Thursday, 31 July 2014

Dermaroller System..

Assalammualaikum..

Sebenarnya aku nak share pasal ni tadi..
Salah satu malas nak update sebab malas nak cerita pasal benda yang sama je..
Asyik cerita pasal hal sendiri je kan..
Lagi kalau raya..
Pasal jalan, makan dan jumpa orang yang kita kenal..

Salah satu yang buat aku rajin nak online dan update blog ni sebab nak share pasal ni..
Karang terus share pasal benda ni..
Tak de wish raya ke apa..
Pakai langgar je..
Ingat aku tak de feeling lansung pulak nanti..haha..

Sape pernah dengar pasal derma roller?.
Micro derma roller ke..
Ni leh benda nye..



Aku purchase benda ni dekat Groupon je hari tu..
Dalam bulan puasa atau sebelum puasa aku beli..
Terus suruh die pos dekat rumah..

Apa derma roller ni?..


Maaf la tetiba gambar ni rotate sendiri..
Boleh klik untuk lebih besar nak baca description atas box tu..
Dermaroller system ni efficient system for anti-ageing, skin regeneration, skin tighten and collagen stimulation therapy..
Atau dalam bahasa melayu nye sistem yang efisen untuk anti-penuaan, menggalakkan pembaharuan kulit, menganjalkan kulit and menggalakkan kolagen..
 Kalau ikut apa yang aku google pun benda ni elok untuk menggalakkan pertumbuhan rambut baru kalau ada masalah rambut gugur atau makin nipis..

 Macam aku tau pasal benda ni?..

Secara jujur nya aku memang pernah buat rawatan ni dekat Penang dulu untuk rawat parut jerawat aku..
Aku punya kulit jenis parut jerawat yang berlubang-lubang tu..
Berbeza dengan orang yang parut jerawat die keras-keras then bila dah buang isi jerawt tu kulit jadi macam biasa je..
Contohnya en.bf.
Walaupun die pernah banyak jerawat tapi lepas pegi facial buang isi jerawat tu kulit die macam biasa je..
Best betul kalau kulit macam ni..huhu..

So masa dekat Penang dulu aku pernah la try rawatan ni..
Doktor tu akan roll kan benda ni atas muka sampai berdarah then die akan hasilkan kulit baru..
Tapi buat dulu walaupun dah sapu krim untuk kebas kan kulit segala tapi sakit giler..huhu..
Lepas tu memang berdarah-darah, dan muka merah je..
Amik masa lama jugak nak kulit jadi normal..
Aku ada buat beberapa kali..
Sekali buat kos die rm250..
Tu 4 5 tahun dulu..
Sekarang ni tak tau la..

Ok tu pengalaman dulu..hehe..
Ni cerita sekarang ni pulak..

Aku jumpa ni masa dekat groupon masa carik pakej rawatan untuk rambut..
Lepas tu memang fikir banyak kali la nak beli ke tak..
Sudahnya jumpa benda ni..
Lepas tu rasa nak beli pulak..
Harga die jauh sangat la lagi murah dari sekali rawatan dekat klinik tu dulu..
Fikir jugak macam mana nak buat sendiri nanti..
Yelah masa dekat klinik dul beria berdarah kan..
Lepas tu ada krim-krim segala..
Tapi sebab murah aku purchase je..
Kalau tak reti bole guna pun tak de la ralat sangat hati..hehe..

So balik raya ni aku tengok benda ni dah sampai..
Punya la besar kotak groupon..
Kotak benda ni dalam kotak groupon tu kecik je..
Siap die wrap kotak benda ni dengan bubble wrap lagi..
Lepas tu apa lagi..
Baca apa yang ada dekat kotak dan process menggoggle la..



Sila la klik untuk gambar lebih besar..
Ok yang bulat-bulat tu saiz jarum..
Macam yag die tanda dan dalam bekas jernih dalam gambar dekat atas..
Saiz jarum aku ni 0.50mm..

Lepas tu dekat caution..
  1. Only for personal use, don't share with other person - ni untuk hygiene la ye..yelah benda ni masuk dalam kulit..lagi kalau guna sampai luka atau berdarah..mana tau orang tu ada penyakit tak pasal kene infection..
  2.  Skin with wound should not use this roller - kalau ada luka jangan la guna..takut luka bertambah teruk atau merebak dekat tempat lain..even dekat jerawat pun aku tak guna..
  3. Be careful if the client is allergic to metal - ni bergantung dekat individu la..mungkin ada yang allergik dekat besi..
  4. Irritating cosmetics is forbidden before the skin recovery - ni untuk sesiapa yang suka bermekap la..aku ni tak bermekap..tapi kalau masa belum fully recover memang aku tak de la pakai black mask tu lagi..takut ada reaction pulak..tungg kulit dah fully recover..lagi 1 aku tak berpanas sangat selagi kulit tak betul-btul baik..
  5. Put where the children can't touch - haaa ni kalau rumah ada kanak-kanak..benda ni jarum-jarum halus..sangat bahaya ye..
Then ada penerangan pasal pasal direction nak roll jugak..
  1. Please choose the suitable siza DRS - ni penting jugak..aku rasa dulu tu Dr. tu guna jarum yang besar..die lanyak pun selamba je..aku ni yang sakit..macam yang ni aku guna lansung tak berdarah pun.. tak sakit sangat..mungkin sebab jarum halus..dan kita yang control roll sendiri kan..bila sakit boleh la berhenti..ikut sesedap rasa kita kan..
  2. Please sterilize the DRS and the nursing part with alcohol - yang ni aku cuci dengan air panas campur garam je lepas guna..tu aku baca dari internet..sebab tak de alcohol pun untuk cuci..lepas rendam dengan air panas campur garam aku bilas jugak dengan air biasa dan roll atas tisu bersih untuk kering kan..garam kan menggalakkan karat..karang cepat pulak karat dah tak bole guna..
  3. Please apply suitable nutritional lotion/cream on the skin, rolling back and forth 4-5 times - masa nak pilih cream ni aku sendiri tak pasti..kalau masa buat dulu memang ada Dr. tu letak krim..again macam aku cakap takut ada reaction between produk dengan kulit aku..bila aku google ada tulis tak guna cream pun tak pe..cream untuk cepat kan kulit kembali normal..so aku tak guna pape cream pun..
  4. Please rolling more than four different direction, refer to the picture - so aku refer la dekat gambar..dan masa rolling tu ikut kesesuaian aku je..hehe..
  5. Apply nutrition or mask product on the skin that requires care in case of skin inflammation - ni pun bergantung pada kulit sesorang..macam aku memang aku tak berpanas sangat..aku pun cuma guna pencuci dan pakai masak balik bila kulit dah ok..masa merah-merah tu tak pakai pape pun..
 The main concept benda ni ialah die akan rosakkan kulit untuk hasilkan kulit baru yang lebih elok dan galakkan kolagen kulit..
Dan konsep sakit untuk cantik tu sangat la di applikasikan oleh benda ni..hahaha..

Kalau aku nak guna aku basuh muka bersih-bersih then roll la atas muka..
Roll la sesedap rasa dekat tempat yang sepatutnya dengan rasa dan arah sesuka hati..
Aku lagi suka roll malam..
Lepas roll tu terasa la memcucuk-cucuk dekat muka..
Esok tu bangun muka merah jugak lagi..
Rasa sakit memang tak de da..
Aku basuh muka dengan ice..
Dalam sehari 2 kulit akan mengelupas..
So kalau kulit dah fully recover bole la nak buat lagi..
Balik ni aku dah buat 2 kali..

Kalau dulu memang lagi luka..
Dan kulit aku macam naik jerawat bila nak elok tu..
Tapi kali ni tak de pun..
Memang rasa kulit lagi ok..
Mungkin sebab aku tak guna pape cream kot..
So tak de la reaction ke apa..


Ni la jejarum halus dekat roller ni..
Kene take care lebih..

Aku memang buat yang biasa-biasa je..
Tak de la yang extreme berdarah-darah tu..
Memang agak berkesan untuk parut-parut jerawat yang ganas macam muka aku ni..hehe..
Haaa ni part yang palin menarik..
Masa aku buat rawatan dekat klinik yang sakit, berdarah, dan senang naik jerawat masa nak recover dulu harga die rm250 sekali rawatan..
Aku beli benda yang aku bole buat ikut sesedap rasa, berapa banyak kali nak buat pun asal kan maintain benda ni elok dan tak de naik jerawat ke apa hanya dengan rm28 je..
Berbaloi-baloi tak?..
Sangat berbaloi aku rasa..
Sampai semalam jumpa en.bf die siap suruh aku beli kan satu untuk die..hehe..
Masa beli dekat groupon rm28..
Even harga asal pun baru rm55 je tak silap..
Memang berbaloi la pada aku..

Kepada yang nak try bole la..
Aku google ni boleh jugak hilangkan sesulit segala..
Apa-apa parut dekat badan ke..
Tapi kalau sesiapa yang kulit muka die memang tak de masalah tak payah rajin sangat pun tak pe..
Aku ni sebab ada parut-parut ni..

Sila la rajin-rajin tengok gambar dekat SINI ye..
Aku malas nak upload dekat sini..
  Sape-sape yang practice treatment ni sila la jaga sangat kebersihan ye..
Make sure jarum-jarum tu betul-betul bersih sebelum dan selepas guna..
Antara risiko besar untuk treatment ni ialah infection..

Have fun dan selamat mencuba..:)
Kalau ada info lagi nanti aku share..
Kalau yang pernah experience pun boleh la share maklumat sama-sama ye..

Selamat Hari Raya 2014..

Assalammualaikum..

Dah hari raya ke empat baru nak wish raya kan..
Sabar je la..
Tapi tak pe lah nak wish jugak la..

Selamat Hari Raya kepada semua yang singgah dekat blog aku ni..
Mohon maaf kalau ada salah silap sepanjang aku menulis ni..

Dah balik rumah faham-faham je la..
Banyak masa spend dengan family..
Di samping berehat sepuas-puas nya cuti panjang ni..hehe..

Lagi pun line pun tak berapa ok..
So aku memang malas giler nak on line..
Karang buat rugi je tunggu loading lama giler..

Raya tahun ni sangat biasa..
 Malam raya tu lepas takbur raya dah siap salam raya semua..
So 1st Syawal tu lepas semayang raya memang dah gerak pegi jalan raya..
Pegi rumah atok sedara aku dekat Jelebu..

Balik tu semua bantai tido dekat rumah..hehe..
Sedar pun sebab dengar bising-bising orang datang raya..
Mak cik pak cik aku datang..
Macam tu jugak la 2nd day raya..

Semalam la aku baru keluar tu pun pegi rumah P.Long dengan Hafeez je..
Gerak pun dah petang sebab apis pun dah start keje..
Sampai Seremban awal jugak..
Masa sampai tu apis dekat ofis lagi..
Pegi area Jusco Seremban 2..
Nak masuk Jusco malas..
So jalan-jalan dekat kedai dekat-dekat dengan Jusco tu je..
Sempat la pegi kedai langsir survey langsir dengan wall paper bagai..haha..

Sampai rumah apis lama jugak la melepak..
Die pun sorang je dekat rumah..
Beria menghadap kueh raya sambil tengok sukan komenwel..haha..
Lepas maghrib baru gerak pegi rumah P.Long..

Selain berkumpul ramai-ramai yang best nyer pasal raya ni haruslah pasal makan kan..
Menu dekat rumah masing-masing mantap-mantap pulak tu..
Menu yang sangat sukar untuk dilepaskan..
Rasa rugi sangat kalau tak makan puas-puas..hehe..
Macam masa singgah buka puasa dekat rumah P.Long..
Dengan bihun gorang, ayam masak merah, ondeh-ondeh..
En.bf makan bihun 2 round, makan nasi dengan ayam masak merah pun 2 round..hohoho..

Untuk hari raya ni pun ada makanan berat jugak lagi..
Dengan mee sup yang sedap masing-masing makan 2 round..
Lepas tu ada kek lagi..
Entah berapa slice aku makan..huhu..
Tapi sedap kan..
Nak buat macam mana..
Tak dapat beli dekat mana-mana kot..

Lagi best pulak dekat rumah ni rambutan dengan manggis tengah berbuah..
Syok je la makan buah fresh dari pokok..hehe..



Haziq masa datang beraya dekat rumah aku pun siap bawak durian dengan manggis..
Terbaik sangat kan..

Pape pun raya ni memang banyak lepak dekat rumah je la..
Tak de da keluar dengan kawan-kawan ke..
Ramai dah ada family so sibuk dengan family masing-masing la kan..
Aku pun duduk rumah jumpa sedara yang datang..
Enjoy makanan, sibuk main candy crush, baca novel dan melepet depan tv..haha..

As long as dah jumpa dengan kawan-kawan baik tu dah rasa lengkap dah raya..
Terima masih jugak sebab raya-raya ni ada jugak orang singgah blog aku ni..hehe..


Gambar wish dekat raya ni mengimbau kenangan kad raya kan..
Ehsan dari SINI..

Thursday, 24 July 2014

Sehari Sebelum Balik Kampung Ramadhan 2014..

Assalammualaikum..

Purchased broadband ni sebenarnya untuk cari maklumat pasal keje..
Nak cuti ni macam banyak pulak keje..huhu..
Tapi tak pe la cuba siapkan keje sebanyak yang bole..
Nak cuti raya lama kan..
Dah la minggu lepas cuti ada discussion dengan manager pasal report aku..

So sekarang ni memang banyak sikit la keje..
Nak finalize dah tambah maklumat yang tak cukup..

Tadi pun ada macam big boss untuk electrical untuk company tu datang ofis KL..
Die dari HQ, dari Monaco..
Jumpa dengan SV aku..
Lama jugak la dieorang discuss dalam meeting room..
Lepas discuss SV aku terus masuk bilik manager aku..
Then die keluar dari bilik tu dengan muka yang ceria cakap head of electrical tu interested dengan projek ni dan akan baca report yang aku buat tu..
Oh no..huhu..
Of course la 1st place aku buat..
Tapi lepas tu dengan semua penambah baikan adalah usaha bersama..
Tapi aku dengar memang excited dan bertambah cuak..hahaha..

Hari ni Alhamdulillah mark up drawing dah siap..
Reference list puh dah settle..
MTBF dan expected equipment life from one vendor pun dah dapat..
Siap ada additional maklumat lagi..hehe..
Bila ada additional maklumat kene la study lagi..
Tapi tak sempat nak tunjuk dekat SV aku lagi..
Lepas tu confirmkan beberapa maklumat dengan vendor..
Study pasal power device component between those two used by different manufacturer..
For outcome will be write in report..
Fuh memang banyak keje nak buat..
Discuss dengan SV aku of course untuk beberapa benda..
Tadi pun sampai 2 kali call vendor aku nak clarify maklumat..

Honestly SV aku memang sangat memberikan inspirasi aku dekat aku..
As career woman tapi isteri yang ibu yang berjaya pada aku..
Even masa die share parenting tips die dekat aku yang tak kawen ni pun memang aku kagum dengar..
Jumpa en.bf pun aku siap cerita lagi..
Berminat ke nak tau?..heheh..
Ye la aku ni kawen pun tak lagi kan..
Anak jauh sekali..
Karang tetiba post entri pasal parenting tips tak pasal je kene maki..hahaha..

Doakan la aku dapat siapkan report ni dengan sangat baik ye..
Aku ni sangat la kurang experience dan knowledge..
Tapi aku suka dengan kepercayaan yang dieorang bagi..

Esok ada 8 jam lagi untuk berusaha bersungguh-sungguh..
Hopefully dapat write explanation pasal different physical Implementation of the system between two product..
Then clarify pasal Peak Inverse Voltage (PIV)..
Sape-sape yang ada knowledge pasal power electronic dan power semiconductor device almost welcome untuk share knowledge korang dengan aku..:)

Ok selit cerita pasal buka..
Ni je menu buka aku untuk hari ni..


Lamb chop..
Rm 10 je..


Ni pulak hasil jumpa Ikin dengan Man semalam..
Siap bawakkan makanan lagi jumpa aku..
Bawak mee kari dengan kueh raya.

Esok rasa nak balik awal..
Takut stuck dengan jam..
Tak sempat nak buka..
Pape pun tak sabar nak balik..
Tadi pun adik ta dah call..
Dia dah sampai..
Ada few thing nak discuss dengan die..

Wednesday, 23 July 2014

Selingan Sebelum Berbuka Puasa..

Assalammualaikum..

Saje tulis entri ni sementara tunggu waktu nak berbuka..
Mula-mula nak rehat kejap tapi tak pe lah..
Penat betul pulak rasa hari ni..
Ke setiap hari macam ni..hehe..
Atau pun sebab tak sabar nak cuti panjang nak happy-happy je..

Semalam aku ada cerita yang aku dah submit report kan..
Pagi ni aku sampai je tak sempat nak on PC segala SV aku dah inform yang nak cakap dengan aku..
So pape pun aku pegi la jumpa die dulu..
Of course la pasal report yang aku letak kan atas meja die semalam..

Macam mana feed back die dengan report aku?..
Alhamdulillah sangat positif..
Happy tu memang la aku happy sebab orang appreciate keje aku..
Aku pun memang ingat je lagi kata-kata pujian die..
Tapi aku tau sangat banyak lagi yang aku perlu perbaiki untuk dapatkan hasil yang baik untuk report aku tu..
Dan aku akan melalui fasa-fasa yang mungkin boleh dipanggil mengujakan (mencuakkan sebenarnya)..hehe..

Lepas komen report aku SV aku ada assign aku untuk beberapa tugas..
Itu semua sebagai tambahan kepada report aku untuk tambah baik..
Aku sangat happy untuk tugas-tugas yang die bagi..
Dengan tugas-tugas ni la aku bole blaja lagi banyak dan kenal lebih ramai orang..

Balik dekat tempat aku aku bukak email..
SV aku dah discuss dengan manager pagi tu pasal report aku..
Die pun dan inform technical writer untuk check report aku..
So SV aku dengan technical writer tengah review report aku la sekarang ni..
Hoperfully ada something achievement by this week sebelum raya ni..
Sebab lepas raya manager aku pulak nak evaluate report tu..hoho..
Nampak tak semua ni la membuatkan aku cuak..haha..
This is not easy for some one with baby steps like me..
But more challenging, more interesting..

So aku buat mark up drawing hari ni sambil buat reference untuk report aku..
Pull out doc dan kerja dengan designer..
Semua nya menarik je..
 Tu je la satu hari ni..
Hopefully esok ada sesuatu yang aku boleh siapkan..
Banyak lagi process untuk ni semua..

So petang sikit tu aku memang lemau sikit la..
Malam ni nak jumpa Ikin lagi kan..
Buka ni aku beli kueh je..
Nanti bole makan malam sama-sama dengan dieorang..

Balik tadi aku tetiba teringat dekat Sen..
Haritu die bagi tau aku nak balik hari Rabu.
Tetibe tadi bole pulak die call..

Tau apa yang terjadi dekat die..
Bole pulak die tertinggal nak flight nak balik kampung..huhu..
Die ingatkan flight pukul 9 malam..
Sekali pukul 9 pagi..
Nak check in tengah hari tadi baru perasan..
Sabar je la kan..

Then die gamble je tunggu dekat air port jadi waiting list..hehe..
Nasib baik la dapat beli tiket..
Kerugian tak payah cakap la..
Dah la hari tu beli tiket pun dah mahal..
Beli last minit macam ni lagi la..

So hari ni aku happy je..


Happy jugak dengan banyak benda yang nak di buat sebelum cuti raya ni..
At least feed back tu makin memebakar semangat..

Ok la Selamat Berbuka kepada semua..:))

Tuesday, 22 July 2014

Iftar with BFF..

Assalammualaikum..

Malam ni iftar beramai-ramai lagi..
Rasanya minggu-minggu terakhir ni memang saat-saat yang membahagiakan..
Dapat makan dan berkumpul dengan orang-orang tersayang..
Kebahagiaan dengan orang-orang tersayang tu satu rezeki dan nikmat jugak kan..

Hari ni sebelum balik tadi aku memang ada ajak en.bf buka sekali..
Sebelum sampai rumah tadi aku dah confirmkan dengan dia..
So balik keje aku terus pegi booking tempat dekat kedai makan dekat rumah aku ni..
Sekali dengan order makanan..

Lepas tu aku pun balik rumah siap-siap..
Tak de sape pun lagi dekat rumah..
Then on tv sambil lepak-lepak sementara nak tunggu en.bf datang..
Die datang naik motor je..
So tak payah la nak risau sangat pasal jem ke apa..
Dekat sini jem die memang tak menahan..
Tu pasal la aku sanggup naik LRT suruh en.bf amik aku dekat Amcorp Mall je sebab nampak jam giler dekat depan ni..

Ok sambil aku baring-baring depan tv tu tetiba Jie call aku ajak buka sekali..
Wah kemeriahan berganda..hehe..
Let's have fun together..:))

Bila en.bf inform yang die dah gerak aku pun turun la..
Punya la lambat sampai..
Dari aku tunggu die aku terus pegi kedai makan tu..
Sebab tadi aku just order untuk aku dengan en.bf je..
Ni kene tambah lagi untuk 2 orang tu..

Masa aku sampai tu makanan memang dah ada atas meja..
Macam tak best jugak order awal ni..
Die dah siapkan makanan awal-awal..
Banding sebelum ni just booked tempat dan order air je..
Order makanan bila kitaorang dah sampai..
So makanan tu baru serve..
Dapat la makan masa panas-panas..

Masa buka memang aku makan je la dengan en.bf dulu..
Sebab masa inform nak datang..
Dieorang bagi tau nak datang masa azan..
Dengan jam nye confirm lambat la..
Dalam pukul 7 lebih dekat pukul 8 baru dieorang sampai..

Makan dekat sini rasa die memang agak ok..
Aku order ikan kembung masak 3 rasa seekor, cendawan goreng tepung seorang makan, kailan ikan masin seorang makan, daging masak merah untuk 2 orang, telur mata 2 biji, nasi putih empat..
Air tembikai, nescafe ais, sirap laici, laici dengan 3 air suam..
Total rm53..

So mission dengan diorang dah accomplish..
Esok malam lepas terawikh Insyaallah nak jumpa Ikin pulak..

Selit cerita dekat ofis sikit..
Tadi dah letak hard copy draft report atas meja SV aku..
Esok akan discuss dengan die..
Kalau die rajin mungkin die akan baca dulu..
Berdebar-debar je rasa..hehe..

Iftar 2014 - Al Andalus Restaurant..



Assalammualaikum..

Minggu ni minggu last puasa dekat KL..
Jumaat ni dah nak balik rumah..
Tak sabar nya nak balik rumah..
Nak buka dengan makanan yang sedap-sedap dekat rumah..
Boleh rilek-rilek dekat rumah..

Walaupun aku dekat sini
Tapi selalu je chit chat dengan Zack dekat twitter ke..
Bertukar-tukar gambar baju..
So die pun update la perkembangan dekat rumah..
Cerita mak beli langsir baru la, beli stand mixer baru redemm bonus link ayah so dapat murah la..
Beli baju, tudung baru la..
Langsir tu kagum jugak la sebab ayah memang liat giler nak beli langsir..
Mixer tu tak tau la apa motif beli..
Sebab bulan puasa ni konon fefiling nak buak cookies, kek segala ke tak tau la..
Mak bukan rajin sangat pun nak buat keke ke apa..
Kalau ada buat pun yang macam cheese cake, kek batik ke..
Tak de la nak bancuh-bancuh atau bakar sangat..

Aku punya feeling biasa-biasa je..
Tak de beli baju, kueh raya ke..
Kalau nanti tak tau la..
Kalau dah ada family, lagi ada ahli keluarga baru 1st time sambut raya-raya memang excited lebih sikit la kan..

Amboi banyak nye cerita pasal raya..
Macam tak sabar sangat je..
Padahal sebab tak sabar nak cuti lama..

Minggu ni banyak buka dekat luar..
Semalam kitaorang ramai-ramai intern dekat company ni pegi buka puasa sama-sama..
Iftar ramai-ramai untuk celebrate farewell one of intern yang akan habis sebelum raya ni..
So masuk ofis lepas cuti raya nanti tak jumpa lagi la..
Dia akan balik US balik untuk habiskan study..

So kitaorang pegi kedai makanan Arab semalam..
Aktiviti ni di organize dan restoran ni di pilih oleh budak-budak Arab ni..
Dieorang pernah iftar dekat sini..
Aku agak suka jugak la makanan Arab  lepas makan dekat Nasi Arab Damsyik dan ada office aku dari Mesir masakkan untuk kitaorang..

Nama restoran ni Restoran Andalus..


Interior dalam restoran..
Aku tak bawak kamera..
Dieorang ada la bawak kamera dengan guna hp..
Tapi tak sempat pun lagi nak amik gambar dari dieorang..
 
Harga buffet Ramadhan, rm38 per pax..
Ada macam-macam jenis lauk dari ayam, kambing dan daging..
Ada jugak buah, sup, pasta dan dessert as side dish..

Pada aku makanan yang disajikan memang sangat sedap..
Sangat worth la bayar untuk buffet Ramadhan tu..
Lauk die pada aku semua sedap-sedap..
Rasa sedap, tekstur hidangan pun terbaik..
So memang aku recommend la..

 
Dieorang pun ada set untuk lunch..
Kalau tak sempat pegi buffet ramadhan bole pegi masa lunch..
Pada aku dengan harga dan rasa memang berbaloi-baloi..
Satu set rm13 je termasuk air..
 
Kitaorang pegi semalam 13 orang macam tu..
Walaupun agak ramai tapi tak perlu book pun..
Just walk in je..
Tempat pun ada je lagi kosong dan makanan banyak je..
Cuma dieorang kene refill banyak kali la makanan..

Restoran ni dekat Bukit Bintang..
Dekat belakang Wisma Technip..
Boleh google map kalau nak tau direction ke restoran ni..

Kitaorang semalam naik train je ramai-ramai..
Naik train dari KL Sentral ke KLCC lepas tu ikut terowong dari KLCC ke Convention Centre..
Then naik bridge ke Pavillion..
Dari Pavillion cross ke StarHill Gallery..
Cross depan Hotel Dorsett, cross jalan raya masuk jalan Inai..
By end of this road tadaaaa jumpa Restoran Andalus dekat sebelah kiri..
Balik tu pun jalan ramai-ramai..

Sampai rumah dalam pukul 10..
Lepas mandi terus tido..huhu..

Ni ada contact detail Restoran ni..
Al Andalus Restaurant.
Jalan Delima, 55000 Kuala Lumpur
03-2144 9414

Sunday, 20 July 2014

3rd Weekend Ramadhan 2014..

Assalammualaikum..

Hari ni dah 20hb..
Minggu depan dah masuk minggu terakhir Ramadhan..
Jadi weekend ni ialah weekend last dekat KL..
Weekend depan Insyaallah dah balik kampung untuk raya..

Weekend ni tak banyak pun aktiviti..
Dari Jumaat malam sampai la pagi tadi aku melepet je dekat rumah..
Lepak tengok tv tak pun online..
Tido lambat dan of course bangun lambat.
Tu memang cara aku menikmati cuti..hehe..
Kalau hari keje memang tak dapat la macam tu..
Room mate pulak tak de balik kampung..
Lagi la syok..
Syok sebab tak kisah nak pasang lampu sampai pukul brapa pun..
Kalau die ada mungkin die nak tido awal, keje ke..
So kene consider die la..
Lagi pun bila tak tido kita aktif je kan..
Pegi toilet, keluar bilik ke..
So kalau die ada takut die nak tido terganggu je..

Bila sorang-sorang aku memang tak berapa rajin la nak keluar..
Lagi pun bangun pun lambat..
Dah bangun pun rasa nak bermalas-malasan depan tv, depan laptop ke..
Amik kuota internet pun yang terbaik nya..
Tau nak pakai banyak..
Pagi tadi en.bf balik KL..
Sampai KL die terus ajak aku keluar..
Dah balik rumah memang die tak rajin lagi la nak keluar..
So hari ni kita orang ke sini..


Saje jalan-jalan dekat sini..
Ni la 1st time kita orang datang sini..
Dulu pernah nak pegi sini..
Tapi sebab tengok kereta banyak giler bersusun nak masuk sini..
So tak jadi la..
Pegi tempat lain..

Macam biasa la ramai orang..
Tapi still ok lagi la..
Kitaorang memang round dekat atas dengan bawah..
Dekat atas banyak untuk idea dan dekat bawah untuk beli barang apa yang kita nak..

Banyak jugak la idea yang kitaorang dapat dekat sini..
Ada la snap beberapa gambar untuk apa yang kita orang suka nak dijadikan rujukan..
Tapi semua tu dalam hp en.bf..

Sebenarnya saje ajak en.bf ni sebab tak de tempat nak pegi..
Tak de barang nak beli setakat ni..
Kalau pegi Ikea confirm la aku kitaorang tak kan beli pape..
So cuci mata dekat sini je la..
Die banyak kali jugak tanya tak nak beli baju raya ke?
Malas la aku..
Baju kurung yang sedia ada pun jarang pakai..
Walaupun dekat sini pun ramai untuk orang shopping raya..
Untuk saje jalan-jalan cuci mata dekat kawasan berkepadatan tinggi musim sekarang ni memang tak la..
Tau tak dekat mana?
Haa tempat macam jalan TAR, dan mana-mana karnival untuk raya..
Aku pun memang kurang excited shopping raya ni..

Lagi satu kitaorang pegi sana sebab nak buka dekat Plaza Damas..
Dekat sikit kalau nak pegi buka lepas jalan-jalan..
Semoga minggu terakhir Ramadhan ni lebih baik dari sebelum ni..
Tak sabar nak cuti dan balik kampung..:)
5 hari je lagi nak keje..
Harap sangat report aku boleh siap dengan baik minggu ni..:))

Friday, 18 July 2014

My Milan Milan..

Assalammualaikum..

Aku dapat email ni petang tadi..
Dan aku sebarkan kalau ada sesiapa yang berminat..
Lagi nak raya ni..
Mana tau ada nak shopping handbag baru ke untuk raya ni..

Ye aku peminat designer bag..
Cuma aku tak pernah la experience benda macam ni lagi..
Kalau ada jualan gudang ke ware house ke memang aku tak pernah pegi..
Ada beberapa designer handbag yang aku suka dan teringin nak beli..
Tapi belum ada rezeki lagi..


So sape berminat bole la pegi..
Bole refer dekat SINI untuk maklumat lanjut..

MH17..

Assalammualaikum..

Aku dapat tau pasal kejadian ni semalam lepas balik dari Sunway..
Balik semalam aku lepak dekat depan dulu tengok tv sementara nak tunggu siap basuh baju..
Tengah ampai baju tu tetiba ada kawan housemate aku yang duduk sellau datang rumah aku, especially bulan puasa ni bagi tau pasal pesawat MAS..
Maklumlah aku kan tak de smart phone..
Lambat la nak tau..
Tengah aku ampai baju tu die bukak berita Awani..

Of course la sangat memeranjatkan dan menyedihkan..
Tak habis lagi dengan kisah MH370..
Malaysia di kejutkan lagi dengan satu berita ni lagi..
Lagi terkejut bila aku tengok itu flight Amsterdam ke KL..
Aku terus la text en.bf..

Kalau korang pernah baca entri aku pasal die away sebelum Ramadhan..
Yang aku hantar die pegi KLIA dan uruskan kereta die..
Pinjam beg dekat Jie untuk team building tu..
Masa tu die ke Holland..
Dan die balik sini tengah hari dari Amsterdam dan aku dapat call die dah sampai sini pagi dalam pukul 9..
Die balik sini dengan MH17 pada waktu penerbangan yang sama dengan nahas ni..
Die pun terkejut semalam..
Baru sangat lagi..

Pagi tadi pun dekat ofis ramai la yang bercakap pasal ni..
Bila jadi macam ni macam-macam cerita la keluar..
Petang tadi pun ada email dari Safety Dept..
Insyaallah tak de staff yang travel dengan flight ni on business purpose..
Company aku dengan en.bf origin at Holland..
 Cuma sekarang HQ company aku dah dekat Monaco..
Tapi one of execution centre masih dekat Holland..

Aku pun keep on baca blog..
Memang ramai yang update pasal nahas ni..
Aku lambat tulis pasal ni bukan la sebab tak peka isu masa ke apa..
Cuma amik masa sikit..

Tengah hari tu bukak FB pun macam-macam berita..
Macam-macam video..
Aku ada tengok satu video mangsa tu memang ngeri..
Mampu tengok kejap je tak sampai habis pun..
Tak sanggup aku nak tengok..
Orang yang rakam tu pulak bila nampak mayat pegi zoom dekat-dekat..
Memang tak mampu la aku nak tengok..

Aku kalau dengan en.bf kalau die pegi mana-mana memang aku selalu suruh die update..
Macam kalau pegi luar bila die sampai aku suruh email..
Kalau die ke luar setiap hari die email..
Satu email sehari pun ok je..
 Kalau die pegi site atau pegi laut pun sama..

Pada aku bukan la sebab nak control ke apa..
Kalau ada benda buruk terjadi..

Sesungguhnya Tuhan tu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui..
Semua yang terjadi adalah dengan izin Dia..
Kalau memang dah di takdirkan pada ketika dan tempat tu nak terjadi..
Tak kan terlebih atau terkurang sesaat pun tetap akan terjadi..

Malaysia memang sedang di uji..
Ujian ni mungkin balasan atas keburukkan yang kita buat atau sebab die nak bagi sesuatu yang baik..
Die pun tak kan uji hamba Nya berdasarkan kekuatan hambaNya..
Sekurangnya kejadian ni bagi banyak pengajaran dekat semua pihak..

Takziah kepada semua mangsa dan keluarga..
Semoga tabah menghadapi situasi ni..
Al-Fatihah..


Weekdays 3rd week Ramadhan 2014..

Assalammualaikum..

Apa khabar semua?
Macam mana puasa setakat ni?..
Alhamdulillah setakat ni semua berjalan dengan baik..
Untuk minggu ni kebanyakkan aku buka dekat luar je dengan en.bf dan Haziq..
Maklumlah orang bujang kan..hehe..

Hari Rabu aku pegi buka puasa dengan Haziq dengan anak sedara die, Amir..
Plan sehari sebelum tapi kitaorang tak de booking ke apa..
Pukul 7 pun masih atas jalan lagi..
Biasa la jam dekat Federal Highway..
Sebab aku balik rumah dulu amik barang semua..
Lepas buka terus pegi rumah die..
Haziq ajak makan dekat area rumah die je..
Ok la jugak kalau tak booking pun..
Dekat area sana tak ramai sangat orang..

So pegi Plaza Damas je untuk buka..
Dah sampai sana tak tau pun nak buka apa lagi..
Park kereta then cari je la mana-maan tempat..
Tetiba masa jalan aku nampak banner buffet Ramadhan dekat ada kedai ni..
Harga untuk dewasa rm35..
Harga macam ok je..
Terus ajak dieorang pegi sini..
Bila tanya waiter pun masih available lagi..
Terus duduk dan amik makanan..hehe..
Kitaorang la orang 1st amik makanan dekat situ..
 Don's Warong..


Buffet Ramadhan..

Both gambar ni amik dari FB Don's Warong....
Memang tak la nak bawak kamera ke apa..

Aku ni dengan en.bf sejak dari awal puasa banyak kali la nak buka puasa buffet..
Setiap kali survey dekat internet dengan tanya orang selalu la tak jadi..
Selalu sebab fikir harga die tak berbaloi je dengan rasa atau kuantiti makanan yang kitaorang makan..
Ni la 1st time sepanjang puasa ni..
Even rm55 pun aku rasa macam tak berbaloi..
2 orang makan dah rm110..
Setakat pegi makan ikan bakar, pegi makan western, rm80 pun tak sampai..

Dekat sini pilihan makanan tak la sebanyak dekat hotel..
Tapi kalau ikut lidah aku ni makanan dekat sini rasa die boleh tahan la..
Lauk-lauk dengan kueh die perisa la..
Lebih kurang macam home made punya masak..
So aku memang recommend la kalau nak makan dekat sini..
Harga rm30 untuk dewasa tu memang tak de tax ke apa..
Disebabkan aku agak berpuas hati dah plan la nak ajak Farez dengan Jie buka dekat sini nanti..

Balik tu kitaong balik rumah dulu..
Lepas tu keluar balik nak pegi beli perfume en.bf..
Lepas pegi beli perfume die kitaorang jalan-jalan dekat uptown Kota Damansara..
Memang best dengan banyak aktiviti kalau pegi rumah Haziq..
Tapi memang naya la kalau pegi weekdays..
Dekat Kota Damansara die dengan Amir pegi beli casing henfon dengan ketayap la..
Aku pulak dapat rembat 2 helai baju..

Aku sekarang ni memang suka beli baju murah-murah untuk pakai pegi keje..
Biasa kalau murah memang aku beli je la..
Bole tukar-tukar pakai pegi ofis..
Ni la 2 helai baju yang aku beli tu..


Blouse Navy Blue..


Kimono cardigan with blue black stripes..
Ada jugak yang bercorak..
Tapi aku pilih yang macam ni sebab nampak formal sikit..
So kalau nak bawak pegi keje pun ok..

Sorry la ye warna tak sharp sangat sebab lampu bilik ni warna kuning..
Kualiti kain setimpal la dengan harga die..
Tak de la aku expect lebih sangat..
Again macam aku beli kasut keje..
Kalau cepat rosak pun aku tak ralat sangat..
Sebab bila dah rosak ada alasan sangat nak beli baru..hehe..
Total harga both baju ni ialah rm50..
Setiap satu rm25 je..
Murah kan..

Pukul 12 lebih kitaorang dekat sini lagi..
Nasib baik la aku memang dah bawak baju keje semua..
Konon nak hantar aku dekat train nak pegi keje tu..
Memang tak de la da kalau dah dekat rumah die..

Balik tu kitaorang singgah kejap tapau paprik dengan tom yam untuk sahur..
Sampai rumah dah pukul 1..
Haziq kata die nak hantar aku je pegi keje esok..
Balik tu mandi semua Haziq ajak tengok The Other Woman..
Best je cerita ni..
Tapi dah lambat kot..
Aku dah la suka cerita macam ni..
Tak sampai separuh tengok cerita ni aku dah ajak Haziq sahur..
Tak larat aku nak tido kejap bangun balik lepas tu pegi keje..
Sudah makan sahur pun pukul 3..

Terjaga pagi tu orang dekat rumah tu tengah bersahur..
Aku memang tak join la..
Pari tu bangun nak pegi keje sumpah mengantuk giler..
Haziq bole pulak racun aku tak payah pegi keje..
Tapi aku gagah kan diri jugak..hehe..
Jalan dari Mont Kiara ada jugak la tempat jam..
Aku sampai lagi awal dari biasa kot pagi tu..
Kagum betul..haha..
Pegi ofis bawak la beg baju dengan beg laptop segala..
Ngantuk memang ngantuk..
Nasib baik la banyak keje..
Tak de la aku melepet dekat ofis sebab mengantuk..

 Balik dari keje aku straight pegi Subang Jaya pulak..
Join buka puasa company en.bf dekat Sunway Resort Hotel & Spa..


Makan buffet lagi..
Tapi ni free..
So tak kisah la kan..hehe..
Sampai awal jugak so jalan-jalan dekat Sunway Pyramid dulu..
Ni kalau ada jumpa baju murah lagi mau beli jugak ni..haha..

1st time aku join activity company die..
1st time jugak la jumpa office mate die..
Aku ni dah la kurang peramah..
Harap en.bf je la nak sembang dengan aku..
Nak tegur-tegur orang lain memang aku rajin la..huhu..
 Tapi masa nak balik bole pulak aku bersembang dengan husband officemate en.bf keje dengan shipping company..
Dah jumpa geng bukan main rancak lagi la berbual..
Bini die dari ajak nak balik dah berdiri sampai duduk balik la sebab tengok kitaorang rancak je..
Dekat luar nak balik pun bersembang gak lagi..
Ha aku ni kalau dah jumpa geng memang macam ni..
Makanan sangat banyak pilihan..
Tapi rasa memang agak kurang la..
Banyak lauk die agak tawar..
Tak perisa la senang kata..
Seperti yang di jangka kitaorang makan tak banyak pun walaupun banyak giler makanan..

Aku amik makanan 3 round je..
1st sekali aku amik buah dengan pencuci mulut..
2nd aku amik sikit nasi dengan macam-macam lauk yang aku suka tapi sikit-sikit untuk rasa..
3rd aku amik ABC dengan ice cream..
Ni lah sebab nya kitaorang fikir banyak kali nak pegi buka buffet kalau kene keluar duit sendiri..

Hari ni buka sorang je la dekat rumah..
Haziq balik kampung weekend ni dengan adik beradik die..
En.bf pulak short notice kene pegi Melaka..
Meeting pagi tadi die tau, lepas sembahyang Jumaat die dah gerak..

Aku buka sorang-sorang je la dekat rumah hari ni..
Housemate buka luar dengan balik kampung..


 Ni la menu buka puasa untuk hari ni..
Milo panas, nasi beriani, ayam masak merah, acar mentah dengan kueh bakar..
Ni la nasi dengan lauk yang aku selalu beli..
Yang aku cakap sedap tu..
Kueh bakar tu ok jugak..
Cuma rasa hanyir telur die kuat la..

Sambil tengok tv sebelum nak buka tadi aku bukak tv lepas tu beli internet..
Melepet la hari ni dengan esok depan tv dengan laptop..
Kalau rajin aku keluar la pegi mana-mana..
Kalau tak tido dengan layan laptod dengan tv je la..
Kalau rajin bole la study untuk report dan tulis report..
Next week kene submit..huhu..
En.bf mungkin akan balik lewat petang esok atau Ahad..
No weekend lagi..
Tu pasal la bole sampai pitam dekat ofis hari tu..

Apa plan weekend korang?..
Mesti ramai pegi shopping weekend ni kan..
Nak cari cerita The Other Woman la..
Hari tu tak sempat tengok sampai habis..

Weekend depan ni dah banyak booking untuk iftar..
Isnin dengan officemate dekat restoran makanan Arab..
Tadi pun Farez dah call ajak iftar lepas 22hb..
22hb dah dapat elaun katanya..
Nak belanja buka..
Sweet kan walaupun perangai tak mampu nak cakap..
Insyaallah kalau dapat nak jumpa Ikin sebelum die fly..
Ingat lagi tak Ikin yang aku jadi orang penting masa wedding die tu..
Kenangan manis kitaorang sama-sama..
Kalau bole nak buka puasa sekali..
26hb die dah book ticket nak fly pegi UK..
Entah bila la dapat jumpa lagi..

Wednesday, 16 July 2014

3D Printer..

Assalammualaikum..

Sekarang ni aku tengah online sementara nak tunggu Haziq datang nak pegi buka puasa sekali..
Hari ni buka puasa dengan die..
Ajak en.bf die tak nak pegi pulak..
Ada hal katanya..
Lagi pun esok nak buka sama lagi..
Die ajak aku pegi puasa office die..
Aku ni pun tak de lah rajin sangat nak online time ni..
Tapi sebab kuota internet aku ada lagi..
Malas ni habisnya..
Tu yang guna je tu..

Ok hari ni aku nak share benda yang berinformasi sikit..hehe..
Tak de lah berinformasi sangat..
Kalau nak share pasal keje atau projek aku ke macam aku share apa aku study dulu lagi makan masa..
Tu yang tak de share benda-benda macam tu lagi..
Tunggu la ada masa..

Kalau sebut printer aku rasa semua kenal dan tau apa tu printer kan..
Tak kisah la printer yang macam mana rupa dan fungsi pun..
Kegunaan ofis atau pejabat..

Korang pernah tau tak ada 3D printer?..
Aku tau ada printer ni masa masuk company aku intern sekarang..
Dieorang guna printer ni untuk print model equipment atau structure..

Macam mana rupe printer die?
Sangat jauh rupanya dari printer biasa..


Gambar ni aku amik dari SINI..
Tak pernah pulak bawak kamera pegi ofis..
Banyak kali rasa nak amik gambar..
Henfon tak canggih la pulak..
Tak silap harga printer ni lebih kurang 10k..

Macam mana pulak rupa ink die?..


Ni la ink die..
Ink pulak dalam SGD 80 untuk 1 kg tak silap
Tapi untuk 1 objek tak guna banyak pun..
Berapa gram je..
Bila dah siap draw dekat software tu memang da bagi tau berapa gram ink yang akan digunakan..

Biasanya designer akan draw gambar equipment atau structure yang dieorang nak guna Inventor tak silap..
Lepas tu print la..
Tapi siap satu-satu objek la lepas tu dieorang gam..
Biasanya dieorang print lain-lain warna untuk nampak lagi cantik..
Contoh macam structure warna putih, pump warna merah, equipment lain warna biru..
Sorry la tak de gambar contoh model yang dieorang buat..
Again, aku tak dapat amik gambar dekat ofis..
Kene bawak kamera 1 hal pulak..

Masa untuk print bergantung dekat besar benda yang kita nak print..
Ni contoh masa tengah print..


Masa tengah print ni bunyi die memang bising sikit la..
Aku pun tak pernah tengok pun macam mana masa die tengah print..
Tak rajin pulak nak bangun masa tu..
Dan korang bole print apa je dengan printer ni..

Bos aku selalu la bawak model-model yang dah di print untuk present..
Tunjuk dekat vendor ke..
Sebab ni lagi real kan..
Setakat tengok gambar dah biasa..

Ni salah 1 hasil..hehe..




Comel kan..
Ni dieorang print as a gift masa 4 orang budak sekolah Alice Smith datang dekat company..
Lepas tu semalam aku nampak ada lebih..
Yang incharge benda ni officemate sebelah aku je..
Tadi nampak aku tanya die lepas tu die bagi aku 1..hehe..

Dari tau pasal benda ni memang aku suka je..
Masa cerita dekat en.bf pun aku excited je..haha..
Siap berangan nak beli 1 kalau ada duit..
Korang tau apa yang aku fikir?

Cool giler kan kalau ada anak lepas tu mak ayah die yang buatkan toys untuk anak die..
So kita bole buat permainan anak kita ikut citarasa dan kreativiti kita..
Paling tak bole blah let say kawan-kawan anak atau orang tengok toys anak kita yang rare..
Bila kawan-kawan die atau orang tanya mana dapat..
Then anak kita bole jawab dengan excited nye.
Mak/ayah die yang buat kan toys untuk die exclusively..hehe..
Memang tak dapat dekat mana-mana kedai la..haha..

 Untuk home schooling ke..
Bole ajar anak draw and so on then bole print out..
Best giler kan sessi pembelajaran macam tu..

Dah dah la berangan..hihi..
Saje nak share untuk sesiapa yang tak tau lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...