Sunday, 31 August 2014

Selamat Hari Merdeka ke-57 Malaysia..

Assalammualaikum..

Lambat betul keluar entri ni..
Dah nak masuk 1 hb pun kan..
Sibuk dengan entri lain..
Free ni boleh la taip panjang-panjang sikit..
Cerita apa yang patut..
Kalau dah keje, kadang-kadang keluar dengan rakan-rakan, tak pun dengan family..
Memang malas la..

Tapi lepas ni aku agak free la..
Naik cuti ni hari last day aku internship..
Insyaallah aku tak sambung dekat situ..
Nak cuba dekat tempat lain..
Company sekarang sangat best tapi aku rasa aku kene keluar dan pegi tempat lain untuk belajar lebih lagi umur sekarang ni..

Ok cerita pasal merdeka balik..
Sepanjang hari ni aku duduk dekat rumah je..
 Tak kemana pun..
Dekat rumah pun tak ramai..
Mak ayah hantar Hakim balik Johor..
Dekat rumah ada Luqman, Wafi dengan wan je..
So duduk rumah makan, tengok Astro free, online, baca novel dan tido je..hehe..

Besar erti kemerdekaan ni pada aku..
Walaupun aku melepet macam ni dekat rumah..
Paling besar impak die dekat hidup aku..
Memang membakar semangat untuk keje dengan baik, baik dan lebih baik lagi..
Dan untuk berusaha untuk hidup yang baik-baik dan lebih baik lagi..

Bila tengok perjuangan orang dulu memang memebakar semangat..
Semalam pun aku ada tengok dokumentari pasal pembinaan MRT, teknologi dan kemajuan yang Malaysia dah kecapi..
Haruslah jadi pembakar semangat untuk aku menyumbang sesuatu kepada kemajuan negara..
Benda nampak kecik tapi kalau kita tengok betul-betul besar makna nya..
 


Terima kasih Malaysia untuk selama ni..
Terima kasih jugak kepada semua yang berusaha membangun kan Malaysia sampai ke tahap sekarang..
Memang sangat banyak yang perlu di perbaiki dan di pertingkatkan lagi..
Bukan dari segi physical sahaja..
Tapi mentaliti rakyat Malaysia yang penting sekali..

Walaupun ramai rakyat Malaysia sendiri yang selalu merendah-rendahkan Malaysia..
Where ever, when ever, what ever it is..
I'm always proud to be Malaysian..:)

VELFORM - Sauna Slimming Belt..

Assalammualaikum..

Ni ada satu produk lagi yang aku nak share..
Baru je dapat balik kampung ni..
Aku beli benda ni weekend lepas tak silap..
Ke weekdays..
Entah dah tak ingat..

Ni aku tak plan pun nak beli..
Sebenarnya usha hair dryer..
Hair dryer aku macam dah tak meyakinkan je..
Dah lebih 5 tahun guna..

Bukak Groupon usha hair dryer tapi tak jumpa pulak yang best..
Yang office mate aku beli dengan harga yang best tu dulu dah tak de lagi..
Dekat Lazada banyak jugak..
Lepas tu aku ada try balik guna hair dryer sekarang macam bole guna je..
So aku malas la nak beli dulu..
Masa mencari-cari ni tetibe terjumpa pulak benda ni..
Macam best je..hehe..

Lepas tu rasa lemak-lemak dekat badan ni macam banyak je..
Tengok harga pun macam best je..
 So aku pun beli je la..hehe..


Ni kotak nye..

Product specifications and features

  • Dimensions: 106.5cm (L) x 20cm (H) x 0.5cm (W); extends up to an additional 24cm
  • Weight: 195g
  • Colour: blue
  • Voltage: AC230V / 50-60Hz
  • Power: 55W
  • Temperature range: 34°C – 75°C (adjustable)
  • Automatic switch off: approx. 50 minutes


Dalam kotak ni ada:
  • 1x sauna belt
  • 1x temperature regulator (attached to belt)
  • 1x measuring tape
  • 1x instruction manual
  • 1x 7-day diet plan
Aku carik dekat Groupon dengan Lazada..
Dekat Groupon ni harga yang die display tu yang harga kita bayar..
Kalau dekat Lazada harga die display tu memang lagi murah..
 Tapi bila nak bayar kene charge untuk penghantaran..
Terus lagi mahal..

Mula-mula aku nak beli dekat Groupon..
Tapi setiap kali nak buat payment loading lama giler..
Berapa kali entah aku try..
  Dah fed up terus aku beli dekat Lazada je..
Beza dalam seringgit lebih je..
Cuma aku macam tak minat cara macam tu..
Macam harga tiket MAS dengan Air Asia..
Trick keji..huhu..
So kene la compare harga betul-betul sebelum beli..

Masa beli dermaroller haritu packing pun lain..
Tak tau la sebab barang yang berbeza ke apa..
Aku macam lagi suka dengan packing Groupon masa beli dermaroller dulu..
Walaupun dermaroller tu ada kotak sendiri..
Tapi die masih bungkus dengan bubble wrap dan letak dalam kotak Groupon..

Macam beli slimming belt ni dari Lazada bukak wrapping GDex tu terus kotak Slimming belt ni..
Tak tau la sebab saiz kotak ni sendiri pun dah besar ke apa..

Pasal slimming belt ni pulak aku dah beberapa kali guna..
Ok jugak la..
Cuma satu yang kurang best ialah kene connect dekat plug dan wayar pun agak pendek..
Kene extension la kalau nak gerak..
Lagi best aku rasa kalau tak de wayar..
Guna bateri je..
Ada yang jugak yang macam ni..
Mungkin harga lagi mahal la..
So bila pakai tu bole la bergerak bebas buat keje lain kan..
Bole la guna sambil buat keje rumah ke apa..

Harap-harap ada hasil la..hehe..
Weekend ni sepupu aku balik try guna..
Terus berminat nak beli..
Terus beli masa tu jugak..hehe..

Kalau berminat bole la check link ni..
 http://www.groupon.my/deals/national-deal/all-link-enterprise-19/718772284

Saturday, 30 August 2014

Home: Stamp Duty & Legal Fee..

Assalammualaikum..

Ni sambungan dari entri Home:Loan..
Ok sambung dengan Stamp Duty dan Legal Fee pulak..

Legal fee ada dua..
Satu dengan bank, satu lagi dengan developer..
Dengan bank ni untuk semua urusan mengenai loan..
Dengan developer pulak untuk semua urusan mengenai jual beli rumah..
S&P semua tu..

Lepas bank keluarkan offer letter semua dieorang ada bagi harga untuk legal fee sekali..
Masa ni harga yang lawyer bank ni bagi bole tahan mahal..
Dalam 7+++.++ macam tu..
Serabut jugak la nak korek duit masa tu..hehe..

Dah sign surat dengan bank tu kitaorang pun inform la lawyer developer..
Inform untuk arrange kan masa nak sign S&P..
  Masa nak sign pre S&P ni kitaorang bawak duit untuk stamp duty dengan loan disbursement..
Maksudnya tak guna pun lawyer dari bank..
Semua urusan loan dengan bank dan developer guna lawyer yang sama je..
Guna lawyer developer tu je..

Sila buat appointment dulu..
Jangan main terjah je..
Sebab pegi sana memang nama ada dalam list dan segala doc dah prepare.. 

Masa ni la baca segala dalam S&P..
Tanya macam-macam..
Mintak segala doc yang perlu..
Sebab ada pulak doc yang en.bf tak dapat masa beli dulu..
Jangan excited sangat nak sign ye..hehe..

Dah ok, dah puas hati semua bole la sign S&P dan doc loan yang bukan main banyak lagi..
Aku pun bosan tunggu die sign..haha..
Lepas tu bayar la stamp duty dan loan disbursement..

Sebelum pegi tu die ada bagi value yang perlu di bayar untuk stamp duty dan loan disbursement ni..
Untuk loan ni tak de lah semahal yang lawyer dieorang quote dulu..
Dalam 1+++.++ macam tu je.. 
Total dalam 3+++.++ tak silap..
Tapi masa nak bayar die tanya dan confirmkan 1st home buyer..
So dapat la 50% dekat stamp duty..
Take note ye..
1st home buyer ada 50% discount untuk stamp duty..

So lega la sikit..
Tak de lah kene sampai 7k untuk loan..

Masa ni representative yang uruskan kitaorang tu bagi tau..
Kalau nak keluarkan KWSP untuk bayar downpayment..
Lawyer akan keluarkan surat untuk inform developer..
Maksudnya lepas S&P dah siap stamping..
Bawak S&P ni pegi KWSP untuk keluarkan duit..
So developer tahu dan die akan tunggu la process tu dulu..

Tapi sebab lambat nak tunggu S&P yang dah siap di stamp tu untuk bawak pegi KWSP..
Developer nak duit downpayment tu dulu..
Maka bayar la duit downpayment tu dulu..
Lepas tu baru la keluarkan duit KWSP..
Macam redeem balik la..hehe..

Untuk bayar downpayment ni en.bf transfer dekat bank je..
Tak de la pegi dekat developer ke apa..
Senang sikit..
Lagi pun tak perlu bawak duit cash banyak-banyak..
Dah transfer confirmkan la yang dieorang dah dapat duit tu..
Lepas tu tunggu la dapat resit dan segala doc..
Make sure semua resit dan doc yang perlu ada dan simpan baik-baik..
Lagi deal dengan duit dalam jumlah yang besar ni..
Kalau orang banyak duit tu lain la..
Kitaorang ni masa dapat 50% discount tu lepas tu terus bank in balik dekat account rumah..
Tak de la nak guna ke apa..


Kalau ada salah silap dekat mana-mana maaf sangat la ye..
Benda pun dah lama..

Home: Loan..

Assalammualaikum..

Continue cerita pasal rumah..
Tersadai lama dah cerita ni..

Untuk jumpa orang bank ni tak semestinya pegi dekat bank..
Masa en.bf beli rumah ni ada jugak la orang bank yang call tanya kalau nak apply loan..
Bole je kalau nak jumpa dekat mana-mana..
Macam en.bf die banyak submit dekat kawan-kawan die je..

Untuk rumah subsale tak silap process die tak lama sangat..
Dari developer macam lama sikit rasanya process die..
Lepas korang dah submit tu kadang-kadang pihak bank akan call office korang nak pastikan maklumat yang korang bagi..

Untuk apply loan pun biasanya ada dalam range 70% dari jumlah income..
70% ni termasuk lah loan kereta, kad credit segala ye..
Tak silap aku dari gaji bersih lepas tolak EPF segala..
Kalau ada allowance die akan kira average dari 6 bulan contohnya dan tambah basic..

Kalau yang dah berkahwin bole je nak combine loan..
Mana la tau kalau tak cukup untuk seorang..
Tak pun sebab memang nak share-share ke..
Atau kalau tak cukup boleh jugak apply sekali dengan guarantor..
Guarantor tu biasanya family member la macam mak, ayah, adik beradik ke..

So bole la sentiasa contact pegawai bank yang korang berurusan tu untuk sentiasa update status loan korang..
Kadang-kadang loan korang bukan la tak lulus..
Tapi berapa percent yang lulus nya..
Mungkin korang apply untuk 90%..
Yang lulusnya mengikut income korang mungkin 85% tak pun 80% ke..
Dah la nak beli rumah..
Kene prepare 10% discount untuk deposit..
Dengan income yang tak seberapa ni lulus 85% ke 80%..
Mana la nak cekau deposit sampai 15% ke 20%..
Tu bukan sikit wang..
Mau kene ada sampai 70k atau lebih..
Tak ke naya..huhuhu..
Tu tak masuk lagi bayar lain..
Bayar stamp duty, lawyer fee ke..

Macam kitaorang yang beli dengan developer..
Masa beli tu dieorang bagi tau apa bank panel..
Ada 5 bank panel..
So kitaorang pegi dekat panel bank ni la..
Bila pegi dekat bank tu memang dieorang dah ada pekej yang developer offer dalam system..
BLR brapa, dengan beberapa detail..

Masa aku pegi Maybank (ni je the only bank yang aku involve)..
Bagi tau nama developer..
Lepas tu under developer tu projek yang mana..
Dekat bank pun dieorang ada tiers untuk developer..
Mungkin developer yang well known pakej lagi ok..

Ni antara doc yang diperlukan untuk apply loan..

Documents needed for loan processing

a. For salary earners

  1. IC
  2. 6 month payslip
  3. Latest EPF statement
  4. Account statement (CIMB 6 month)
  5. Employee confirmation letter
  6. Title
  7. Booking form
  8. Other saving
Doc ni sebenarnya depend dekat bank tu..
Ada yang nak 3 bulan, ada yang nak 6 bulan..
 Masa nak beli tu submit je la banyak-banyak..
Lepas tu kalau ada pilihan pilih la yang paling baik..


Dah confirm bole la sign loan offer letter dengan banker..
Pasal dengan bank semua ni en.bf je yang settle kan..
Die just inform aku je..
Masing-masing keje tak de nyer nak pegi sama-sama.. 

Ni Financial Adviser kalau korang ada nak apply loan..
Nama: Asyraf Luqman b. Zakaria
Scope: Pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman perumahan
 Bank: Hong Leong, Rasah
Contact No: 017-9024097
Nanti aku share step seterusnya..
Karang tulis banyak-banyak bosan baca kan..

Update Review: Shisedo Black Mask & Dermaroller System..

Assalammualaikum..

Ni aku nak share 2 produk yang aku biasa guna..
Memang aku selalu mention 2 benda ni..
Selain pencuci muka Origins yang aku guna..
Kenapa aku selalu mention?..
Sebab aku memang continue guna..
So bila continue dan masih setia..
Beli, beli dan beli lagi..
Sebab aku berpuas hati dengan produk tu..

Sape-sape nak baca pasal mask tu bole la baca dekat SINI, SINI, dan SINI..
Untuk Dermaroller pulak dekat SINI..

Review ni pulak aku tulis dari pengalaman dan feedback orang sekeliling aku..
Kalau sebab aku je takut syok sendiri je pulak kan..
Sebab benda ni luaran..

Mulakan dengan mask dulu..
Aku agak suka guna mask ni..

Salah satunya kesan parut dekat muka aku macam berkurang sikit..
Masa aku jumpa kawan aku die pernah tegur kat parut dekat muka aku macam dah makin kurang..
Die tanya aku guna apa..
Aku gelak je la..
Masa ni pun tak guna dermaroller lagi..
Cuma guna pencuci, mask dan makan horsetail..

Mask tu kan akan buang white head, black head dekat muka..
Bila benda-benda tu dah keluar maka kulit tu akan bertaut semula..
Lepas tu kulit aku pun kurang berminyak dan muka nampak lagi ok la..
Minyak yang banyak buatkan muka nampak kusam dan gelap sikit..

Lagi satu masa nak pegi facial haritu aku memang guna mask sebelum pegi..
Nak pakai malam sebelum tu tak sempat..
So masa pegi facial tu tak de la die picit banyak sangat berbanding sebelum ni..
Aku ni memang banyak white heand banding black head..
Yang ni aku memang perasan la..
Picit kejap je lepas tu tak sakit sangat..
Sebab masak pakai mask sebelum pegi tu memang banyak dah lekat-lekat dekat mask tu..

Aku memang suka mask ni..
Nasib baik la beli stok banyak giler sebelum pindah dari Kemaman hari tu..
Harap budak tu ad la jual lagi walaupun kene pos..
Harga pun mura je..
 So banyak jugak la kesan positif yang aku perasan kan..

Ok nest cerita pasal dermaroller pulak..
Ni aku baru jugak beli dan guna kan..
1st guna masa raya hari tu..
Baru sebulan je..
Cuma pernah experience sebelum ni jugak..
Tapi kesan die dah ketara..

Aku sendiri rasa nampak kesan tu.
En.bf pun haruslah..
Lepas tu tadi M.long tegur kata parut dekat muka aku makin kurang..
Makin licin katanya..haha..
Lepas tu masa borak-borak dekat beranda tadi..
P.Long pulak kata nampak aku makin putih..

Pasal parut tu memang aku rajin je guna benda tu..
Aku pulak kalau guna bukan sampai berdarah pun..
Untuk aktifkan pertumbuhan sel baru dekat kulit aku je..
Mungkin kalau sampai berdarah atau lama tu lagi cepat berkesan..
Tapi aku malas la nak sakit-sakit..
Lepas tu aku pernah sekali guna lama..
Tapi kesan merah tu makan masa nak hilang..
2 3 hari pegi ofis mura merak-merah..
Lepas tu mengelupas..
So aku tak nak pegi ofis dengan muka merah-merah..
Jadi lepas tu aku buat kejap-kejap tapi kerap..
Buat pun kalau masa weekend..
At least sehari 2 boleh la surutkan merah..

Sakit tu kene tahan sikit la..
Tapi tak de lah sakit sangat pun..
Setakat ni pun aku tak delah lepas buat tu muka naik jerawat, infection ke..
Make sure basuh muka bersih-bersih sebelum buat dan lepas guna basih benda tu bersih-bersih..

Jadi untuk parut jerawat aku yang berlubang-lubang dekat muka ni aku lagi prefer guna ni berbanding dengan krim-krim untuk parut jerawat..
Lebih efektif dan cepat rasanya..
Benda-benda chemical ni memang kene berhati-hati sikit untuk kulit aku yang sensitif ni..
Karang die bertindak balas dengan kulit aku satu hal..
Kesan die pun lambat sikit dekat aku..

Pasal pak cik aku kata muka aku makin putih tu pulak..
Jangan la salah anggap ingat benda ni bole mencerahkan kulit pulak..hehe..
Aku ni boleh di kategorikan berkulit cerah..
Cuma sebab masalah jerawat dan kulit berminyak tu mungkin kulit tu agak kusam sebelum ni..
Lagi pun sebab masalah kulit sebelum ni..
Kulit aku memang merah sikit..
So ni dah makin ok..
Dah kurang merah dan kembali ke warna kulit asal..

Aku pun sekarang duduk ofis je kan..
Mana kene panas sangat..
Dulu duduk Terangganu jalan kaki pegi kelas..
Kawasan pun tepi laut..
Mungkin sebab panas tepi laut dengan udara keling tu buat kulit aku gelap sikit kot..

Macam aku kata..
Kalau orang pun dah perasan dan kata makin ok..
So ketara jugak la perubahan tu kan..
Lagi satu mungkin sebab kombinasi dua-dua ni..
Sebab tu la aku tulis dua-dua sekali..

Keberkesanan ni ikut kulit masing-masing la..
So aku ni kongsi berdasarkan pengalaman aku..
Sape-sape berminat bole la cuba..
Modal pun murah je..


Modal nye cuma rm 0.90 sepeket mask yang bole dua kali untuk sepekt tu..
Dan rm28 ringgit untuk dermaroller system yang aku beli dekat Gruopon..
Dermaroller ni bole guna berkali-kali selagi elok..
Jadi sila la jaga dengan baik dan bersih-bersih..
Kalau rosak pun beli la lagi sebab agak murah..:)

Weekend Merdeka..

Assalammualaikum..

Weekend ni cuti 3 hari kan..
Extra cuti sehari sebab Merdeka..
Haruslah balik kampung..
3 hari cuti duduk KL nak buat apa.

Lagi pun en.bf pun memang nak balik kampung..
Die ke Kedah Sabtu ni..
Ahad abang die nak bertunang..

Balik ni pun ramai jugak dekat kampung..
P.Long dengan M.Long pun ada balik..
Adik Ta dekat Johor pun ada balik..
Lepas tu nak belikan daging salai untuk office mate..:)

Petang tadi pun ada buat makan-makan sikit beli kek celebrate birthday Adik Ta..
Padahal tarikh die 25hb hari tu..
Tapi sebab ramai ada hari ni so buat hari je la..
Buat masa minum petang..
Selain kek ada air kelapa, rojak, mee rojak dengan sandwich..

Disebabkan adik Ta ada..
Macam biasa la buat keje die dekat rumah..
Satu meja dekat dapur tu penuh dengan barang-barang die je..
Kalau tak siap lagi tak kemas pun..
Ada mood nak buat balik die datang la sambung keje die balik..


Belum siap lagi..

Ni pulak detail untuk setiap lukisan..


Burung Raja Udang..
 


 Air terjun..



Bunga..

Ni pulak bila dah siap..


Tapi belum jugak la siap betul..

Aku pun tak ingat die buat ni untuk apa..
Die ada bagi tau semalam..
Lupa dah..haha..

Lukisan ni guna cat minyak tak silap..
Lukis atas canvas..
Die ada ajak pegi beli frame tadi..
Tapi dah petang baru beria ajak..
Memang tak sempat dah la..

Esok die dah nak balik..
So lukisan ni die bawak la balik sana..
Saje aku upload dekat sini..
Sebab die lukis bukan untuk letak dekat rumah..
Sekurang nya bila baca balik nanti ni salah satu karya die la..

Aku rasa hasil lukisan die banyak jugak la improvement die..
So kalau ada family member yang berbakat seni tu bole la hantar pegi sekolah seni..
Hari tu pun ada orang tanya aku macam mana nak apply dekat sana..

Kalau berminat nak tau lebih lanjut pasal sekolah seni.
Boleh la check dekat sini..

Dan ni pulak untuk sekolah seni Johor..

Kalau sebut pasal seni bukan la hiburan semata-mata..
Memang la macam muzik, tari dan teater tu kearah hiburan sikit..
Tapi kalau seni visual ke skop tu mungkin lebih dekat art..
Lebih pada lukisan, interior, kreativiti macam tu..

So terpulang la..
Dengan kemudahan yang ada pun agak menarik aku rasa..
Kalau nak hantar anak ke pegi kelas muzik, main alat muzik, tari, lukisan ke memang mahal kan..
So kalau dekat sekolah ni dengan budak yang memang sukakan seni, berminat dengan seni..
Memang sesuai la..
Dieorang bole belajar akademik dan buat apa yang dieorang minat pada masa yang sama..

Kalau yang malas nak baca dekat web tu..
Ni mungkin apa yang menarik..

PENGAMBILAN MURID

Pengambilan murid adalah terbuka kepada semua murid sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dari seluruh negara.  Pengambilan murid hanyalah ke Tingkatan 1 sahaja. TIADA pengambilan ke Tingkatan Dua, Tiga, Empat atau Lima.

Permohonan murid ke SSeM hanya dilakukan melalui secara atas talian melalui Sistem e-SSeM. Sistem ini diaktifkan mulai bulan Mei hingga September setiap tahun. Pemohon boleh mendaftar masuk dengan menggunakan Angka Giliran UPSR dan mengisi segala maklumat secara atas talian di  http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan.

Walau bagaimanapun, murid-murid yang terlepas memohon secara atas talian atau murid-murid yang tiada kemudahan internet, bolehlah memohon sebagai calon walk-in dengan mengisi borang permohonan secara manual sewaktu Sesi Serlahan Seni (SSS).

Sesi Serlahan Seni adalah proses uji bakat pemilihan murid ke SSeM yang dilaksanakan di seluruh negara. Sesi ini biasanya dilaksanakan dalam bulan Oktober setiap tahun sebelum Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Calon yang memohon akan diuji bakat mereka berdasarkan bidang kesenian yang dipohon; Muzik, Tari, Teater atau Seni Visual. Panel Sesi Serlahan Seni adalah mereka yang mempunyai kepakaran di dalam salah satu daripada empat bidang kesenian yang dinyatakan di atas.

Syarat Kemasukan
i.
Warganegara Malaysia
ii.
Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian  yang dipohon
(Muzik ,Tari, Teater  atau Seni Visual)
iii.
Tiada kecacatan
iv.
Lulus Sesi Serlahan Seni
v.
Mendapat keputusan minima 3B Dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

Ni dah hujung September kan..
So bulan depan ialah Oktober..
Sapa-sapa yang berminat bole la take note..:)

Thursday, 28 August 2014

Washer/Dryer..

Assalammualaikum..

Korang pernah tau pasal washer dengan dryer?..
Kalau yang suka pegi self service laudry tu mesti biasa kan..
Aku tak pernah la pegi laudry ni teman Haziq pegi kering kan baju..
Tapi tak pernah la guna service ni..
Rumah sewa sekarang ada je mesin basuh..
Kalau tak de mesin basuh pun aku suka hantar siap lipat..hehe..
Alang-alang hantar tu biar terus settle..

Idea pasal washer/dryer ni en.bf yang mulakan..
Atau dalam erti kata lain die yang introduce kan dekat aku..
Lepas tau aku memang berminat la..

Kalau dekat self service laundry tu washer dengan dryer ni separate kan..
So boleh pilih la..
Masa pegi dengan Haziq pun die dah basuh dekat rumah..
Cuma pegi nak guna dryer je..
Memang kering betul la..
Balik tu terus lipat je..
Duduk rumah tinggi-tinggi ni memang payah nak ampai baju kan..
Kalau tak guna kene la guna yard, koridor tak pun macam rumah aku sekarang ampai dekat hall je..
Tu yang jadi macam ni tu.. 

Ni kalau nak faham lebih lanjut..

Ok kalau yang dekat self service laundry tu separately kan..
Yang en.bf suggest ni adalah integrate dryer and washer..
So basuh, spin dan terus sampai betul-betul kering..
Keluar dari mesin bole terus lipat atau iron dan hang..
So tak payah la nak pening-pening sangat pasal ampaian..
Cuma kene la ada ampaian jugak mungkin untuk ampai tuala ke..
Tapi penggunaan ampaian tu tak la sebanyak kalau guna washer je..

Bila dah tau tu harusla kene study..haha..
Benda-benda macam ni haruslah keje aku kan..
Mula-mula tu aku ada jugak la usha-usha maklumat dekat web..
Tu tempat paling senang nak dapat maklumat kan..
Lepas tu ada tanya Haziq..
Haziq bagi tau harga die dalam 4k..
Mak ai kemain..

Semalam aku pegi Sunway Pyramid lagi..
Rasanya tiap minggu pegi sana..haha..
Pagi sana nak beli barang en.bf sebenarnya..
Nak beli sabun, berus gigi, shampoo macam tu la..
Lepas tu macam aku cerita sebelum ni..
Area tu memang area barang rumah kan..

Dulu pegi Getha..
Lepas tu pegi Home Living..
Dah pernah jugak masuk beberapa kedai lain..
Semalam lepas dah settle benda yang wajib..
Saje jalan-jalan dekat Harvey Norman..

Masuk tengok perabot dekat depan sampai la ke bahgian barang elektrik dekat belakang..
Haaa dah ada dekat sini..
Nampak pulak mesin basuh..
Apa lagi..
Lepas tu dah la masa kitaorang datang tu ada seorang pelanggan je..
Lepas die pegi tinggal kitaorang je la..
Memang aku gunakan peluang yang ada sebaik-baik nya..

So memang ada je la jual..
Aku ni je yang lambat tau..
Tapi tak banyak sangat la..
Dalam banyak-banyak tu ada 3..
Satu dari Electrolux, LG dan Samsung masing-masing..

Aku tak de la tanya spesifik untuk satu-satu brand..
Cuma nak tau pasal washer/dryer ni generally..
Aku pun tak sure la memang front load je ke yang ada washer/dryer ni atau top load pun ada..
Di sebabkan aku dah stuck dekat situ so dekat front load je la..
Lepas tu semalam lupa pulak nak tanya..
Tulis ni baru teringat..

Harga pulak tak de la semahal yang Haziq cakap tu..
Semalam harga die start dari 2+++.++ ke 3+++.++..
Even washer je pun ada yang lagi mahal dari washer/dryer ni..

Tapi harga die memang vary dengan capacity dan function..
Lagi berat dan lagi canggih lagi mahal la kan..
Sekarang ada technology inverter, eco bubble la..
So ni depend dekat brand tu offer apa dan apa yang korang nak dekat mesin tu la..

Antara benda menarik yang aku observe benda ni ialah pasal capacity die..
Biasanya akan tulis 9kg/6kg untuk capacity die..
So maksudnya 9kg tu capacity untuk washer dan 6kg tu untuk dryer tu boleh bagi betul-betul kering..
Untuk dryer punya capacity kurang dari washer punya capacity la..
Kalau lebih dari capacity dryer tu pakaian tu nanti tak betul-betul kering..
Tapi tak se lembab kalau spin washer je la..
So sila la take note pasal ni..

Satu lagi yang baru pada aku..
Mesin ni boleh basuh baju pada suhu yang berbeza..
Mungkin sebab ada heater untuk dryer..
So die bole cuci baju dengan air biasa atau air suam..
Dan dengan teknologi yang dieorang ada walaupun basuh dengan air suam tapi baju tak berkedut macam kalau kita basuh baju dengan air panas..
Tak tau la kalau washer biasa pun ada macam ni..
Setakat ni aku tengok dan biasa guna yang biasa-biasa je la..

Warranty pun bergantung pada apa yang brand tu offer la..
Warranty motor biasanya lama tapi warranty panel sekejap je..
Tapi ada jugak brand yang offer untuk extend warranty..

Keseluruhannya agak menarik..
Cuma lagi canggih komponen lagi banyak la..
 Tak tau la kalau rosak lagi leceh ke macam mana..
SA tu pulak sangat baik..
So sangat recommend kalau pegi dan mintak die consult..
Bagi penerangan yang bagus dan kalau ada soalan pun jawapan sangat baik..
Walaupun tak beli tapi share maklumat dengan sangat baik..

So sape-sape yang dah guna boleh share experience..
Sape yang nak beli washing machine tapi kisah pasal space macam aku bole la consider washer/dryer ni..:)

Dan ni link untuk produk Samsung..
Aku pun tak baca lagi..
Kalau rajin bole la baca..
Tak faham bole pegi kedai tanya SA..:)

Tuesday, 26 August 2014

Idea deko..

Assalammualaikum..


Ni la antara yang aku suka untuk letak dekat tepi tingkap..
So bole la duduk santai sambil tengok pemandangan luar..
Mula-mula nak cari macam ni sofa betul..
Tapi kalau bawah drawer atas letak alas untuk duduk pun ok kan..
Dan 2 fungsi..
Storage dan untuk duduk..

Idea tu dari sini sebenarnya..


Masa pegi sini dulu..
Aku suka lepak dekat tepi tingkap menghadap ke laut..
So best la duduk tepi tingkap ada tempat best empuk kan banding tengok tv je..
Lagi satu sofa tu kalau nak tido pun muat sangat je..
Multi function la kan..
Bilik ni bole utilized tido 3 orang la kan..

Tapi sebab rumah kecik..
Cuma ada ruang sikit..
Tu bila jumpa idea dekat atas tu so still bole buat lagi la walaupun ruang sempit..
Tak semestinya ruang besar..
 Kalau ruang besar memang ok sangat la..
Let say bilik tetamu bole duduk 4 orang da kalau ada sofa bed, katil ada drawer..
Tetamu bukan nak duduk lepak bilik sangat pun..
Yang penting ada tempat tido..
Banding toto yang kene ruang yg besar untuk simpan kemas baik la katil ada drawer dan sofa bed..
Perabot cantik, kemas dan bole manfaatkan maksimum..


Aku suka dengan wall paper ni..
Warna simple, corak pun simple..
Tapi sebab ada tekstur..
So nampak cantik..


Full ruang..
Biasanya lampu memang sangat membantu la naikkan seri ruang..

Ni pulak gambar masa dekat Ikea..


Simple laudry area..


Kitchen kabinet..
Aku suka warna die..
Lain sikit dari yang lain..

Ni semua gambar daru hp en.bf..
Semalam baru dapat tadi aku baru download..

Mungkin bole bagi idea dekat korang..
Tak pun sekadar cuci mata..
Aku ni memang simple dan suka simple-simple je..
Tapi kalau bole apa yang aku beli tu guna sebaik-baiknya..
Kalau tak rigu je tapi tak bole guna semaksimum yang mungkin..
Ada benda memang cantik tapi tak praktikal..
Tu yang kene study baik-baik tu..:)
Kalau bole kualiti, design dengan function kene maksimum la..

Sunday, 24 August 2014

Kisah Weekend - FRIM dan Herbaline..

Assalammualaikum..

Minggu ni aku tak update sangat lan..
Sibuk sikit..
Banyak keluar jugak la..

Hari Khamis hari tu keluar dengan Haziq dengan anak buah die..
Pegi makan malam..
Satu hari dekat ofis tak makan..
Sebab ada discussion lepas tu miss lunch dengan budak-budak ni..
Nasib baik la ajak die keluar malam tu die ok je..
Die pun nak cari bunga plastik untuk hiasan rumah..

Jumaat malam pulak pegi makan nasi arab dengan en.bf..
Sebelum pegi sempat la beli pedal ayam dekat pasar malam dengan durian crepe..
Murah je durian crepe ni..
Rasa ok jugak la..
Tapi durian-durian lagi mantap la..
Berbaloi la dengan harga die..

Nasi arab ni dekat Dataran Mentari..
Sedap nasi arab die..
Aku order Lamb Mandy, en.bf order Lamb Kebab dengan teh large..
Total rm3+.++..
Lepas tu ada order air mineral..
1 botol air mineral rm1 je..
Rasa dengan harga berbaloi sangat..
Cuma kedai ni macam tak ramai sangat orang..
Mungkin sebab faktor lokasi agaknya..
Die dekat bahagian belakang..
Orang tak tau sangat..
 So lepas ni kalau ada sape-sape nak makan nasi arab bole la cuba dekat sini..

Semalam pulak hari Sabtu..
Weekend ni plan nak pegi facial..
Dah lama giler tak pegi..
Lama tu makdunya last pegi 2 tahun lepas kot..

Dalam pukul 11 lebih call booking..
Kalau nak pegi especially time weekend sila la booking dulu ye..
 So booking pukul 3 then inform en.bf..

Lepas tu die SMS ajak pegi kenduri kawan die..
Kenduri kawen kakak kawan die dekat Frame Kepong..
Jalan masa ni bole tahan pulak slow nya..
Kereta banyak, lepas tu ada tempat hujan lebat la..
Orang ramai sibuk pegi open house dengan kenduri..
Sampai Kepong pun dah dekat pukul 3..
Nasib baik la on the way tu bila rasa tak bole nak sampai aku call balik..
Book pukul 5..

Kenduri dekat frame biasa-biasa je..
At least dapat la makan free tengah hari tu..
Nak balik pun dekat Kewajipan jem..
Call lagi bagi tau lambat sampai..huhu..

Dekat Herbaline kitaorang amik pakej rm85 untuk 2 orang..
Aku dari dulu lagi memang suka pegi dekat Herbaline ni..
Kalau datang sini buat facial ada free cuci kaki dengan garam, aroma therapy dengan lavender dan serai, teh herba, air halia campur serai yang sedap dan baik untuk badan dan fish spa..
Environment dekat sini pun best..





So sambil-sambil facial tu apa lagi usha-usha la idea deko tempat ni..
Ada tu aku pernah bagi idea dekat en.bf..
Sekali ada dekat sini..
So bole la tunjuk idea aku tu kalau betul-betul..hehe..


Tapi dekat sini tak de pekej harga 1st trial..
Kalau tak sebelum ni ada harga untuk 1st trial rm38..
Yang sure ada harga rm38 untuk 1st trial ni ialah dekat Seremban 2..
Harga ni untuk weekdays je ye..
Kalau weekend dan public holiday pun tak de harga ni..
Lepas tu dieorang pun ada special offer on peak hour..
Peak hour ni dari pukul 11-4..
Special offer ni kita akan dapat free tratment..
Eye treatment contohnya tambahan kepada facial treatment yang kita pilih..
So sape yang nak dapat kan treatment ni bole la pegi masa lunch hour kan..
Biasanya harga 1st trail ni ada dekat outlet yang baru bukak..

Habis facial pukul 7 macam tu..
Lepas tu kitaorang singgah dekat Sunway Pyramid pulak..
Ada nak beli barang en.bf dan makan malam..
Dah settle semua sempat la jalan-jalan tengok barang..

Pegi Dunloppilo usha-usha..
Pun ada bed frame..
Tapi tengok macam tu je kejap..
Sempat jugak masuk Aino Living tengok apa yang ada..
 Last sekali sempat pegi Home Living tanya pasal langsir..
Dekat Home Living ni SA die memang best..
Cara die layan dan consult best..

Masa on the way dari Kepong ke Subang Jaya lalu Sungai Buloh lalu dekat kawasan nursery..
Kalau ada masa nanti bole jugak la usha-usha apa yang ada..
Bole compare kualiti dan harga barang dengan yang aku dah tengok-tengok sebelum ni..

So hari ni melepet je la duduk dekat rumah..
Bangun lambat, online, tengok tv, makan-makan..
Hari pun hujan..
So nyaman je la..

Apa aktiviti korang hari ni?..
Masih banyak open house dan kenduri lagi ke?..

Wednesday, 20 August 2014

Getha..

Assalammualaikum..


Assalammualaikum..

Asalnya aku dah tulis pasal shampoo BaWang dengan Getha ni sekali..
Sebab info pun sikit-sikit je..
Tapi bila dah tulis panjang sangat pulak..

Aku share untuk orang yang mungkin perlukan maklumat pasal ni..
Lagi pun aku suka survey dan jalan-jalan ni sebab nak hilang kan stress satu hal..
Sekarang ni banyak keje..
Lagi dah hujung-hujung ni..
Terpenyek sangat rasa..
Lagi satu jalan-jalan dan survey-survey ni macam motivasi la..
Bila semangat tu macam dan berkurang je..
Tengok ada benda best yang kita kene usaha dapat..
Macam mana nak dapat, kene la usaha dapatkan duit..
Nak dapat duit tu kene la rajin-rajin keje..hehe..
Nampak kan motivasi dekat situ..

Getha ni aku tau memang specialist tilam..
Cuma nak tau detail produk dieorang..
So aku pun tanya la..
Rupanya selain jual tilam dieorang ni pun ada jual bed frame jugak..
Aku suka design yang simple tapi nampak sedap dekat mata aku ni..
Mata orang lain aku tak pasti la..

So dieorang ni memang specialist buat tilam..
Fully latex..
So bagus la untuk badan..
Kalau tilam spring tu satu yang aku tau kekurangan die macam tilam dekat bilik aku nanti spring tu la lepas rosak dan tak balance..
So nak tido pun dah tak best la..

Masa jalan-jalan ni aku macam suka dengan perabot die..
Spesifiknya katil dan ada macam sofa bed die..
Masuk-masuk dah nampak macam sofa bed ni..
Sebenarnya tak tau apa nama die..haha..

So aku pun tanya la kot-kot benda tu bole custom-made tak..
Kalau custom made macam menarik jugak..
Bole tempah ikut saiz yang sesuai..
Sebab idea die nak letak dekat tepi tingkap..
So kene la ikut saiz ruang tingkap tu..

Cari gambar tadi jumpa ni..
Bagus jugak idea ni..


Bawah ada drawer..
Bole simpan barang..
Berbanding kalau fully sofa..

Lepas tu macam aku cakap aku suka katil die..
Terus tanya SA yang entertain aku tu..
Nice orang nya..
Banyak jugak info aku dapat..

Dalam banyak-banyak aku ada minat frame bed color ni..


Warna dark brown..
Biasanya memang ada 2 warna je kalau aku tengok dekat web die..
Tapi semalam pun ada 2 warna je..
Satu dark brown dan 1 lagi beige..

Aku minat katil warna dark brown tapi multi function..


Lebih kurang macam dekat atas ni la..
Cuma ada 2 drawer dekat sebelah kira..
Dan additional single drawer dekat sebelah kanan macam gambar dekat atas..
So untuk yang nak jimat ruang memang ok la..
Ada extra bed dan drawer untuk isi barang..

Cari gambar tadi aku jumpa yang ni..
Macam best jugak..


Ruang simpan barang yang menarik..

Apa yang aku suka pasal Getha ni dari sedikit info semalam..
  • Warranty untuk tilam ni 10 tahun..Kalau betul expected life dengan reliability die macam ni mungkin agak bagus..Alah beli menang memakai..10 tahun kalau tilam tak ok dah kene beli baru bila total kan balik harga lebih kurang je..Dalam warranty 10 tahun ni kalau macam jahit rosak, fabrik ke bole hantar balik free of charge..Cuma kene bayar harga transportation je..
  • Aku suka sebab die tak de bucu yang tajam atau bahan yang keras berbanding kalau guna kayu..kalau kene dekat kaki pun ok lagi..Especially kalau ada budak kecik lagi la ok..kalau terhantuk ke potensi tu lagi kurang dari pakai kayu, besi atau plastik..
  • Aku suka dengan warna dan design die yang simple je..
In term of harga kene survey lagi..
Aku ni tak pandai sangat beli perabot lagi..
Untuk frame bed yang aku berkenan tu..
Frame bed queen size, ada 2 drawer, i pull out single bed sekali dengan tilam, bantal dnegan bantal peluk sekali tak silap dalam 4+++.++..

Kalau harga tilam pulak mungkin agak mahal..
Saiz, jenis die berbeza..
Part ni aku tak tanya sangat pun semalam..
Harga tilam die ada sampai 10k yang aku nampak die display..
Sebab harga die memang letak je atas katil..

Ada jugak aksesori lain jual dekat sini macam cadar, towel, untuk katil baby..
Semalam aku dekat situ tak de la pulak aku nampak katil bulat..
Tapi sebenarnya Getha ada katil bulat..
Nampak nice jugak..
Cuma lagi sesuai untuk yang space besar kot..

Antar tips yang SA tu share..
Kalau pakai tilam tapi tak nak die cepat out of share sebab load yang kita bagi..
Rotate la tilam tu..
Brapa jangka masa sekali aku tak ingat..
Rotate maksudnya..
Ubah la dari kepala ke kaki..
So tak dela load tu dekat tempat yang sama je..

Menarik jugak pegi semalam..
Dah keluar baru tanya en.bf kenapa tak amik gambar..
Tapi boleh di consider jugak la nanti..
Sebab design, warna dan function die aku suka..
Of course paling utama kualiti tilam die la..
At least dapat la idea pasal frame bed dengan tilam..
SA pun sangat nice dan membantu..
Nak tanya banyak-banyak pun tak pe..
At least untuk after sales punya part..
In term of maintenance dan kalau jadi apa-apa..

Aku tak de la tanya sangat semalam..
Tapi info yang sikit ni pun dah banyak membantu rasanya..
At least untuk aku compare dengan produk yang setara..
Dunloppilo ke contohnya..

So sape yang berminat boleh la lawat web dieorang ni..
 http://getha.com.my/
Tak pun pegi lawat store dieorang yang berhampiran..
Bole tengok sendiri dan tanya soalan dekat SA untuk consulation yang lebih bagus..

Finally-Shampoo BaWang..

Assalammualaikum..

Hari Isnin haritu aku dah cerita kan..
Macam mana susahnya nak carik shampoo bawang ni..
So sebab tak jumpa dan nak beli seluar pakai keje..
Plan la dengan nak pegi dengan en.bf semalam..

So lepas maghrib en.bf amik aku..
Ke Sunway Pyramid la sebab seluar aku nak tu memang aku jumpa dekat Sunway..
Dah siap try segala sebelum ni..
Tapi sebab masa aku pegi tu dah lambat sangat..
Kedai dah nak tutup..
Walaupun dah try tapi sebab rushing aku malas la nak beli..

So semalam sampai tu lincah-lincah la pegi carik barang..
Aim nak beli seluar dengan shampoo la..
Seluar ni ada dari sebelum puasa lagi..
Mana la tau dah habis..
Nak beli sangat tu sebab murah..
Alhamdulillah dapat la beli seluar dan shampoo ni..

Simple je seluar ni..
Selesa dan harga pun ok..
Sekarang ni aku suka pulak seluar skinny..
Motivasi nak kurus sangat kan..hehe..


Walaupun masa mula-mula memang try n error je..
Harapan tu tak berapa tinggi pun..
Sebab susah sangat nak carik dekat farmasi..
Mula-mula pegi dekat Guardian tak de..
Then pegi dekat Watson nasib baik la ada..
Apa lagi terus grab dan bayar..

Kebetulan sangat pulak farmasi-farmasi ni dekat dengan dengan tempat jual kelengkapan rumah..
Dekat dengan area situ ada AKEMI, Aino Living dll..
Aku pun tak perasan sangat..
Tapi kedai die memang dekat LG2 tu satu kawasan je la..

AKEMI tu sebelah Watson je..
Tak de yang aku berminat sangat..
Sebab aku masuk tengok kejap-kejap je kot..
Ada langsir, cadar, towel tak silap..
More on fabric stuff..
 Masa ni tak beli shampoo lagi..
So kejap je la..
Shampoo adalah keutamaan masa ni..

Lepas beli shampoo depan tu aku nampak ada Getha..
Macam best je..
So ajak la en.bf masuk..
Saje tengok-tengok..
Aku kan suka survey-survey ni..

Nanti aku share pasal Getha ni..

Dah settle semua benda baru la pegi makan..
Pegi makan dekat luar Sunway..
Aku memang lagi suka makan benda biasa-biasa dari fast food ke apa..

Disebabkan makan malam agak lewat..
Makan pun bole tahan lewat..
So aku decide untuk puasa hari ni..
Settle dah puasa ganti untuk tahun ni..:)

WW-Wordless Wednesday..

Assalammualaikum..

Sabar je la..
Dah pukul 8 lebih malam baru nak buat WW punya entri..
Dah nak hari Khamis pun..
Tapi ni ok lagi la dari Wordless Thursday minggu lepas..
Layan kan je la..



Ni jamuan raya weekend lepas..
Makanan-makanan sangat awesome..:)

Monday, 18 August 2014

Restock Barang Penjagaan Diri - Kordel's Horsetail, Nivea Fresh Natural & Sulcura..

Assalammualaikum..

Tajuk barang penjagaan diri tu macam skema je kan..
Tak pela layan kan je la..
Kira tajuk tu macam spesifik sikit..
Kalau tajuk restock barang je terlampaun umum pulak..

Ok salah satu motif weekend ni ialah nak restock barang-barang yang dah habis dan dah nak habis..
Disebabkan aku sampai kampung pun dah Sabtu malam..
Hari Ahad siang tu aku la aku kuar pegi carik barang dengan Luqman..

On the way nak beli barang baru teringat pasal daging salai..
Aku balik ni plan last minit..
Jumaat malam baru decide..
So tak de la amik order..
Kalau nak suruh dieorang SMS pun modal tak de pulak..
Kalau ada rezeki sebelum habis bole la beli..

Barang aku ni tak de lah pelik sangat..
Tapi kadang-kadang payah nak jumpa..
 Lagi pun nak compare harga pun ye jugak..
Yang aku nak beli Shampoo BaWang warna hijau, deodarant Nivea fresh, Kordel's Horsetail dengan ubat gatal..

Mula-mula pegi Farmasi Alpro..
 Shampoo BaWang ada saiz kecik je..
Aku malas nak beli kalau saiz kecik ni..
Rugi satu hal..
Lagi satu kejap lagi habis kene beli lagi..
Dah la kadang-kadang payah nak jumpa..
Kordel's Horsetail tu ada dekat sini..
Tapi ada twin pack je..
Memang la lagi jimat kalau beli..
Tapi budjet nak beli 4 barang..

So pegi Giant pulak..
Nasib baik dekat Giant ni ada Kordel's Horsetail yang single pack..
Ada diskaun 20% tak silap..
Shampoo BaWang tak de..
Nampak pulak deodarant lepas tu amik..
 Tak silap ada diskaun jugak..
Tapi dah lupa la..
Lepas tu pegi la bayar 2 barang ni..
Masa bayar ada voucher rm5 pulak..
So jimat la rm5..
Tak silap dieorang ada promo sempena merdeka..
So kalau ada nak beli barang tu bole la pegi..
 Settle la 2 barang ni..


 Aku suka deodarant ni..
Sebelum ni aku pernah try happy shave dengan fresh natural..
Tapi aku memang lagi prefer yang ni..
Lagi lasting..
Even jalan beraya 11 rumah 1 hari dari pagi sampai malam hari tu pun aku ok je..
Kalau yang whitening untuk happy shave tu aku tak berapa suka sebab macam alergik..
Nanti naik macam jerawat-jerawat dekat kulit bawah lengan..

Aku mula-mula pakai yang fresh ni..
Saje try yang happy shave lepas tu..
So nampak nya yang ni lagi sesuai dengan aku..
Sebab tu maintain guna ni je..

Lepas tu memang beria la carik shampoo BaWang..
Aku masuk dekat Giant..
Memang ada..
Tapi saiz kecik je..
Even promoter tu baru tau ada shampoo tu..
Die yang keje situ pun tak perasan dan tau pasal shampoo tu..huhu..
Sebab market kurang tu pasal la ada saiz kecik je kot..

Lepas tu pegi Watson dekat tempat lain pulak..
2 Watson pegi pun tak de..
Dekat Watson ke dua tu sebab dah give up carik shampoo ni aku tanya la pasal ubat gatal..

SA tu kata dekat Watson cuma ada ubat gatal biasa je..
Die suggest aku pegi farmasi..
Ada Farmasi Alpro jugak dekat sini..
So aku pun pegi la..

Aku sebenarnya dah ada beli ubat gatal ni..
Tapi macam tak berkesan je..


Dah guna separuh aku rasa..
Tapi macam tak de perubahan pun..
Tu yang carik lain..

Dekat Alpro aku bagi tau ubat yang aku dah guna dan tak berkesan..
So aku mintak ubat lain..
Aku tunjuk jugak la dekat SA tu kulit aku..

So die suggest kan ubat ni..
Derma Spray Intensive..



Harga die untuk 15ml ni ialah rm21.90..


Aku tak pernah tau pun pasal ubat ni..
Tapi bila SA tu introduce macam best je..hehe..
Just spray dekat tempat gatal..
Fungsi die untuk matikan kuman..

Apa yang elok nye die ni matikan kuman..
Berbanding cream yang kuat bila guna..
Kalau tak berfungsi dengan baik gatal tak hilang tapi nanti akan rosakkan kulit..

Balik tu lepas mandi aku terus guna..
Yang best nye just spray-spray je berbanding cream..
Lepas spray pun sejuk je..
Kalau cream tu macam melekit-lekit sikit..
Kene cotton bud segala kan..
Ni lagi mudah la pada aku..

Keberkesanan die nanti aku share..
Produk ni pun ada range..
Macam dekat farmasi tu ada untuk acne la..
Dan untuk eczema..
Besa susah nak cari ubat eczema yang sesuai untuk baby kan..
Mana tau range dari produk ni sesuai pulak..
Lepas tu ubat ni pun sesuai untuk umur 12bulan ke atas..
Fungsi die ada dekat label ubat tu ye..

Ni link untuk ubat ni kalau nak tau lebih banyak maklumat..
https://www.salcuraskincare.com/

Kisah shampoo la yang paling mencabar..
Lepas misi semalam gagal..
Hari ni misi di teruskan lagi..
Balik keje tadi pegi carik dekat Guardian KL Sentral..
Lepas tu ke Nu Sentral..
Tengok dekat directory board Nu Sentral tak de farmasi aku pegi KLCC..
Pegi Watson dengan Guardian KLCC pun tak de..
Sabar je la..
Sudahnya aku beli durian crepe 2 pcs dengan roti boy je dekat KLCC..

Rasanya senang carik dekat Giant dengan Tesco je..
Tempat lain tu bukan tak de..
Tapi botol kecik je.
Nasib baik dekat rumah ada botol kecik..
Aku amik la..
So sementara ni sempat la nak guna lagi..
Kalau nak beli shampoo lain dulu malas giler aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...