Saturday, 29 November 2014

Leisure Weekend..

Assalammualaikum..

Apa khabar semua?..
Alhamdulillah hari ni dapat update blog..
Aku rasa minggu ni aku update blog sekali je kot..
Tu pun short entry je..
Tu pun ada je yang singgah sini..
Time kasih sangat sape yang sudi singgah tu..
Kadang-kadang ada masa free dekat ofis aku singgah jugak la BW blog lain..

Sebenarnya ada jugak la benda yang aku nak share..
Cuma tak berkesempatan nak taip je..
Aku ni pulak kalau tulis tu terus post je..
Tak de la buat schedule entry ke..

Sebenarnya seminggu dua ni hidup aku terumbang ambing sikit..
Nasib baik la ada orang-orang yang meaningful ni..

Ingat lagi tak kisah pasal pepijat dekat rumah aku tu?..
Bermula dari situ aku start nak pindah rumah..
Walaupun rumah tu dekat dengan ofis aku..
Tapi apa bole buat..
Nak balik rumah untuk berehat pun dah rasa tak best..

Bagi tau Sen lagi pulak..
Suruh aku keluar on the sport je duduk tempat lain dulu..
Haziq pulak dekat Johor masa tu.
So aku pun call la ada kawan aku yang duduk bilik seorang..
Cuba tanya die nak tumpang rumah sampai hujung bulan..
Bulan 12 memang aku masuk rumah lain..

So Hawa ok je aku nak tumpang dekat rumah die..
Aku pun start la carik rumah lain..
Dah la dah hujung bulan..
Nak carik rumah dekat KL faham-faham la..
Aku pulak kalau boleh nak cari rumah yang dah ada barang..
Malas nak beli barang selagi tak duduk rumah sendiri..
Dulu aku pernah beli barang-barang basic lepas tu bila pindah jenuh nak mengangkut barang..
Selagi duduk menyewa ada je possibility nak pindah kan..
Kalau dah duduk rumah sendiri tu kebarangkalian nak pindah kurang la..

So dari minggu lepas aku ada pegi tengok rumah..
Weekend tu aku dah start duduk rumah Hawa..
Minggu ni pun pegi keje dari rumah Hawa..
So kene bangun awal sikit la..
Dari Wangsa Maju ke KL Sentral pun dah setengah jam kalau naik LRT..
Lepas tu dari rumah ke stesyen, dari KL Sentarl jalan kaki ke ofis lagi..
Lepas keje pulak aku balik rumah dulu amik pakaian, baru pegi rumah Hawa..
Aku malas pulak la nak bawak barang banyak-banyak..
Dah tumpang rumah orang..
Karang die semak pulak dengan barang-barang aku..

Aku pun kadang-kadang balik rumah kemas-kemas la barang..
Tapi kali ni memang sikit je barang aku masa pindah..
Sikit tak sikit en.bf merungut jugak la masa pindah tu..hehe..

Kebetulan masa 1st time aku kemas barang..
Aku buang kertas-kertas lama masa aku study dulu yang dah tak guna..
Kalau bawak pindah pun tak guna pun..
Jadi sampah jugak..
Ada 1 plastik besar jugak la..
Asingkan pakaian yang tak berapa nak guna..
Then masa aku turun nak buang sampah dan kertas-kertas tu ada sorang perempuan ni tegur aku..
Die mintak kertas-kertas aku tu nak jual..

Aku pun sebenarnya tak suka buang kertas..
Aku suka kitar semula..
Kalau dekat kampung aku tau je nak hantar dekat mana..
Dekat sana tak tau terpaksa la buang..
Nak mencari box pun lambat..

Masa tu aku terus tanya orang tu..
Nak pakaian tak?
Dia kata ok je..
So aku mintak nombor phone die..

Esok tu aku revise barang aku balik..
Masa pakaian yang tak berapa nak guna tu aku bagi je..
Ada jugak yang Hawa berkenan dan amik..
Kebanyakkan nya elok-elok je..
Tapi aku dah jarang guna dan aku pulak selalu beli pakaian..
Printer aku pun aku bagi je dekat orang tu..
Ada barang penjagaan diri yang aku dapat free tak guna pun aku bagi je orang tu..
Dua plastik pakaian dengan satu plastik barang jugak la aku bagi die..
Rezeki nak bagi orang dan mudahkan kan urusan aku..

Alhamdulillah la dapat rumah yang ok..
Owner pun ok je..
Rumah tu die baru buat..
Rumah apartment biasa je..
Tapi dalam die ok la..
Ada katil davian, almari, mesin basuh, tv semua baru..
Kalau aku request pape pun die ok je..

Biasa la kalau orang yang menyewakan rumah ni..
Macam-macam ragam..
Tapi yang ni ok la aku tengok setakat ni..
Berjaya jugak la aku racun Hawa duduk dengan aku..
Semalam aku pindah dan ajak die tengok rumah..
Lepas tengok memang die berminat..
Cuma nak deal dengan owner tu la..
Insyaallah ada rezeki boleh la duduk sama..
Malam tadi aku balik kampung dengan Hawa..
Pukul 12 gerak dari sana..
Lepas keje aku pindah barang, lepas tu pegi makan, Hawa nak tengok rumah lagi..
Pukul 12 pun dekat KL lagi..
Semalam disebabkan aku nak pindah aku bawak la beg laptop dengan beg pakaian dari rumah Hawa..
Dalam train aku fikir je nak letak mana beg pakaian ni..
Dah la boleh tahan banyak barang..
Dengan toiletries aku, bantal kecik, selimut, pakaian..
So aku bawak beg laptop dekat ofis..
Beg pakaian tu aku letak dalam drawer dekat surau ofis je..hehe..
Nak balik petang tu bole pulak aku lupa dua-dua beg tu..
Tengah tunggu train baru teringat..
Patah balik naik ofis, pegi surau amik beg..hehe..

So agak penat la minggu ni..
Penat travel dan kos lagi tinggi..
Tu pun semalam barang tak kemas lagi..
Letak dalam bilik je..
 Nasib baik la dekat ofis agak terkawal walaupun keje banyak je..huhu..

Malas tadi pukul 2 lebih sampai kampung..
En.bf tak balik sebab die kene pegi Terengganu pulak weekend ni..

Lagi satu tak berupdate ni sebab aku malas nak beli broadband..
Beli pun lepas tu sibuk sana sini..
Bazir je tak guna..

Haaa panjang kan mukadimah aku..
Maklumlah dah lama tak menulis..hihi..

So hari ni aku nak settle kan payment budak yang replace aku dekat rumah la..
Disebabkan die bagi aku duit cash..
Aku dah inform ketua rumah lama..
So budak tu masuk hari ni..
Maka aku kene la bank in cepat-cepat..
Karang simpan lama-lama buatnya hilang ke tak pasal je..

So alang-alang nak keluar tu aku pun amik masa untuk diri sendiri.
Mula-mula tadi aku pegi urut kaki reflexology dekat tempat aku biasa pegi.. 
Keluar dengan adik aku..
Saje bawak die pegi urut..
Sebelum urut kaki tu ada la rendam kaki dalam air suam sambil die urutkan belakang kita..


Sambil die urut tu memang rasa nak lelap je..
Dekat sini kalau urut rm35 sejam..

Masa aku urut ni ada dekat tempat tu sakit..
Orang tu cakap sebab aku kurang tido..huhu..
Tak pelik la sebab minggu ni aku memang penat pun..

Lepas tu baru pegi bank in duit..
Sebelum balik aku singgah kedai gunting rambut favorite aku..
Aku trim dan basuh rambut..
Memang hair stylist favorite aku yang potong dan basuhkan..
Die ni kalau urut kepala memang best dan lama..
Bukan urut kepala je, tapi siap urut tengkuk, bahu dengan belakang sekali..
Total untuk trim dan cuci rambut adalah rm25..
Sangat best tapi murah..
Tu pasal aku tak pernah pegi tempat lain..

Balik rumah ni bole la tido lama..
Makan pun sedap..
So weekend ni adalah untuk merehatkan badan..


Apa yang jadi mungkin punca untuk kita dapat benda lagi baik..
Aku fikir positif je..
Mungkin pasal pepijat tu alasan untuk keluar je..
Kalau tak tak de alasan pulak kan..
Lagi pun dapat rumah yang ok..
Kalau dapat duduk dengan Hawa lagi best..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...