh aku call dekat sana..
Bila bagi tau nak buat dekat dieorang terus boleh call kan untuk aku..
Lepas tu suruh buat appointment sehari sebelum datang..
Dan kata nak diagnose lepas tu tengok pakej lama sesuai ke tak dengan keadaan sekarang..
Mungkin kene tambah duit sebab sekarang dah naik harga kononnya..
Padahal awal-awal dah tau pakej aku..
Tapi tak nak cakap pun kan..
Sibuk pasal duit, harga dah naik, tambah duit lagi je..
Tengok la macam mana ending die nanti..:)

 Tengah menaip-naip ni tetiba ada orang insurans call aku..
Sekali lagi kesabaran aku diuji time puasa-puasa ni..
Selalu orang insurans call explain panjang lebar kan..
Hari ni die pulak give up sebab aku yang explain panjang lebar..
Aku tak marah pun orang keje insurans..
Tu keje korang kan..
Rezeki masing-masing..
Tapi bila orang dah tolak cara baik cuba la faham ye..

Pape pun display sikit bahan-bahan pameran yang ayah sediakan..



Bahan-bahan pameran bertemakan sejarah untuk dipamerkan..
Macam mana rupe display nanti tak tau la aku..

Tak sabar nak makan kueh badak berendam mak buat hari ni untuk majlis esok..
Beria beli gula anau pagi tadi..
Inti pun dah siap..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...