Saturday, 20 December 2014

Calamine Lotion..

Assalammualaikum..

Bersiaran dari kampung..
Minggu ni busy sikit..
Aku balik kampung sebab ada kenduri kesyukuran dekat rumah dan sambutan hari lahir..
Kenduri kecil-kecilan je tetamu 200 orang..

So hari Jumaat aku terus bawak barang pegi ofis..
Lepas tu terus balik kampung..
Balik sendiri je sebab en.bf keje..
Dan Haziq je yang datang kenduri rumah aku..

Ok sebelum melalut jauh..
Motif buat entry ni nak share pasal Calamine Lotion..
Masa tengah siap-siap semalam dalam bilik aku M.Long ternampak lotion ni..
Die tanya siapa punya..
Die memang ada simpan lotion ni untuk gatal-gatal..
Elok die cakap..


Calamine Lotion..

Aku pun biasanya akan simpan jugak in case nak guna..
Biasanya aku simpan ubat pink tu je..
Ubat pink tu aku guna sebab aku ada eczema dekat kaki..
Ubat pink tu memang kurang kan tapi tak fully recover lagi..
Kalau tak letak akan teruk balik..huhu..

Bila dengar M.Long cakap ubat ni elok aku terus cuba..
Baru letak 2 kali memang dah tak gatal sangat..
So memang nak bawak balik KL la..

Ubat ni dapat free je masa aku kene sengat lebah dulu..
So lepas ni boleh la guna..
Yang penting dapat free tak payah keluar duit..

Malaysia ni harga benda semua makin naik..
Harga minyak pun up and down je..
Tapi bila pegi klinik / hospital kerajaan tetap la rm1 je..
Ubat dapat berplastik-plastik..
Kalau pegi private entah berapa kene charge..
Agak-agak berapa la kerajaan spend duit untuk perubatan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...