Friday, 30 May 2014

Weekend dgn Haziq + Balik kampung..

Assalammualaikum..

Ni entry ringkas je..
Update dengan broadband baru..:)

Mula-mula nak cerita pasal weekend hari tu..
Padahal nak weekend dah esok..
Tapi nak buat macam mana..
Tak sempat nak update..
Siang keje malam pulak aku kadang-kadang tidur cepat je..

Weekend lepas aku sendiri je..
En.bf Jumaat tu pegi site dekat Johor sampai Isnin..
Isnin malam baru gerak balik sampai KL pun dah pukul 3 pagi..
Masa hari Jumaat tu contact Haziq die pun busy..
Sabtu ada hal, Ahad pulak nak pegi Janda Baik..
Tapi aku ok je..
Plan je apa nak buat weekend tu lepas tu just pegi je..

Sabtu tu aku memang berehat-rehat dan buat keje..
Ahad pulak aku plan nak pegi jalan-jalan carik barang..
 Dah siap aku pun terus la pegi dekat train..
Tengah tunggu train tetiba Haziq call ajak keluar..
Die tak jadi pegi Janda Baik..
Memang rezeki sangat kan nak berteman weekend tu..hehe..

So aku pun keluar dari LRT tu..
Kene charge rm0.70 ye kalau tak pegi mana-mana pun..
Lepas tu tunggu Haziq dan pegi MidValley..

Mula-mula kitaorang pegi makan tengah hari..
Lepas tu pegi survey broadband..
Merata la berjalan dalam The Gardens tu survey..
Lepas tu pegi Mid Haziq nak beli barang komputer..
Dan lepas tu pegi Jusco beli barang untuk aktiviti aku..
Punya la lama beratur nak bayar barang sebab ada Sale dekat Jusco kononnya..
Tapi harga barang yang aku survey sebelum ni dengan hari tu lebih kurang je..
Tak de beza sangat pun walaupun Sale..
Sabar je la kan..huhu..
Dan settle semua Haziq ajak pegi minum tea dan makan kek dekat TWG Tea..
 
 Lepas tu aku pun pegi beli broadband..
Ni nanti aku share..
Balik dari Mid kitaorang pegi dinner dekat rumah aunty Haziq dekat Segambut..
Dekat je la dengan rumah Haziq..
 Makan-makan, borak-borak sambil tengok Piala Thomas masa ni..

........................................................

Cerita balik kampung pulak..
Malam ni aku balik kampung dengan kakak aku..
En.bf tak balik sebab ada in house test ke apa entah weekend ni..
Masuk minggu ni dah 2 minggu berturut dah die street keje..

Nasib baik la Selasa lepas balik dari Johor hari tu die cuti..
Tu pun sebab die muntah-muntah hari tu..
Kurang sihat la..
Kalau tak gigih jugak nak pegi keje walaupun weekend tu straight keje..
Malam tu pukul 3 pagi baru sampai dari Johor..
Gigih sangat kan..

Weekend ni ada wedding sepupu aku..
So have fun..:)

Tuesday, 27 May 2014

WW..

Assalammualaikum..


Weekend with BFF..


Saturday, 24 May 2014

Kebaya Nyonya..

Assalammualaikum..

Ni aku nak share pasal kebaya nyonya..
Hari tu aku ada cerita yang aku pegi wedding kawan aku pakai kebaya nyonya kan..
Dah lama beli baju ni..
Tapi aku suka baju ni..
Rasa nak beli lagi tambah koleksi..
Lepas tu sila la pakai di tempat dan majlis yang sesuai..:)

Aku beli ni dekat Toko Che Ros,Melaka dah lama dah..
Lebih 5 tahun dulu rasanya..
Ni ada info pasal owner die..

Gambar Ehsan Utusan..
Sherman Sahar nama die..
Aku beli dulu dekat kedai die dekat Dataran Pahlawan, Melaka dengan owner dalam gambar dekat atas ni la..
Die sangat nice..
Aku tak pasti ada lagi ke tak kedai die dekat sini..
Sebab masa aku pegi die kata nak pindah dekat Melaka Sentral..
Tapi die ada satu lagi kedai dekat Bangunan Merah..
Tak silap dekat Bangunan Merah ni mak die yang jaga..
Bisnes keluarga turun temurun dari nenek die tak silap..

Kedai dekat Bangunan aku pernah lalu dan singgah sekejap je tak silap..
Sebab masa tu aku tak de la nak membeli ke apa..
Malas pulak aku nak lama-lama..

Masa aku beli dulu lama jugak la dekat kedai die ni..
Sebab aku dengan kakak aku beli sekali dengan mak ayah aku..
Sempat la bebual dengan Sherman ni..

Info ni masa aku pegi dulu la..
Dah lama sangat..
Sekarang ni aku tak pasti la..
Karang jangan mara aku pulak bila lain pulak..
Aku beli pun dah lama giler kan..
Cuma ada plan nak beli lagi..hehe..


 Ni lah kebaya nyonya aku..
Highly recommended beli dekat kedai ni..
Kualiti die memang terbaik dah harga sangat berpatutan..
Kualiti die meliputi kualiti kain, corak sulam dan kualiti sulaman die..

Yang aku beli ni paling murah..
RM150 sebab sulam komputer..
Harga die ada yang sampai 5 angka..
Tu yang ekslusif la sebab sulam tangan dan corak sulam tu memang dekat baju tu je satu..


Close up sulam bahagian depan..


Close up sulam bahagian dalam..

Tak silap kalau sulam komputer corak bahagian depan dan belakang sama..
Kalau sulam tangan, sulam bahagian belakang die ada tapak warna putih..
Aku pun tak berapa ingat dah..

Masa aku datang aku memang tengok lukisan dekat atas kertas yang die reka sendiri untuk corak sulaman baju-baju ni..
Ni pun dah ekslusif aku rasa..hehe..

Lepas tu kalau beli baju kebaya ni dapat kain batik tu free..
Die dah siap matchingkan baju dengan kain batik yang sesuai..
So tak payah susah-susah nak pening kepala nak carik kain batik warna dengan corak yang sesuai..
Dapat free je..
Lepas tu kalau tak berkenan dengan kain batik yang die dah propose kan dengan baju kita tu bole je nak tukar kain batik corak dan warna yang kita suka..
Of course la dalam range yang sama..
Jangan la beli rm150 lepas tu nak batik ekslusif untuk baju rm 12000..
Kebarangkalian tu sangat rendah rasanya..

Tapi aksesori macam kendi (tali pinggang untuk pakai dengan batik) dan keronsang masa aku beli dulu tak de la..
Aku beli tu separate dekat kedai lain..


RM 20 je sekotak tak silap satu set ni..
Kakak aku beli set design macam ni jugak tapi warna kuning..
Satu tips kalau tak nak batu keronsang ni jatuh bila kita pakai..
Lepas beli tu amik pengilat kuku warna jernih sapu kan atas batu ni..
So batu tu tak jatuh la..
Pengilat kuku tu macam gam layer atas batu ni kan..

Pada aku memang berbaloi la beli kebaya dekat sini..
Harga dan kualiti memang terbaik..
Aku pernah je survey masa dekat Penang dulu..
Tapi harga mahal sangat 500-600 macam tu..
Originality die kita tak tau..
Kalau yang ni memang kebaya nyonya asli..
Kalau tak tu mahal je lebih tapi entah apa-apa..

Kalau korang ingat masa arwah Endon Mahmud (isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi) promote Nyonya Kebaya ni dulu..
Toko Che ros ni antara yang terlibat la..
Memang original nyonya kebaya la kan..

Sekarang aku tak pasti la macam mana harga dan pakej die..
Kalau ada rezeki memang nak pegi Melaka jalan-jalan..
Boleh jugak pegi Melaka Batik House..


Melaka Batik House ni Noor Arfa batik yang punya tak silap..
 Terletak dekat Ayer Keroh dekat MITC..
Masa aku pegi dulu ada jugak brand dari batik lain sikit..
Ni puh dah lama aku pegi..
Last pegi masa en.bf belajar dekat sana dulu tak silap..
Jalan-jalan dan die belikan baju kelawar untuk mak die sebagai gift tak silap..
 Batik ni pun salah satu yang aku suka jugak..
Trasdisional sangat kan..

Benda macam ni memang rare sikit sekarang..
Cuma harga untuk nyonya kebaya dan batik ni memang agak tinggi la..
Harga memang beratus-ratus..
Produk Malaysia tapi jual mahal-mahal sampai rakyat sendiri kurang mampu nak beli..
Mungkin penghasilan die memang makan kos agak tinggi kot..

Kalau ke Melaka tu boleh la jalan-jalan survey..

Wednesday, 21 May 2014

Bahan Bacaan-Novel..

Assalammualaikum..

Malam ni aku saje datang online di atas beberapa sebab..
Satu sebab kalau duduk rumah tak de buat apa-apa pun..
Karang tidur je..
At least bila keluar aku boleh la jugak online blog walking catch up latest news atau info ke..
Lebih lagi sebab TV dekat rumah tu dah rosak..
So macam dah disconnect la..hehe..
Lepas tu aku pulak tengah hari tadi tak makan pun..
Aku bawak ayam pagi tadi lepas tu panas kan masa lunch tadi je..
Petang tu terasa macam nak makan aku makan epal je..
Pagi tu memang aku bawak ayam goreng, epal dengan oren..
Lagi pun dekat ofis pu macam agak busy je..
Nak rasa lapar pun tak sempat kot..
 Jadi keluar la untuk dinner..
Last sekali sebab konon-konon nak buat keje..hehe..
Kira sambil-sambil la..

Masa siap-siap tadi aku ternampak la koleksi ni..


Ni bukan koleksi aku pun..
Ni housemate dan roomate aku punya..
Aku pinjam je..
Ada 3 buah tak silap yang aku dah habis baca dan pulang kan..

Sekarang tengah on the way baca yang atas sekali..
Macam biasa baca semua ni untuk release tension dan pengubat bosan..

Biasa kalau nak tido malam aku baca la 1 chapter ke..
Bila weekend tak de buat apa-apa ke..
 
Kadang-kadang kalau travel naik train ke aku bawak jugak..
Bosan-bosan tak de benda nak buat tu baca la..
Aku ni bukan ada smart phone ke pengubat bosan kalau dalam train..
Kalau orang ada smart phone bole la chat, main game ke kan..
Aku dari bosan nak sampai destinasi tu aku buat benda ni je lah..
 
Nak baca benda-benda ilmiah je sepanjang masa memang tak larat la..
Tak mampu la aku nak study pasal keje ke time dalam train..
Tak pasal makin stress nanti..haha..
 
So enjoy reading..:)

Stesyen Komuter Setia Jaya & Masalah LRT..

Assalammualaikum..
Alang-alang cerita pasal train entri sebelum ni....
Semalam dengan hari ni aku ada experience pasal train ni..
So nak share la pengalaman aku..

1st sekali semalam aku baru tau yang Stesyen Komuter Setia Jaya tu lagi dekat kalau nak pegi ofis en.bf atau pegi Sunway Pyramid..
Selama ni kalau nak suruh en.bf amik aku turun dekat Stesyen Komuter Subang Jaya..
Kadang-kadang die lambat sampai sebab jalan depan Sunway Pyramid tu selalu jam kalau en.bf amik aku lepas office hour..
Tapi memang stesyen Setia Jaya ni lagi dekat rupanya dengan ofis en.bf dan rumah Hadi..
Hadi pun kalau amik aku dekat Stesyen Subang Jaya..
Padahal rumah die sederet dengan Sunway Medical Centre tu je..

Ni Rajah Laluan KTM Komuter sebagai rujukan..

Stesyen ni dekat Sunway Mentari je..
Aku sebelum ni macam perasan je apartment ni bila lalu..
Tapi kadang-kadang bila rushing ikut je la apa yang kita memang tau..
Malas pulak masa tu nak ber experiment..
Tapi sebab semalam aku nak pegi jumpa hubby Ikin discuss pasal keje aku dekat Restoran Jejantas Sg.Buloh..
En.bf pulak ada keje sikit..
So aku datang area ofis die naik train je..
Kalau nak tunggu die amik aku takut lambat pulak..
Maklumlah kalau lepas office hour Federal Highway tu jam macam mana kan..

So aku kuar awal sikit semalam lepas tu balik kejap mandi amik laptop semua..
Lepas tu aku naik train..
Sebab tak de la rushing sangat aku pun tergerak la nak turun dekat Setia Jaya..
Kalau salah naik je la train balik pegi Stesyen Subang Jaya kan..
Turun tu aku terus tanya orang..
Sekali betul pulak..
Lepas tu aku jalan kaki je la pegi Mc.D dekat Dataran Sunway..
Tak de lah jauh sangat jalan kaki..
Lagi aku memang dah biasa kan..
Aku enjoy je la jalan kaki..
Cuma kene hati-hati sikit la..
Kawasan Sunway Mentari tu kan agak bahaya sebab ramai foreigner..
Macam aku semalam agak berani sebab terang lagi..
Tu pun macam nak gelap da..
Kalau malam memang tak di galakkan la..
 Masa jalan ni memang teringat kenangan selalu jalan kaki dekat Terengganu dulu..
Sekarang ni memang aktiviti kurang betul..
Lepas tu pagi tadi aku ada satu lagi pengalaman naik train..
Biasa nya aku kalau lambat pun akan sampai ofis sebelum pukul 9..
Tapi tadi 1st time aku berhadapan masalah dengan LRT..
Biasa nya LRT ni efisyen je berbanding komuter kan..
Tapi bila aku sampai dekat platform tadi train dah padat giler..
Yang tengah tunggu pun ramai giler..
Tak muat nak masuk..
Train lepas tu pulak lambat la dari yang sepatutnya..
Biasanya kalau kita terlepas train pun train lepas tu cepat je kan..
Tapi ni dah la lambat..
Lepas tu sampai-sampai je pun memang dah padat..
So pagi tadi memang masalah la..
Ada masalah dari stesyen Klana Jaya ke Taman Paramount tak silap..
Tu yang effect semua perjalanan tu..
 
Sebab biasa kalau lambat pun dah agak sempat je sampai sebab banyak train kan..
Tapi tadi bila tau macam nak lambat aku SMS la leader aku inform dekat die..
Dan die reply dengan sangat nice..
Hari ni memang ramai la sampai ofis lambat..
Nasib baik la memang agak ramai yang guna pengangkutan awam..
So tak de la obvious sangat..
Lagi lambat dari aku pun ramai..hehe..
So far aku agak puas hati je dengan perkhidmatan LRT..
Tapi sangat banyak ruang untuk improve lagi pada aku untuk LRT, lebih lagi komuter..
Dan paling utama untuk perkhidmatan awam dekat Malaysia ni..

Saturday, 17 May 2014

Kekasih Abadi - Yusri & Lisa Suri Hani..

Assalammualaikum..

Kalau pegi kopitiam guna internet aku selalu la dengar lagu dekat Youtube..
Maklumlah internet lagu kan..
Jadi gunakan la se maksimum yang mungkin bila pegi tu..
 
Semalam aku punya la stress pasal keje..
Stress dengan projek aku..
So weekend ni nak work on aku punya projek la..huhu..
Sebelum balik semalam aku email beberapa docs yang nak digunakan untuk projek aku ni..
Sebab dekat ofis kitaorang guna desktop je..
Kalau guna laptop senang la semua docs dah ada dalam tu kan..
Lepas tu nak cucuk pendrive pun tak boleh..
Boleh sebenarnya..
Tapi bole transfer doc dari pendrive je..
Nak amik docs tak bole..
P&C sangat ke apa..haha..
 
Jadi hari ni aku datang la sini..
Download semua docs tu..
Nak discuss dengan en.bf lepas tu nak discuss dengan hubby Ikin..
Harap-harap boleh achieve sesuatu yang positif la weekend ni..

Balik kepada tajuk asal..hehe..
Aku pun tak ingat la macam mana jumpa lagu ni..
Tapi jarang dengar dekat radio lagu ni rasanya..
Bila dengar sekali rasa best la pulak..
Aku pun terus la download..


Lagi best bila background lagu ni gambar-gambar sweet dieorang..
Memang sweet couple..
 
So enjoy this song..:)

Wednesday, 14 May 2014

Kisah weekend dan Cuti Wesak - Kebaya Nyonya, Rip Curl & Ring..

Assalammualaikum..

Saje nak share beberapa benda..
Aku kadang-kadang agak suka review pasal barang..
Sebab boleh share dengan orang yang baca..
 Sebab aku pun kadang-kadang kalau nak beli pape suka jugak google..
At least kita dapat a few info sebelum pegi kedai..

Mungkin sebab aku agak suka membeli belah kot..hehe..
Tapi aku bagitau ni based on personal experience aku la..
Tapi aku rasa semua orang suka membeli belah ni..
Sape tak suka kan..
Lebih lagi perempuan..

Aku pun tak pasti patut buat separate entry atau just letak dalam satu entri je..
Kadang-kadang separate pun ok jugak kan..
Senang nak baca satu benda dekat satu tempat berbanding kalau beberapa benda dekat dalam satu tempat..

Ok kita start dengan weekend punya cerita..
Sabtu petang aku balik kampung..
Sebab ada kawan kitaorang kawen..
Dah plan ramai-ramai nak pegi sama-sama..
Masa-masa macam ni la senang nak jumpa kan..

Masa pegi kenduri kawen ni aku pakai la kebaya nyonya yang aku beli beberapa tahun lepas..
Masa bersiap tu ingat nak snap gambar kebaya nyonya ni..
Tapi bila dah lambat sekali tengok dalam kamera tak de pulak gamabr baju tu..huhu..
Yang ada gambar ni je..


Sebenarnya aku nak share cerita pasal kebaya nyonya ni..
Sebab aku pun macam rasa pernah share..
Tapi bila search tak de pulak..
Kalau ter share dua kali, pernah baca sebelum ni baca je lah ye..hehe..

Tunggu la aku snap gambar dulu baru lagi best nak cerita kot..hehe..
Feedback dari kawan-kawan agak memberansangkan..
Ramai kata kene je aku pakai..hehe..
Beli tu masa belajar dulu tak silap..
Nasib baik la muat lagi..

Semalam pulak cuti Hari Wesak..
Nak ajak en.bf pegi jalan jauh malas pulak..
Nak jumpa hubby Ikin discuss pasal VSD pun tak dapat..
Hubby Ikin balik Melaka la pulak..

Lepas tu plan nak pegi OU atau Ikea..
Saja nak jalan-jalan tengok apa yang menarik..
Tapi dah sampai dekat area sana punya la banyak kereta beratur..
Terus tak jadi pegi..
Tak kuasa la..huhu..

Terus ajak en.bf pegi tengok wayang dekat KLCC..
So letak kereta dekat stesyen LRT..
Pegi KLCC naik train je..

Sampai je pegi dekat  wayang ramai jugak la yang beratur..
Tapi tak jadi jugak tengok wayang..
Sebab movie yang kitaorang nak tengok ada lambat giler..
Malam baru ada..
Memang tak la..
Plan last minit kan..
Tak de search dekat internet ke apa..
Cerita apa tengah tayang pun aku kitaorag tak tau..
Kitaorang 2 ni memang bukan kaki wayang..

So jalan-jalan je la tengok barang..
Tetibe ternampak ada promosi dekat RipCurl..
Ada baju edisi untuk World Cup rm59 dan rm49 tak silap untuk member..
Lepas tu ada jugak promosi untuk Projek Monsoon punya t-shirt rm119 untuk baju lelaki..
Saje tengok-tengok dan pilih-pilih en.bf jumpa pulak yang berkenan dan sesuai..
Die pulak memang dari sebelum ni memang nak cari t-shirt..
Dah lama tak beli t-shirt..
Yang ada kebanyakkan dah lusuh..
So jumpa yang ni die beli la..
Tapi pilihan saiz,warna dan corak tak banyak sangat la..
Tak silap dah lama jugak promosi ni SA tu cakap..

Lepas tu ada jugak promosi 50% kalau beli 2 helai baju..
Tapi harga bercampur la..
Kalau beli 2 helai dapat la 50% untuk setiap baju..
Promosi ni pun dah lama jugak SA tu cakap..
Banyak tinggal baju warna putih je..

Tapi SA dekat sini memang sangat-sangat nice..
Aku memang suka SA macam ni..
Sangat peramah, dan membantu..
Masa en.bf try die siap bagi komen dan bagi suggestion pakai dengan apa yang sesuai la..
Beria bersembang..hehe..

Lepas tu tengok dieorang macam ok je..
Masa bayar en.bf tanya la kalau boleh tolong tebuk kan tali pinggang die tambah lubang..
Makin kurus en.bf tu..huhu..
Dieorang memang sangat membantu..
Tanya charge pun dieorang kata tak pe, free je..

Kalau ada promosi lagi bole la korang pegi tengok-tengok kalau berminat..
Dan tak silap next month ada sale..

Lepas tu kitaorang pegi foodcourt dekat atas..
Makan waffle dengan ice cream sambil sembang-sembang..
Saje lepak-lepak..
Sebelum balik tu kitaorang jalan-jalan lagi..
Sempat singgah dekat sini..



Ada ke sesiapa berminat nak aku review pasal ni..hehe..
Mana tau ada yang nak cari cincin untuk hari-hari special ke..
Dekat KLCC pun semalam Habib ada buat promosi atau sale tak silap..
Sebab siap bukak booth lagi..
Good info jugak aku dapat sebenarnya hari tu..:)

Haritu en.bf ada beli beg..
Tapi sebab beg tu dekat die..
Nak ambil gambar pun payah la..
Nanti kalau rajin aku share la pasal kebaya dan lain-lain..
Sekarang ni memang jarang-jarang je update..
Sabar je la ek..hehe..

Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Yayasan Bank Rakyat 2014..

Assalammualaikum..

Ingat lagi tak dengan post aku pasal PPBU ni masa belajar dulu?
Aku pernah la apply sampai pegi test tapi tak dapat pun..
Tak pe la tak de rezeki aku..
Walaupun tak dapat tapi Alhamdulillah aku dah habis belajar pun..

Hari ni aku bukak email nampak email ni..
So rasanya elok la aku share..
Mungkin ramai yang perlukan info ni..


 Sila la klik utuk gambar lebih besar..
Tak pun bole dapatkan info dekat link YBR ni..


Sesiapa yang berminat boleh la cuba..
Pada aku agak berbaloi jugak..
Sebab pinjaman ni nilai untuk kita bayar nanti boleh berubah..
Maksudnya boleh berkurang la ikut keputusan peperiksaan kita..
Lebih baik keputusan lebih sikit kita bayar..
So motivasi yang agak baik untuk dapatkan result yang elok..:)

Tapi PTPTN pun ada jugak macam tu kan..
1st class terus dapat free..hehe..

Selamat mencuba dan selamat berjaya..:)

Thursday, 8 May 2014

Variable Speed Drive (VFD) - teaser..

Assalammualaikum..

Since ada internet ni aku nak share la sikit apa yang aku tengah buat dekat office..
Sebenarnya masa 1st day lagi aku kene assign dengan task ni..
Ni memang benda baru dekat aku..
Tak pernah kenal pun benda ni sebelum ni..hehe..

So aku pun tengah struggle work on benda ni..
Sebab tu kalau nak share dekat sini pun memang kene study betul-betul..
Kalau ada sesiapa yang boleh assist aku sangat-sangat la dia lu-alukan..
Kita bole share maklumat dan sama-sama belajar..

Aku pun sangat berminat dengan benda ni sebab die banyak knowledge power electronics..
Dan switching die meggunakan semiconductor..
So memang agak interesting pada aku..

A variable-frequency drive (VFD) (also termed adjustable-frequency drive, variable-speed drive, AC drive, micro drive or inverter drive) is a type of adjustable-speed drive used in electro-mechanical drive systems to control AC motor speed and torque by varying motor input frequency and voltage.

 Ni pun ambil dari wikipedia..huhu..
Memang tengah usaha nak faham benda ni..
Tapi note, meeting dengan vedors agak membantu..
Tapi sangat banyak yang aku perlu study lagi..

Insyaallah kalau ada masa nanti aku try share..
Mungkin membantu sesiapa yang berminat dengan equipment ni..

 Sumber:

Makanan Bila Balik Kampung..

Assalammualaikum..

Sekarang ni macam sibuk sikit kot dengan keje..
Biasa la kalau dah keje kan..
Lagi bila ada projek ni..
Benda kene belajar pun makin lama makin banyak..huhu..
Suppose pegi site visit semalam tapi last minit cancel pulak..
So tak tau la bila kene pegi..
Tak tau la ada peluang lagi nak pegi atau tidak..
Harap ada la rezeki untuk pegi..
Tapi ok la sebab banyak yang aku bole belajar setakat ni..

Hari tu aku timbang berat aku memang naik kemain lagi..hahaha..
So sekarang ni memang dalam usaha untuk mengurangkan berat la..
Bila aku cakap badan aku makin naik pun dekat officemate..
Dieorang semua kata badan aku kecik je..
Oh tidak..huhu..
I really put on weight 2 bulan ni..huhu..

Lepas tu selalu balik rumah bila weekend..
Bila balik haruslah makan bukan main lagi kan..
 Banyak sangat benda special yag aku harus makan..haha..

Ni contoh makanan special balik minggu lepas..


Jeruk mangga home made..



Hamik..
Sebalang mak buat..
Bole la makan puas-puas..hehe..
Aku ni memang la peminat jeruk dan asam-asam ni..

Lepas tu e.bf pun ada bagi sample Roti Baghdad yang kawan die buat dan jual..


Roti ni frozen..
Kalau letak dalam freeze tahan la dalam 2 miggu..
Kira nya en.bf bagi aku sample la ni..
1 pack ada 10..

Ada roti yang dalam die ada inti daging atau pun ayam kari..
Roti tu pulak balut dengan kulit popia..
So bila makan panas-panas agak sedap la..
Roti pun lembut je..
Inti pun sedap..
Terasa la daging da ayam die..
Lepas tu ada carrot dan jagung..
Kawan die yang buat ni chief dekat few hotel dulu..
Mungkin sebab tu rasa hasil makaa die ni agak sedap..:)

Esok dah jumaat..
Tak sabar nak weekend..
Nak tido puas-puas..
Weekend ni pun ada aktiviti menarik..:)

Monday, 5 May 2014

Semangat yang hilang..

Assalammualaikum..

Weekend lepas aku bercuti panjang..
Naik je dari cuti panjang terus supervisor aku bagi projek..
Tak tau la nak happy ke nak nervous lebih..
Aku ni memang kurang keyakinan..
Aku memang kurang pandai bercakap..
So bagus jugak la..
Evaluate la aku dari hasil kerja aku..
Gunakan la peluang yang ada ni dengan sebaik-baik nya..
Tu jugak la pesan leader aku tu..
Dan ini jugak la peluang untuk aku belajar lebih lagi..
 Projek ni projek individu..
Kalau projek ini agak bagus peluang untuk company aku ni hire aku lebih tinggi..
Doa kan yang baik-baik untuk aku ye..

Dan masa discuss pasal projek ni tadi terus cerita pasal site visit..
Sebab leader aku ni memang dari awal aku masuk bercadang nak hantar aku pegi site visit..
Sebab lagi senang kalau aku pegi tengok benda sebenar banding tengok gambar dan baca teori je..
Bila die bagi projek ni lagi la die excited nak hantar aku pegi site visit..
Alasan kukuh sangat..hehe..

Sebenarnya aku memang agak takut-takut lagi kalau dekat ofis..
Sekarang ni mugkin makin selesa la..
Atau senang kata aku macam kurang keyakinan la..
Kadang-kadang rasa macam kurang motivasi pun ada..haha..
Bila bangun pagi rasa malas pun ada jugak..
Lepas tu rasa lost pun ada jugak mula-mula..
Tapi masuk bulan ke-3 ni aku rasa makin ok la..

Nasib baik la di saat-saat macam ni kesedaran tu agak tinggi..
Syukur sangat Tuhan tu bagi aku rasa tu..
Even masa hari Sabtu hari tu aku teman en.bf pegi servis kereta..
Aku sembang-sembang dengan die masa orang tu tengah check dan repair kereta..
Sebab kitaorang ada sembang pasal kerja ni jugak la..
Aku bagi tau en.bf..
Aku rindu perasaan masa aku mula-mula pegi Terengganu 2 tahun lepas..
Masa aku memang perlu sangat kuat..
 Tak de duit, ayah tak berapa happy dengan apa aku buat, aku buat benda yang bukan kebiasaan orang buat..
 Dan alhamdulillah aku berpegang pada tempat yang betul..

Masa ni memang aku sangat kuat rasanya untuk survive..
Fight semuanya sendiri untuk diri aku..
Banyak cuba benda baru dan sebagainya..
Setiap kali ada apa-apa memang aku akan cuba seboleh mungkin..
Lebih lagi masa ni aku amik course yang tak de perempuan..
Memang dieorag je yang aku ada..
Ketakutan tu sangat kurang..
Dieorang ajak panjat rumah api pun ok je..
Pernah duduk sorang-sorang dan pegi kelas pun jalan kaki je..
Aku pun banyak buktikan apa yang en.bf risaukan tapi aku ok je..
Memang apa orang cakap aku abaikan je..
Aku cuma buat apa aku suka asalkan benda tu tak salah..

Tapi bagus jugak la..
Memang pengalaman tu semua sangat banyak mengajar aku dan menguatkan aku..
Cuma sekarang ni aku agak selesa dan semangat tu macam makin kurang..
Semangat dan perasaan tu la yang aku rindukan..huhu..

Dan aku mula tercari-cari rasa tu..
Kadang-kadang memang elok bila kita tak de apa-apa dan berada dalam kesusahan..
Semangat juang memang tinggi masa ni..

Nasib baik la di saat aku kene assign dengan task ni aku dah agak bersedia..
Dan mula fikir balik..
Pada aku lebih mencabar lebih menarik..

Apa yang aku rasa pun aku tak banyak bercerita dengan orang..
Biar la aku je yang tau..
Kalau orang cakap apa-apa pun aku diamkan je..
Aku akan buat apa aku rasa betul..
Tak salah ak mencuba..
Kalau salah pun tak pe..
Belajar dan betulkan balik..

Semalam pun masa sebelum balik aku salam ayah..
Die tanya aku ada duit belanja ke tak..
Aku kata je lah ada..
Berminat pulak die nak tau..
Macam aku cakap..
Aku suka dicabar..
Buat aku rasa lebih bersemangat untuk buktikan apa yang aku buat..

Apa tindakan die sebelum ni pun memang buat aku rasa lagi kuat..
Lebih gigih nak berusaha untuk lebih baik..

Kadang-kadang apa yang aku suka bila aku menulis ni adalah ia buat aku berfikir..
Fikir apa yang aku pernah buat..
Apa yang aku sedang hadapi dan macam mana nak merancang untuk masa hadapan..

Jadi aku akan usaha untuk buat yang terbaik..
 Sebab aku rasa banyak benda baru yang aku perlu catch up dan belajar lagi..


Moral of the story..
Kene la berani dan jangan mudah berputus asa..
Gunakan jugak peluang yang ada dengan sebaik-baik ya..:)
Usaha, berdoa da bertawakal..
Walaupun kita tinggal seorang saja manusia tapi Dia tetap sentiasa ada bersama kita..

Thursday, 1 May 2014

Labour Day..

Assalammualaikum..

Hari ni 1 Mei 2014..
Semua tau rasanya hari ni Labour Day atau Hari Buruh..
Kebanyakkan nya bercuti la kan..
Especially yang dah ada family..
So cuti-cuti umum ni memang di gunakan untuk menghabiskan masa bersama family, kemas rumah dah sebagainya..
Bulan ni pun masuk bulan ke 3 aku internship..

Mula-mula end of last week manager aku inform atau offer untuk swap cuti..
Maksudnya boleh datang keje hari ni (Khamis) dan cuti hari Jumaat..
Macam menarik je bunyi nye..hehe..
Bole la cuti weekend 3 hari kan..

Aku pun sejak start internship tak pernah cuti lagi..
Tetibe jadi pekerja yag rajin kan..hehe..
Bila fikir balik banding dengan masa mula-mula keje dulu..
Aku makin matang rasanya..hehe..
Mungkin jugak pengalaman dan perkara yang aku lalu jadikan aku makin matang agaknya..
Dan aku sangat bersyukur dengan peluang yang Tuha bagi aku..:)

Sekadar nak share..
Masa mula-mula keje dulu ok jugak kot..
Tapi masa aku hujung-hujung nak berhenti tu aku memang selalu datang lambat..
Cepat rasa bosan dekat tempat tu..
Padahal baru berapa bulan je..

Masa dekat company kedua pulak macam lagi sengal je perangai..hehe..
Aku dekat company tu dua bulan je..
Tapi dalam masa dua bulan tu selalu bangun lambat, datang keje lambat..
Nak buat keje pun malas..
Mungkin sebab benda tu aku tak berapa suka pun ada jugak..

Tapi setakat ni aku tak de la rasa macam tu lagi dekat tempat baru ni..
Sebab aku rasa perjalanan tu jauh sangat lagi..
Sangat banyak yang aku perlu belajar lagi..
Dan aku agak bersyukur sebab supervisor aku ak bole kata sangat membantu..
Selalu ajar dan bawak aku pegi meeting..
Kira die banyak involve kan aku dengan macam-macam benda..
Jadi banyak la yang aku bole belajar instead of duduk je lost tak tau buat apa..

Tahun ni pun aku celebrate Labour Day..
2 tahun ni pun aku cuti jugak..
Tapi as student la..hehe..

Lepas manager aku inform leader tu pasal boleh swap cuti..
Minggu ni die datang tanya aku dan inform aku pasal die pun macam nak cuti je Jumaat..
So die pun prefer aku cuti sama..

Lama jugak la aku fikir pasal nak cuti ke tidak..
Aku intern tak de cuti..
So bila aku cuti kira sebagai unpaid la..
Allowance dah la tak seberapa..
Punya la aku fikir sampai semalam..
Tapi leader tu suruh aku cuti je..
Bila aku inform pasal unpaid leave..
Die yang nak inform manager aku pasal tak perlu deduct allowance aku..
Just bagi je aku cuti..
Sangat baik kan..

Actually leader aku ni agak tegas orang nya..
Aku pun suka sembang-sembang sharing dengan die..
Budak yang intern sebelum ni cerita die mula-mula takut giler dengan leader aku ni..hehe..
Tapi pada aku die seorang yang tegas tapi very nice..
Masa aku belikan die karipap rm1 je untuk sarapan..
Esoknya ada farewell lunch dekat Chili Espresso die belanja aku..
Masa aku tak pergi event company yang dapat souvenir die bagi aku one of souvenir yang die dapat..
So walaupun agak tegas dan garang pada aku die very nice..

Panjang pulak melalut pasal dekat office..
So aku pun inform manager aku yang aku nak cuti hari Jumaat..
Manager aku ni pun sangat nice..
Die ok je bila aku nak cuti..

Tapi walaupun cuti hari ni..
Aku dekat KL lagi..
En.bf keje hari ni..huhu..
Sabar je la kan..
Malam ni baru balik kampung lepas Isyak katanya..
Ak call petang tadi die baru nak pegi yard ada benda nak kene settle kan..
Nasib baik la ada 3 hari lagi cuti..
 Lagi pun macam ramai je balik minggu ni..
Adik Ta dah balik malam semalam..
Zack balik hari ni..
Tak sabar nak balik rumah..

So lepas bangun tadi aku pun macam biasa..
Melepak la dekat sini untuk lunch dan guna internet..
Sambil tu study sikit-sikit untuk keje aku..


Nasi lemak ayam goreng dan ice lemon tea..

Happy Labour's Day and have a nice weekend..:)

Relakan Jiwa..

Assalammualaikum..

Rasanya semua orang pernah dengar lagu ni kan..
Lagu Relakan Jiwa by Hazama..
Tapi haritu masa online aku ternampak ada orang post dekat facebook tak silap video lagu ni yang di nyanyikan oleh iamNEETA..
Kiranya dieorang cover lagu ni..

Aku tak dengar pun masa tu..
Download dari youtube lepas tu dengar dekat rumah..
Aku tak bawak ear phone masa tu..
Karang kalau terus bukak dengar dekat youtube tak pasal je orang lain menyampah dengan aku..haha..

So dah balik tu aku pun dengar la..
Wah best..
Layan..hehe..

Sebelum ni aku ada je download original version dari version..
Tapi tetap suka lagi dengar yang iamNEETA nyanyi..
Macam lagi menyentuh kalbu je..haha..


Relakan Jiwa by Hazama..


Relakan Jiwa (cover) by iamNEETA..

So korang boleh dengar both version..
Which one u all prefer?..hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...