Monday, 15 December 2014

Weekend oh Weekend..

Assalammualaikum..

Weekend lepas aku balik kampung..
Balik kampung dengan macam-macam aktiviti..

Aku balik sabtu petang sebab en.bf keje Sabtu tu..
Padahal ada wedding kawan aku hari Sabtu..
Nak buat macam mana tak dapat pegi..
Sebenarnya boleh pegi..
Tapi sebab dah set dalam kepala nak balik hari Sabtu petang..
So Jumaat malam tu rilek-rilek je..
Sabtu tu bangun lambat lepas tu membasuh baju..

Petang tu nak balik hujan lebat lepas tu angin kuat nya..
Tapi sebab malas nak tunggu aku redah je..
Dekat highway ok la tak hujan..
Sekali sampai Seremban masa tengah makan hujan lebat lagi..huhu..

Sampai rumah dah senja..
Ada program anak angkat..
Mak aku amik 3 orang..
Masa aku sampai dieorang baru balik, baru habis aktiviti petang tu..
Aku sempat salam-salam je..

Lepas makan malam aku dengan Luqman hantar dieorang untuk aktiviti malam tu pulak..
Dah hantar tu aku dengan Luqman pegi melepak kejap..
Baru sampai rumah mak dah call keje jemput dieorang pulak..

Hari Ahad pulak aku lepas makan sepupu aku ada dekat rumah..
Sambil makan tengah hari sambil borak-borak..
Aku pulak dengan adik aku yang last beria pegi amik buah mangga dekat laman nak buat jeruk asam boi..hehehe..
Dapat la 5 biji..
Kecur air liur aku teringat..hehe..

Lepas tu dapat la tido kejap..
Petang tu pukul 6 pulak semua keluar lagi..
Malam tu pukul 8 lebih ada lawan bowling pulak..
P.Cik aku la beria suruh balik ni..

Ada 10 team, 1 team ada 4 orang..
Dan team aku dapat no 1..hehehe..
Dah semua nya bukan pro..
Hadiah biasa-biasa je..


Balik tu pegi makan sate kajang ramai-ramai dekat Dataran Senawang..
Family aku dengan family p.cik ak..
En.bf amik aku dekat sini je..
Pukul 11 malam baru gerak..
Barang pulak boleh tahan banyak..
Aku bawak barang-barang untuk letak dekat dapur..
Dekat rumah aku dekat kampung barang berlebih-lebih..
  Orang tua ni kan suka beli macam-macam tapi tak guna..

 Dah tengah malam pun boleh jugak jem dekat Nilai..
Sabar je la..
Sampai rumah dalam pukul 1 pagi..
Mandi lipat baju semua dalam pukul 2 baru tido..
Pagi tadi nak bangun punya la payah..
Dah la minggu depan ramai dah start cuti..
Masing-masing pun macam dah lemau je nak keje..

Esok kene bangun awal..
2 hari ni akan away dari ofis..
So selamat tido awal malam ni..:)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...