Friday, 24 January 2014

Mock Interview..

Assalammualaikum..

Korang pernah dengar pasal Mock Interview tak?..
Ni untuk student-student la ye..
Ni aku amik dekat Wikipedia..

A mock interview is an emulation of an interview used for training purposes. The interview tries to resemble a real interview as closely as possible, and provides experience for the candidate. The mock interview helps the job applicant learn what is expected in a job interview, and improves the applicant's self-presentation. Mock interviews are often videotaped, and the candidate is shown the tape after the session, along with feedback from the interviewer. The mock interview coach will provide constructive feedback on all aspects of the interview process. Mock interviews are most common for job interviews, but may also be used to train people to handle journalists.
The mock interview coach will try to make the interview as realistic as possible. Many of the questions asked are interview questions from actual employers. The mock interview and critique will last approximately one hour. The mock interview takes about 20 minutes, then the job seeker and coach watch the interview and discuss the job seeker's performance.
The mock interview coach's level of direct experience in the industry or field of interest for the job seeker can make the mock interview more or less effective. This is the case because mock interview coaches can best help job seekers when they have insights into what hiring managers are looking for and can gauge how well job seekers are answering the questions. While there are many career coaches who provide a full suite of services to help job seekers figure out their career path, niche websites exist that focus on helping job seekers with their interviewing skills. Examples of these sites include Prept and Evisors.
The mock interview focuses on self-knowledge, past experiences, knowledge of the industry the applicant wishes to enter, and how well the applicant can convey that information. The job seeker gains the most experience from the mock interview if it is treated as an actual interview. The mock interview is a safe place to practice interview skills and gain feedback. It is also an area to gain the confidence and experience of giving an actual employment interview.
This is also conducted in companies to address clients with confidence and learn certain things which are required for the meeting.

Kalau tak berapa rajin nak baca yang atas ni panjang-panjang kiranya Mock ni macam latihan/persediaan yang kolej aku buat untuk student ni la..
Lebih lagi untuk kitaorang yang dah sem last dan nak pegi praktikal ni..
Tapi bole pulak macam-macam kisah semalam..hehe..
Tuhan tu sebaik-baik perancang kan..:)

Semalam aku ada kelas pukul 3 petang..
Aku pun memang dah set nak bangun lambat..
Malam sebelum tu pun tido lambat..

Tapi pagi tu (tak de lah pagi sangat)..hehe..
Bole pulak lecturer aku call..
Dengan mamai-mamai nya angkat phone die tanya aku nak join Mock Interview ke tak pukul 230..
Petang tu pulak kebetulan memang kelas lecturer tu..
Die pun dah habis ajar..
Sekarang banyak buat revision je..
Die pun memang tak kisah aku join..
So aku pun setuju la nak join budak ni..
Suruh aku inform yang lain tu..

Bangun aku terus tanya housemate aku pasal resume..
Dieorang dah pernah mock interview sebelum ni..
Aku pun memang kelam kabut jugak la bersiap..
Pakai je apa yang ada..
Lepas tu kelam kabut nak print resume nya..
Call budak ni inform apa yang patut..
Dah la aku dengan tak de kasut nya..
Masa aku pindah aku cuma bawak seliper dengan sandle aku je..

Tengah aku bersiap boleh pulak Hendry call..
Die memang ada inform otw ke darat malam sebelum tu..
Tapi tak sure turut ke tak je la..

Aku pun cepat-cepat la bersiap..
Pegi rumah lama amik kasut..
Lepas tu patah balik pegi KSB..
Dah la masa ni dalam pukul 1 lebih..
Orang pulak ramai keluar lunch break kan..
Jalan banyak kereta dan paling bosan queue panjang dekat trafik light..huhu..
Bising nye la kawan baik aku tu sebab lambat..haha..
Yelah dieorang ada masa sampai pukul 6 je..
Sebelum pukul 6 kene balik dah..
Die duty pukul 6..huhu..

Mula-mula die kata nak pegi Mesra Mall..
Die pun turun dengan kawan die..
Aku suruh die hantar ak pegi kolej..
Lepas tu die pakai la kereta kalau nak pegi jalan..
Boleh die pegi jalan-jalan..

Alhamdulillah aku tak de masalah sangat pun interview ni..
Feedback dari interviewer pun macam baiK JE..
Banyak bersembang dan macam sesi kenal-kenal je..hehe..
Pengalaman interview sebelum ni intuk internship aku sangat membantu aku lebih yakin dan kelancaran pertuturan aku..
 Aku amik peluang ni untuk improve komunikasi dan English aku..
Persediaan pegi praktikal, kelas public speaking dan benda macam Mock Interview ni sangat membantu aku..

Aku habis interview dalam pukul 4 lebih..
Saje call tanya die dekat mana..
Kot-kot tengah makan, tengok wayang ke dekat Mesra Mall.
Rupanya tak pegi pun..
Pegi makan beria dekat sini je..hehe..

Balik tu kitaorang singgah pegi beli barang dekat CP dan Watson kejap..
Lepas tu hantar dieorang balik dekat KSB..
Siap bawak kete masuk dalam lagi..
Depan kapal betul die parking..haha..

Kami memang sama-sama cipta impian dan angan-angan bersama-sama..
Saling tolong menolong each other untuk lebih baik..
Bagi aku semangat untuk keje betul-betul lepas ni..
Die pun nak pegi amik course bila sign off nanti..
Tak sabar sangat nak keje masuk industri  dan ada duit sendiri..
Semoga rezeki dieorang makin murah..:)

Thursday, 23 January 2014

Hanya aku..

Assalammualaikum..

Rasanya ramai yang tau lagu ni..
Lagu ni memang sedap kan..
Lagu ni pun jadi finalis Juara Lagu tahun ni..

Sebelum ni aku tak kisah sangat pun pasal lagu ni..
Bila dengar tu rasa best jela..
Layan je la..

Tapi sekarang ni lagu ni macam ada sentimental value dekat aku dengan budak course aku..
Sekarang ni bila dengar lagu ni rasa sesuatu yang special je..hehe..
Jadi aku nak abadikan kenangan lagu ni dekat blog aku ni..

Bersama janji kau sentuh rasa percaya
Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa
Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu

Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku hu hu

Apakah mungkin berulang janji setia
Apakan kekal ataupun menyambut duka
Dan dirimu dijanji sang sempurna
Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu

Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu
Hanya aku hu hu

Dihuni rasa rindu
Hanya ku yang mencari
Rembulan masih ada
Mungkin seketika
Walau ku bahagia mengejar bayanganmu
Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu

Dingin rasa kasihmu
Bagai bintang bersemi
Rindu janji bicara
Kekal selamanya
Walau sekadar mimpi
Tak pernah ku peduli
Selamanya kan ku pasti merindui dirimu
Hanya aku hu hu


Sekarang ni masing-masing macam feeling-feeling je sebab dah nak habis..
Lepas tu nanti dah nak berpisah kan..
Sembang pasal lepas ni contact lagi ke tak la..
Masing-masing sedih rasanya nak berpisah..
Tapi biasa la lelaki..
Tak kan nak tunjuk..hehe..

Wednesday, 22 January 2014

WW - 5 Top Habits Every Successful Person Has..

Assalammualaikum..

Wordless Wednesday yang banyak word..hehe..
Tapi bukan word dari aku..
Aku dapat ni dekat email..
Bermanfaat nampaknya..
Jadi marilah share untuk kebaikkan bersama..

1. Wake Up Early - They tend to wake up early to add on extra hours in their daily schedule. An average time a successful person wakes up is 5 a.m.

2. They say NO to what can distract to what really matters - Successful people have the same 24 hours in a day as yours. Why they can achieve more in a day compare to others? Because they simply say No to what does not matter to them.

3. Write down daily, weekly or yearly Goals - And they work towards them. Taking action and do what it takes to achieve those goals.

4. Consistent in their act - They are consistent in their daily action and behavior. For example, they start their work almost the same hours every single day.

5. They don't BS - They walk their talk. If they say, they are going to make it happen - it will happen. Unlike those who bs around that would not last for long.


Tuesday, 21 January 2014

Yuran Pengajian Terakhir..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah petang tadi dah selesai bayar yuran untuk sem ni..
Dan seterusnya untuk semua yuran pengajian aku..
Syukur sangat..

Sebenarnya awal sem haritu lagi aku dah bayar yuran..
Dan sepatutnya dah selesai pun semuanya..
Tapi sebab sem ni aku kene pindah rumah dan sem ni pun sampai kene pindah dua kali..
Jadi aku dahulukan duit yuran tu sikit untuk hal rumah..
Jadi hari ni la aku selesaikan semuanya..

Sepatutnya awal bulan ni dah kene bayar semua..
Tapi tadi siap dah keluar notis kene bayar sebelum 23hb ni..hehe..
Tu pun dekat seribu nama yang tak bayar lagi..
Aku pun memang plan nak bayar dalam minggu ni..
Tapi bila dah ada duit dan dah ada notis tu aku pun pegi la bayar cepat-cepat..
Karang takut terguna duit tak pun aku memang malas nak bertangguh takut terlupa je..
Lepas tu kelam kabut last minit..

Sebenarnya ada lagi yuran kene bayar untuk praktikal..
Tapi aku tanya tadi dieorang kata tu bole bayar sebelum present untuk praktikal..
Kalau nak bayar pun tak boleh lagi sebab tak de lagi dalam system..
Tak pe lah tu nak present nanti baru bayar..

Dah la final yang sepatutnya habis awal tapi sebab ada subjek yang clash dalam jadual exam aku kene la balik lambat..huhu..
 Tak silap present ODA aku punya present pun lepas final..
Jadi final yang sepatutnya habis 12hb dan boleh balik awal tu tinggal harapan je la..
Nasib baik la dan sem last..
Lagi pun boleh la fikir positif menghabiskan masa dengan dieorang ni sebelum berpisah nanti..hehe..
Harap sangat lepas ni bole jumpa nak bole lepak-lepak..
Jadi gunakan la masa yang ada dengan sebaik-baik nya..:)

Cuma masalah nak cari rumah sewa la untuk praktikal nanti..
Ingat kan kalau balik awal boleh la usha-usha rumah dan beli barang sikit..
Boleh jugak rehat-rehat dekat rumah sebelum praktikal nanti..
Boleh tenangkan diri dan mengumpul kekuatan..haha..
Serious sangat nervous nak pegi keje balik..

Ada jugak la en.bf dan kawan aku tolong-tolong cari rumah..
Tapi sdi sebabkan aku yang nak duduk dan tak tengok sendiri..
Agak susah nak decide dan menjadi kerisauan je selagi tak settle..haha..
So kalau sape ada rumah/bilik yang nak disewakan boleh la bagi tau..
Kriteria utama mestila dekat dengan LRT..
Area mana aku tak kisah sangat..
Senang nak pegi keje nanti..

Aku buat post ni sebagai kenangan..
Masa nak belajar dulu memang keputusan drastik dan banyak benda tanpa kepastian..
Tapi aku cuba jugak sedaya upaya..
Alhamdulillah sangat Tuhan permudahkan semuanya..
Dulu aku sendiri risau mana nak dapatkan duit nak bayar yuran..
Macam mana nak tampung hidup dekat sini..
Tapi semua tu memang pengajaran berguna sangat..
Ajar aku hidup susah dan sederhana..
Ajar aku kenal orang keliling aku..
Susah senang dengan dieorang dekat sini..
Hidup dengan dieorang dekat sini..
Memang pengajaran sangat besar dalam hidup aku dalam masa yang agak singkat ni..

En.bf pun masa aku amik keputusan nak buat course ni memang sangat tak bersetuju..
Ingat aku tak mampu hidup dalam suasana dengan dieorang ni..
Tapi die pun kata aku nampak ok je..
Happy je duduk sini dengan dieorang ni..:)

Dieorang menjaga aku dengan sangat baik..
Buat aku sangat selesa berada dalam kalangan dieorang..
Buat aku rasa rindu bila dieorang tak de..
Sangat banyak kenangan yang di cipta bersama..hehe..

Masa pegi bayar yuran tadi rasa terharu sangat..
Alhamdulillah semua nya baik-baik je..
Dan sangat banyak lagi yang aku nak usahakan..
Dan sangat berharap semua berakhir dengan sangat baik..
Grad dengan keputusan yang sangat cemerlang..
Pegi praktikal dengan jayanya dan dan dapat keje yang baik dengan bayaran yang baik..:)

Ni nak upload gambar hari tu..
Tak de kene mengena pun dengan post ni..



Dekat sini la kedai mee bawah pokok dekat Jalan Bukit Ubi dekat Kuantan tu..
Tempat duduk limited..
Aku masa pegi memang tunggu orang habis makan..
En.bf siap tegur kenapa tunggu dekat sangat..
Takut orang tak selesa..
Tapi dah memang macam tu..
Kalau terlepas tempat lagi haru nak tunggu lagi..huhu..


Mee goreng mamak sedap..:)

Alang-alang gambar dah ada aku upload je walaupun takde kene mengena dengan cerita dekat atas..haha..
Layan kan je la..

Petang tadi pun Zack ada call inform yang die berjaya dapat 2nd interview untuk course education in media taksilap..
Hari tu die ada pegi 1st interview dan berjaya ke next stage..
Happy for her dan harap die berjaya..
Wan aku pun mesti suka sangat..
Die memang suka anak cucu nak jadi cikgu..
Setakat ni tak de lagi..
Kalau yang ni berjaya memang dapat la memenuhi cita-cita wan aku tu..hihi..

Monday, 20 January 2014

Aktiviti Pagi dan Petang..

Assalammualaikum..

Payah betul nak online sekarang..
Ada jugak la online pinjam broadband kawan ke..
Tapi online kejap-kejap je la..
Biasanya aku check benda yang penting-penting je la..
Macam email, fesbuk, blog, twitter..
Paling penting email la..
Nasib baik sangat hal nak pegi praktikal dah settle..
Kalau tak lagi kacau..
Biasa nya memang communicate dengan orang tu guna email je..
Lepas tu biasanya communicate dengan kawan pun guna fesbuk atau twitter je sekarang..
Maklumlah pakai telefon murah je..
Tak de smart phone..hehe..

Sekarang ni kan aku dah pindah rumah..
Alhamdulillah happy je duduk rumah ni..
So far housemate best je..
Lagi pun aku kenal dieorang ni dah lama..
Kadang-kadang tu aku jarang pulak duduk dekat rumah..
Keluar dengan budak course aku..
Lagi pun roomate aku pun ok je..
Ada jugak la housemate yang macam tak berapa ok..
Suke buat semak..
Tapi hal sikit-sikit tu abaikan je la..

Macam biasa aku ni memang agak suka aktiviti fizikal rasanya..
Motif utama haruslah untuk tujuan kesihatan dan membakar lemak..hehe..
Walaupun ada kereta dan motor tapi aku tetap la suka jalan kaki pegi kelas dan tempat-tempat lain..:)
Macam hari ni kelas pukul 2..
Ada test lepas tu balik awal dalam pukul 3..
Pukul 4 aku ada kelas lagi..
Lepas test balik la kejap sebab rumah dekat je..
10 minit nak pukul 4 aku keluar balik..
Dah nak sampai kolej jumpa kelas mate aku bole pulak kelas cancel..
Balik rumah balik..
Pukul 5 aku keluar balik pegi kelas satu lagi..
Tak pe lah bila fikir berjalan ni bagus..
Makan pun banyak jadi elok la banyak berjalan..
Boleh la membakar lemak..

Lepas tu dekat rumah kitaorang ni ada bukit..
Jadi aku pun ajak la budak-budak ni naik bukit nak bakar lemak-lemak aku ni dan budak ni..hehe..

 
Map atas bukit tu..
Ada banyak tempat menarik..
Tapi masa 1st day pegi 1 tempat je..
Tu pun nasib baik ada kawan housemate aku yang lelaki ikut..
So dieorang la guide kitaorang..

Nak naik ni awal-awal tangga..
Tapi dah sampai atas tu hutan..
Ada denai untuk ke beberapa tempat..
Jalan pun boleh tahan gak mencabar..
Lepas tu takut sesat je..
Nasib baik la ada lelaki..
 


View lepas half way..
Best je tengok benda segar macam ni..
Badan segar keluar peluh, udara segar, mata pun segar..


Tangga-tangga ke atas..
Ada dalam 4++ anak tangga..
Masa pegi kali kedua kitaorang pegi pagi..
Pegi perempuan je..
Jadi naik tangga sampai atas turun balik dua round..
Banyak jugak la berpeluh..
Kalau pegi perempuan je memang kitaorang naik tangga je lah..
Tak berani nak masuk dekat dalam..
Naik tangga pun dah ok sangat da..
Nak balik tu kitaorang pegi breakfast dulu..
Pegi makan karipap tempat aku suka dlu tu..hehe..

Masa pegi tu kedai tu baru nak bukak..
Aku tanya apa yang ada..
Boleh pulak budak tu kata kalau nak karipap die bole je masakkan kejap..Tak lama pun..huhu..
Amboi kenal betul walaupun aku dah lama tak datang..
Terus belanja housemate karipap sedap..
Housemate aku pun suka..:)

Total dah 3 kali kitaorang panjat bukit ni..
Memang best sangat aktiviti macam ni..
Merapatkan hubungan silaturrahim di samping menyihatkan badan..hehe..
Nasib baik la bukit ni dekat je..
 Pegi jalan kaki je..
 Ramai jugak la warga emas yang naik bukit ni pagi atau petang..
Tapi biasanya cina la..
Masa kitaorang pegi waktu pagi tu siap ada tai chi lagi warga emas cina dekat situ..
Harap bole membakar lemak sebanyak yang bole..:)

Friday, 17 January 2014

Weekend with BFF..

Asslammualaikum..

Hari ni berjalan satu hari dengan BFF aku yang sorang ni..
Biasa la kalau dengan dengan dieorang ni..
Penuh dengan kejutan..

Biasanya kapal die selalu jugak balik..
Dua tiga hari sekali balik KSB..
Kalau tak jumpa boleh la call atau SMS..
Tapi last die call aku tak dapat keluar sama sebab takde transport..
Jadi die keluar dengan kawan-kawan die je..
 Last die hantar SMS dekat aku masa inform kapal dah nak belayar..
Bila dah macam tu tau la nanti akan disconnected sebab tak de coverage..

Tapi kali ni lama pulak die senyap..
Tetiba malam semalam dapat SMS dari die..hehe..
Die SMS yang die otw balik..
Ber SMS la kejap dan berharap die turun ble la jumpa..
Aku pun dah nak habis belajar kan..
Lepas ni tak de lah nak jumpa die bila shore leave atau bila nak sign on atau sign off..
 Kenangan betul setahun lebih dekat sini ni..

Tu pun semalam tak confirm lagi nak keluar hari ni..
Semalam aku bangun lambat buat keje..
Dah sah-sah la bangun lambat hari ni..
Dah bangun pun rasa macam malas-malas je sambung tido balik..
Sekali pukul 2 lebih die call ajak keluar..hehehe..
 Apa lagi haruslah terus bersiap nak keluar..hehe..

Pegi amik die dekat depan gate KSB kali ni..
Lepas tu pegi beli barang dulu la dekat CP teman die beli barang, pegi bank..
Aku ni kan bangun lambat..
Sebelum keluar sempat minum nestum je..
 Perut memang berkeroncong la..
Tapi dari malam semalam memang dah plan kalau nak keluar nak pegi makan dekat Ikan Bakar..
Elok sangat je aku bangun lambat lepas tu perut kosong giler kan..

Sampai Kuantan tadi dalam pukul 6 lebih..
Nak masuk Kuantan tu la merangkak..
Banyak keta dan banyak trafik light..
Mungkin sebab hari ni Terengganu cuti..
Pahang pun cuti Thaipusam kan..
Sampai terus pegi makan..
Sedang elok sangat la..
Masa ni 3rd Engineer die pun ikut sekali..
Bertiga la kita orang..
Dieorang punya order pun bole tahan..
Dengan ikan siakap stim, ikan bakar petai, ketam masak ikan masin, sotong goreng tepung, butter prawn..
Harga tak di ketahui..
Treat by 3rd Engineer..:)
Aku ni dengan Hendry makan nasi..
Order nasi untuk 3 orang tapi kitaorang 2 je makan..
3rd tu makan lauk je..
Makanan semua licin..hehe..
 Alhmdulillah tak membazir..:)

Balik tu singgah Mega Mall..
Bukan main lagi masing-masing beli buku..
Suka membaca rupenya dekat kapal masing-masing..hehe..
Hendry beli majalah untuk pegi bercuti..
3rd nya tak tau aku beli bahan bacaan apa..
Lepas tu pegi beli barang dekat Watson dan pegi beli CD..
Beli Chief Mate kirim ayam penyet la..
Baru tau dekat Mega Mall tu ada ayam penyet rupenya..hehe..

Dah settle gerak balik..
Hendry nak balik malam ni jugak..
Die ada keje kene buat..
Sebelum tu sempat la die tolong check tayar keta..
Punya la masa die bawak steering macam bergegar dan keta pun macam bergoyang je..
Tayar kurang angin rupanya..huhu..
Die la yang tolong isikan..
I mana la tau pasal benda-benda ni..hukhukhuk..
Tau bawak je..
Tu la guna nya dieorang ni..

Nasib baik la die dapat balik..
Sebab masa nak balik ke kapal, boat tu macam 50/50 je nak hantar die balik sebab ombak kuat..
Tu pun die naik boat besar dekat jeti Geliga..
 Aku lama jugak la tunggu die depan jeti takut-takut boat tak nak hantar ke kapal..
Pape die call aku balik..

Sampai rumah dapat SMS..
Alhamdulillah die safely onboard..:)
Walaupun ombak agak ganas..
Die pun cakap die takut..hehe..
Macam nak terbalik sebab ombak ganas..

Insyaallah bulan depan die sign off..
Kalau ada rezeki sempat la aku amik die dan balik sama..
Ni la antara kenangan aku dekat sini..
Die pun kawan yang sangat baik..
Sangat banyak membantu aku masa dekat sini..:)
Bagi sokongan moral, dalam hal belajar, masa banjir hari tu, dan macam-macam lagi..

Tadi ada amik gambar masa dekat Ana Ikan Bakar Petai..
Sekali masa nak upload gambar dekat tu transfer dekat laptop satu lagi pulak..
Sabar je lah..huhu..

Tadi pun sempat call Jie..
Bosan nya die dengan Farez tak de..
Rindu dengan dieorang..huhu..

Apa persepsi korang semua dengan pekerja offshore atau pun orang yang kerja kapal?

Sunday, 12 January 2014

Weekend with en.bf..:)

Assalammualaikum..

Jarang betul aku update blog sekarang..
Kisah nya sejak pindah rumah baru tak de internet..huhu..
Broadband P1 aku dah terminate..
Malas ak nak layan..
Customer service die teruk aku rasa..

Lepas tu sekarang pun banyak keje..
Sem ni banyak betul drama..
Dengan banjir semua la..
Lepas tu banyak cuti..
Buat aku tak de mood betul..
Dugaan semua tu kan..
Lagi dah dapat tempat nak praktikal..
Rasa tak sabar sangat je nak keje balik..
Dalam tak sabar tu rasa cuak jugak..
Risau sangat kalau tak perform..huhu..
Takut kalau peluang kedua ni aku gagal..huhu..

Dah nak habis ni banyak juga benda yang mengganggu fokus aku..
Dengan test, quiz dan benda-benda lain yang berterabur..
Lepas tu aku pun selalu spend masa dengan budak course aku..
Rasa sayang pulak nanti masing-masing dah nak berpisah..hehe..
Banyak betul kenangan dengan dieorang dekat sini..

Hari tu masa kelas Public Speaking pun aku cerita pasal tempat yang aku pernah duduk..
Bila lecturer aku tanya dekat mana yang paling memorable..
Aku jawab Terengganu..
Aku rasa memang banyak kenangan, benda yang aku belajar dekat sini..

Panjang betul mukadimah die kan..haha..
Cerita pun dah bercampur-campur..
Ni lah akibat bila dah jarang menulis..
Nak cerita apa pun tak tau..haha..

Tapi weekend ni en.bf datang sini..
Mungkin ni last time die datang sini sementara aku belajar dekat sini..
Die datang hari Jumaat malam..
Gerak dari KL lepas keje..
Sampai dalam pukul 10 lebih pukul 11..

Sekarang ni selalu hujan je kan..
Kitaorang pun takut kalau dekat sini banjir balik..huhu..
Tak sanggup lagi la nak banjir..

Malam tu lepas makan die terus hantar aku balik je..
Bagi die rehat..
Yelah siang keje..
Lepas habis keje drive datang sini pulak..
Die duduk dengan budak course aku..
Aku memang saje bagi die duduk dengan dieorang bagi die kenal dengan budak-budak ni..
Aku siap pesan lagi suruh die tido awal lepas hantar aku balik..
Tapi harapan sangat tau..haha..
Bole pulak die melepak bersembang sampai pagi..

Pagi tu pun aku tunggu die bangun nak keluar tak bangun-bangun..haha..
Masing-masing bangun lambat..
Hari Sabtu tu mula-mula pegi basuh kereta dulu..
Lepas tu kitaorang pegi Kuantan..
Bawak die pegi makan dekat mee goreng mamak bawah pokok dekat Jalan Bukit Ubi..
Pukul 5 lebih baru lunch..haha..
 Biasa aku pegi dengan Hendry je..
Die pun dengar kitaorang cerita je..
Kali ni bawak la die pegi makan dekat sini..hehe..

Lepas makan pegi jalan dekat ECM..
Masuk jalan-jalan bole pulak terbeli baju..haha..
Beli baju formal nak pakai keje nanti..
Company tu aku tengok staff die ramai pakai formal masa aku pergi interview..
 Saje try-try lepas tu ada ok terbeli la..
Harga pun tak mahal mana..
Sekarang pun banyak sale nak Chinese New Year..

Lepas tu ingat nak pegi makan ikan bakar dekat Tanjung Lumpur..
Tapi disebabkan makan mee tu pun dah lambat..
Rasa tak lapar sangat..
En.bf pun nak makan sekali dengan budak-budak ni..
Balik Terengganu amik dieorang lepas tu pegi makan McD dekat Kerteh..
Melepak la bersembang..

Yang bagusnya dieorang ni walau pun baru jumpa tapi baru lepak sehari macam dah kenal lama..
Ni la cara aku kumpul dan mengembangkan kawan-kawan..hehe..

Semalam pun aku tak de lah balik lambat..
Biar die bole tido dan rehat lama sikit..
Tadi pun die bangun lambat jugak..
Lepas tu bole pulak balik beramai-ramai dengan budak-budak ni..hehe..
Aku pulak yang tinggal sorang je dekat sini..huhu..

Tapi dalam pada masa yang sama ok jugak bila tinggal sorang..
Bole fokus nak buat keje..
Kalau tak banyak sangat gangguan..
Asyik berhibur je..

Masa en.bf datang sini banyak jugak la benda yang kitaorang discuss untuk future..
Terutamanya berkaitan dengan career la..
Pape pun semoga boleh habis sem ni dengan jayanya dan dapat result yang sangat cemerlang..

Harap sebelum habis ni sempat la jumpa Hendry..
Haritu die ada tanya nak ajak keluar..
Tapi ada masalah skit pulak..
Harap jugak die dapat turun masa en.bf datang ni..
Tapi harapan je la..huhu..

Fokus seminggu ni adalah nak siapkan keje-keje yang sepatutnya dan in advance..
Final pun dah nak dekat..
Lepas tu bole la habiskan masa-masa yang ada ni dengan dieorang..:)

Friday, 3 January 2014

Selamat Datang 2014..

Assalammualaikum..

Dah masuk tahun 2014..
Ingat hari tu macam rajin je nak buat post utk recap tahun 2013..
Tapi tak berapa rajin rupenya..haha..

Lagi pun macam-macam yang jadi sejak balik sini..
Mula-mula sekali balik sini aku pindah rumah..
Lagi pun macam aku bagi tau sebelum ni..
Balik sini macam-macam keje berlambak..
Tapi sebab belambak sangat keje sampai malas giler nak buat..

Ni dah bulan Januari kan..
Bulan depan awal Februari aku dah habis belajar..
Tu pun salah satu sebab malas nak belajar jugak..
Sebab fikir nak habis je..hahaha..

Rumah baru ni lebih selesa dan agak happening..
Aku duduk balik dengan budak yang duduk satu hostel dengan aku dulu..
Masa aku nak keluar dari hostel dulu dieorang baru masuk..
Tak sempat nak duduk sama-sama lama..haha..
So sekarang nak sesuaikan diri dengan perubahan persekitaran pun ye jugak..haha..

Rumah baru ni dekat dengan kolej..
Tu la sebab utama aku pindah..
Walaupun dah tak banjir dekat sini tapi agak selalu jugak hujan..
Hujan kejap-kejap..
Bila nak pegi kelas je lepas tu hujan memang stress aku..
Dah la selalu ponteng..
Keje melambak pulak..
Lagi la ak stress..haha..
 So pindah duduk dekat kolej aku bole la pegi kelas jalan kaki..
Yeay rutin lama feveret aku kembali..haha..
Cara nak kuruskan badan dan sihat kan..hahaha..

Sambutan tahun baru?..
Aku lepak dengan budak-budak course aku je..
Happening jugak la..
Lagi pun dah lama lagi nak duduk..
Agak sedih jugak la hujung-hujung ni..

Hari tu masa aku kelas Public Speaking ada topic kene present..
Apa-apa topic la..
Aku cerita pasal tempat aku pernah duduk..
Aku pernah duduk Johor, Penang dan dekat sini kan..
Masa lecturer aku tanya dekat mana tempat paling memorable..
 Dengan pantas aku fikir dan jawab dekat sini..
Paling memori dengan banyak alasan..huhu..

Tapi untuk tahun baru ni..
Antara perkara yang paling buat aku terharu ialah permulaan untuk tahun ni boleh dikatakan agak baik..
Kan aku pernah share aku pegi interview sebelum ni..
Alhamdulillah syukur sangat aku berjaya dapat dekat company tu..:)
Memang banyak la kene plan lepas ni..
Antara yang paling utama ialah nak cari tempat tinggal yang paling sesuai dengan tempat keje tu..
Lepas tu macam biasa la banyak plan yang perlu di fikirkan untuk jangka masa panjang..

Aku pun syukur sangat sebab company 1st yang aku call..
Yang bagi response yang baik bila aku call walaupun aku rasa company tu agak besar..
Company yang panggil aku interview..
Masa aku pegi interview pun masing-masing sangat nice..:)
Tak perlu la aku usaha cari/ interview company banyak-banyak..
Lagi pun masa pegi interview manager tu ada inform yang biasanya dieorang akan amik budak yang internship dengan dieorang sebab dah train 6 bulan..
Jadi aku perlu work for that..

Lepas dapat memang aku call en.bf, Hendry, Haziq, Sen..
Share moment indah tu dengan dieorang..
Pada aku ni semua hasil kitaorang bersama..
Call adik aku bergossip dengan die..
Mak aku dengan Wan aku pegi rumah m.cik aku..
Tak dapat la aku call..

Perasaan tu memang la sangat gembira..
Tapi aku lagi lebih rasa terharu..
Tak tau nak cakap macam mana..
Sekurang nya aku dah buktikan dekat ayah aku dan orang lain hasil tindakan atau keputusan aku yang ramai orang cakap tak berapa bijak tu..huhu..
Banyak sangat kenangan suka duka aku dekat sini..
Tapi nampaknya Tuhan permudahkan..

Jadi misi tahun ni adalah untuk perform dengan sebaik nya masa internship dan dapat permanent dekat company tu..
Kira 2014 ni memang sangat banyak yang aku perlu usaha dan buat untuk kerjaya aku..
 Dan aku memang sangat harap keluarga dan kawan baik aku semua ni tak berhenti sokong aku..
Memang dieorang la tulang belakang aku selama ni..
Banyak kisah ni aku share dekat sini..

Pape pun all the best untuk semua untuk tahun 2014 ni..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...