Thursday, 27 February 2014

Membakar Lemak..

Assalammualaikum..

Cerita pasal berat badan ni memang tak habis..
Lagi kalau perempuan kan..
Tapi aku memang agak kisah la..
Sebelum terlambat memang kene amik tindakan segera..
Ni pun dah terlambat jugak rasanya..huhu..

Lagi duduk rumah ni memang aku agak malas la..
Nak keluar pun malas..
Hari tu aku ada pegi KL nak settle kan pasal rumah sewa..
Pegi tengok rumah dengan Hakam dengan Haziq..
Setakat ni ok la aku rasa dengan bilik dan rumah tu..
Housemate, kemudahan nak beli pape dan makanan, dekat dengan LRT, dekat dengan Haziq dan en.bf jugak kot..
So kalau pape senang la..
Terus bayar deposit untuk confirm kan booking haritu..
Weekend ni baru pegi Terengganu untuk amik barang..
Tu pun plan berubah-ubah je..

Sepanjang dekat KL aku selalu kuar dengan Haziq je la..
Kalau die tak teman aku, aku yang teman die..hehe..
Teman die pegi service kereta, pegi ofis..
Lepas tu die teman aku pegi shopping..
Nak shopping sikit untuk beli pakaian nak praktikal anti..
Nak beli baju-baju formal..
Baju formal aku memang tak banyak sangat..
Ada pun untuk pakai pegi interview je..
Ni keje ofis kene pakai pakaian formal la rasanya..

Maka untuk tujuan tu aku dengan Haziq pegi Sunway Pyramid..
Punya la dah lama tak pegi pasaraya beli barang atau window shopping baru jalan 2 level je masing-masing dah penat giler..huhu..
Dulu selalu jalan-jalan..
Asal weekend je selalu pegi mall..
Dalam tak sedar tu entah berapa ribu langkah dah kan..
Jadi tu salah satu aktiviti fizikal untuk bakar lemak..
Ni dah lama tak buat macam tu memang terasa penat nya..
Jalan pun tak de hasil sangat pun..
Fikir banyak kali kalau nak beli pape..
Fikir berbaloi ke tak beli benda tu dengan harga die..
Dan macam biasa nasihat dari Haziq sangat la membantu..
So nanti baru pegi balik untuk beli..
Haritu kira nya pegi survey-survey je la dulu..hehe..
En.bf pun tak de..
Lepas ni kene pegi sekali baru la lengkap..hehe..

Dan macam biasa makan tetap la banyak..
Aku ni jenis yang kalau pegi makan dekat luar asal bole nak habis kan apa yang aku order tu..
Tak nak membazir..
Rasa rugi sangat nanti..
Penat cari duit, benda makan nak buang-buang je pulak..
Tak nak la aku..
Walaupun macam Haziq kata makan 2 kali sekali je..
Tapi aku rasa agak banyak benda yang kitaorang makan..
Dan elok jugak la sebab antara waktu makan tu aku tak makan sangat..
Kalau dekat rumah sendiri antara waktu makan tu banyak je aku makan..
Makan nasi je berapa kali..

Tapi sekarang ni aku control la sikit..
Lepas tu sebelum mandi buat aktiviti bagi keluar peluh sikit..
Banyak kan makan buah bila rasa terigin nak makan..

Hari tu masa aku cari pasal nak kurangkan berat aku ada jumpa resipi ni..



Anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan. Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.

Haritu ada ajak Haziq buat..
Tapi die tak nak..
Die cakap mesti rasa benda ni tak sedap..haha..

Balik rumah ni aku cuba la buat..
Soh adik aku beli barang dekat pasar malam tadi..
Rasa die memang la tak berapa sedap..
Tapi aku ok je..
Fresh je rasa die..
Dengan 2 biji lobak, timun dan limau ni tak dapat dua cawan pun..
1st tu aku minum memang tak campur air..
Bila baki die tak cukup 1 cawan aku campur la air..
Keberkesanan die aku pun tak pasti lagi..
Baru sekali je minum..
Sesapa nak cuba bole la..
Mana tau lemak-lemak degil tu dapat disingkirkan dengan lagi senang..:)

Result sem lepas dah keluar..
We will see what happen untuk sem yang sangat banyak enjoy..huhuhu..

Sunday, 23 February 2014

KENZO Watches to Let Go..

Assalammualaikum..

Ni aku ada nak tolong adik aku jualkan jam..
Jam ni die dapat sebab menang main futsal semalam..
Baru lagi la..
So kalau ada sape-sape yang berminat boleh la contact aku..

Adik aku ni duduk dekat Senawang..
Kalau weekend die balik kampung dekat Kuala Pilah..
So kalau nak tengok ke apa inform la..
Lagi puas hati kalau tengok depan-depan kan..
Jam ni pun die tak pernah pakai lagi pun..
Baru dapat semalam kan..




Ni gambar-gambar jam ni..


Megikut price tag pada jam tu harga jam ni RM 1695..
Of course adik aku nak jual below harga ni..
Pandai-pandai la nak nego dengan die..

Kalau ada sebarang pertanyaan atau nak detail bole email atau komen aku..
Nanti aku bagi contact number adik aku..

Friday, 21 February 2014

Dadali - Di Saat Sendiri..

Assalammualaikum..

Sape pernah dengar lagu ni?..
Ak sebelum ni tak pernah dengar lagu ni pun..
Tapi haritu masa siapkan ODA, Farez suruh dengar lagu ni..
1st time dengar terus suka..
Lepas tu dengar la berulang kali sambil buat ODA sama-sama..:)

Sangat menyentuh hati lagu ni..
Sampai sekarang pun aku suka dengar..
Lepas tu bila dengar dan hayati memang buat aku rindu..hehe..
How much aku sayang kawan-kawan aku kan..
Up side down sama-sama..
Kalau dieorang tak sayang aku tak pe la..haha..


Hari demi hari telah ku lewati
Tak pernah aku bersamamu lagi
Tak pernah aku menduga
Kau akan pergi tinggalkan aku

Jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri

Ooh... jauh kau pergi tinggalkan diriku
Sepi hati ini membunuhku
Ku coba untuk cari penggantimu
Namun tak ada yang sepertimu

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri

(rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku)

Ooh rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku terbangun dari tidurku

Rindu aku, sangat rindu kamu
Terasa sejak kau masih ada di dekatku
Tak mudah aku melupakan dirimu
Di saat aku sendiri 

Jom Layan..:)

Sehari Selepas Balik..

Assalammualaikum..

Hari ni tak de buat apa pun dekat rumah..
Duduk rumah makan dan tido je..huhu..
Masa baru sampai semalam beria semangat nak buat beberapa perkara masa cuti..
Salah satu nya ialah berazam nak turunkan berat badan..huhu..

Serius berat badan aku pada tahap yang membimbangkan sekarang rasanya..
Bila pakai baju lepas tu tengok dekat cermin aduhai fail nya..
Lagi tang perut..huhu..
Ah pendek cerita bukan tang perut je..
Lemak berlebihan di mana-mana..huhu..
Rasanya sebelum makin teruk baik la aku amik tindakan segera..huhu..
Tak nak aku bila dah parah baru nak meyesal..
Semalam masa sampai-sampai je nampak tali skipping atas meja semangat tu memang membuak-buak sangat je..
Tapi hari ni tak de tindakan pun..huhu..

Esok Zack dah nak balik Batu Pahat..
Mak ajak pegi tapi dah tido lambat..
Rasa macam malas je nak pegi..
Walau pun ada jugak rasa nak pegi..
Boleh jugak jalan-jalan dari tido dan makan je dekat rumah ni kan..
Terisi jugak la cuti aku..
Bole jugak spend masa lebih dengan mak, ayah dan Zack..
Tapi sebab dah tido lambat bangun pun lambat..
Tak kan la dieorang nak tunggu aku bangun pulak kan..huhu..

Lepas tu aku nak rilek-rilek nak cari semangat yang hilag untuk praktikal..
Rindu sangat dengan semangat masa mula-mula masuk belajar dekat Terengganu dulu..
Tapi tadi tetiba tengah malam ada orang call pulak..
Ingat kan siapa je..
Rupenya Sen yang call..
Pukul 12 lbh malam ke pagi die baru balik dari keje..
Esok keje lagi..huhu..
Dah la passport die kene tahan sebab ada isu pasal permit keje dekat sana..
 Lama jugak nak settle kan..
Selagi tak settle die tak bole keluar dari Bintulu..
Sabar je la..
Sembang dengan die pasal keje terutamanya kerisauan aku nak praktikal nanti memang agak membantu..
Macam biasa die akan bagi semangat..
Siap plan nak pegi bercuti sama-sama dekat Kuching la..
Sweet sangat kan..hehe..

Malam tadi pun tengok dekat twitter Jie dah sampai KL..
Farez pun dah dekat Melaka..
Baru semalam balik hari ni dah rindu dengan dieorang..
Macam Farez kata..
Walaupun kitaorang tak de lama sangat rapat..
Tapi sangat banyak kenangan dan happy ending..
Harap sangat lepas ni keep in touch lagi..
Bole lepak sama-sama lagi..
Rasa macam ni sebab kita dah tak sama-sama lagi..
Masing-masing dah berpisah dan ada hala tuju masing-masing..
Kalau setakat balik cuti kejap je tu kita tau lepas ni kita akan jumpa lagi..
Tapi ni entah bila la akan jumpa lagi..
Kenagan lepak sama-sama, makan sama-sama, selalu tolong temankan aku kalau ada apa-apa, buat keje sama-sama, online dan tengok movie sama-sama, pegi shopping barang basah, ikan lepas tu masak makan sama-sama..
Banyak sangat kenangan sampai tak tertulis..
Semua tu sangat berharga..
Semua tu aku akan simpan kemas..
Masing-masing ni nakal je tapi kawan yang sangat baik..



Semoga semua praktikal elok-elok dan keje elok-elok lepas ni..
Berjaya dalam career dan hidup..
Semoga kita bertiga jumpa lagi lepas ni..:)

Thursday, 20 February 2014

End of Chapter - Terengganu..

Assalammualaikum..

Rasanya blog ni macam terabai je sekarang kan..hehe..
Mood nak menulis macam tak de je..
Banyak jugak benda jadi tapi tak sempat nak catat dekat sini..
Aku pun agak sibuk menghabiskan masa-masa terakhir dekat Terengganu..

Ni aku baru sampai rumah dari Terengganu..
Hari ni aku ada present ODA..
Kira nya task terakhir aku..
Tapi rasanya nya momentum dan performance aku sangat teruk la hujung-hujung ni..huhu..

Minggu ni aku sibuk prepare pasal ODA ni la..
Di samping tu pegi enjoy dengan budak-budak ni..
Kira macam selingan la untuk release tension..hehe..

Sepatutnya present ni awal-awal 18hb..
Tapi ada present untuk praktikal student pulak..
So present kitaorang ni postpone 20hb Februari..
Banyak jugak la drama nak siapkan benda ni..
Biasa la kalau kerja berkumpulan kan..
Macam-macam hal bila dah ada 5 kepala..
Tak pe la tabahkan je la hati layan..

So present nya petang tadi pukul 3..
Biasa la start lambat..
Lepas tu memang kaw-kaw la kene masa present tadi..
Keje tak cukup bagus, report hancur dan tak well prepare untuk present..
Memang terbaik la..
Memang kene carik balik semangat untuk praktikal nanti cuti seminggu ni..

Dan kisah nak balik ni kenangan jugak la..
Allah tu sebaik-baik perancang kan..
Kebetulan pulak Hendry sign off hari ni..hoho..
So lepas present tadi lepak pegi minum dengan budak ni kejap..
Lecturer aku nak belanja..:)
Lama jugak la bersembang..
Masa ni lecturer aku siap kata paper subsea pipeline aku teruk..huhuhu..
Apa boleh buat..
Salah sendiri..
Terima la balasan ya..huhuhu..

Sebelum pukul 7 aku dah balik rumah..
Amik barang-barang yang perlu je..
Bungkus-bungkus campak dalam bonet kereta..hehe..
Disebabkan keje last minit, plus nak cepat ad je la barang yang tertinggal..
Dah la barang penting pulak tu..haish..
Aku bawak barang yang perlu je sebab minggu depan awal bulan satu baru nak angkut barang terus bawak pegi rumah dekat KL..
3hb dah nak start dekat sana kan..
 Jadi bawak barang dari Terengganu ke KL terus je la..
Kalau nak bawak dari Terengganu ke rumah lepas tu ke KL macam buat keje 2 kali je..
Malas la aku..
Plan 1 tu lagi bagus..

Lepas tu kebetulan sangat kan Hendry sign off hari ni..
So bole la balik sama..hehe..
Gerak dari sana pukul 830 tadi ikut KL..
Berdua tak de la bosan sangat..
Ada geng nak bersembang..
Lepas tu die sorang je yang drive..hehe..
Masa dekat LPT die ada suruh aku tido kot-kot nak tukar bagi aku drive..
Tapi steady je die bawak sampai rumah..hehe..
Aku tukang layan borak je la..

Banyak sangat kenangan aku dekat Terengganu ni..
Dan sangat banyak yang aku belajar..
Dengan dieorag pun sangat best..
Lepas ni cerita pasal aku praktikal pulak la..
Nak start kerjaya dan hidup balik..
Harap well prepare dan well plan lepas ni..:)
Gunakan peluang kedua ni baik-baik..
Tapi sebagai manusia biasa aku ni cepat alpa jugak..huhu..

Lagi pun ada beberapa orang yang sangat best..
Harap lepas ni keep in touch dan boleh jumpa lagi..
Nak tulis banyak-banyak pun tak reti..
Simpan dalam hati je la..hehe..

Selagi tak keluar result pun kira belum betul-betul boleh lega..
Harap tak de yang sangkut dan aku dah habis..

Aku balik ni en.bf pulak baru ke Miri petang tadi..
Flight pukul 2 lebih tadi..
Masa on the way balik dengan Hendry sempat la kitaorang call die dekat sana..
Lepas ni tunggu panggilan die dari laut la..
Surprise call macam biasa..hehe..
Sorang sign off sorang kene pegi offshore untuk entah berapa hari..hehe..
Sabar je la kan..
Tak sabar nak pegi offshore gang punya vacation hujung tahun ni..:)

Wednesday, 12 February 2014

Final Exam Final Sem..

Assalammualaikum..

Sekarang ni mode menulis memang malas sangat..
Tambah nak online pun macam payah sikit..
Tapi selalu jugak online menonton, bukak fb ke..

Sekarang ni aku tengah final..
Start 9hb hari tu sampai pagi ni aku ada paper setiap hari..huhu..
Hari ni la baru rasa lega sikit..
Lagi penat sebab in between tu ada je aktiviti mengarut entah apa-apa..hehe..
Konon nak release tension..haha..

2hari lepas pun tak silap Hendry turun kapal..
Die ajak pegi tampal gigi la sakit gigi..
Lepas tu macam biasa la pegi beli barang-barang untuk die bawak balik kapal..
Banyak yang aku belajar pasal dieorang ni..
Kira aku boleh tengok life dieorang ni macam mana dari satu sudut yang positif dan aku boleh belajar dari perkara tu..:)
Lepas tu macam elok je timing aku bawak kete dekat sini..
Kapal die pulak running cargo..
So bole kata tiap minggu la die turun..:)

Total sem ni aku ada 6 subjek..
5 ada final dan satu lagi subjek present..
Sekarang ni tinggal satu paper je lagi on 17th Februari dan present 18th Februari..
Harap present simple-simple je la..

Aku pun ada dapat cek dari Nuffnang..
Bulan 12 hari tu aku cash kan baru dapat minggu lepas..
Tapi disebabkan cek tu sampai dekat rumah nak mintak tolong orang clearkan pun tak dapat..huhu..
Tadi petang ayah baru buatkan..
Aku check dekat maybank2u tak de lagi pun..
 Nilai die pun sikit je..
Ok la buat belanja..

Tadi pun aku baru beli Shiseido mask..
Haritu punya dah habis..
Ni aku beli lagi 50pcs..
Dapat petag tadi terus pakai..hehe..
Kali ni aku nak pakai sorang je la..
Stock untuk lama sikit..
Kalau tak kejap je dah habis..huhu..

Tak sabar giler nak habis..
Tapi tiap kali fikir nak praktikal cuak je rasa..huhu..
Takut sangat kalau tak perform..
Harap semua baik-baik je..:)

Insyaallah aku balik rumah 23rd ni..
Nak enjoy-enjoy dengan budak ni dulu..huhu..
Tu pun kalau rajin..hehe..
Tapi fikir ni pun dah last kan..
Bolah la layankan..
Cuma rumah sewa pun tak dapat lagi ni..

Minggu depan mungkin en.bf ke naik laut..
Kiranya aku balik ni die tak de la..
Tak pe lah..haha..

 
 

Wednesday, 5 February 2014

Weekend with BFF..

Assalammualaikum..

Haritu aku dah cerita kisah spontan aku balik kampung kan..
So the next day tu hari aku menghabiskan masa dengan kawan-kawan baik..
Plan berubah-ubah dan masa tersangat la terhad..
Kita enjoy dan chill je la setakat mana yang boleh..

Pagi tu bangun boleh tahan awal jugak walaupun masing-masing tido lambat la jugak..
Haziq dari Perlis dan aku dari Terengganu..
Aku bangun tu makan buah-buah yang adik die beli..
Ada mata kucing dan mangga..
Mula-mula Haziq basuh baju dan lepas tu ajak pegi makan nasi lemak dekat Plaza Damas..
 Haziq mula-mula pun plan nak pegi office pukul 11 tapi sudahnya pukul 1 baru pegi..

Hari aku datang dekat ofis die ni tak de sape pun..
Ada dua tiga orang je..
Dan ni kali kedua aku datang..

Sekarang ni aku suka je tengok dekorasi-dekorasi tempat..
Suka tengok perabot yang menarik ke..
Boleh bagi inspirasi..
Tapi rasanya aku memang suka konsep modern minimalis..
Simple tapi praktikal..
Masa datang 1st time aku tengok macam menarik je tempat ni..
Simple je..

 
 Suke tengok sofa putih tu..
Dekat sini la aku melepak..
Sambil online sambil buat keje ODA aku..
Bila tak de keje Haziq datang ajak menonton AJL..
Die tak tengok lagi masa ni..
Wifi dekat sini haruslah laju..
So best je la online dan tengok video..


Dining table..
Macam menarik je kan..
Simple, kemas dan elegan..


Kalau ada rumah nanti aku suka simple macam ni je..
Tak de la serabut-serabut sangat..
Toilet die pun ok jugak..
Tapi aku tak snap gambar..
Biasa-biasa je la..



Berderet Ferrari dekat showroom..
Dekat floor ni ada Ferrari je..
Dekat atas ada Maserati..
Dulu dah naik..
Mula-mula nak naik..
Tapi bila nak balik malas nak naik atas..


Ferrari Berlinetta pujaan kalbu..
Menarik je aku tengok..

Ada gambar yang lain lagi..
Tapi macam malas pulak nak upload..
Banyak sangat pulak gambar nanti..
Jarang upload gambar tetiba bersusun gambar..hehe..

Haziq balik keje pukul 4..
Hari ni last day die keje dekat sini..
Next kita pegi amik en.bf..
Aku punya la lapar masa ni..
Sempat beli McD dekat ada drive thru dekat Novotel laju je aku habis..haha..

Amik en.bf kitaorang pegi MidValley..
Masing nak pegi makan..
Haziq plan nak ajak makan dekat Snowflake..
Tapi tutup la pulak..
Pegi makan dekat foodcourt je la..
Makan pan mee dengan pari sambal..
Punya la banyak belacan pari die..
Gatal-gatal aku makan..huhu..

Alang-alang dah dekat Mid Valley ni..
Pegi beli pencuci muka terus..
Dah balik sini nanti payah nak beli..

 
 Rm 93 satu ni..
Memang ni la pencuci favorite aku..
Sesuai sebenarnya so pakai ni je la..


SA tu bagi ni free..
Tak guna lagi pun..
Pencuci tu pun aku tak guna lagi..
Yang lama ada lagi..
So tunggu tu habis la..

Dah settle semua teman Haziq pegi beli stuff untuk die berenang..
Beli pakaian, goggle la dan lain-lain..hehe..
 Balik tu kitaorang lepak-lepak kejap dekat rumah..
Lepak dekat balkoni, tengok Ika main game..
Then balik kampung..:)

Ni la aktiviti sekejap dengan BFF..
Selalu habiskan masa dengan dieorang je la..
Kalau tak dengan family dengan dieorang je la aku..
Masa pegi Plaza Damas pun macam-macam kene nasihat dengan Haziq..hehe..

Semalam aku dah balik Terengganu..
Masa balik kampung hari Khamis Hendry baru sampai KSB ke baru nak gerak KSB..
Tak sempat pun nak jumpa..
Sampai semalam aku ada SMS Hendry..
Malam sikit die ada SMS yang die dah nak belayar..
Maybe minggu depan die dah nak sign off..

Aku ni bila la nak study..
Minggu depan dah final..huhu..

Tuesday, 4 February 2014

WW - Through my Window..

Assalammualaikum..


Dari tingkap bilik..


Dari tingkap kereta..

Pengalaman demi pengalaman..
Belajar dan selalu gunakan akal bukannya nafsu..

Sunday, 2 February 2014

Good News For Zack..:)

Assalammualaikum..

Hari ni masih dekat kampung lagi..
Malasnye la nak balik..
Malas jugak nak study..huhu..
Beria ada bawak nota-nota untuk study tapi tak berusik lansung pun..huhu..

Tambah sekarang ni ada pakej selsema, batuk dan badan macam panas je..
Sebenarnya lebih tak selesa sebab selsema dengan batuk ni..
Berulang alik la ke toilet buang hingus dan kahak..
Biar cepat elok sikit..
Ada jugak makan ubat Hurix's tapi macam biasa..
Macam tak de efek pun..huhu..
Die nak jugak ubat yang kuat yang makan sebiji dua je dah elok tu..
Tambah lagi kalau ubat tu mengantuk..
Bole tidur lena sambil selsema dengan batuk ni cepat recover..:)

Cadang nya esok nak balik Terengganu dah..
Lagi lama duduk dekat rumah lagi la aku tak buat keje dan study..
Leka buat benda entah apa-apa je..
Lepas tu makan dengan banyak nye..
Walaupun kurang sihat ni tapi selera makan macam tak tergugat lansung je..
Makan, makan dan makan..huhu..
Memang berat semakin bertambah..hukhukhuk..
Memang kene lakukan sesuatu untuk kurangkan berat badan ni..
Kalau tak memang makin gemuk la.
Payah betul la nak kawal selera makan..
Nak beraktiviti pun malas..
Lagi la bertambah teruk..

Kejap lagi nak keluar pegi klinik carik ubat..
Kalau duduk rumah ni ok je tak payah makan ubat..
Tunggu elok sendiri je..
Tapi bila kenangkan esok dah nak balik sana..
Bila dah sendiri nanti mula la mengada tak larat, nak pegi klinik la..
Itu ini la..
Baik la cari ubat awal-awal..
Kalau bole balik sana nanti dah ok..

Ok berbalik kepada tajuk asal..
Jauh pulak melalut..
Hari ni Zack dah tau jawapan untuk application die..
Sebelum ni die dah pegi interview dua kali untuk course ni dekat UTHM..
1st untuk test tak silap..
Then ada interview ke apa lebih kurang macam discussion la..
Die akan daftar 11hb ni..
Which mean minggu depan..
Course 4 tahun..
Aku doakan yang baik-baik je la untuk die..:)

Saturday, 1 February 2014

Oh Balik Kampung..

Assalammualaikum..

Sekarang ni aku ada dekat kampung..
Balik kampung ni memang tak di rancang..
Masa awal-awal tu ada jugak la fikir nak balik ke tak..
En.bf pun macam tak menggalakkan aku balik je..
Banyak keje, fikir cost lepas tu tak lama lagi dah nak balik kan..
Tu yang hati tu macam berkira-kira je nak balik ke tak..

Tapi dah last-last bila tengok ramai yang balik minggu ni aku pun rasa nak balik je..huhu..
Nanti bosan tinggal sorang-sorang takde geng..hehe..
Terus la hati tu rasa meronta-ronta sangat nak balik..
Petang tu nasib baik la sempat racun Jie dengan Paan supaya follow aku balik..
Dieorang ni dah plan lama nak balik..
Masing-masing pun dah siap beli tiket balik..
Tapi aku ajak dieorang teman aku aku balik dan dieorang ok je..

Malam tu bila tau nak balik aku pun siapkan la pape assignment yang patut..
Buat assignment ODA yang progress entah apa-apa..huhu..
Sedey betul la..
Sem ni memang banyak main-main betul..
Fokus tu memang macam dah hilang je..
Dah keje nanti harapnye fokus maksimum balik la..huhu..

Ingat nak jumpa lecturer untuk tunjukkan progress aku esok tu..
Sekali hantar assignment..
Jie pun nak gerak pukul 2..
Nak sampai KL sebelum maghrib..

Pukul 12 tengah hari tu aku ajak Jie temankan aku pegi basuh kereta, nak pegi draw duit, nak pegi makan lagi..
Kereta dah comot sangat..huhu..
Tapi tak pegi pun jumpa lecturer update progress ODA..huhuhu..
Salah satu sebab aku malas nak pegi sebab dah siap-siap pakai baju nak balik..
Macam tak elok pulak nak pegi kolej pakai macam tu..huhu..
Aku kirim hantar assignment dekat housemate aku yang ada kelas petang tu je..huhu..

Konon nak gerak awal nya tu..
Sudahnya pukul 4 dekat Kemaman lagi kot..haha..
Dah pegi draw duit, basuh kereta, isi minyak kereta, makan, sempat lagi singgah beli keropok lekor..hahak..
Pegi tayar la..
Tapi dah masuk highway tu Alhamdulillah semua lancar je..
Pukul 7 tu kitaorang dah masuk KL..:)
Cuaca baik, jalan lancar, dan jalan waktu siang redup je..
 So best je la rasa perjalanan kitaorang..
Jie la yang drive dari Terengganu ke KL..
Ni pun ada jugak la singgah dekat RnR pegi toilet dan dieorang berenti hisap rokok..

Dah sampai KL 1st destinasi hantar Paan dekat Cheras dulu..
Nasib baik la Jie ada dan die yang drive..
Lepas tu hantar Jie balik Wangsa Maju..
Then seterusnya destinasi aku ke Mont Kiara..

Janji jumpa en.bf dekat Mont Kiara je..
Tingalkan kereta lepas tu pegi makan dengan satu kereta je..
Haziq pun hari ni kebetulan pegi Perlis ada hal kerja..
Masa aku dekat Terengganu die pun dekat Perlis lagi..
Die bajet sampai KL dalam pukul 10 11 masa aku contact die dekat dekat Terengganu..
Jadi plan nak pegi makan dengan en.bf dulu la..
Sekali baru gerak dari jalan rumah bole pulak die dah sampai..haha..
Pecut betul die..haha..

Jumpa dekat KFC then lepak-lepak kejap..
Lepas tu pegi McD pulak Haziq nak makan McD..:)

Spontan betul semuanya..
Memang best dengan kawan-kawan yang kita close..
Seterusnya ialah masa dan agenda bersama keluarga pulak..
How much i love my family and my friend..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...