Saturday, 29 November 2014

No Poo Method..

Assalammualaikum..

Post ni rentetan dari kisah ACV dan baking soda dan ACV yang aku beli sebelum ni..
Boleh baca dekat SINIdan SINI .
Ni la projek yang aku bagi tau sebelum ni..
Kalau ikutkan aku nak share lambat sikit..
Nak buat experiment lama sikit baru share hasil die..
Tapi dah alang-alang ada masa dan rajin ni aku share je la..

Selain dari guna ACV as health drink..
Aku jumpa pasal "no poo" method..
Macam menarik je method ni..
Macam mana aku tau pasal ni?..
Cerita pasal rambut..
Aku rasa rambut aku ada beberapa masalah..
Walaupun masa beli John Masters Organics Scalp (boleh baca dekat SINI) SA tu kata rambut aku ok je cuma frizzy..
Ni la masalah rambut aku..
Frizzy dan kulit kepala berminyak..
Aku memang basuh rambut setiap hari dengan shampoo Ba Wang dan mesti pakai conditioner..
Kalau tak rambut aku kering..
Untuk masalah frizzy pulak rasanya aku tak de lah kasar sangat dengan rambut aku masa basuh atau keringkan..
Tapi nak buat macam mana..hehe..

Makanya aku pun google la pasal masalah ni sampai terjumpa pasal method ni..
Baca-baca macam menarik..
Boleh la try..hehe..

No poo method ialah kaedah membersihkan rambut tanpa menggunakan shampoo..
Mula-mula aku macam was-was jugak..
Mungkin masa weekend kene basuh rambut pakai shampoo jugak ke..
So aku pun baca-baca, siap print method die lagi..haha..

Ada beberapa cara..
Ada yang guna conditioner sahaja, dan antara yang paling popular ialah guna baking soda dan ACV..
Dan aku pun pegi la beli baking soda yang kecik untuk try..
Beli jugak ACV untuk rambut..
So dalam toilet ada 1 ACV untuk rambut..hehe..

Barang dah ada memang excited la nak try kan..
Balik-balik tu jugak terus try..hehe..

Macam mana method ni?

Sila la refer cara-cara die dekat sini..

Atau yang senang nya..
  1. Basahkan rambut macam biasa..
  2. Bancuh 2 sudu baking soda dengan air dan letak dekat kulit kepala..Dekat link tu suruh pakai warm or hot water kan..Mula-mula je aku buat macam tu..lepas tu pakai air biasa je..Ada jugak yang direct je letak baking soda tu terus dekat kulit kepala..aku pernah try dan aku suka method ni..kalau tak meleleh-leleh dekat muka..tapi sebab tak de bekas nak letak balik soda tu aku still bancuh lagi..aku koyakkan hujung kotak je so payah nak letak atas kepala ke apa..masa mula-mula pun beria aku bawak sudu pegi toilet..lepas tu aku tuang je..dah boleh agak banyak mana nak letak..hehe..
  3. Urut la kulit kepala untuk buang kotor dan minyak dekat kulit kepala..
  4.  Bilas dengan air..
  5. Campurkan ACV dengan air dan apply dekat rambut..Jangan apply dekat kulit kepala terutamanya yang oily hair..
  6. Biarkan sekejap..
  7. Bilas dengan air sampai bersih..
 Dengan method ni kiranya kita guna baking soda as permbersih dan ACV dan air sebagai conditioner..



Rasanya dah dua minggu aku try method ni..
So far aku suka..
Rambut rasa bersih je walaupun tak guna shampoo..
Rambut kurang frizzy dan masa untuk aku basuh rambut aku lagi singkat berbanding pakai shampoo..

Kalau apa yang aku baca memang akan amik masa sikit untuk kita sesuaikan dengan kaedah ni..
Rambut kita akan amik masa untuk biasa dengan bahan-bahan tu..
 Ada tu sebulan memang dah ok..
Ada tu yang transition period sampai 3 bulan..
Awal 3 bulan tu rambut rasa berminyak dan sebagainya..
So ni depend dekat orang..

Setakat ni aku happy je dengan kaedah ni..
Tapi masih dalam tempoh experiment lagi..
Tak de plan pun nak beli shampoo lagi ke apa..

Sape-sape yang berminat boleh la cuba..
Ni antara reference aku untuk kaedah ni..


Banyak je reference dan orang yang share pasal method ni..
Just google je no poo method..

Aku memang suka guna benda-benda natural dan unprocessed ni..
Tak guna chemical sangat..
Selamat Mencuba..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...